Seriously memula aku macam terpesona dengan offer KFC tu.
Macam bantuan kecemasan je, time aku lapar lapar macam ni, tetiba ada orang offer KFC ! Fuh. Tapi bila aku fikir fikir balik.... hmm tengok menu macam banyak benda yang aku tak boleh nak makan jadi aku kuburkan harapan sambil pujuk perut sendiri.
Bertabahlah kau perut. Rezeki kau belum sampai lagi ! Kuatkan semangat !
Tapi budak keje KFC tu siap pegi approach setiap orang kat pantai tu tunjuk brochure tu. Tak tau la praktikal ke tak cara promosi macam tu.
Pantai Miramar di Goa
Miramar adalah kawasan pantai tidak jauh dari bandar Panjim di Goa dan merupakan salah satu pantai yang paling banyak dilawati di Goa. Nama asal pantai ini adalah Porta de Gaspar Dias diberikan oleh Portugis ketika dulu sebelum di tukarkan kepada Miramar.
Pantai Miramar terletak di pertemuan Sungai Mandovi dan Arabian Seas dan sering dijadikan tempat pelbagai acara. Terdapat beberapa institusi pendidikan di kawasan sekitarnya, termasuk Dhempe College of Arts and Science, Padmashree Vasantrao Dempo Higher Secondary School of Arts and Science dan Sharada Mandir High School. Clube Gaspar de Dia
Bagi aku Miramar Beach ni memang landai dan sesuai untuk mandi manda. Kedudukan dia juga yang tak jauh dari bandar Panaji tentunya menjadi lokasi kunjungan warga tempatan.
Pantai dia landai. Jauh je nak sampai ke gigi air.
Satu yang aku puji, pantai dia orang ni memang bersih. Ada pekerja yang keje dia duduk kat pantai tu dan kutip sampah je. Memang dipastikan pantai sentiasa bersih.
Life guard jugak sentiasa ada untuk menjaga keselamatan pengunjung. Dia orang naik 4x4 ni dan kejap kejap bergerak ke hujung pantai sana, sebelum kembali ke tengah tengah tempat ramai orang tengah mandi manda. So memang tak boleh beraksi sumbang di sini.
Life Guard di pantai
Satu yang tak best, pantai dia agak jauh jadinya tiada tempat untuk duduk dan istirehat. Kalau ada pun jauh dekat tepi jalan sana.
Dan aku ni pun, nasib baik ada pokok pokok renek ni tempat menumpang teduh. Tapi aku tak berapa bahagia sangat kat situ. Kejap kejap ada kelompok muda mudi datang. Mereka picnic tak jauh dari tempat aku duduk. Tu OK lagi.
Kejap ada lelaki bergegas datang. Rupanya pegi kencing belakang pokok ! Kurang asam betul.
Pastu ada dua tiga orang remaja lagi. Dia orang ni memang suka berselfie. Dekat pokok pun nak selfie. Aku pun tak faham. Tapi bukan dekat sangat dengan aku pun so aku tak ambik pot.
Aku masih duduk layan perasan sendiri sambil dengar iPod dan gosok gosok betis sendiri. SalonPas tadi tu memang buat kaki aku tetiba sehangat api !
Bertahan. Tapi ada rasa lega sikit. Moga moga kaki aku dah tak cramp.
Tu la.. bahana terlalu rajin sangat bersukan dan pegi gym. Macam ni lah. Nasib baik ada SalonPas tu... ingat lagi punya la susah kat Sa Pa, Vietnam aku nak cakap kat pharmacy aku nak beli benda alah tu. Siap buat lakonan drama swasta lagi. Nasib akhirnya dia faham !
Aku masih berfikiran untuk stay buat seketika lagi untuk tunggu sunset petang tu.
Tengah aku dok berhazamon mengelamun, sorang lelaki datang.
Aku tak tahu dia nak jual apa.
Dia cakap Konkani so aku tak faham.
By the way, Konkani adalah bahasa yang di gunakan oleh penduduk di Goa ni. Ada similir macam Tamul kot tapi tak berapa sama sangat.
Lepas tak mendapat layanan dari aku, dia pun blah. Aku rasa dia nak buat Tatoo kot.
Aku lepak port aku atas batang kayu. Port memang cun dah. Tak panas dan mengadap laut lepas. Tengah aku ralit mengelamun tetiba datang sekumpulan remaja lagi. Ada dalam 5 orang. Selamba bomba dia start duduk sebelah aku.
Dan dia orang sibuk beraksi, bergambar, berselfie dan berwefie. Sebab aku malas nak berganjak so aku rasa muka aku pun banyak jugak masuk dalam kamera dia orang. Lantak la.. Dia orang yang kacau territory aku takkan aku nak blah.
Kalau tak nak entiti asing, pegi la bergambar kat tempat lain.
Dan aku rasa trend berselfie/wefie di Goa ni agak mengerunkan. Rata rata dia orang akan ambik gambar kat mana saja dan style ambik gambar tu riuh rendah macam nak bergaduh !
Ni budak budak ni start duduk sebelah aku
Sebab kayu tu panjang, so aku duduk hujung belah sini. Yang lain lain dah start ambik ruang kat batang kayu tu untuk duduk. Sudahnya dia orang yang terlebih conquer. Dah la borak kuat kuat. Rengsa aku di buat nya.
Ni salah satu gambar dia orang ambik panjat panjat pokok. Sah sah gambar aku termasuk sekali dalam photo dia orang ni. Keh Keh Keh.
Nasib baik tak lama lepas tu dia orang blah !
Baru nak rasa lega. Datang pulak sorang lelaki bawak handbag pompuan duduk sebelah. Dia diam jer, so aku pun tak tegur. Tak tau la handbag sapa dia bawak. Tapi nampak macam menunggu seseorang.
Tak lama lepas tu tetiba aku perasan, ada awan hitam berarak kelabu datang menghampiri. Alamak ! Mesti tak de sunset hari ni sebab gelap betul.
Dan yang paling penting, kalau hujan lebat ni cemana aku nak berlindung? Bukan ada khemah ke apa. Nak tak nak, aku terpaksa batalkan apa jua rancangan aku petang ni, dah sebaiknya la aku balik je ke hostel.
Hari ni pun agak letih. Baik je aku berehat je lah.
Miramar Beach
Pokok pokok renek tempat aku menumpang teduh tadi
Langit bakal di landa kegelapan
Tapi masih ramai lagi di pantai bermandi manda dan bermain mesra sesama
Tu gaya mereka tengah wefie....
Ni pantai Marimar belah atas dekat dengan jalan. Kerusi kerusi ada di sini tapi jauh la dari air laut. Tapi sebab nak hujan, aku tak rasa aku boleh berteduh di kawasan macam ni.
Sudahnya aku ambik bas balik ke Panaji.
Perjalanan dari Miramar balik ke Panaji
Kuil depan tempat tunggu bas di Miramar. Masa bas nak bergerak, tak jauh dari kuil ni aku perasan ada satu kedai Halal ! Tapi aku dah dalam bas. Tak de rezeki lagi nak makan !
Belum jauh bas bergerak, tetiba hujan turun mencurah curah. Memang lebat selebat alam lah. Nasib baik aku dah dalam bas.
Dan perjalanan bas balik ke station bus Panaji tak lama. Hujan lebat turun lepas tu menyambut aku kembali ke destinasi awal pagi tadi.
Hujan lebat buat aku aku terperangkap di Station Bas Panaji.
Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku
Ohhh… hujan..
Di antara airmata ku
Menitis laju
Bersama pilu pilu
Ku cuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan Untuk diriku ooh..
Kasih
Semakin ku cuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku ooh..
Kasih
Station bas Panaji
Sebab hujan, aku terpaksa mencari perlindungan. Tumpang kejap berteduh kat kedai bunga. Ralit tengok mamat tu susun bunga. Laju je. Tapi aku rasa mesti bosan hari hari buat benda yang sama.
Sekuntum bunga mawar merah... terbiar sepi dalam hujan di Panaji.... * gila ayat berpuisi
Hujan lebat membasahi bumi
Kakak ni pun tumpang berlindung
Bila hujan dah mula reda sikit, aku pun menapak.
Rancangannya aku nak gi cari kedai makan kat kawasan Panaji. So jalan mengharung hujan. Kejap kejap lebat semula. Dua tiga kali aku terpaksa berlindung kat bangunan. Sempat beli air kat kedai runcit dengan potato chips. Makan sambil tunggu hujan berhenti.
Perut lapar minta di isi lagi !
Ada sorang mat salleh ni pun tumpang sama berlindung. Dia tengok aku makan chips dia pun pegi kedai beli chips yang sama. Mengidam la tu tengok aku makan dengan lahap. Nak ngecek malu.
Ada sorang mat salleh ni pun tumpang sama berlindung. Dia tengok aku makan chips dia pun pegi kedai beli chips yang sama. Mengidam la tu tengok aku makan dengan lahap. Nak ngecek malu.
Berjalan cross jambatan menuju ke pekan lama Panaji
Lalu di kawasan Old Quarters... Ada banyak bangunan bangunan lama dan lawa lawa di sini
Jumpa restaurant. Tapi macam tak sesuai dengan jiwa.
Sambil tu usha usha bangunan di sekitar Panaji ni
Kat bawah tu ada Subway.. tapi tak terasa nak makan subway. Aku lapar nasi !
Pusing pusing jalan kaki tanpa tujuan, akhirnya aku give up.
Aku fikir aku balik hostel je lah makan maggie ! Aku siap bawak maggie 2 cup untuk trip ni. Memang dah expect in case tak jumpa kedai halal atau tempat boleh di makan.
Dekat area nak masuk Old Quarter tu ada nampak kedai Pure Vege... tapi macam tak bukak la pulak.
Sudahnya... mari kita balik hostel je lah. Hari pun dah petang.
Bangunan bangunan di Old Quarters Panaji
Jalan jalan sampai dah kat hostel aku. Ni bangunan Panjim Inn kat simpang jalan.
Aku riki riki kawasan sekitar area ni. Dah dekat dah dengan hostel aku pun.
Tiba tiba..............
Tiba tiba aku ternampak macam ada restoran kat situ.
Aku pun pegi usha.
Tengok ada dua tiga orang tengah duduk makan.
Aku mintak menu dan check.
Nama kedai adalah Sitara.. Nasib bukan Panca Sitara
Perhatikan menu nya
YES ! YES ! YES !
Aku rasa ada menu yang aku boleh makan.
Teruja jadinya tiba tiba. Seharian berjalan tak makan makan. Now baru nak nampak makanan. Setu hari aku cari kedai makan yang proper sikit, rupanya dekat dengan hostel aku je ada !
Dalam kedai
Aku duduk sorang waiter datang nak ambik order. Aku pun order. Berkali kali aku ulang kat dia, aku tak nak beef, tak nak chicken.. apa apa jangan di masukkan. Dia angguk tapi macam mesti tuduh aku poyo.
Hahahah.
Dalam menu tu ada vege food. So selamat la sikit.
"Give me.. Chinese Fried Rice... Spicy .... and Prawn Curry. Make it spicy !!!"
"You want spicy Sir?"
"Yes... spicy !!"
"You foreigner?"
"Yes"
"Foreigner dont eat spicy"
"Dont worry. I like spicy food !"
Kau ada yakin boleh macam tu?
Mamat tu angguk angguk geleng geleng dan bergerak ke dapur.
Mamat tu angguk angguk geleng geleng dan bergerak ke dapur.
Segala sambal dia letak atas meja aku
Tak lama menunggu, hidangan untuk aku pun sampai.
Nasi Goreng Cina... dengan Prawn Curry. Portion dia agak banyak juga
Macam tak jumpa makanan 10 hari aku rasa. Nampak nasi tu terus nafsu lahap datang secara tetiba. Aku makan makan makan..... tup tup memang terasa PEDAS GILA !
Berpeluh peluh aku jadi nya. Mamat waiter tu datang bagi air masak tanpa aku order. Mesti dia tengok aku berpeluh peluh bertarung dengan diri sendiri.
Mesti dia cakap dalam hati.
"Padan muka kan ! Nak spicy sangat. Hambik ! Cirit laa nanti....."
Anyway makanan dia agak sedap jugak la. Dan portion memang banyak. Aku tak abis makan. Tapi tu la.. terover pedas sikit. Aku takut kalau dia buat tak pedas kang aku kurang selera pulak. Tapi memang pedas gila.
Perut kenyang aku balik ke hostel. Ada borak borak dengan budak hostel kejap nak tanya pasal plan aku esok nak pegi ke North Goa. Pakcik yang tukang handle transport pun dah beriya riya suruh aku tunggu pagi esok jam 9 pagi. Nanti ada mamat datang dengan kereta dan bawak aku ronda ronda seharian esok.
Tu pun jenuh aku tawar menawar harga. Memula dia nak INR 1500 untuk sehari, tapi nego nego aku dapat INR 1000 ( RM 60 ). Tapi dia tukar kereta cabuk sikit.
Tak pe lah. Janji ada transport untuk esok !
Balik ke hostel penginapan
Malam tu tidur awal keletihan. Nasib kaki tak jadi cramp dah. Tamat la hari ke 2 di Goa ni. Overall aku puas hati hari ni cuma cuaca panas memang buat aku berpinar mata.
Esok nak bangkit awal sebab aku ada rancangan tersendiri.
Esok aku akan menjelajah ke North Goa bagi menyaksikan sendiri pantai pantai yang di gembar gemburkan indah di bumi Goa ini. Nak tau indah ke tidak, atau cuma propa belaka ?
Tunggu...... !
Esok aku akan menjelajah ke North Goa bagi menyaksikan sendiri pantai pantai yang di gembar gemburkan indah di bumi Goa ini. Nak tau indah ke tidak, atau cuma propa belaka ?
Tunggu...... !
bersambung..............
pengalaman yg menarik....
ReplyDeletemenarik juga. cuma kurang drama kali ni
DeleteHahaha yang berselfie dan berwefie tu memang saya gelak kaw2 .haha . Btw you quite awesome lah bro . I mean it was such a great experinence about their culture too . I'm quite shock how they behave , maybe dorg jakun kot . Oh one more thing , bile dia bagi tahu "Foreigner don't eat spicy foods" and you must reply "Naahh don't worry about that , My country also has a lot of spicy foods, hey how about you come to N9 and have some of their spicy menu" Haha the end . NIce entry bro. totally like it !
ReplyDelete- Syamsid Blog -
.
tak sabar nak tengok lagi gambar-gambar di Goa, selalu kalau dalam filem bollywood gambarkan Goa tu tempat pelancongan yang menarik/cantik...
ReplyDeleteGoa ni cantik jugak la. cuma kena pegi time2 matahari tak terik sgt. kalau x .. ilang mood
Deleteada je sketsa......hadoiii sakit perut gelak :D
ReplyDeletebiasalah... taraf taraf Dilwale ni....
Delete