Wednesday, November 15, 2017

Balkan 2017 : 08 - CROATIA

Croatia atau nama secara rasminya di kenali sebagai Republik Croatia terletak di Eropah Tengah. Ia terletak di sebelah timur Adriatik Sea, di timur Itali dan bersempadan dengan Slovenia di barat laut, Hungary di utara, Bosnia dan Herzegovina di arah tenggara, Serbia di timur, dan Montenegro di selatan.

Croatia mempunyai keluasan 56,594 kilometer persegi (21,851 mil persegi) dan penduduk seramai 4.28 juta, kebanyakannya adalah Katolik Rom.

Croatia di pesisir Adriatik Sea

Coastline

Pemandangan mukabumi Crotia di pesisir pantai

Adriatic Sea

Fakta ringkas Croatia :

Capital Zagreb
Government parliamentary democracy
Currency kuna (HRK)
Area 56,542km²
Population 4,493,312 (July 2007 estimate)
Language Croatian 96%, other 4% (including Serbian, Italian, Hungarian, Czech, Slovak, and German)
Religion Roman Catholic 87.8%, Orthodox 4.4%, Muslim 1.3%, other Christian 0.4%, others and unknown 6.1%

Ibukota Croatia adalah Zagreb, yang merupakan salah satu daripada subdivisi utama negara, bersama dengan dua puluh daerah yang lain. 

Dubrovnik salah satu bandar pesisir pantai di Croatia.

* asalnya ada few places yang aku nak terjah di Croatia ni bermula dari Dubrovnik, Split, Plitvice National Park dan Zagreb. Tapi bila fikir balik macam tak sempat dan terkejar kejar pulak. Dan aku rasa Croatia deserves another trip la yang mana aku boleh cover puas puas nanti. So untuk kali ni, aku cuma ke Dubrovnik je dulu sebelum ke Mostar.

* aku memang anticipate hotel di Dubrovnik ni memang agak mahal, sama macam Kotor, so aku kena pilih salah satu je untuk bermalam. Nasib baik tiket bas pagi dari Kotor dan sampai di Dubrovnik menjelang tengahari dan aku ada 4 jam lebih di sini sebelum bertolak ke Mostar.

* dekat bus station Dubrovnik tu ada kedai runcit, makcik situ kerek gila. Kat station bas tu boleh tinggal luggage. tapi kena bayar lah. BTW Croatia pakai currency sendiri iaitu Kuna. Barang barang pun agak mahal di Croatia ni kalau compared dengan negara Balkan yang lain.

* bus terminal agak jauh jugak dari Dubrovnik oldtown, 2.5 km, naik bas No 7, 12 Kuna. 

* nak masuk oldcity tu free tapi kalau nak berjalan atas city wall kena bayar. Boleh tahan gak panjang kubu tu kalau nak jalan. Panas lagi.

* aku pegi naik bas dan masa balik boleh pulak miss bus stop. Bus terlajak terpaksa aku turun dan jalan kaki patah balik ke bus station. Fuh. Ni semua gara gara otak aku tak abis abis fikir pasal awek Montenegro tu. Aku rasa kesian gila dan macam tak de orang nak tolong dia. Well.. aku pun tak nak sebab aku tak kenal dia but at least aku rasa someone should play a part. * sigh.

* aku suka Dubrovnik ni, memang dalam list bucket aku tapi maybe sebab cuaca dan tempat ni ramai sangat tourist. Rimas dan rengsa. Or maybe aku lapar. Makan pizza kat lorong lorong tu bagi tambah tenaga.




Dubrovnik adalah walled city yang menakjubkan di pantai Laut Adriatik di selatan Croatia. Walaupun jumlah penduduknya cuma 40,000 orang, tetapi ia merupakan salah satu resort pelancongan paling terkenal di Mediterranean dan disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1979.

Mendapat jolokan sebagai "Pearl of the Adriatic", sektor pelancongan adalah industry utama Dubrovnik dan terdapat banyak hotel hotel dibina bagi menyediakan kemudahan kepada pelancong yang datang. Bandar ini adalah satu satunya kota di Adriatik ini untuk menyaingi Venice pada zaman pertengahan dahulu. Dubrovnik juga telah mencapai tahap pembangunan yang luar biasa pada abad ke-15 dan ke-16 lagi dan menjadi salah satu daripada pusat perkembangan bahasa dan kesusasteraan Croatia, di mana terdapat banyak penyair terkenal, pemain drama, pelukis, ahli matematik, ahli fizik dan sarjana lain.

Hari ini Dubrovnik menjadi destinasi elite dan salah sebuah bandar paling indah di Mediterranean dan menjadi kunjungan kerabat diRaja, Presiden serta diplomat asing. George Bernard Shaw pernah berkata bahawa "those who seek paradise on Earth should come to Dubrovnik and find it".

Tarikan utama di Dubrovnik ini adalah Oldtown yang dipenuhi dengan bangunan serta senibina yang menakjubkan termasuklah gereja, biara, muzium dan air pancut yang menawan.

Franjo Tuđman Bridge

Arah petunjuk

Bus terminal Dubrovnik

Laut

Pile Entrance -  at the western end of the Placa Thoroughfare (Stradun) (Old town).

City Wall entrance

Bell tower

Placa Stradun, (Old town). The Stradun (Placa) is the central street of the city

Column

Sponza Palace - Gothic Renaissance palace

Rector's Palace, now a museum

Lorong lorong ada cafe dan kedai makan

Tangga naik ke atas. Agak steep

Pandangan dari atas

Old port

Lighthouse

Dubrovnik

Pier

Cable car atas bukit

Tower

Area sekitar

Port

View dari atas

View ke arah kota lama Dubrovnik

Gate keluar

Tunggu bas balik ke station bas

Sebab terlelap dalam bus, terlepas bus stop

 
Tersesat ke sini

Jalan kaki balik ke bus station. Letih gak menapak nak sampai balik semula ke sana.

Fakta fakta menarik mengenai Croatia

01. Croatia memiliki bandar terkecil di dunia. Di Barat Laut Croatia, terdapat sebuah bandar kecil bernama 'Hum' yang dikatakan memiliki rekod dunia sebagai bandar terkecil di dunia! Mengikut sumbernya ia mempunyai populasi antara 17 dan 23!

02. Dermaga di Croatia dikenali sebagai pantai Dalmatian. Anda mungkin menganggap pantai itu dinamakan sempena anjing anjing Dalmatians, tetapi wilayah ini memang dikenali sebagai Dalmatia sejak zaman Roman Imperial lagi. Jadi anjing Dalmation secara rasmi diiktiraf sebagai baka dari Croatia bermula pada abad ke-17.

03. HBO siri 'Game of Thrones' difilemkan di pantai Dalmatian di Split dan Dubrovnik. Terdapat Tour GOT disediakan di Dubrovnik ini bagi yang berminat untuk ke tempat tempat tersebut.

04. Rakyat Croatia memegang Rekod Dunia Guinness truffle putih terbesarn di dunia. Giancarlo Zigante Pototoska mendapati truffle putih seberat 1.31 kg (2 lb 8 oz) di sebuah bandar di Croatia Timur pada tahun 1999.

05. Pantai yang paling terkenal di Croatia terletak di Bol iaitu di pulau Brac. Pantai Zlatni Rat terkenal kerana perubahan bentuk dan warna air dan pasirnya bergantung kepada angin.

06. Croatia adalah tempat asal amphitheatre di Pula yang pernah menjadi tempat bloody Roman gladiator fights. Istria di Croatia adalah satu-satunya yang dipelihara di dunia. Ia juga merupakan amphitheatr terbesar ke-6 yang wujud.

07. Wain telah di buat di Croatia dan dari pengaruh orang-orang Greek dari dua setengah ribu tahun terdahulu. Ia menjadikan Croatia sebagai destinasi yang hebat untuk makanan dan minuman.

08. Sekurang-kurangnya 10% kawasan tanah di Croatia digazetkan dan terdiri daripada 8 taman negara, 11 taman alam dan dua rizab alam semula jadi.

09. Orang orang di Croatia menikmati 2,715 jam cahaya matahari setahun, melebihi sinaran matahari di Sydney, Australia.

10. Menurut Alfred Hitchcock, bandar tepi pantai Zadar di Dalmatia memegang gelaran tempat matahari terbenam yang terbaik di dunia, lebih cantik daripada yang di Key West, Florida'.

11. Nikola Telsa, Inventor untuk electricity supply system dilahirkan di Lika, rantau pergunungan di Croatia.


Bye bye Dubrovnik


Menuju ke Mostar


Dari Dubrovnik, aku menuju  ke Mostar dan bermalam di sana.

Sampai di Mostar baru aku recheck balik, aku kena tukar plan asal. Ada some part tak leh nak teruskan so aku kena came up dengan plan B.

B untuk Bosnia !

B untuk batu. Travel ni tak boleh keras kepala sangat. Kena ikut kesesuaian juga.



Dengarkan hati kecilku sedang berbisik
Menunggu sampai luluhnya hati batumu
Yang sudah tak bisa

Dengarkan batin kecilku sedang berbisik
Rasa tak sanggup luluhkan hati batumu
Tetap ku tak bisa mengerti apa maksudmu

Cinta harus begini untuk agar kamu bisa
Pahami aku, mengertikan hatiku
Rasa ini harus ku terima meski buat pusing kepala
Karena tak bisa lagi watakmu bisa untuk dirubah

Oh cinta harus begini untuk agar kamu bisa
Pahami aku, mengertikan hatiku
Rasa ini harus ku terima meski buat pusing kepala
Karena tak bisa lagi watakmu bisa untuk dirubah

Rasa ini harus ku terima meski buat pusing kepala
Karena tak bisa lagi watakmu bisa untuk dirubah

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...