Thursday, November 16, 2017

Balkan 2017 : 09 - BOSNIA AND HERZEGOVINA

Bosnia dan Herzegovina merupakan sebuah negara Eropah yang terletak di semenanjung Balkan. Ia dahulunya merupakan sebahagian daripada Yugoslavia tetapi memperoleh kemerdekaan pada tahun 1992.

Bersempadan dengan Croatia di utara, barat dan barat daya, Serbia di timur dan Montenegro di belah tenggara. Kebanyakan mukabuminya adalah kawasan pergunungan namun mempunyai akses kepada sebahagian kecil pantai Adriatik Sea di selatan.

Bosnia Herzegovina

Old Bridge Mostar

Hari ini, negara ini mengekalkan literasi yang tinggi serta jangka hayat dan tahap pendidikan rakyatnya selain menjadi salah satu negara yang paling kerap dilawati di rantau ini dan menyasarkan kadar pertumbuhan pelancongan yang ketiga tertinggi di dunia antara tahun 1995 dan 2020.

Mostar

Sarajevo sebagai ibu negara

Bosnia Herzegovina terkenal dengan persekitaran semulajadi dan warisan kebudayaan yang diwarisi dari enam tamadun sejarah, masakannya, sukan musim sejuk, seni muzik eklektik dan budaya yang  unik selain senibina dan festivalnya.  

Fakta ringkas Bosnia Herzegovina :

Capital Sarajevo
Government Federal Democratic Republic
Currency Convertible Mark (BAM)
Area 51,129 sq km
Population 3,531,159 (2013.)
Language Bosnian, Serbian, Croatian
Religion Muslims 50.7%, Orthodox Christians 30.75%, Roman Catholics 15.19%, others 3.36%
Electricity 220V/50Hz (European plug)

Mostar

Sarajevo

* sesiapa pun yang nak buat trip Balkan mesti memasukkan Bosnia Herzegovina dalam itinerary masing masing dan tak terkecuali aku pun sama. 

* perjalanan dari Dubrovnik ke Mostar sekitar 3 jam tapi tertangguh sebab ada masalah dengan passport penumpang bas. Satu bas kena tunggu. 

* di Mostar aku tak de plan khusus tapi masa kat sana aku realize aku ada spare day jadi aku boleh berlama lama sikit di Mostar ni dan usha tempat tempat menarik di sini. 

* Mostar bagi aku menarik. Tenang dan damai dan paling penting kesan kesan peperangan dulu masih ada dan boleh bagi keinsafan sikit betapa manusia ni perlu berbaik baik dan jangan bergaduh gaduh. Tak elok !

* aku ada problem sikit kat Mosatr sebab tak de duit Mark. Nak tukar tak de Euro kecik sebab currency exchange tak nak pecahkan duit 100 Euro dan return kan the balance. Dah lah dia orang tak terima Euro so few kedai aku masuk nak beli makanan terpaksa keluar semula dengan hampa sebab duit tak di terima ! Esoknya bila bank bukak baru boleh bernafas tu pun dia tak accept note besar. Nasib aku ada USD note kecik.

* di Mostar aku di tegur few times dan bila tau aku orang Malaysia dia orang jadi happy gila ! Ada sorang pakcik ni dengan bangga nya bagitau aku. "Dr Mohamad Mahathir is a good man". Terbalik nama pakcik oiii ! Tapi aku pun tumpang riak !

* masa di Mostar jugak aku replan balik perjalanan aku ni so memang tak sempat nak balik ke Istanbul melalui Bucharest ( Romania ) so aku book tiket flight dari Belgrade je ke Istanbul.

* semasa di Mostar aku ambik tour untuk melawat tempat tempat di sekitarnya termasuk lah di Blagaj, Pocitelj, Kravice Waterfall dan MeÄ‘ugorje. Menarik dan lawa lawa kawasannya. Bagi aku the best part of Mostar ni adalah alam semulajadinya.

* dari Mostar aku ke Sarajevo by train dan sampai lewat malam. Sebab tak booking hotel mana  mana dan nak walk in dan sebab tak de map dan confident level tinggi menggunung akhirnya aku lesu menapak kat 4 KM ke old city. Pastu tak de arah tuju. Nasib baik dapat hostel malam tu kat tengah tengah pekan. 

* view dari Mostar to Sarajevo agak lawa. Pastikan naik bus or train di kala siang hari supaya dapat menikmati pemandangan.

*   Sarajevo tak de apa sangat yang menarik, just city biasa biasa je tapi OK lah sekadar nak melawat dan tengok tempat especially kawasan Oldtown Sarajevo.

Antara tempat yang sempat aku lawati di Bosnis Herzegovina ni adalah :

01. MOSTAR

Mostar adalah sebuah bandar di Bosnia dan Herzegovina yang dahulunya merupakan salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak etniks di negara ini. Kini bandar ini menderita disebabkan pembahagian geografi kumpulan etnik tersebut. Bandar ini juga adalah yang paling banyak dibom dari mana-mana bandar Bosnia semasa perang di Bosnia dan Herzegovina berikutan perpecahan Yugoslavia. 

Semasa perang, serangan udara telah memusnahkan banyak bangunan dan struktur penting, termasuk ikon kebudayaan dan rohani: Jambatan Lama, Old Bridge di Stari Most.

Old Bridge

Salib di atas bukit di Mostar

Shopping mall yang dibedil kini salah satu bukti kesan peperangan yang pernah berlaku di sini

Mostar

Pedestrian steet in Mostar

Mosque

Tinggalan perang

Masjid di Mosatr

Sungai yang mengalir di Old Town Mostar

Bandar Mostar

Old bridge

Mostar dari atas Old Bridge

Jalan raya

Blagaj - a village

Clear water

Pocitelj - a well-preserved walled Bosnian town dating back to 1383 that is 35km south of Mostar.

View from Pocitelj

Pocitelj

Pocitelj

Buah kiwi

Kravice Waterfall

Kravice Waterfall

Kravice Waterfall

Kravice Waterfall

Kravice Waterfall

Kravice Waterfall

Kravice Waterfall

Kravice Waterfall

Medjugorje, 25km from Mostar, is popular among pilgrims due to an alleged apparition of the Blessed Virgin Mary to youths in the town.

Back to Mostar

Train to Sarajevo

View dalam train dari Mostar ke Sarajevo

02. SARAJEVO

Sarajevo, ibukota Bosnia dan Herzegovina, adalah sebuah bandar yang mempunyai penduduk sekitar 395,133 orang. Bandar ini terletak di kawasan lembah dalam Persekutuan Bosnia dan Herzegovina dan sebahagian lagi di sebelah Republika Srpska.

Sarajevo - Capital city of Bosnia Herzegovina

Sarajevo adalah salah satu bandar paling menarik dan penuh kepelbagaian di Eropah. Ia adalah tempat di mana Barat & Empayar Rom Timur berpecah; di mana orang-orang Roman Katolik di belah barat, Eastern Ortodoks di timur dan Uthmaniyyah di selatan, bertemu, hidup bersama dan akhirnya berperang. Ia menjadi satu contoh pergolakan sejarah dan pertembungan tamadun, serta harapan untuk ke arah mencapai kedamaian dari toleransi serta integrasi pelbagai budaya yang ada.

Bandar ini terkenal dengan kepelbagaian agama tradisional, dengan penganut agama Islam, Ortodoksi, Katolik dan Judaisme yang wujud bersama selama berabad-abad.

Hari ini, Sarajevo telah pulih secara dari kerosakan Perang Yugoslavia pada tahun 1992-1995. Menjadi ibu negara kosmopolitan Eropah dengan sentuhan Timur yang unik dan menyenangkan untuk dikunjungi. Orang-orangnya sangat mesra walaupun berbeza fahaman dan budaya, sama ada Bosniak, Croat, atau Serbia. Dengan kadar jenayah yang sedikit, bandar ini merupakan salah satu yang paling bandar paling selamat di Eastern Europe.

Usha tempat tempat menarik di Sarajevo.

Sarajevo

Sebilj (Fountain), Bascarsilja (Old town)

Old town

Old town

Cafe cafe di Old town

Sacred Heart Cathedral Sarajevo

War memorial

City of Sarajevo

One of main boulevard in the city

The Academy of Fine Arts

Emperor´s Mosque

Views from Surrounding Hills.

Sarajevo

Building

The bridge in Sarajevo

Sungai yang memisahkan Persekutuan Bosnia & Herzegovina dan Republik Srpska. Sebelah pihak Muslim dan sebelah lagi puak Serb.

Old building

Latin Bridge

Old bridge

City hall

Sarajevo from top of the hill

Yellow Fortress

Sarajevo and surroundings

Beberapa fakta fakta menarik mengenai negara Bosnia & Herzegovina :

01. Mendapat jolokan negara  “Heart Shaped Land” kerana rupa peta negara Bosnia Herzegovina yang dikatakan berbentuk hati.

02. Nama "Bosnia" berasal dari perkataan Indo-Eropah iaitu "Bosana", yang bermaksud air. Sangat sesuai kerana negara ini dipenuhi dengan banyak tasik yang indah, sungai, air terjun, serta Laut Adriatik.

03. Bosnia & Herzegovina terdiri daripada dua Entiti - Persekutuan Bosnia dan Herzegovina dan Republik Srpska yang dipisahkan oleh sebatang sungai. Terdapat juga daerah yang diawasi secara antarabangsa iaitu Brcko District.

04. Mata wang Bosnia dan Herzegovina adalah Mark (BAM)

05. Pada tahun 2010, "Best In Travel" Lonely Planet menamakan Sarajevo sebagai salah satu daripada top 10 untuk dilawati.

06. Dimulakan pada tahun 1995 semasa Perang Bosnia, Festival Filem Sarajevo telah menjadi festival filem terbesar dan paling terkenal di Balkan dan Eastern Europe.

07. Pasukan bola sepak kebangsaan Bosnia dan Herzegovina akan bermain di FIFA 2014, kelayakan kali pertama negara tersebut ke Piala Dunia.

08. Bosnia & Herzegovina adalah juara dunia bola tampar pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2004 dan bola tampar pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2012. Kebanyakkan athlete paralympic mereka adalah anggota pasukan yang kehilangan anggota badan mereka dalam Perang Bosnia.

09. Bosnia & Herzegovina mempunyai tahap peminum kopi ke 10 tertinggi per kapita di dunia. Jangan lupa kalau sampai di Bosnia dan order lah Bosnian Coffee ! Ketagih !

10. Bosnia & Herzegovina pertama kali memasuki pertandingan Eurovision pada tahun 1993. Hasil terbaik adalah pada tahun 2006 apabila Hari Mata Hari mendapat tempat ketiga dengan lagu balada bertajuk "Lejla".



Selepas Sarajevo, aku meninggalkan Bosnia and Herzegovina menuju................Serbia !





View dia memang cukup mempesonakan..................... tapi aku cuak dap dup dap nak masuk sempadan Serbia. 

Ada rasa macam tak kena jer.



Sepi selubungi hati
Walau riuh kicau unggas berterbangan
Di sana sepasang kekasih ceria
Itu lah kita satu ketika

Kata kata ibarat hempedu 
Musnah semua kemanisan
Takkan kau sampai hati

Kau pergi jua sayang
Genggaman erat kau lepaskan
Aku terbuang

Kasih tolong tinggalkan 
Walau secebis kebahagiaan 
Sepi tak berteman

Kini mata dikaburi
Perasaan hilang tiada berhaluan 
Di sini berkocak perasaan diri
Tenggelam jauh tiada dasarnya

4 comments :

  1. Ada dpt diskaun apa2 ke sbb tau mu org Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdop.... tapi ada org ajak mengopi tapi tak mao.. nak cepat

      Delete
  2. furhhh balkan dah masuk list utk next trip

    sbb member g pakej travel tour best giler..lagi2 bosnia ni...nanti nk ambik feel kat blog SM..lama x nyinggah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeah... semoga berjaya sampai ke bosnia and enjoy the country

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...