Thursday, May 4, 2017

PENANG 2017 - The Highlight

Sebab gi Maldives mereka kena tinggal, so aku buat satu trip khas supaya mereka tak rasa terpinggir dan diabaikan.

* julang trophy Anugerah Bapa Mithali tahun depan.

Highlight sekali lalu sebab tak sure bila buleh update full ni.

Trip santai bela jiwa untuk budak budak ke Penang 2017. 

Sambil bagitau dia orang yang nama Penang berasal daripada Pokok Pinang. Yes ! Dia orang tak ambik pot pun.

Sebab musim cuti plus aku malas nak drive so kami naik flight. 4 hari 3 malam di Penang sewa kereta untuk kemudahan kehulu ke hilir.

Awal awal dah drama. Kereta yang aku sewa hilang !!!! Rupanya MBPP dah alihkan sebab nak bagi laluan untuk event di Georgetown. Gila ko.. Berpeluh ketiak bangun pagi kereta sewa tak der !

01 : ACCOMMODATION

Aku dah lama teringin nak duduk kat one of the historical mansion di Penang. Konon konon back to yesteryear, so aku booking one nite dekat hotel style lama lama di Georgetown.

East Indies Mansion, Georgetown

Aku suka. Klassik ! Tapi anak anak aku trauma. Siap boleh tanya... "Kenapa hotel macam ni Papa?" .. "Betul ke ni hotel kita?". See? Tak leh nak menyemai sejarah betul kat dia orang ni.

Dengan takde TV nya. Dengan gambar gambar 'spiritual' tergantung kat dinding... macam macam alasan buatkan dia orang stress sampai tak lena tidur ! Laju je ajak tidur hotel lain. Nasib lah sekejap je tidur sini.

Kesian anak anak aku. Padahal cuti ni untuk depa tapi macam biasa aku yang over !

Golden Sands Resort by Shangri-La, Penang. Hah ! Ni memang buat dia orang happy...... !

Mana tak nya.. Berkubang dalam pool sampai kembang.

Dan resort ni memang kids friendly. 

Dan banyak aktiviti. Ada kids Club.. aku tinggal dari pagi sampai petang. Resort ni ada sediakan banyak aktiviti untuk dia orang siap makan minum semua.

Keluar pagi balik petang... sampai letih lesu bermain. Kasi can main puas puas !

Golden Sands ni okey tapi sebab musim cuti kot, ramai betul orang.

 Tapi memang aku dah expect pun, jadi sesuka hati aku je pindah randah ke Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa.

Sini lebih santai dan relax. Tinggal je dia orang berkubang satu hari kat sini... ada life guard, aiskerim apa semua.. memang kembang lah berendam

Sambil sambil beraktviti pantai dan main pasir

Pantai pun lebih private dan aman damai

02 : FOOD HUNTING

Apa citer gi Penang tak makan? Although most of the time lepak kat hotel dan makan kat hotel tapi sempat jugak la isi perut sekitar Penang dan makan makan di sini sana.

* tunjuk tubuh yang ramping dan selimmmmmmm

Roti Canai Transfer Road.

Roti Canai Ayam. Ngeri tengok ayam lagi besar pada roti.... tapi not bad.

Roti bakar telur goyang.. Tengok orang beratur panjang rasa je nak cuba. Tapi bagi aku biasa biasa je rasa dia.

Bangkok Lane

Apa lagi kalau bukan Mee Sotong yang famous tu.

Sedap !

Oh ! Pasemboq jangan di lupa..............

Nasi Kandar? Of choss... mana mungkin aku lupa. Sanggup beratur !

Ayam Goreng dia memang sedap tapi kebersihan kedai agak meragukan lah !

Nasi Kandar lagi ! Kali ni di Restoran Deen Nasi Kandar, Jelutong

Berasap baq hang....... ! Pandas dan pedas... tapi Nasi Kandar Beratur lagi mantap rasanya. Kami siap pegi Nasi Kandar Kg Melayu Ayer Itam gak.. tapi tutup.. 

Hari hari makan nasi kandar sampai anak anak aku naik bosan. Bila ajak makan...

"Makan kat mana Pa?"
"Nasi Kandar"
"Mamak lagi? Alaaaaaaa"

Hahahahaha.....

Dey ! Pegi Penang kena la makan nasi kandaq, baru la Mami sukaaaaaaaaaaaaaaaa..

* goyang goyang gelang tangan Mami yang sehasta.

Oke lah ! Ada sekali pekena masakan Thai dan Tomyam. Muak jugak la hari hari Mamak kan?

Pak Mid Cafe. Betul betul depan Hard Rock Cafe Penang

Bergelora perut. Kejap kari kejap tomyam. OK la Pak Mid Cafe ni... so so makanan dia.

Last but not least..... Laksa Penang !

Walaupun aku tak makan ikan, tapi Laksa Penang Tanjung Bungah kat Shamrock Beach ni memang ROCK ! Yeah Yeah !!!!... 

03 : AKTIVITI DAN SESI LAWATAN

Tak beraktiviti mana. Santai santai lepak lepak kat hotel je. Dah bayar mahal mahal, duk je la kat situ menangisi nasib diri yang dah berhabisan ni !

Hahahaha..

Anyway sebab memang trip santai budak budak so tak de lah merayap mana.

Pusing pusing bandar dan snappy snappy

Tak turun pun. Duk dalam kereta je

Usha usha kawasan Penang ni setelah setahun lebih tak berkunjung ke sana

Tapi macam ada tarikan baru jugak. Next time usha.

Sempat jugak usha HRC Penang. Saja pegi melawat kawasan.

Usha usha tak beli apa apa pun....

Sempat singgah di Masjid Terapung Tanjung Bungah

Masjid Negeri Pulau Pinang

Dan plan spontan. Nasik Bukit Bendera.....

Konon nak naik usha usha view setelah sekian lama tak datang sini. Budak budak pun tak pernah jejak lagi

Tapi lawatan ke sini hampir hampir turned into a nightmare

Nasib baik kus semangat sempat turun dan tak kena tinggal dek kapal terbang

Alhamdulillah... selamat pegi dan selamat pulang. Trip yang berjaya meet expectation nya. 



   


Thank you Penang !

Hey Hey kenapa duka lara.... 
Sakit jiwa plaster saja .............( memula aku ingat dia sebut macam ni...)



Cuma santai ya
Santai ya
Cuma santai ya
Santai ya

Kosongkan pemikiran
Lari sebentar dari sibuk ya
Peduli orang bilang
Santai jangan ribut ribut ya
Dan masalah mu
Semuanya tolak ke tepi
Putarkan lagu ini
Buat hiburkan hati

Ayuh kita
Heyy Heyy
Kenapa duka lara
Sakit jiwa lepaskan saja
Heyy Heyy
Ada candanya
Jadi tenung semua

Cuma santai ya
Santai ya
Cuma santai ya
Jangan jangan pusing ya

Cuma santai ya
Santai ya
Cuma santai ya
Jangan jangan pusing ya

Lupakan persoalan
Biar telinga dengar lagu ya
Hidup penuh pancaroba
Santai tapi ikut ikut ya
Dan masa lampaumu
Memang tidak bisa kembali
Putarkan lagu ini
Buat hiburkan hati

Ayuh kita
Heyy Heyy
Kenapa duka lara
Sakit jiwa lepaskan saja
Heyy Heyy

Ada candanya
Jadi tenung semua

Cuma santai ya
Santai ya
Cuma santai ya
Jangan jangan pusing ya

Cuma santai ya
Santai ya
Cuma santai ya
Jangan jangan pusing ya

Selami dunia bila sudah faham
Agar semua mampu bersantai
Okay
Merantau benua keindahan alam
Ceria di hati bisa melambai
Kita
Heyy Heyy
Apa yang masih ada
Seyy Seyy
Apa yang kau rasa
Tercalar hati kesannya tinggal parut
Tak semestinya kau perlu takut
Jadi

Ayuh kita
Heyy Heyy
Kenapa duka lara
Sakit jiwa lepaskan saja
Heyy Heyy
Ada candanya
Jadi tenung semua

Cuma santai ya
Santai ya
Cuma santai ya
Jangan jangan pusing ya

Cuma santai ya
Santai ya
Cuma santai ya
Jangan jangan pusing ya

Ayuh kita
Heyy Heyy
Kenapa duka lara
Sakit jiwa lepaskan saja

Heyy Heyy
Ada candanya
Jadi tenung semua

Cuma santai ya
Heyy
Santai ya
Oooooo
Cuma santai ya
Heyy
Jangan jangan pusing ya

Cuma santai ya
Ooooo
Santai ya
Heyyy
Cuma santai ya
Mmmmm
Jangan jangan pusing ya

13 comments :

  1. Penang .. Surga makanan katanya ....

    Golden Sands Resort !!! Terbaik !!! Pantai dia cantik !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi tempat makan best tak sempat singgah.. kalau gi penang balik je mesti penimbang lari takut nak sukat.

      GSR oke lah.. mengimbau kenangan lama sekejap kat situ. hehehe

      Delete
  2. Pasemboq skrg ada muffin ek? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... resipi rahsia la tu. sambil makan pasemboq makan muffin.

      Delete
  3. Nasi kandar beratur tu, pada hemat kami, tak sesedap mcm yg digemburkan. Tapi, ada org kata, siang tokei lain, malam tokei lain. Kami pergi makan malam. Apa pun alhamdulillah rezeki Allah bg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia saja gelap kan kedai dia kan tak bagi kita nampak makanan kita. hehehe tapi ayam goreng dia not bad lah. garing dan rangup.

      Delete
  4. kalau anak aku pun dibawak ke mansion centu rupa sebelum aku booked dia dah rejek! Dia punya kriteria "hotel mewah" dan swimming pool besar. "hotel mewah" tu asalkan ada red carpet dalam hotel dan dalam lift. hahaha parah la sape yg berjodoh dgn anak aku nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari manager hotel la sebagai menantu... boleh berkampung terus kat situ. heheh

      Delete
  5. baru ja aritu sebut tringat penang tengok-tengok dah jejak....
    food hunter kena hunter banyak lagi...
    klau tomyam2 ni kedai yg best ada dekat dengan airport...
    nama bangkok tomyam....jalan mahkamah... sabtu tutup sbb pasar malam...
    tomyam dia terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh sgt nak makan tomyam kalau dari batu ferringhi. Pak Mid tu pun buleh la asal x hari hari pekena nasi kandaq.. lekat bau kari kat tangan

      Delete
    2. haah jauh klau dri batu feringgi... tapi kalau dari airport penang 5 minit ja...
      kira sampai ja terus singgah atau singgah time balik...
      pukul 12tghari dh bukak....
      kena mai lagi la macam ni....

      Delete
    3. nanti la pegi lagik kalau ada rezeki...

      Delete
  6. nnt p pekena mee udang tok mama kat sg ara, bayan lepas. sedappp =D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...