Thursday, August 10, 2017

Trip Menghayati Lelah di Belitung : 04 | Sepetang Di Batu Mentas

Perut dah kenyang makan tengahari tadi jadi kami mula bergerak ke destinasi lain untuk hari ni iaitu ke Batu Mentas.

Laluan ke Batu Mentas

Lokasi kawasan di Pulau Belitung ni agak berselerak dan terletak agak jauh dari satu ke satu tempat yang lain. Ni pun kami cuma cover area Selatan je dulu. Nasib baik lah orang bawak kalau drive sendiri memang mengantuk je rasa. Lagi challenging dan mencabar kalau sewa motosikal dan rasa nak berkeliaran sendiri.

Mahu kalau aku park tepi jalan dan tumpang tidur dulu. Hiks.

Boleh cuba gak kalau nak naik motosikal sendiri cuma mencabar sikit je la disebabkan jarak tu.

Sewaktu menuju ke Batu Mentas kami melewati Batu Baginde yang tersohor di Pulau Belitung ni.

Batu Baginde terletak di Kecamatan Membalong berjarak sekitar 70 Km dari kota Tanjungpandan. Batu Baginde merupakan sebuah bukit batu granit setinggi 250 meter dari permukaan tanah. Terdapat sebongkah batu berdiameter 1,5 meter yang seolah-olah menempel di tebing Batu Baginde yang curam.

Batu Baginde dianggap penduduk sekitar sebagai tempat yang memiliki nuansa magis yang kental dan dihubungkan dengan legenda asal mula terjadinya Pulau Belitung.

Disisi lain dari Batu Baginde terdapat sebuah batu yang terletak pada posisi miring tanpa ditahan apapun, sehingga seharusnya menurut akal sehat batu itu seharusnya sudah jatuh, tetapi kenyataannya batu itu tetap berada ditempatnya.

Hal ini merupakan daya tarik tersendiri bagi wisatawan lokal yang berkunjung ke Batu Baginde. Batu Baginde cocok sekali sebagai tempat olahraga panjat tebing terutama bagi wisatawan yang berjiwa petualang dan menyukai tantangan.

Masih di sekitar desa Membalong, tepatnya di desa Perpat juga terdapat goa Nek Santen yang dihuni oleh kelelawar yang jumlahnya sangat banyak, goa ini dikelilingi oleh hutan yang dapat dijadikan obyek wisata alam. - sumber

Just lalu je tak singgah pun. Kami terus ke Batu Mentas seperti yang di janjikan.

Batu Mentas

Merupakan kawasan hutan lipur

Batu Mentas ini terletak di Desa Kelekak Datuk, Kecamatan Badau, Belitung Barat, Provinsi Kepulauan Bangka Belitung. Bisa ditempuh selama 30 menit dari Kota Tanjung Pandan atau 55 menit dari Kota Manggar. Biaya masuknya hanya Rp. 10.000 saja. Akses menuju tempat ini terbilang masih sangat sederhana. Sebagian masih dilapisi dengan tanah merah. Tetapi ketika Anda sampai di lokasi Anda akan takjub melihat keindahan alamnya.

Ada apa saja di Batu Mentas? Di tempat ini Anda akan melihat penangkaran salah satu hewan terlangka di Dunia, yakni Tarsius Bancanus Saltator atau Pelilean dalam bahasa Belitung. Selain itu, di tempat ini Anda juga akan menemukan penangkaran Rusa Belitung yang hampir punah. Dan yang paling utama dari Batu Mentas adalah aliran sungai yang sangat jernih dan dikelilingi oleh ribuan batu granit yang mirip dengan bebatuan di Pantai Tanjung Tinggi.- sumber

Dan kami bernasib baik sebab hari tu dapat masuk dan tengok sendiri binatang ni.

Taman Tarsius

Menyorok

Tak payah malu malu lah Nak.. Abang ni pun comel sikit je dari kau tu.* seka airmata

Kat area ni macam tempat rehat dan liburan. Ada air terjun dan sesuai untuk mandi manda. Tempat makan pun ada.

Batu Mentas

Memula aku macam plan nak berendam dan mandi jugak. Maklum lah satu hari tak mandi lagi hari ni. 

Dia orang siap siap tukar pakaian mandi dah. Aku mula buat senaman regangan. Ya lah nak mandi mandi ni kena la bersenam dulu kang cramp dalam air tu. 

Buat dengan bilangan 8. Start dari regangan kaki, tangan apa semua. Sebenarnya lebih kepada mengeliat ! Pastu gi berdiri tepi sungai tu ambik aura suasana yang segar bugar. Tengok air macam menarik tapi mata memang mengantuk tak hilang hilang !!

Badan letih lesu je rasa.

Desiran air sungai yang mengalir

Usha usha kawasan pastu jumpa port menarik. Konon biarkan dia orang gi mandi dulu. Boleh tubing ada semua kat kawasan air terjun ni.

Ketenangan yang di perolehi di sini buat aku bertukar untuk terus memilih tidur !!!

Ngeh ngeh ngeh.

Aku lebih rela lena di dalam dakapan alam.......................



Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Kuburan
Murai terkejut berkicau-kicau
langit endung di liputi awan
Alamat bumi di sirami hujan
Sayang di sayang

Hati ku rindu
Orang jauh tak lupa dari
Kenangan
Fikiran kusut berisau-risauan
Sakit untung di tinggalkan abang
Ibarat kapal tidak berhaluan
Sayang di sayang

Lena sungguh rasanya tidur kat sini. Rasanya siap berdengkur ria.

Sedar sedar orang dah ramai kat kawasan ni. Mati la kena keji membuat onar dalam hutan tidur berdengkur.

Memang tak sempat nak menghayati kawasan. Cuma mampu menghayati lelah  di Batu Mentas.

Dia orang siap mandi manda berkubang dalam air. Aku je tak.

Aku sebenarnya tak sabar nak balik hotel sebab rasa tak selesa satu hari tak mandi sejak semalam lagi. Mujurlah aktiviti hari tu berakhir di Batu Mentas dan dari situ kami akan kembali ke Tanjung Pandan dan check in hotel.

Fuh ! Masa yang aku tunggu tunggu.

Kami sampai di Tanjung Pandan semula melewati petang hari. On the way tu aku sambung tidur lagi. Memang tak ambik pot apa benda yang ada di jalanan.

Sedar sedar dah sampai ke hotel penginapan !

Penginapan kami selama 2 malam di Belitung. Max-One Hotel

Hotel ni aku pilih sendiri sebab pakej kami ambik tak termasuk penginapan. Boleh je nak included tapi aku rasa booking sendiri lagi senang.

Urusan check in pun pantas dan mudah

Hotel siap ada SPA. Boleh urut urut badan

Dapat bilik rasa gembira tak terkira

Cuma saiz bilik agak kecik so tak leh nak ambik tripple room. So BW duduk bilik single

Kira selesa lah juga

Baru dan bersih

Recommended kalau mencari penginapan di Belitung

View dari kamar

Petang

Memula macam ingat nak pegi pantai dan tengok sunset di sana. Jenuh bersiap tapi dari hotel tu tengok langit macam sendu semacam je. Kalau pegi pun belum tentu dapat sunset yang lawa.  Kang buat penat je.

Senja dari hotel jer

Sebab tak jadi keluar petang tu kami decided nak gi cari makanan jer. Area dekat dekat hotel pun jadi lah.

Kebetulan nampak ada warung depan hotel ni. Jadi kami decided nak lepak makan kat situ jer.

Makan kat warung ni


Makanan yang simple tapi cukup menyelerakan

Pastu jalan jalan kat tepi tu BW nak cari selipar. Selipar dia putus

Bukan kedai Neelofar ni. Kedai tempatan biasa biasa jer

Tapi nampak warung orang jual jual

Dia jual pukis ! Ya nama kuih tu pukis... Aku try beli.. macam sedap jugak sebenarnya. Dia macam apam tapi ada isi manis manis di dalamnya. Pukis la tu kan? Hahahaha

Kenyang makan malam dan dah try makan pukis. Balik hotel penginapan. 

Lif hotel

Called off the day

Tak cukup cukup jugak membuta. Lagi lagi bila dah dapat pukis. Rasa puas semacam je.... Hahahaha.

Aku rasa apam pukis tadi tu sedap gila. Esok rasa nak beli lagi !

Malam tu aku tidur awal. Tak tau la apa benda yang berlaku di dalam dunia ni tapi aku tetap tegar memilih setia pada bantal dan tilam empuk di hotel ni.

Aktiviti bersambung lagi esok ! Harapnya esok aku lebih bertenaga dan berdaya saing daripada hari ni.

Tapi Agus dah call malam tu bagitau aktiviti esok mungkin di tukar bukan seperti apa yang dijadualkan !

bersambung.....................

8 comments :

  1. Replies
    1. sebenarnya ada tapi tak tau kat mana. dah abis di makan pukis nya sebab sedap sgt tak sempat nak bergambo. hahahha

      google lah. kat malaysia ada kuih yang sama cuma nama lain kot

      Delete
  2. Patut lepas pekena apam pukis terus cargas...ni sambung tido balik...hahaha

    ReplyDelete
  3. kihkihkih....sedap ko makan pukis ye Meng...sampai nak lg esoknya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...