Monday, May 15, 2017

Jom Makan : Bert's, Shah Alam

Psttt !

Mai sini dekat skit. Hari ni aku nak bawak makan dekat satu cafe ni yang aku sendiri pun dah lama teringin nak cuba tapi tak de masa.

Cue lagu Shima - Teringin.............

Memang adakala ku rasa teringin, bermesra dengan mu bagai waktu dulu. Tapi bila kah semua ini akan jadi pasti bukan lagi mimpi. Kasihani lah diri ?

Kasihan tak?

Cafe yang kita nak pegi kali ni adalah Bert's yang terletak di Cahaya Alam Shah Alam !

Bert's Cafe,  Shah Alam

Fuh nak sampai ke sini memang mencabar minda dan jiwa. Mati mati aku ingat tempat dia kat Cahaya SPK rupa rupanya bukan ! Tu pun aku guna waze dan dia bawak ntah ke mana mana. Dah la silap simpang, pastu termasuk ke highway. Pastu patah balik tetiba dia bawak masuk area kilang.

Memang mencabar kesobaran.

Anak aku siap tanya lagi.

"Papa, ada ke kedai makan kat tempat macam ni? Adik tengok macam tak de orang jer...."

Bagus anak ku ! Memang tak de orang kat area tu, tapi kalau kita ikut laluan seperti yang di bagitau oleh Waze, maka kita sampai la ke lokasi yang di tujui !

Kawasan kedai tu tak berapa busy sangat so parking pun banyak dan kawasan tak busy mana.

Bert's is a charming little spot nestled in the neighbourhood of U12, Shah Alam.

While the family-run establishment is petite in size, it is certainly huge on appeal.

Decked in the necessary trimmings of a cosy cafe, it is a place to eat and relax, and families bond over shared meals.

Bert's may be a new kid on the cafe scene, but its coffee and other delectable items on its menu will strike a chord with your taste buds when the craving hits.

Tu sedikit intro dia. Cafe ni menyediakan makanan Asian Fushion selain daripada menu menu lain macam kopi, milkshake, western pun ada dan macam macam lagi lah.

Aku tau cafe ni dari member yang bagitau. Dia suruh datang cuba makan di sini. Dan ada few signature dishes yang wajib try kalau datang makan di Cafe Bert's ni.

Dah sampai, usha cafe dia dulu !


Konsep dia order dan bayar....


Ni setting belah dalam cafe


Dan ada juga kat belah luar


Sila buat pesanan di kaunter ni. Jangan lupa bayar siap siap dan nanti dia orang hantar makanan ke meja.

Akak tudung hitam adalah owner dia I must say. Kurang friendly tapi helpful dalam merencana apa yang patut di cuba. Staff pun tak berapa welcoming dan muka ketat je semua.

Usha menu !


Segan nak snappy depan kakak tu, belasah je ambik gambar menu

Di sini jugak ada menjual serunai. Tak tau la sapa yang buat dan kenapa dia jual kat sini, tapi kalau ada rasa nak mencari..... silakan !

* capai rekorder lama dan tunjuk skill main lagu rasa sayang !

Eat well, travel often ! Yes agreee.... tapi kalau nak travel ongkos nya kena ada juga... Kan?

Duduk di meja nanti mereka hantar makanan yang kita dah order.

Jemput makan !!!!!  Ni kat dinding belah luar cafe.

Tapi cemana nak makan kalau makanan tak sampai sampai?

Air tiba dulu...............

Makanan Hero sampai dulu. Creamy beef spaghetti. ( RM 14.90) 

Anak aku tu tak banyak komplain kalau bab makan. So bagi dia sedap jer. Aku rasa pun macam OK. Not bad. 

Menu no 2. Ayam + Sambal Goreng. ( RM 14.90) Di datangkan dengan nasi putih dan sup. Princess punya. Dia memang suka pedas dan dia suka. 

Princess ni tabiat dia kalau makanan dia suka, kang masuk kereta mesti ada ayat beli jiwa dia.

"Terima kasih Papa bawak adik makan sedap sedap. Nanti adik nak datang sini lagi !"

Tu kalau makanan yang kena dengan selera dia. Kalau dia tak minat, tak de nya nak keluar ayat goda goda beli jiwa tu.

Salah satu signature dish di sini. Kari Kapten ( RM 14.90).

Nama kari tapi bukan kari. Macam masak tomato jer. OR aku tak suka. Pada aku OK jer... Hero yang habiskan.

Dan hidangan untuk beta... Satu lagi signature dish di sini. Butter Chicken ( RM 14.90).

Memang rata rata orang datang sini untuk hidangan butter chicken ni. Dan verdict aku memang sama macam orang lain juga. Ayam dia sedap. Butter dia not too creamy. Pendek kata tak muak lah. Sedap !

Alhamdulillah, tak sia sia datang jauh jauh semata mata nak merasa. Tapi nak datang kali ke 2 tu rasanya jauh lah. Sekali je cukup lah.

Dan sebagai penutup makan malam kami.

Meringue Sundae ( RM 11.90)

Sedap. Tapi tak mendapat tepukan gemuruh peminat sebab masing masing dah kenyang. Bagi aku benda ni terlampau manis....  Nanti gigi sensitip.

Kos makanan adalah sebanyak RM 119.90. 

Kira OK lah. Tempat makan pun OK. Service pun boleh di terima. Kalau belanja RM 100 ke atas, dapat voucher card so next time datang dapat 10 % off. ( masa aku pegi hari tu lah... )

Jadi? Jangan lupa datang untuk menjamu selera di Bert's ni.


Cafe Bert's
36, Jalan Selasih K U12/K,
Taman Cahaya Alam
Shah Alam, Malaysia

Call 011-3932 5058
FB :  cafeberts

Di buka setiap hari : 11:00AM - 11:00PM

6 comments :

  1. Replies
    1. nok kabo guane.. tepak pung dok rajing dengor

      Delete
  2. Replies
    1. elok berkongsi. jangan makan sorang2.. kang kena potong kaki

      Delete
  3. Meng;

    Waze memnag popular di Malaya yaaa ... sebab kat sini tak fofular sangat ! Sebab ramai guna Google Map jer ...

    Yang butter chicken tuh buat I terliur ... sebab kat sini kalau butter chicken lain sikit ... sebab ikut resam Paki/India ... ala ala kari gitu !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waze memang menjadi pilihan utaam bagi pemandu2 dari elak sesat/sesak.

      nanti balik malaysia buleh la try butter chicken kat sini !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...