Saturday, November 25, 2017

05 - KUANTAN 2017 : Pantai Batu Hitam

Batu Hitam merupakan sebuah pantai yang popular dengan penduduk tempatan dan pengunjung hujung minggu di Pahang, Malaysia. Terletak di antara Pantai Balok dan juga Pantai Beserah, iaitu 13 km daripada bandar Kuantan

Pantai ini dipanggil Batu Hitam untuk bentangan batu hitamnya pada pantai berpasir putih. Kawasan berpantai itu selalunya penuh sesak sepanjang hujung minggu oleh pekelah-pekelah dari jauh dan dekat.

Jom singgah !

Laluan

Pantai Batu Hitam

Merupakan salah sebuah pantai yang terkenal di Pahang dan dikenali menerusi rangkaian batu-batu hitam yang terletak di tepian pantai dan melambangkan keanehan alam semulajadi. Kawasan batu hitam tersebut menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk memancing, kerana dipercayai mudah untuk mendapatkan ikan.

Sekelompok batu batu hitam

Dengan pasir landai

Sunyi dan menenangkan

Sejarah asalnya nama pantai ini dipercayai pada suatu masa dahulu, bahawa rangkaian pantai dan kampung di pesisir pantai mendapat nama menerusi peristiwa yang berlaku. Terdapat sebuah kapal yang telah belayar semasa hujan dan ribut yang kuat sedang melanda. 

Ribut itu adalah sangat kuat dan membuatkan ramai berdoa agar mereka selamat dari karam. Lalu mereka BERSERAH kepada tuhan di suatu tempat dan meneruskan ke satu tempat dan akhirnya, kapal itu dipukul ombak dan karam di tengah laut. Manakala mayat mangsa-mangsa yang banyak berbuat dosa akhirnya terdampar di tepi laut lalu membentuk kelompok batu yang berwarna hitam; akibat dosa yang dilakukan mereka. 

Disebabkan batu yang berwarna hitam, maka penghulu kampung mengambil keputusan untuk menggunakan nama tersebut untuk memperingati peristiwa tersebut.

Menjadi destinasi kunjungan warga tempatan

Banyak gerai gerai jualan

Bang ! Ketiak basah kah?

Pantai Batu Hitam

Sesuai untuk santai santai pagi dan petang

Selain kemasyhuran batu hitam di sana, anda juga akan mendapati bahawa terdapat banyak ruang untuk berkhemah di pantai dan laut. Di sini, pengunjung kebanyakannya datang berkelah di pantai Batu Hitam dengan keluarga dan berenang di laut. Mandian dan kemudahan pencucian juga disediakan untuk para pelancong.

Gerai-gerai makanan laut juga boleh didapati berdekatan kawasan itu. Anda boleh mencuba hidangan setempat seperti mi goreng, mi kari, nasi goreng dan ikan bakar. Jus buah dan minuman berkarbonat juga dijual.

Pepohon kelapa melambai ria

Batu Hitam

Damai lautan

Perempit perempit

Sepi

Indahnya negara Ku

Melepak

Jauhi Maksiat

Aktiviti petang

Kedamaian.

Kalau kebetulan lalu, boleh singgah sambil pekena makanan di gerai ditemani angin sepoi sepoi bahasa.

bersambung................ 

7 comments :

  1. Replies
    1. takde la sunyi sepi sangat.

      mat mat rempit ramai... kedai2 jual makanan pun ada.. petang2 ramai la org kot

      Delete
  2. 😂😂😂mayat jadi batu hitam rasa seram pulak

    ReplyDelete
  3. Wahhh..dongeng purbakala punye..apedaaa..knape mereka berserah kepade tuhan...?alangkah baiknye mereka memohon keampunan dan baru berserah kepada allah swt...allah swt maha pengampun...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...