Wednesday, August 2, 2017

SUMMER IN BALKAN : Budget & Itinerary - Part 2

06. ITINERARY

Part 2 : Itinerary....


Pasrah membawa diri

Lagu tema masuk !



Mungkin Kali ini
Bukan lagi aku
Yang kau sakitkan

Mungkin tiada lagi
Ku di dunia ini
Kau bidadari

Bila malam bila rindu
Tiap Kali ku cuba melupakan mu
Ada sajamu Kara padaku
Aku dihidupmu
Bukan aku mau jauh
Bukan juga ku benci pada dirimu
Bukan niat ku lukai kamu
Bukan diriku
Benar... ku hanya saying padamu
Bukan nya takdirku
Untuk bersamamu
Jika... setiap langkah ku ini
Terhenti disini
Until selamanya
Izinkan ku pergi

Bila malam bila rindu
Tiap Kali ku cuba melupakan mu
Ada sajamu Kara padaku
Aku dihidupmu
Bukan aku mau jauh
Bukan juga ku benci pada dirimu
Bukan niat ku lukai kamu
Bukan diriku
Benar... ku hanya saying padamu
Bukan nya takdirku
Untuk bersamamu
Jika... setiap langkah ku ini
Terhenti disini
Until selamanya
Izinkan ku pergi

Izinkan ku pergi
Izinkan ku pergi

Route aku jelajah Balkan.

KUL - QATAR (Doha) - GREECE (Athens - Meteora - Thessaloniki) - BULGAR(A (Sofia) - MACEDONIA (Skopje) - KOSOVO (Pristina - Prizren - ALBANIA (Lake Koman - Shkodër) - MONTENEGRO (Podgorica - Budva - Kotor) - CROATIA (Dubrovnik) - BOSNIA AND HERZEGOVINA (Mostar - Sarajevo) - SERBIA (Belgrade) - TURKEY (Istanbul) - KUL

Route ni lari sikit dari apa yang aku plan, tapi cover almost 90% plus minus ada destinasi terpaksa di tolak dan ada yang di tambah. 

Duration trip 13 days.

DAY 01 :  
KUL - DOHA (QATAR) - ATHENS (GREECE)

09:30 am : Berlepas dari KLIA. Flight time 7 jam
11.00 am : Sampai Doha. Transit 8 jam. Beli bas pass QAR 10 saja pusing pusing Doha.
05.30 am : Flight to Athens dari Doha. Flight time dekat 5 jam.
12:00 am : Landing di Airport Athens.
01:00 am : Bus to Athens City Center. Sebab dah malam Metro tak de. Tambang bas. Bus X95 to Syntagma Square. Fare : Euro 6

Overnight Athens : Airbnb Armodiou 14 ( booking dari Malaysia, RM 193 for 2 nights)

# Apply visa transit Qatar. Free thru Qatar Airways.
# Penginapan tu susah nak cari. Penat tanya orang sana sini. Tapi bila sampai nampak view lawa gak dan bilik pun OK. Lokasi pun OK.

Qatar

Doha

  Greece

DAY 02 :
ATHENS (GREECE)

Hari ke dua, cover Athens dari pagi sampai ke malam.

09:30 am : Gi Hard Rock Cade Athens dan area Monastiraki Square.
11.00 am : Ancient Agora dan area Plaka 
02.30 pm : The Temple of Olympian Zeus
04:00 pm : The Acropolis ( konon nak tunggu sunset tapi park tutup pukul 8 hari masih cerah)
09:00 pm : Dinner kat Indian Restaurant. Euro 4 per meal. Nikmat dapat nasi.

# Semua cover jalan kaki jer. Melecet ! Banyak stop dan berhenti rehat dan bermalas malasan di bawah pokok pokok dek cuaca panas tak menahan.
# Beli combo pass yang cover all park murah sikit. (Euro 30) dan boleh cover Kerameikos, the Temple of Olympian Zeus, Roman Agora, Ancient Agora, and Hadrian's Library, dan Aristotle's Lyceum.

Overnight Athens : Airbnb yang sama macam semalam.

Bendera Greece

HRC Athens

Athens

Acropolis

DAY 03
ATHENS (GREECE) - METEORA (GREECE) - THESSALONIKI (GREECE)

Perjalanan dari Athens ke Kalambaka. Pastu tak de plan. Either nak menginap di Meteora atau ke Ohrid atau tengok options yang ada.

07:30 am : Gerak ke Metro station ke Train Station Athens.
08:00 am : Sampai beli tiket ke Kalambaka. Eur 18.30. Train pukul 8.30 pagi. 5 jam sebab train delayed.
02.00 pm : Sampai Kalambaka, terus join tour Meteora dengan Meteora Thrones. Aku nampak ilan dia orang masa kat train station di Athens dan terus SMS booking. Main belasah je, tup tup sampai Kalambaka dia orang dah tunggu. Ramai gak yang datang day trip dari Athens untuk ambik tour Meteora ni. Harga Euro 35. Tour sampai pukul 5 petang. Sebab ramai yang ambik train balik ke Athens semula.
06:00 pm :  Pegi Bus Station Kalambaka riki riki ticket. Ada bus pukul 7.15 malam ke Thessaloniki. Tu je option ada sebab aku malas nak bermalam di Meteora. Bus 2 Setengah jam tapi kena transit dekat Trikala. Harga tiket Euro 21.
08:00 pm : Bas dari Trikala ke Thessaloniki. Bus station dia ada wifi so aku booking hotel di Thessaloniki untuk malam tu.
10.00 pm : Sampai Thessaloniki. Blurr ! Gelap dan tak tau mana nak tuju. Nak beli tiket ke Skopje esok tapi kaunter dah tutup. Naik bas ke hotel yang dah di book.

# Bus Station Thessaloniki agak jauh dari city center. Jauh kalau nak menapak.

Overnight Thessaloniki : Hotel Neo Metropolis. Private. Euro 35. Hotel OK dan selesa juga.

Dalam train menuju ke Meteora

Meteora

Lokasi shooting Game of Thrones

Dalam bas menuju ke Thessaloniki

DAY 04
THESSALONIKI (GREECE) - SOFIA (BULGARIA)

Plan aku, dari Thessaloniki pagi tu aku akan ke Skopje dan Ohrid Lake.

06:00 am : Dah bangun awal dan siap siap nak check out. Tapi aku fikir, alang alang sampai Thessaloniki ni, baik aku usha sikit kawasan. Bandar Thessaloniki ni sendiri adalah salah satu UNESCO World Heritage Site.
08:00 am : Menapak jalan kaki je pusing pekan dia. Tak de la besar mana pun. Pastu ambik bas ke Bus Terminal.
08:30 am :  Sampai terminal bus, bus ke Skopje dah terlepas. Mengagau kejap. Option yang ada ialah ke Sofia, Bulgaria. ( Sepatutnya masa balik nanti aku akan singgah di Sofia ni otw ke Istanbul ).
10:30 am : Aku dah dalam bas dari Thessaloniki menuju ke Sofia, Bulgaria. Harga tiket Euro 17.50. Ke Sofia ada few buses sehari dari sini. Jarak perjalanan 4 jam setengah.
02:00 pm : Sampai Sofia. Beli overnite bus to Skopje. Harga tiket dari Sofia ke Skopje 32 Lek. (Aku tukar 20 Euro ke Bulgarian Lek)
03:00 pm : Dari station bus ke city center. Salah naik train kena humban ntah ke mana mana * cry
04:00 pm : Sampai gak kat City Center dan merayap sampai ke pukul 8 malam. Tapi cerah lagi.
12:00 pm : Bus dari Sofia ke Skopje. ( 5 jam )

# Susah nak cari signage even kat kaunter tiket yang tulis rumi di Sofia. So kalau nak beli tiket memang kena tanya satu satu kaunter. 
# Aku jumpa masjid di Sofia tapi tak jumpa kedai makan halal. Last sekali makan Mc D. Fish fillet 7 Lek. Sos dia kena bayar ! Kedek betul..........
# Kalau naik tram ke city center, pastikan laluan tram tu berhenti kat mana. Kang silap naik tram susah nak balik semula ke bus station ( terjadi pada diri aku sendiri )
# Kat Sofia ni paling jauh aku berjalan. Berpusing pusing kat city center dia pastu sesat ikut laluan ntah ke mana mana.

Overnight dalam bas : Bukan bas pun tapi mini van. Nasib baik dapat single seat. 

Thessaloniki, Greece

Otw ke Sofia

Seandai kau tahu.. apa yang ku mahu... Mahu kah diri mu.... * tarik key Black

St. Alexander Nevsky Cathedral. One of the largest orthodox churches worldwide.

Bangunan The University of Sofia (St. Kliment Ohridski) or simply Sofia University is the oldest higher education institution in Bulgaria, founded on 1 October, 1888.

DAY 05
SKOPJE (MACEDONIA) - PRISTINA (KOSOVO) - PRIZREN (KOSOVO)

Pukul 4 pagi dah sampai Skopje.

05:00 am : Lepak kat bus termnal. Tumpang charge battery camera, guna toilet etc. Sampai kaunter tiket bukak jam 6 pagi. Macedonia lewat sejam dari waktu Greece.
06:00 am : Check tiket bus ke Pristina. Tak jadi aku ke Ohrid sebab tak cukup masa.
06:00 am : Tinggal luggage dan jalan kaki ke City Center. Jalan subuh subuh hari pusing Skopje City sampai pukul 9 pagi.
10.00 am : Bus ke Pristina. ( Tukar 10 Euro dapat 850 MKD) Tiket ke Pristina 320 MKD. 3 jam. Bus every 2 hour sampai pukul 2 petang je.
12:00 pm : Sampai Pristina. Merayap kat bandar dia dan balik ke station bus.
04:00 pm : Tiket ke Pritzren (Euro 4). 2 jam. Bus every hour.
06:00 pm : Sampai Pritzen cari penginapan. Walk in jer. Then lepas tu merayap sekitar pekan Prizren, Kosovo.

# Kosovo banyak orang Islam tapi nak cari kedai halal banyak jual minuman je tak jual makanan.
# Skopje macam menarik bandar dia. Tak besar mana. 3 jam boleh abis cover.
# Pristina memang tak de apa apa attractions menarik. Jauh lak tu center dia dari terminal bas. Berpeluh aku menapak.
# Prizren kecik je dan boleh jalan kaki pusing pekan.

Overnight Prizren : Hotel Alvida. Euro 20. Selesa dan dekat dengan terminal bas.

Pagi di Skopje

Alexander The Great dan Statue The Warrior on a horse

Bandar Skopje yang terkenal dengan macam macam statues

Statue Bill Clinton di Pristina. Baik sangat pakcik Bill ni kat Kosovo sampai ada statue dia kat sini.

Perjalanan ke Prizren

Prizren

Church of Our Lady of Ljeviš - UNESCO World Heritage Site di Prizren, Kosovo.

DAY 06
PRIZREN (KOSOVO) - LAKE KOMAN (ALBANIA) - SHKODER (ALBANIA)

Dari Prizren aku plan nak ke Tirana tapi malam tu aku tukar plan. Aku nak ke Shkoder terus dan kalau sempat aku nak masuk ke Montenegro malam tu jugak.

05:00 am : Check out dari hotel dan terus ke terminal bus Prizren. Aku fikir nak naik bas or nak try something mencabar. Bas ada pukul 6 pagi tu. Tapi aku decided nak naik ferry dan ikut laluan Lake Koman.
07:00 am : Ambik bas dari Prizren ke Gjakova. Tiket 2.50 Euro. Ada info yang aku baca tapi tak berapa lengkap. Dari Gjakova ambik mini bas/combi ke Bajram Curri dan another combi ke Fierze. Dekat Gjakova tu tempat combi bus ni kena tanya orang. Mostly orang situ tahu. Aku kena tipu sikit time ni so aku bayar Euro 12.50. Rasanya tak semahal tu naik bas buruk yang macam nak roboh tu.
01:00 pm : Ferry Lake Koman. 3 jam. 5 Euro. View memang lawa.
04:00 pm : Lake Koman. Transport to Shkoder (5 Euro).
06:00 pm : Sampai Shkoder no bus to Montenegro. Teksi je ada tapi mahal.

# Ferry dari Fierze last pukul 1 tengahari. Make sure sempat sampai ke jetty. Jetty dia macam bukan jetty so jangan terkejut kalau tersadai macam some place no where.
# View Lake Koman memang mengancam ! Highly recommended.
# Sampai Lake Koman tu jangan berlagak nak jalan kaki ke luar... Kawasan berbukit dan jauh gila ! Bayar je la transport 5 Euro tu kalau tak, korang pasti menyesal !

Overnight Shkoder. Walk in Hotel Prince. Euro 20. OK hotel dia. Staff dia pun baik hati ( dan cun )

Welcome to Albania. Salah sebuah negara Islam.

Lake Koman

Driver ferry aku slow gila. Siap ferry lain boleh potong. 3 jam tu membosankan jugak sebenarnya. Tapi view memang lawa

Lake Koman

Hotel Red Bricks di pekan Shkoder

Roundabout yang di kenali sebagai Sheshi Demokracia


DAY 07 
SHKODER (ALBANIA)  - PODGORICA ( MONTENEGRO) - BUDVA  ( MONTENEGRO) - KOTOR  ( MONTENEGRO)

Dari Albania memang aku nak masuk ke Montenegro. Excited !

08:00 am : Pagi dah check out dan tunggu bas untuk ke Montenegro. Dari Shkoder ada 1 bas pagi pukul 9 ke Ulcinj. Tiket 6 Euro + 1 Euro untuk luggage. Dari Ulcinj (Montenegro) baru ambik bas ke destinasi lain di Montenegro.
10.00 am : Sampai Ulcinj aku ambik bas ke Bar ( gatal nak pegi konon ). Pastu tak larat nak menapak.
12:00 pm : Bus Bar to Podgorica. Euro 4. 2 hr. Sampai Podgorica pegi HRC pastu menapak balik ke bus station ( jauh gak ). Masa pegi naik teksi 2 Euro.
02.30 pm : Bus Podgorica to Budva. Euro 4 + 1 Euro luggage. 2 hr. Sampai Budva jalan kaki ke Old Town Budva.
08:00 pm : Bus Budva to Kotor. 2.50 Euro. 1 hr.

# Aku nak pegi masjid kat Bar tu tapi jauh nak jalan kaki. Buang masa je tunggu next bus.
# Podgarico tak de apa jugak. Kalau nak beli merchandise HRC pegi je kat Budva. Ada Rock Shop dalam Old Town Budva.
# Budva bagi aku best jugak. Kotor memang menarik lah.
# Sampai Kotor terus beli tiket ke Dubrovnik pagi esoknya. Harga tiket Euro 17.

Overnight Kotor :  Palazzo Drusko Deluxe Rooms booking last minit. Harga memang mahal. Euro 50 private. Locatiojn dalam Old Town Kotor tu je dan bilik dia lawa dan mewah gila !

Montenegro

Montenegro Flag

Millennium Bridge Pogdorica

HRC Pogdorica

Budva

Old Town Budva

Old Town Kotor

DAY 08
KOTOR (MONTENEGRO) - DUBROVNIK (CROATIA) - MOSTAR (BOSNIA)

Dari Kotor aku cuma plan nak singgah di Dubrovnik je. Tak bermalam. Kalau boleh langsung terus ke Mostar tapi tiket bus selalu cepat habis dari Dubrovnik - Mostar. 

05:00 am : Pagi bangun dan pusing pusing area Old Town Kotor dan Bay of Kotor. Tak panjat pun bukit tu sebab tak sempat.
08.00 am : Bus from Kotor to Dubrovnik. 3 jam. Expect delayed on boarder.
01.30 pm : Sampai Dubrovnik beli tiket ke Mostar petang tu. Ambik bas ke Old Town Dubrovnik.
04:30 pm : Bus from Dubrovnik to Mostar.
07:00 pm : Sampai Mostar.

# Di Croatia kena tukar currency ke Kuna.
# Croatia harga barang memang mahal sikit dan hotel pun mahal.
# Masa kat Mostar aku realized aku save sehari. ( aku travel lagi laju dari aku plan ). Tapi aku cancelled plan nak ke Split, Plitvice dan Zagreb sebab takut tak dan nak patah balik ke Istanbul. Tapi ada ura ura nak lajak ke Bucharest, Romania tapi risky jugak. Di Mostar aku booking flight tiket dari Belgrade ( lusa ) ke Istanbul.
# Sebab ada spare sehari, aku decided nak stay esok kat Mostar dan ambik tour ke tempat tempat sekitar Mostar ni.

Overnight Mostar : Hostel Dada. Aku sampai Mostar ada sorang makcik ni offer hostel kat rumah dia. Murah je 10 Euro private. Selesa dan dekat dengan Station Bas Mostar.

Kotor

Bay of Kotor

Bendera Croatia

Dubrovnik. UNESCO WHS. Salah satu detinasi yang aku memang teringin nak sampai.

Tapi too touristy. Ramai gila orang. Pening  

Pastu terlepas stop. Bas berhenti jauh terpaksa menapak. Nasib baik sempat naik bas ke Mostar

Old Bridge, Mostar - Bosnia

DAY 09
MOSTAR (BOSNIA) - BLAGAJ (BOSNIA) - POCITELJ (BOSNIA) - KRAVICE WATERFALL ( BOSNIA ) - SARAJEVO (BOSNIA)

05:30 am : Jalan jalan subuh hari sekitar bandar Mostar.
10.00 am : Aku ambik tour untuk ke tempat tempat menark di Mostar ni. Ambik kat anak makcik hostel aku stay tu. Dari 10 pagi sampai 6 petang. Euro 30.
06.30 pm : Balik ke Mostar terus ke Train Station dan beli tiket ke Sarajevo. Train pukul 8 malam. Harga 12 Mark.
10:00 pm : Sampai Sarajevo.

# Bagi aku Mostar ni menarik and worth to spend more time pegi tempat tempat tarikan pelancong.
# Orang Mostar suka sangat kalau tau kita orang Malaysia.
# Try naik train dari Mosatr - Sarajevo or vice versa. Train baru dan selesa. Murah. View memang superb so try travel waktu siang. Aku ambik train malam sempat nampak sikit je tapi memang cun.

Overnight Sarajevo : Tak sempat booking hotel. Walk in je. Jauh gila menapak sampai ke Old Town dari Train Station. Hostel Magaza. Euro 20. Hostel nampak buruk tapi location perfect !

Stari Most - The Old Bridge. UNESCO World Heritage Site

Blagaj Village

Pocitelj - a well-preserved walled Bosnian town dating back to 1383

Kravice Waterfall

Sarajevo

DAY 10
SARAJEVO (BOSNIA) - BELGRADE (SERBIA)

Aku plan nak spend sehari kat Sarajevo ni dan malam nak ambik overnight bus ke Belgrade. Tengahari tu pegi cari tiket ada tengahari so aku terus je beli dan gerak ke Serbia.

06:30 am : Jalan jalan keliling Sarajevo. 
11.00 am : Beli tiket ke Belgrade di Lucavica Bus Station ( Bus station dia jauh dan bukan dekat main bus station). Tiket 40 Mark.
01.30 pm : Bus from Sarajevo to Belgarde. 8 jam !! Tapi view agak lawa especially Bosnia side.
09:00 pm : Sampai Belgrade nak tunggu sunset. Pastu baru check in hostel aku booking masa kat bus station siang tadi.
Malam terus tido. Letih.

# Sarajevo bagi aku tak de apa sangat. Just typical city. Tapi kalau ada masa naik atas mana mana bukit and tengok view Sarajevo dari atas. Memang lawa.
# Jangan lupa try Bosnian Coffee.
# Old Town Sarajevo agak meriah.

Overnight Belgrade : HostelChe Hostel. Euro 20. Nice location. Nice hostel.

Academy of Fine Arts building

Latin Bridge

View Sarajevo

Sarajevo

Sarajevo to Belgrade

Belgrade

Sunset

DAY 11
BELGRADE (SERBIA) - ISTANBUL (TURKEY)

06:30 am : Bangkit pagi dan explore Belgrade city. 
11.00 am : Balik hostel. Lepak jap then gerak ke airport.
04.30 pm : Flight to Istanbul. (1 jam 30 minutes )
07:00 pm : Sampai Istanbul. Ambik metro ke city.

# Lega berjaya sampai Istanbul.
# Belgrade tak de apa yang menarik sangat dan bandar dia pun kecik je.

Overnight Istanbul : Manesol Boutique Galata. Nice hotel. Location pun best. Pagi pagi aku bangun dah boleh turun terus sampai ke jambatan di Istanbul. Euro 30 per nite. Aku stayed 2 malam.

Bendera Serbia

The St Sava Church, the biggest Eastern Orthodox Church in the world

The Republic Square

Univ of Belgrade

Leaving Belgrade

Hello Istanbul !

DAY 12
ISTANBUL (TURKEY)

Aku rasa sangat teruja bila sampai Istanbul ! Padahal 2 kali jejak kaki dalam masa setahun ni. Maybe sebab dulu datang rasa tak puas. Aku ada whole day di Istanbul ni so aku jalan puas puas.

06:30 am : Turun ke jambatan usha usha orang dan sunrise. Balik breakfast di hotel.
09.00 am : Galata Tower, Hard Rock Cafe (Tutup), Istiklal Street dan Taksim Square. Ambik Metro ke Sultanahmet-Old City. Grand Bazaar. Blue Mosque. Istana Topkapi. Besar hajat aku nak masuk sebab dulu datang tak sempat masuk tapi gagal jugak ! Orang ramai gila.
04.30 pm : Balik bilik tidur sat.
06:00 pm : Bosporus Cruise 15 Lira.
09:00 pm : Tidoq

# Aku suka Istanbul. Stay kat area Galata tu aku rasa perfect gila. Pagi petang boleh lepak area jambatan tu je pun rasa best.
# Tapi aku tak suka immigration airport Istanbul. Ramai gila orang. Selllowwwwwwwwwwwwwww.
# Cuba Bosporus Cruise tu. Survey harga.. Beza beza harga dia orang charge.
# Awek Turkey pun cun cun.

Overnight Istanbul : Sama dengan hotel semalam.

Bendera negara Turkey

Golden Horn, Istanbul

Pakcik Bruce Willis aku jumpa. Tapi sombong nak mampus padahal dulu saing je main guli...

Blue Mosque

Ortaköy Mosque, along the Bosphorus

Bosporus Cruise

Sunset in Istanbul

DAY 13
ISTANBUL (TURKEY ) - DOHA (QATAR) - KUL

Tak sabar nak balik dah !

06:30 am : Sempat lagi jalan jalan sekitar kawasan Istanbul
10.00 am : Check out hotel and naik metro ke airport
01.30 pm : Departure to Doha
09:00 pm : Transit di Doha. 2 hr. Then flight to KUL
08:00 am : Sampai KLIA pagi esoknya. Terus gi opis ! Kau mampu segigih aku?

# Alhamdulillah selamat sampai.

One of the mosque

Galata Tower

Istanbul overlooking Topkapi Palace, Hagia Sophia & Blue Mosque

Mukabumi Turkey

Doha

Habis ! 

Anyway itinerary aku bukan yang terbaik. Sila study dan plan sendiri mengikut interest dan kesesuaian masing masing. Ni cuma contoh je untuk rujukan. Tolong perbetulkan kalau ada silap fakta.

bersambung.............

33 comments :

  1. naik ferry tu ada rasa mcm pegi lost world tak? hehe

    Dr belgrade ke istanbul tu seminit jaa, naik flight ke guna pintu suka hati? hahaha

    terbaiklah itinerary

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dapat naik ferry rasa nak sujud syukur. Bukan apa. sebab sebelum tu aku rasa macam hilang punca di tinggalkan kat tempat remote tak de orang.

      silap flight tu. sejam setengah. ada time difference belgrade dgn istanbul

      Delete
  2. aku x dpt bayangkan kepenatan tgk ko punya itin. ni. 13 hari dgn byk tempat mcm tu phewww..

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat tu tak de lah sangat sebab aku ada banyak masa nak rest dalam bas.

      cabarannya sebab cuaca yang panas sgt dan kaki melecet.

      Delete
  3. Aku nk pi istanbul je...cukup la....

    ReplyDelete
  4. Travel dgn kaki melecet adalah sangat x best!!!nangis wooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp.... nak jalan pun payah.. pastu tak leh laju laju. memang potong abis

      Delete
  5. Hai McD kat Sofia Jane pun kedek sos ke? Berkira betul la dengan sos yang x banyak mana tu! Lain kali pergi Bulgaria kena bawa sos sendiri ek, huhuhu 😅...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi mana mana pun kena bawak.. dia org ni byk sos tomato je pun.
      kurang umpphhh

      Delete
  6. Pasal imigresen Turki di Airport Attaurk Istanbul memang slow. Paling slow pernah rasa. Sampai kena call office dalam la apa la. Kenapa, ingat aku ada connection dengan terrorist ke? 😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. pengalaman kat immigration dia org memang tak best. kastam pun sama. bukak beg pastu buat bodo tak nak kemas.

      hahaha

      Delete
  7. Saya nak pegi belah sana bulan 3 nanti.
    1 - pada pemerhatian tuan, pompuan solo selamat tak ke belah balkan ni?
    2 - mostar tu patut spend 2 malam atau semalaman je dah cukup? Saya plan 4 malam kat bosnia, skrg ni 3 malam kat sarajevo, 1 malam je kat mostar.
    3 - Prizren vs Pristina mana lagi best and worth to spend time?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. insha allah selamat... jgn keluar dari tourist zone lah.
      2. kalau 4 malam, better 2 malam di mostar dan 2 malam di sarajevo.. sarajevo mcm tak de apa sgt. mostar tu outskirt dia banyak tempat lawa lawa
      3. prizren better. pristina tak de apa tapi kalau dah sampai dan ada masa pegi je lah. 40 minit je dari prizren tu.

      Delete
    2. ok, saya take note comment tuan. lagi satu, saya dah craft route saya.. lebih kurang mcm ni: Turki (Istanbul) > Fly to Sarajevo > Mostar > Kotor > Albania > Priszren > Pristina > Macedonia > Turki balik.

      Skarang rasa macam nak skip Albania. Dari Kotor terus ke Priszren atau Pristina. Berbaloi ke skip Albania?Rasa mcm tak de apa kat sana.

      Delete
    3. Kalau ada masa boleh ke Tirana atau Berat...Alang alang dah sampai Balkan.

      Kalau x nak pun x per. tapi cuba ikut laluan Lake KOman tu on the way to Prizren.

      View gempak.

      Delete
    4. Dubrovnik pun boleh singgah. Lawa tempat dia..

      Delete
    5. Hehe saya dah tukar route saya. Istanbul dulu semalaman pastu fly to Skopje > Ohrid 2 malam > Skopje 1 malam lagi > Peja > Prizren (day trip) pastu balik Peja semula > esoknya ke Podgorica > Mostar 2 malam > Sarajevo 2 malam > Istanbul 3 malam.

      Semua naik bus. Ok kah plan saya bro?

      Delete
    6. Looks good. tapi podgorica tu tak de apa.. much better pegi Kotor

      Delete
    7. Malas nak ke Kotor! takut tak sempat dan rushing pula. Podgorica tu pun terpaksa pegi sebab xde direct bus dari Peja ke Mostar. So singgah Podgorica kejap lepas tu naik bus ke Mostar.

      Delete
    8. kalau begitu bagai dikata... then just go and enjoy urself.

      take care.

      Delete
  8. Assalamualaikum..nak tanya dari kalambaka naik overnight bus ke kotor ada tak..saya sekarang agak risau dan confius dgn route bas sbb x de petunjuk langsung hehe..kalau tuan ada link atau info apa2..TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      rasanya dari kalambaka direct ke Kotor macam tak de sebab jauh tu. Maybe kena ambik bas lain dulu and transit di mana mana bandar besar macam Tirana/Skopje.

      Cuba pakai viator atau pun rome2rio?

      Delete
  9. Salam..

    Nak tanya bagaimana nak naik bas UTK ke skopje dari athes

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh tu... rasanya kena naik dari athens ke Thessaloniki dulu. kalau direct mau kematu bontot

      Delete
  10. Assalamualaikum. Tau x apa option dari Crotia/Bosnia nak balik semula ke Athens?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusallam...

      direct ke? flight la... kalau bas lama tu. mau berkerak bontot atau kena spare few days baru leh sampai balik ke athens

      kapal mewah ada gak kot. ikut laut

      Delete
  11. Salam..nak tanya..serbia tu xperlu visa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun tu ada pelepasan visa selama setahun... after that till now rasanya kena visa balik semula...
      tak pasti kenapa tahun tu dia baik sgt

      Delete
  12. Thanks bro..tu la ade dgr jugak ade year yg mcm tempoh percubaan pelepasan visa tpi x igt which year huhu..thanks bro for the sharing it's really helpful and full of info for my solo backpack la ni dekat balkan 😊

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...