Wednesday, May 3, 2017

WISATA BELITUNG : Negeri Laskar Pelangi - Bajet & Itinerary

Apa lah sangat Belitung kalau dah pegi Maldives !

* matilah kena cekik dengan Sundal Bolong

Pernah dengar nama Belitung? Pernah menonton Laskar Pelangi?

Kali ni aku nak share pasal trip wisata aku menjejak Pulau Belitung dan Laskar Pelangi.... bajet dan itinerary sepanjang 4 hari 3 malam di sana.

Highlight dah pun tubik di sini : Negeri Laskar Pelangi - Highlight

Pulau Belitung menjadi terkenal setelah filem Laskar Pelangi berjaya ditayangkan di pawagam dan turut di terima di Malaysia

Pulau Belitung terletak di pantai Timur Sumatera. Belitung itu sendiri bermaksud sejenis siput laut

Indonesia memang sebuah negara yang tak asing bagi aku, tapi aku tak pernah puas untuk terus menjelajah kawasan bumi nya.

Dan Belitung memang dah lama dalam bucket list aku cuma macam banyak sangat halangan sebelum ni untuk sampai ke sana. Tapi bila fikir fikir, bukan halangan mana pun. Nak dengan tak nak jer.

Sebab, trip ke Belitung ni datang seminggu sebelum aku ke sana. 

Asalnya aku dengan GBS nak ke Flores, tapi last minit IH ada urusan dan tak jadi so Flores trip cancelled. Sebab dah ambik cuti, aku riki riki dan langsung je buat trip ke Belitung menjadi nyata.

Sedar sedar dah sampai ke Belitung !

Tapi untuk sampai ke Belitung bukan macam masuk pintu suka hati Doremon. Sedar sedar je sampai. Memang agak mencabar jugak sebenarnya sebab dari segi transport kena tukar flight dan cabarannya adalah untuk mengatur masa sebaiknya.

Aku share, cara, tips, bajet dan itinerary untuk mereka yang berminat ke Pulau Belitung !

01 : PENGENALAN

Pulau Belitung....

Belitung, atau Belitong (bahasa setempat, diambil dari nama sejenis siput laut), dulunya dikenal sebagai Billiton adalah sebuah pulau di lepas pantai timur Sumatra, Indonesia, diapit oleh Selat Gaspar dan Selat Karimata. Pulau ini terkenal dengan lada putih (Piper sp.) yang dalam bahasa setempat disebut sahang, dan bahan tambang tipe galian-C seperti timah putih (Stannuum), pasir kuarsa, tanah liat putih (kaolin), dan granit. Serta akhir-akhir ini menjadi tujuan wisata alam alternatif. Pulau ini dahulu dimiliki Britania Raya (1812), sebelum akhirnya ditukar kepada Belanda, bersama-sama Bengkulu, dengan Singapura dan New Amsterdam (sekarang bagian kota New York). Kota utamanya adalah Tanjung Pandan.

Pulau Belitung terbagi menjadi 2 kabupaten iaitu Kabupaten Belitung, beribukota di Tanjung Pandan, dan Belitung Timur, beribukota Manggar.

Welcome to Belitung

Sebahagian besar penduduknya, terutama yang tinggal di kawasan pesisir pantai, sangat akrab dengan kehidupan bahari yang kaya dengan hasil ikan laut. Berbagai olahan makanan yang berbahan ikan menjadi makanan sehari-hari penduduknya. Kekayaan laut menjadi salah satu sumber mata pencaharian penduduk Belitung. Sumber daya alam yang tak kalah penting bagi kehidupan masyarakat Belitung adalah timah. Usaha pertambangan timah sudah dimulai sejak zaman Hindia Belanda.

Penduduk Pulau Belitung terutama adalah suku Melayu (bertutur dengan dialek Belitung) dan keturunan Tionghoa Hokkien dan Hakka.

Masjid di Pulau Belitung

02 : TRANSPORT

Benda pertama kena ambik tau adalah cara untuk sampai ke Pulau Belitung ni.

Sebab kita dari Malaysia memang tak ada driect flight ke sana, jadi kena ambik flight ke Jakarta dulu dan dari Jakarta ambik flight ke Tanjung Pandan.

Perjalanan aku bermula dari KLIA2. Flight ke Jakarta.  

Flight ke Belitung subuh esoknya, so sampai Jakarta memang jadi gelandangan tidur kat airport. Aku ada booking hotel murah kat SHIA tapi fikir kan masa, lepak kat airport je la tunggu flight ke Tanjung Pandan. 


Selamat je tidur kat airport ni pun.

Flight Citilink dari JKT ke Tanjung Pandan. Perjalanan selama sejam.

Dan perjalanan balik pun sama. Dari Tanjung Pandan ke Jakarta. Kali ni naik Lion

Dan dari Jakarta terbang balik semula ke KLIA2.

Leceh jugak la nak turun naik flight. Tapi ianya doable. Paling penting planning timing biar betul dan elok supaya tak tersadai lama.

Boleh check dan tempah flight ticket di website  Traveloka.

03 : GROUND ARRANGEMENT.

Okey. Ni tricky part. Aku travel gaya aku, cara aku dan atas kemampuan aku. Dan setelah menimbal balik, aku rasa semasa di Belitung ni, sebaiknya kita orang ambik pakej jer. Lebih mudah dan menyenangkan.

Pulau Belitung ni besar, kalau nak sewa motosikal pun mau sakit pinggang nak ke sana ke mari. Bas dengan teksi pun agak limited di pulau ni. Jadi kami guna pakej yang masuk sekali perkara perkara berikut sepanjang 4 hari 3 malam  di Belitung ni.

Pakej termasuk (INCLUDE)
- Transportasi Darat (selama Tour)
- Hotel sesuai pilihan (1room ber2) (1room ber3 + extrabed)
- Tradisional Boat
- Alat snorkl (Life Jacket & Goggle)
- All Retribusi & Parkir (kecuali Tiket Museum Kata)
- 1x mie belitung
- breakfast disediakan hotel
- 2x Lunch Box (3D2N) or 3x Lunch Box (4D3N)
- Air Mineral

Kenderaan kami semasa di Belitung

So tak payah nak fikir apa apa dah. Cuma pakej yang kami ambik ni adalah OPEN TRIP yang mana untuk penjimatan, boleh share dengan orang lain yang ambik pakej yang sama.  So far aku tak de masalah dan group lain yang join kami cuma couple suami isteri yang tak de banyak kerenah.

SEKAPUT BELITUNG
Website: Sekaput
Facebook: Belitung Trip
Instagram: Belitung Trip

Alhamdulillah, servis Sekaput tu memang OK. Highy recommended. (credit to blogger Abang Fadli )

04 : ACCOMMODATION

Sebenarnya dalam pakej tu boleh include sekali penginapan. Bagitau je hotel mana yang kita nak, so harga akan berubah mengikut hotel yang di pilih. Tapi masa nak booking hari tu dia suruh transfer deposit dan memang tak sempat aku nak uruskan. Jadinya aku decided untuk cari penginapan sendiri je. Tak de masalah, harga pakej di kurangkan kalau tak masuk hotel. Kalau nak kira kira kan, sama je pun booking hotel sendiri atau suruh dia arrangekan. 

Apa yang penting, penginapan biarlah selesa !

Kami menginap 2 malam di MaxOne Belitung. Best hotel ni.. selesa !

Dan malam terakhir di Rahat Icon Hotel. Boleh kata aku tersilap booking sebenarnya sebab MaxOne tu tak available masa last ni. Kalau buleh elak, elak la hotel ni. Kita orang siap berdrama. Nasib tak bersilat jer. Avoid la hotel ni at any cost !

Sebenarnya di Belitung pun tak kurang pilihan hotel yang ada. So pasal hotel dan penginapan, banyak choice !

05 : ITINERARY ( SCHEDULE untuk trip 4D 3N )

Sebab dah ambik pakej tu, maknanya semuanya pihak dia orang uruskan. Kami cuma sediakan body jer. Apa yang di atur, ikut saja !

DAY 01 (Belitung Selatan area)

01 - Tamu akan dijemput dibandara pagi hari.

02 - Menuju penginapan untuk menyimpan bagasi & mencicipi mie belitung / soto belitung.

03 - Pantai Teluk Gembira

04 - Pantai Penyabong

05 - Batu Baginde (melewati)

06- Taman Wisata Batu Mentas

DAY 02 (Island Hoping)

01 - Pantai Tanjung Kelayang

02 - Start island hoping

* Pulau Pasir

* Pulau Batu Berlayar

* Pulau Lengkuas (Snorkling + LunchBox)

* Pulau Burung

* Pulau Kelayang

Pantai Tanjung Tinggi & sunset di sini

DAY 03 (Belitung Timur) 

01 - Wihara Dwi Kwan Im

02 - Pantai Burong Mandi

03 - Kota Manggar

04 - Pantai Serdang

05 - Kampong Ahok

06 - Museum Kata (exclude ticket)

07 - SD laskarpelangi & Rumah Keong

08 - Sunset Tanjung Pendam

DAY 04 

01 - Museum Tanjung Pandan  

02 - Rumah Adat

03 - Danau Kaolin

04 - Transfer ke Bandara 11.00 am

06 : BUDGET

01 : Flight ticket memang aku beli seminggu sebelum berangkat.

KLIA - CGK - KLIA : RM 300 per pax.
CGK - TJQ - CGK : RM 240 per pax.

So tiket flight dalam RM 540 per pax.

02 : Ground package.  (depends on bilik hotel and jumlah hari)

3D2N : 1.400.000/pax
4D3N : 1.800.000/pax

Sebab kami tak ambik penginapan, so kami bayar IDR 1,100,000 per pax  ( RM 365) for 4 D 3 N.

03 : Hotel penginapan... : All in RM 300 per pax.

Jumlah Kos : 540 + 365 + 300 = RM 1205 sorang. 
( Tak termasuk makan sendiri serta shopping dan bermewah mewah )

Aku banyak saki baki Rupiah dari trip lama masih boleh di guna

07 : SHOPPING DAN OLE OLE

Ada kedai untuk shopping ole ole.

Kedai Ole Ole di Belitung

Jual baju

Produk makanan tempatan

FM !

08 : MAKANAN ( Patut/boleh di cuba )

Mee Belitung. Bagi aku tak sedap langsung ! Hehehe. Tak kena dengan tekak aku kot.

Kuih muih di gerai sarapan pagi

Nasi Kotak bekalan makanan tengahari. Sedap sedap lauk pauk nya....

Dinner seafood di RM Rindu Pantai. Sedap dan murah

Pempek. Macam di Palembang

Maybe faktor cuaca yang panas terik. Hari hari aku minum air kelapa...

Dan bagi merasai makana authentic Belitung, kami makan malam di Belitung - Timpo Duluk

Dan sekali lagi makanan dia tak kena dengan tekak aku.. "What is this? Fish???????????"

Dan tak lupa... Martabak Bangka Manis ( apam balik) dan kuih PUKIS..... !!!! ( aku tak mencarut eh )

Dan sudah tentunya kopi Belitung ( walaupun kat Belitung tak de kopi)

09 : PEOPLE OF BELITUNG

Yuna

Maya Karin

Fattah Amin

Neelofa versi tanned sikit

10 : TIPS AND RECOMMENDATIONS

01. Pegi semasa dry season. ( April - October ). Macam kita orang hari tu ombak agak kuat dan bergelora. Cuak jugak di lambung ombak menganas tu. Dan kalau cuaca panas, gambar maybe lagi cantik dan air for sure lagi biru. Tak de lah mendung dan sunset pun sendu jer...

02.  Takde la menarik mana Belitung ni.... tapi istimewa sebab ada Laskar Pelangi. So pegi dan jejaki sang LASKAR PELANGI. 

Apa yang penting, enjoy and kutip pengalaman berada di tempat asing. Jangan berhenti mewarnai... Jutaan mimpi mimpi kita di bumi !!!!



Mimpi adalah kunci
Untuk kita menakhlukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Tak kan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya..

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Tak kan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

12 comments :

  1. Masa tgk filem LP tu,yg perasan dialek dia mcm bahasa melayu.
    Apa kehalnya yang si maya karin tu pakai baju mermaid tu..waduh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia buat photoshot tepi pantai. tapi nampak mcm feeling sorang2 dia je kat situ

      lagi kita tengok lagi dia kuis kuis ekor dia tu...

      Delete
  2. Ahahahahahahahahahhaahh!!!! Potonggg tau Maya Karin tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru kena unfriend dengan Putera Dugong kot tu yang gelisah tepi air

      Delete
  3. Mcm ada terbaca nama Pantai Penyabong kat Mersing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul... maybe dua dua port org menyabong ayam kot... .

      Delete
  4. dream island jugak la tp fikir susah kena tukar2 flight, asik delay je nak gi. bebaloi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau belum pegi bali.. pegi bali dulu.. kalau belum pegi lombok, baik pegi lombok dulu....

      belitung ni agak ketinggalan skit berbanding yang lain.. nak sampai pun mencabar.. moga moga datuk tony bukak route KLIA ke belitung ke, tak payah transit2

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...