Wednesday, December 16, 2015

Xplorasi Goa : 09 - Anjuna Beach, Baga Beach & Calangute Beach

Jam melepasi waktu pukul 1 tengahari sewaktu aku berangkat meninggalkan Vagator Beach.

Panas baq hang !

Dengan membonceng motosikal nya memang betul betul buat aku rasa macam udang kena bakar ! Tapi perjalanan kena di teruskan. Dah sampai tempat orang, nak bersantai santai ni tak de dalam agenda aku. Kena explore apa yang patut. Dapat tengok tempat pun jadi lah !


Vagator Beach

Selepas melawat Vagator Beach ni, aku akan ke Anjuna Beach.

Ni route perjalanan seterusnya. 

Dari Vagator Beach singgah di Anjuna Beach dan seterusnya ke Baga dan Calangute, queen mother of all the bitches beaches in Goa !


Dalam perjalanan

Jarak perjalanan dari Vagator ke Anjuna Beach tak de la jauh mana. Kalau sebelum sebelum tadi, view perjalanan cuma kebun kebun dan perkampungan tapi kali ni dah banyak sikit kedai kedai.

Area ni dah memang sedikit membangun kalau nak compared dengan area Arambol dan Ashvem tu tadi. Bus pun aku ada nampak. Maksudnya memang ada bus yang datang ke arah sini cuma tak tau bus tu dari station mana. Maybe Panjim or maybe dari pekan lain.

Orang berniaga sebaik saja memasuki kawasan Anjuna Beach

Ada orang jual aiskerim. Panas panas ni memang sedap gak kalau dapat aiskerim

Aci jual cenderamata

Sebaik saja Suresh park motosikal dia, aku pun meluru ke pantai nak usha Anjuna Beach ni. Kalau ikut kan pada nama mesti macam lawa je tempatnya.

Paling kurang pun pantai yang landai dan sesuai untuk mandi manda. Pasir yang halus dan batu batu kecil gemerlapan di sinari cahaya mentari. Lagi pun ramai je aku nampak orang baru sampai siap bawak makanan ala ala nak berpicnic di sini.

Sudahnya.. ini la Anjuna Beach yang aku nampak.

Kawasan dah kena tambak

Penuh dengan batu batu


Tapi ada je orang

Ada sikit sikit pokok kelapa tepi tu

Dah tu mana pantai nya?

* tala hailer tak puas hati !

Memang tak de pantai di sini. Mostly memang rocky beach dan kalau ada pun time air surut baru la nampak pantai yang berwarna merah dan hitam di sini.

Kecewa tak?

Aku agak kecewa sebenarnya ! Macam indah khabar dari rupa. Rupa agak hauk !

Tapi tetap la ada orang datang bersantai di sini

Tepi tepi lereng tu dah banyak kedai kedai

Panas panas macam ni aku pun tak tau nak tuju ke arah mana. Tempat nak berteduh pun agak liimited jer

Dan itu la gambaran sebenar Anjuna Beach di Goa ni.

Located about 18kms from Panaji and situated in Bardez taluka, the Anjuna Beach is the part of a 30 km extended beach coastline along the west coast of Goa by the Arabian sea.

The Village of Anjuna, a five square mile area is nestled between the Arabian Sea and the Hill overlooking the beach. The beach is famous for its stunning natural beauty with swaying palms trees and soft powered white sands. The beach is marked by an unusual rocky formation overlying a cove of white sand and black rock that juts out into the Sea. This area was known as the Jewel of Anjuna and called "Ozran".

Anjuna beach is a favorite haunt of the hippies who used to organize the famous rave beach parties. It was in the late 1950s to mid-1960s that hippies started visiting Anjuna beach and since then popularized the wild rave parties with trance music which have now become the characteristic features of Goan beaches. Anjuna Beach is also an ideal place for full-moon parties held especially during Christmas and New Year. Tourists love enjoying the blissful atmosphere of the luminous full-moon casting a spell and the soft foamy waves kissing their feet.

Kalau baca pasal info Anjuna Beach di internet bukan main gebangnya. Macam Malibu... hujung hujung... berdebu.

Malas nak buang masa lama lama, lebih kurang spent masa kat Anjuna Beach tu, aku ajak Suresh bergerak. Lagipun tak de tempat nak berteduh. Baik je aku bergerak dari sini.

Jalan dari arah Anjuna Beach

Dari Anjuna Beach ini, destinasi aku seterusnya adalah ke Baga Beach.

Melalui pembacaan aku, Baga Beach ni pantai yang popular dan menjadi kunjungan warga Goa seisi keluarga.

Meh kita usha juga.

Perjalanan dari Anjuna Beach ke Baga Beach

Jalan ke arah Baga Beach

Jarak perjalanan tak jauh mana dari Anjuna. Nampak sign ni maksudnya memang kami dah sampai

Baga Beach ni agak panjang tapi laluan kenderaan bukan la di tepi pantai. Ada banyak bangunan dan kedai kedai menjual cenderamata dan macam macam barangan sepanjang jalan.

Sampai kat hujung jalan, baru la Suresh berhenti dan aku turun kat situ.

Aku bagitau dia aku tak lama. So dia boleh tunggu aku kat situ je. Tapi Suresh ni kadang kadang dia ikut jugak aku pegi. Kalau aku ambik gambar nanti dia yang sibuk bagi cadangan.

"You take this side. That side. This and that"

Siap bagi tips kat aku lagi. Pastu suruh ambik frame ni, tak payah masuk pokok ni, Itu ini... hahahaha.. Aku bagi dia ambikan dia tak mahu. 

Aku OK jer melayan. Dia je pun yang aku ada dan boleh di harapkan saat ni. Kalau tak de dia, tersadai aku mati !

Pepohon kelapa di Baga Beach

Baga Beach. Panasnya cuaca ya ampun !

Tapi tengok kat pantai. Berpusu pusu orang mandi manda. Memang kulit kebal gila la dia orang ni

Panas terik masih boleh bertahan

Aku tengok pun tak boleh tahan sebab panas.

Baga Beach. Pantai dia agak OK cuma ombak laut agak mencabar

Di tepi pantai ada banyak tempat makan dan payung payung tempat istirehat

Life guard tetap ada bagi menjaga keselamatan

Baga Beach is a popular beach and tourist destination in North Goa. Baga is located at the north end of the contiguous beach stretch that starts from Sinquerim, Candolim, leads to Calangute and then to Baga.

Dolphins can be located at around 1–2 km from the shoreline.

The beach contains rows of shacks and fishing boats, and at high tide the beach is narrow. The beach is named after the Baga Creek, which empties into the Arabian Sea at the north end of the beach. Baga Beach is also famous for parasailing, water sports (banana ride) and dolphin cruises.

Personally, aku rasa Baga Beach ni OK jugak. Tapi sebab cuaca panas terik aku tak leh nak stay lama lama. Dah la tak de tempat berteduh. Sudahnya aku ajak Suresh blah je. 

Ada few places lagi yang aku nak kena pegi. Lagi lagi lepas ni aku nak terjah pantai yang paling famous dan popular di Goa ni. Calangute Beach.

Jalan raya dari Baga ke Calangute

Kering dan bertanah merah

Jarak perjalanan tak jauh mana di antara kedua dua pantai ni. Tapi laluan agak mencabar sebab ada construction dan banyak jalan di tutup. Keadaan jalan pun agak rosak dan di penuhi dengan tanah tanah merah.

Nasib baik bukan time hujan !

Persimpangan menuju ke Calangute Beach

Calangute is famous for its beach, the largest in north Goa, visited by thousands of domestic and international tourists alike. 

The peak tourist season is during Christmas and New Year, and during the summer in May. During the monsoon season, from June through September, the sea can be rough and swimming is prohibited. The beach offers water sport activities like parasailing and water skiing, among others.

Kawasan Calangute ni memang berbeza dengan pantai pantai yang lain yang aku dah pegi tadi. 

Di sini kawasan dia memang di bangunkan sebagai tourist destination. Kedai kedai, hotel hotel mewah, dan pelancong sendiri memang bersepah sepahan di kawasan ni. 

Untuk sampai di area pantai ada kawasan kedai kedai yang di buka menjual pelbagai barangan dan cenderamata. Suresh masuk terus ke situ dan bawa aku sampai ke pantai.

Kawasan kedai kedai sebelum tiba ke arah pantai

Calangute Beach

Pantai dia memang landai dan pasir pun lembut. Kebersihan pantai adalah sangat di puji sebab tak de sampah pun.

Cuma memang nasib aku la kali ni pegi ke semua pantai dalam cuaca panas terik macam ni hilang nikmat dan seri. Tapi sebab tak de option, aku kena redah jugak.

Tapi kalau aku cakap panas pun kat pantai tetap ada orang mandi manda !

Orang ramai bermandi manda di Calangute Beach

"Hoi korang ni semua kulit jenis apa huh? Panas panas macam ni boleh lagi dok mandi?"

Macam tu aku nak pegi buat pengumuman kuat kuat tak puas hati !

Aku dah rasa panas gila. Kulit pun dah jadi perit ni dia orang still boleh bermandi manda dan bergurau sundal tepi pantai. Isk. Memang respect betul la kekebalan dia orang ni.

Aku nak berdiri sekejap pun rasa nak pitam. Dah la tak de tempat berteduh dan pantai pun landai dan air laut agak jauh.

Aku nak berdiri pun tak sanggup. Dia ornag boleh duduk duduk

Ada restaurant tepi tepi pantai ni

Payung payung istirehat yang semestinya nak kena sewa

Landmark Calangute Beach. Hotel dan broadwalk area yang ada banyak banyak kedai menjual cenderamata.

Calangute Beach

Cuaca panas panas macam ni agak agak aku nak duduk lama ke?

Nak duduk kat mana pun tak tau. Takde pokok pokok nak tumpang berteduh.

Terik jam 2 petang

Dah abis tu aku naik kat area atas tu kejap tengok tengok apa yang patut.

Ada shopping plaza

Ke arah belah pantai

Dah tak de apa nak buat, aku ajak Suresh blah jer.

Calangute Beach ni OK la.. pantai dia landai. Kalau kena musim air laut dia mungkin cantik. Cuma mungkin timing aku yang salah. Datang tengah tengah hari macam ni mesti la panas.

Tak nak panas gi duduk kat bilik je la kan?

Hahaha. 

Aku bukan complain. Aku cuma menggambarkan keadaan sebenar time tu. Maybe kalau petang petang skit bila matahari dah mula menyongsang, pastinya pantai ni menyerlahkan daya tarikannya tersendiri. 

Ada 1 tempat je lagi yang aku nak pegi lepas ni.

Di Calangute Beach ni bakal ada Hard Rock Hotel di buka. Sepatutnya di buka bulan Mac 2015 so aku ingat macam sempat la aku nak cilok pegi. Tapi sampai time aku pegi ni tak bukak bukak lagi. Melepas la nak gi Hard Rock Cafe Goa.

Tunggu bulan Disember 2015 baru buka !

Tak de rezeki aku. Nak repeat Goa ni rasanya macam dah tak perlu !

Kedai kedai di Calangute. Tu Rock Cafe... belum cukup Hard lagi.

Pizza Hut

Dari Calangute Beach, Suresh bawak aku turun lagi ke belah selatan. 

Destinasi kali ni adalah Aguada Fort. Destinasi terakhir aku sebelum balik ke Panjim.  Sedang elok la seperti yang di janjikan pada Suresh yang dia kena balik ke Panjim sebelum jam 5 petang.

Masih ada masa.

Dari Calangute ke Aguada tu ada satu lagi pantai yang glamer iaitu Candolim Beach. Sebab jaraknya tak jauh dari Calangute, so aku rasa view dia lebih kurang sama je. Lagi lagi tengah panas macam ni. So aku skipped je la pantai tu dan terus je ke Aguada Fort.

Perjalanan dari Calangute ke Aguada Fort lebih relax sikit walaupun banyak kenderaan sebab tepi jalan ada banyak pokok pokok.

Pemandangan sewaktu perjalanan ke Aguada Fort. Bot bot nelayan di tepi sungai

Aguada Fort ni sebenarnya ada 2 kawasan. Upper Aguada dan Lower Aguada.

Suresh bawak aku naik atas bukit dulu !

Aku harap destinasi aku selepas ni tak menghampakan seperti pantai pantai sebelum ni !



Haruskah kau tanyakan mengapa aku kasih
Mestikah kau tanyakan betapa aku cinta
Bagaimanakah cara untuk ku menyakinkan
Hanya padamu saja semua ku curahkan

Mungkin kau tak percaya mungkin kau masih sangsi
Ataupun kau sengaja ingin jauhkan diri
Katakan lah sahaja agar aku mengerti
Apa sebenarnya isi di hati

Aku kan jadi seperti dian
Membakar diri menerangi malam mu
Memberikan kau sinaran
Di waktu kegelapanmu

Bukan untuk seketika bukan jua
Hanya untuk sementara
Kan ku temani di kau hingga ke akhir usia

Perlukah kepastian mengapa aku kasih
Haruskah ku nyatakan betapa aku cinta
Kiranya ada cara bagi ku membuktikan 
Hanya dikau sahaja untuk selamanya

bersambung..............

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...