Thursday, November 2, 2017

FOOD FOUNDRY, Sect 17 PJ

Bila tengok bangunan ni..........................

..................... hati jadi sayu.

Kerana apa? Kerana ia mengingatkan aku kepada kenangan lalu....................

Cue lagu sendu....................... muzik !



Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu

Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta

Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya

Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru

Macam tragis sungguh !

Poyo tak? Sebenarnya tak de lah kenangan tragis mana pun. Tapi sebenarnya nak bagitau tempat ni bermula nya aku jatuh cinta dengan sejenis makanan bernama Mille Crepes !

*menyorok dalam oven.

Di sini lah lokasinya.

Satu ketika beberapa tahun yang terdahulu...

Pertama kali nya aku makan Mille Crepes di sini dah terus jatuh cinta. Kemaruk teruk tahap ketagih sekejap asyik datang semula semata mata nak makan Mille Crepenya.

Misi Mencari Mille Crepes

Pastu macam lama tak pegi

Seakan akan dah terlupa dengan igauan semalam. Tapi hari tu ada gak gi makan kat cawangan baru dia di FF TTDI

Masa celebrate birthday IH yang jatuh pada bulan September dulu, GBS ajak lepak lepak kat luar dan birthday boy aka IH telah memilih nak makan kat sini, jadi kami berkunjung ke sini setelah sekian lama tak memunculkan diri.


Masih di lokasi yang sama. Karpet merah mana? Karpet merah?

Dan kini segalanya sudah berubah

Bukan berubah lokasi tapi setting cafenya.

Usha dulu apa yang terkini di sini.............................

Fully air conditioned

Staff pun makin ramai

Penanda business makin maju

Setting pun dah berubah

Lebih santai

Dan lebih cozy dari dahulu

Lampu lampu

Dan masih menjual mille crepes idaman ramai

Dan aneka cakes dan manisan

Kudapan

Dan pengunjung juga tak putus putus datang. Masih relevant dan tidak sendu walaupun banyak tempat tempat lain di buka berdekatan.

Sebab kami nak makan so duduk dan di beri menu untuk pemilihan.

Menu special

Makanan

Minuman

Lepak dan borak borak. Tak bestnya tak de port nak hisap rokok so aku kena ulang alik lari ke luar untuk menaga.

Staff dia macam pelik sikit, maybe foreigner tak berapa nak faham bila ambik order. 

Then makanan menyusul juga selepas seketika.

BW dan IH dan order dulu

Makan salad jaga tubuh

Pastu spoiledkan dengan manisan

Ni air aku. Apa ntah namanya. Kureng menyerlah

Oglio Alio IH punya.

Ni aku punya. Cordon Blue Chicken kot. Sedap juga.

Sebab sedap tempek sekali lagi

MH punya order. Buttered Chicken amende ntah

Dan dia minum kopi

Serta tambahan makanan manis dan bergula

Makan makan. Borak borak. Gelak gelak sampai ke senja !

Sesekali berjumpa mesti lupa diri kejap. Yang pasti makanan memuaskan, service so so. Harga agak high end tapi kat sini lebih murah dari yang di Taman Tun tu.

Overall, nice place to hang out makan dan borak borak. Tapi jangan kuat sangat, nanti orang pandang !

FOOD FOUNDRY
BG8, Block B, Happy Mansion,
Jalan 17/13, Section 17
Petaling Jaya, 47400 Selangor,
Malaysia
Phone: +60 3-7932 2322
Open Hr : Everyday 10AM–10PM


Operation Hrs

Happy Mansion !

Selamat mencuba !

12 comments :

  1. Saya pun suka mille crepe (tetiba ayat skema)

    ReplyDelete
  2. lama x pi sini wp hari2 lalu balik koje.. ngopi secawan 2 best tu

    ReplyDelete
  3. Lama nye x pergi ke Food Foundry. Kalo datang, mesti order lasagna dia..terbaik sangat!!

    ReplyDelete
  4. Taman Tun punya branch dah tutup dah... ganti restoran Paper Fish. Next door dia ada Vietnamese pho restaurant ala Melbourne. Selalu packed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik dah tutup? kurang laku kot situ. maybe sebab mahal sikit harga..

      teringin nak try kedai vietnam tu. halal ke dok?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...