Tuesday, December 15, 2015

Xplorasi Goa : 08 - Ashvem Beach, Chapora Fort & Vagator Beach

Lepak lebih kurang dekat Arambol Beach then masanya tiba untuk bergerak.

Kebetulan masa tu nampak ada beberapa buah bas sampai dan ramai warga warga tempatan mula membanjiri pantai Arambol ni.

Dari segi gaya, masing masing macam nak berpicnic dan mandi manda. Sebab ramai sangat, baik je la aku blah awal awal. Lagi pun banyak lagi tempat yang aku nak tuju lepas ni.

Arambol Beach

Kami tinggalkan Arambol Beach dan bergerak balik ke selatan. Kali ni nak menuju ke Ashvem Beach atau turut dikenali sebagai Mandrem Beach. Ada jugak orang eja Ashwen.

Sapa kaki mandrem boleh la gi situ menurun.

Hiks.

Masa nak gerak dari Arambol tu, kat tepi jalan aku perasan ada satu lagi warung Halal. Tapi tak berhenti la sebab aku masih belum lapar lagi.

Sureh bawak moto dan aku masih membonceng di belakang. Dengan tak de helmetnya memang aku kepanasan dek terik mentari.

Boleh pulak pakcik ni jumpa kawan dia dan borak borak sambil bergerak seiringan tapi kejap je la sebab lepas tu kawan Suresh ni pegi ke arah berlainan.

Destinasi aku lepas ni adalah menuju ke Ashvem Beach

Sebab jalan adalah jalan kampung. Sign dan petanda jalan memang tak de. Kalau ada pun kecik je. Hampir sesat kami di buatnya. Suresh masuk jalan kampung dan last last aku perasan jalan tu sampai ke hujung !

Jalan mati ! 

Cuma ada kuil dan beberapa rumah penduduk.

Kuil di tempat kami sesat

Dan nasib jugak lah si Suresh ni rajin bertanya, so dia tanya ada sorang pakcik yang kebetulan ada kat situ. Memang salah jalan. So kami kena berpatah balik. Agak jauh jugak la nak jumpa simpang yang sebetulnya.

Bergerak lagi. Laluan tak sibuk sebab jalan kampung tapi sesekali ada je yang bawak motosikal macam ntah hapa hapa je. Dia orang kat Goa ni memang kurang kesedaran sikit bab bab pakai helmet

Setelah hampir 20 minit lepas tu akhirnya baru la kami tiba di Ashvem Beach.

Suasana tengahari dini di Ashvem Beach

Nelayan di Ashwem Beach

Air pasang

Pantai Ashvem adalah sebuah lagi perkampungan nelayan di utara Goa. Pantainya agak indah dan landai dan tenang jika dibandingkan dengan pantai pantai lain yang popular di North Goa ini especially pada musim monsoon.

Pantainya nampak tenang dan sesuai untuk berehat.

Bahagian yang paling menarik dengan pantai ini adalah pembentukan batu batu. 

Ada beberapa chalet dan hotel di bina sepanjang pantai tapi masa aku kat sana keadaan laut memang tak lawa. Ombak kuat dan air nampak bergelora.

Kami singgah sekejap untuk ambik ambik gambar jer.

Salah satu kawasan di Ashvem Beach

Batu batu di tepi Ashvem Beach

Siap ada pokok cactus liar

Air pasang tengahari

Ombak laut Arabian Sea

Saujana mata memandang. Padangan ke arah selatan dari Ashvem Beach 

Tapi ada life guard di kawasan ni tengah menjaga

Mana mana pantai di Goa ni memang ada life guard jaga. Pentingnya keselamatan di kawal selia bagi mengelakkan sebarang masalah yang tak di ingini. 

Pantai pantai di sini pun nampak bersih dan tak banyak sampah. Satu lagi yang boleh di puji dalam pada mereka menjaga keindahan dan kebersihan kawasan pelancongan.

Dari Ashvem Beach tu kami bergerak lagi. Kali ni perjalanan agak jauh sikit dan terpaksa patah balik jalan yang kami datang tadi, cross jambatan sebelum ke arah Chapora.

Jalanraya

Kawasan sekolah

Destinasi aku adalah ke Fort Chapora.

Fort Chapora terletak di Bardez, Goa merupakan kawasan kubu lama yang di bina di atas bukit. di muara sungai Chapora.

Sebelum kedatangan Portugis lagi, kawasan ini sememangnya telah dijadikan kubu pemerintahan kerajaan lama.

Sewaktu aku sampai tu kami ke Vagator Beach dulu sebab ianya berada di kawasan yang sama. Bila tengok Chapora Fort tu, fikir nak kena panjat dalam cuaca panas macam ni, aku jadi tawar hati.

Jenuh nak kena panjat bukit panas panas macam ni.

Chapora Fort dari Vagator Beach.

Kena fikir dua kali jugak, nak ke aku panjat bukit tu time time macam ni? Lagipun tak de nampak orang lain pun buat keje gila tengahari berdiri ni.

Akhirnya aku akur. Tak jadi lah.

Maybe kalau petang petang sikit elok nak panjat boleh tengok sunset atau nampak bot nelayan keluar masuk di muara Sungai Chapora di sebelah bawahnya.

Filem Bollywood Dil Chahta Hai lakonan Aamir Khan, Saif Ali Khan, Akshaye Khanna, Preity Zinta, Sonali Kulkarni, and Dimple Kapadia.telah melakukan pengambaran di Fort Chapora ni.

Layan klip movienya.


Dil Chahta Hai

Sebab tak jadi memanjat bukit tu, aku lepak je kat Vagator Beach yang sememangnya menjadi salah satu destinasi yang aku nak pegi hari ni. 

Vagator Beach

Kelapa nan sebatang

Vagator Beach ini merupakan sebuah pantai yang mempunyai tebing dengan pemandangan yang dramatik ke arah  batu batu laut di belah bawah dan pantai landai di bersebelahannya.

Berbeza dengan Arambol dan Ashvem tadi, Vagator Beach ni memang ramai orang dan menjadi kunjungan warga tempatan mahupun pelancong asing.

Terdapat tempat letak kereta dan banyak gerai yang menjual perhiasan, pakaian, minuman dan makanan ringan.

Gerai gerai jualan

Jual baju baju

Sebenarnya kawasan parking tu agak jauh dari tebing ni, tapi Suresh tu selamba je redah dengan motosikal dia. Ramai je local local yang buat macam tu. Cuma kalau pelancong lain memang kena menapak la sikit ke arah tebing.

Tebing di Vagator Beach

Dari atas tebing tu akan nampak kawasan pantai Vagator di belah kiri, kanan dan di belah bawah.

Belah kanan ada pantai sikit kat hujung sana.

Belah depan ke bawah ada batu batu

Belah kiri nya macam ni

Kiranya pantai pantai belah ni lebih kepada rocky beach. Tapi memang menjadi tumpuan orang ramai. Yang paling tak menahan awek awek yang jual cenderamata.

"Sir.. Please buy from me"

Aku buat tak layan je tapi dia ikut je mana aku pegi. Rengsa pulak aku jadi nya.

"I dont need it. I am not going to buy. You dont have to follow me"
"You see later? You promise?"

Aku rasa ayat dia ayat standard je. Langsung tak menjawab persoalan.

Tapi dalam buat tak layan pun dia mengekor jugak. 

"Buy one from me. Gift for ladies. Give to your friends"

My friends dont wear cheap cheap things !

Aci jawab macam tu?

Hahahaha.

Sebenarnya tak de la mahal mana pun benda yang dia jual tu, tapi aku memang tak berminat nak beli plus aku rengsa sebab setiap langkah aku je diekori.

Paling tidak aku buat muka bengkek je malas layan.

Panorama Vagator Beach. Di atas bukit tu lah Chapora Fort. Ada laluan pejalan kaki di belah bawah.

Rengsa sebab kena follow je dan cuaca pun agak panas kat situ. Langsung tak de tempat berteduh. Lepas ambik gambar lebih kurang, aku cari Suresh dan ajak dia minum air kelapa.

Dahaga !

Cuaca yang begini.. apa kah mahu nya????

* tarik key Misteri Mimpi Syakila.

Gerai jual air kelapa

Kami duduk minum air kelapa. Aku belanja Suresh sekali. Harga air kelapa INR 40 sama macam kat Old Goa dan Dona Paula semalam. 

Nak ajak dia makan tengahari aku macam tak berapa lapar lagi plus tak jumpa pun kedai makan. Tapi aku plan, kalau petang nanti dia antar aku balik ke Panjim, aku boleh ajak dia gi makan kat kedai Halal. 

Aku dah check kat internet pagi tadi dan dah jumpa 2 kedai halal di Panjim. Sinar harapan menggunung tinggi dan nak simpan perut untuk makanan lazat di kedai tu nanti !

Gadis gadis penjual cenderamata tengah mengoda minah salleh berbaju putih

Ombak di Vagator Beach

Lepas selesai minum air kelapa hilangkan dahaga, kami mula bergerak.

Destinasi seterusnya adalah ke Anjuna Beach tapi Suresh ajak aku turun ke bawah tebing dulu. Sebenarnya kalau dari atas tebing tu boleh je berjalan turun, tapi cuaca panas aku jadi malas.

Tapi bila Suresh offer nak turun dengan motosikal je, aku pun setuju.

Nak turun ke ada laluan lain sebelum tempat parking lagi. Suresh maybe dah biasa kot sebab tu dia tau.

Pantai di Vagator Beach di sebelah bawah

Kawasan berbatu batu

Batu

Pandangan ke atas. Tebing yang aku lepak asal asal tadi

Vagator Beach

Bagi aku Vagator Beach ni agak cantik dan menarik jugak lah. Ada batu batu dan ada pantai jugak kat belah tepi. Cuma macam pantai lain, tak de tempat berteduh dan pokok pokok agak tandus. 

Tapi keadaan laut memang tak nampak cantik hari tu. Ombak masih kuat. 

Orang pun agak ramai time tu walaupun tengahari berdiri. Panas cuaca tak payah nak cerita lah, Aku pun dah rasa perit kat kulit ni.

Aku agak kecewa dengan pantai pantai yang lawati kali ni. Tapi tak tau nak salahkan siapa. Dah yang aku teringin sangat nak datang. Walhal semuanya tak seperti apa yang aku jangkakan.

Terima je la semuanya atas kedegilan diri sendiri !



Dengarkan hati kecilku sedang berbisik
Menunggu sampai luluhnya hati batumu
Yang sudah tak bisa

Dengarkan batin kecilku sedang berbisik
Rasa tak sanggup luluhkan hati batumu
Tetap ku tak bisa mengerti apa maksudmu

Cinta harus begini untuk agar kamu bisa
Pahami aku, mengertikan hatiku
Rasa ini harus ku terima meski buat pusing kepala
Karena tak bisa lagi watakmu bisa untuk dirubah

Oh cinta harus begini untuk agar kamu bisa
Pahami aku, mengertikan hatiku
Rasa ini harus ku terima meski buat pusing kepala
Karena tak bisa lagi watakmu bisa untuk dirubah

Rasa ini harus ku terima meski buat pusing kepala
Karena tak bisa lagi watakmu bisa untuk dirubah

Selesai di Vagator Beach, kami bergerak lagi. Kali ni ke Anjuna Beach.

bersambung..............

2 comments :

  1. hamaigadddd........lama tak ketemu! missing my old-time routine reading ur amazing journey :'(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...