Ini adalah entry terakhir explorasi aku di bumi Goa, India.
Phewwww !
Abis jugak akhirnya.
Perahu nelayan Colva
Colva Beach
Colva Beach
Menanti senja
Masih berada di Colva Beach. Aku menanti waktu matahari terbenam. Harap harap dapat melihat senja dari pantai di Goa ni.
Sebab tak tau nak buat apa lagi. Memula aku merayau jugak la tepi pantai tu, pastu dah tak de apa, aku cari port dan lepak kat bawah pokok kelapa dan melayan perasaan sendiri.
Nelayan sedang menjalankan aktiviti petang di Colva
Yang wanita ke pantai untuk membasuh pakaian
Pantai Colva ke arah utara
Sebelah selatan
Damai Pantai Colva
Aktiviti nelayan di waktu petang
Aktiviti si nelayan
Di pasiran
Colva
Aku jumpa port jauh dari hiruk pikuk manusia.
Just lepak kat situ menanti senja. Sambil sambil tu tengok gelagat manusia di petang hari di Colva Beach ini.
Anjing anjing berkejar kejaran di pantai
Senja yang mendatang
Matahari bakal terbenam
Dan aku menantikan senja datang
Colva Beach
Namun awan menghalang
Masih ramai yang bersantai di petang hari di Colva Beach ni
Cukup waktu aku pasti senja hilang tanpa sebarang warna terang
Aku tinggalkan Colva Beach dengan sedikit rasa hampa di jiwa
Kata orang memang dah tak de rezeki
Senja di Colva Beach
Pasrah je lah untuk hari ini.
Hari dah pun gelap, aku tak de banyak masa, bergegas pegi kat tempat bas dan ambik bas balik ke Margao.
Nasib ada bas baru nak bergerak. Aku tak pasti bus last dari Colva ke Margao tu tapi rasanya kalau dah malam mungkin dah tak kerap. Atau mungkin aku naik tu last bus dah kot sebab dah nak malam.
Dari Colva aku kembali ke Bus Station Margao untuk ambik pengangkutan ke airport.
Tambang dari Colva ke Margao adalah sebanyak INR 15.
Aku sampai di station bus Margao lebih kurang jam 7.30 malam. Terus ke kaunter shuttle bus yang ke airport yang aku dah riki masa kat sini tadi tu. Tengok tengok kaunter ada sorang pakcik ni jaga tiket kat dalam.
"Tiket to airport"
"No more. Closed !"
"What?"
Aku terpinga pinga kejap. Cari cari memo ke apa yang di tampal kat dinding kot ada bagi aku apa apa info. Tak sangka pulak shuttle bus terakhir dah bergerak dari Margao ke Vasco.
"Any other bus to the airport?"
"8'o clock to Vasco. Go there. Number 7"
Dia tunjuk arah ke terminal no 7 tempat bas menunggu. Aku pun pegi tengok ada satu bas ke Vasco. Aku tak pasti bas tu lalu airport atau terus ke Vasco. Kalau tak, aku kena ambik taxi atau bas lain dari Vasco ke airport.
Tak boleh jadi ni. Aku berlegar legar di kawasan bus station mencari idea lain. Aku pegi tanya teksi, dia nak INR 500. Aku tanya becak tu pun dia nak INR 400. Nego pun tak nak bagi murah.
Ah sudah !
Pusing tawaf satu bus station tu tetiba aku dengar ada orang menjerit.
"Vasco ! Vasco !"
Terus aku pegi dekat.
"Is this bus going to the airport?"
"Yes.. airport..."
"Direct?"
"Yes... 30 rupee"
"How long?"
"30 minit Sir. Go ! Go !"
Ah.. lega. Nasib baik aku jumpa bas ni. Bas ni bukan park dekat terminal tapi dia park kat belah tepi tepi sikit kat kawasan lapang.
Bus ke Vasco melalui airport Goa
Ini route perjalanan terakhir aku di Goa guna public transport
Tanpa membuang masa aku naik je bas tu. Masih ada seat kosong.
Bas bergerak tak lama selepas tu menuju ke Vasco Da Gama. Tambang bas sebanyak INR 30. Aku dah pesan kat konduktor tu kalau sampai airport bagitau aku.
Perjalanan memakan masa kira kira 30 minit. Perjalanan malam agak smooth dan tak banyak kereta.
Sebaik saja nampak sign Goa Airport terus aku rasa lega !
Dah sampai airport
Tak tau la sapa ni. Aku sampai airport pukul 8.15 malam. Masih ada masa sebab flight pukul 10.50 malam
Tu area tempat bas berhenti. Betul betul depan airport
Airport Goa
Check waktu pelepasan
Sebab tak de apa nak buat aku terus je check in kat kaunter. Dah check in sebenarnya tapi ada document verification. Mamat kat kaunter tu siap tak puas hati sebab aku tak de luggage. Dia insist jugak nak timbang beg aku.
Tup tup beg aku cuma 5 kg !
Hahahahaah...
Tu pun ada maggie cup satu cawan tak abis makan.
Urusan immigration dan kastam semua agak leceh. Kena scan berkali kali. Lighter aku kena ambik. Setiap hand carry luggage kena make sure ada tag kalau tak nanti guard kat pintu gate check sekali lagi kalau tak de tag tu dia suruh patah balik pegi ambik.
So jangan sampai tertanggal.
Menunggu waktu berlepas agak membosankan. Dalam terminal airport tu memang tak banyak kedai pun. Tapi aku sempat beli nescafe ni.
Selepas convert harga dia RM 20 !!! Bapak mahal.
Nasib ada smoking room. Boleh la aku ulang alik berasap.
Sebab lighter tak de, kena pakai benda alah ni nak nyalakan rokok
Masa dalam smoking room ni ada Uncle India dari Malaysia tengah borak borak dengan sorang mamat yang lain. Aku dok layan hisap rokok tapi dia ajak berbual.
"Cemana. Best tak Goa?"
"Biasa je lah"
"Tak best la.... tak menarik"
Beriya riya Uncle tu bagi pendapat.
"Uncle pegi mana?"
"I pegi shopping je.. Barang tak bagus kat sini. Tak macam kat Mumbai..... bla bla bla "
Dia membebel.
"Adik shopping apa kat sini?"
Dia tanya aku. Dah la panggil aku adik ! Tetiba rasa muda.
"Tak beli apa apa pun"
Uncle tu dengan family dia seminggu kat Goa ni.. and dia cuma pegi shopping ! Tak de pegi pantai dan tempat tempat lain. Aku pun tak faham kadang kadang minat dan interest masing masing bila travel ni.
The rest of the hour aku cuma melangut je tunggu flight sampai. Dah tak sabar nak balik.
Flight Air Asia yang membawa kami pulang ke Malaysia
Flight dah bergerak ke landasan
Aku punya seat yang sama dengan seat waktu pegi hari tu. Kat belakang. Dan nak di jadikan cerita, makcik yang nak paw seat aku hari tu masa datang sekali lagi dia cuba nak paw seat yang sama time balik ni.
Dia yang perasan aku.
"It's you. Same seat number?"
Aku blur blur sotong kejap. Bila dia cakap dia datang ke Goa sama hari dengan aku, baru la aku teringat yang dia lah cuba membuat onar nak curik seat aku.
Sekali lagi dia duduk depan aku. Flight tak penuh so belakang agak kosong.
Baca inlight magazine 3Sixty untuk bulan September 2015
Tak lupa mengisi perut yang kelaparan sangat. Nasik Lemak Pak Naseer menjadi habuan
Flight OK la... kejap smooth dan ada few times amaran agar memakai tali pinggang keledar di keluarkan.
Duduk di kerusi sambil memerhatikan ke luar jendela pesawat buat aku rasa berbelah bahagi tentang trip aku ke Goa ni. Nak kata puas hati sangat tak jugak. Nak kata tak puas hati, aku redha dan pasrah. Terima segala galanya. Standard la tu kalau travel, ada yang OK ada yang tak OK.
Goa bagi aku smemang edikit mengecewakan.
Apa apa pun, semangat untuk terus mengembara tetap ada. Walaupun kecewa, namun tidak semudah itu semangat di jiwa luntur untuk ke tempat tempat lain di India ni.
Tidak semudah itu aku akan menyerah !
Duduk di kerusi sambil memerhatikan ke luar jendela pesawat buat aku rasa berbelah bahagi tentang trip aku ke Goa ni. Nak kata puas hati sangat tak jugak. Nak kata tak puas hati, aku redha dan pasrah. Terima segala galanya. Standard la tu kalau travel, ada yang OK ada yang tak OK.
Goa bagi aku smemang edikit mengecewakan.
Apa apa pun, semangat untuk terus mengembara tetap ada. Walaupun kecewa, namun tidak semudah itu semangat di jiwa luntur untuk ke tempat tempat lain di India ni.
Tidak semudah itu aku akan menyerah !
Dalam heningnya malam
Bertaburan bintang
Rembulan pun tersenyum
Pancarkan sinarnya
Seiring waktu berlalu
Menari indah denganmu
Terhanyut dalam mimpiku
Hingga ku gapai rasaku
Tak pernah menyerah
Untuk selalu mencuba
Menjadi terbaik untukmu
Dan segalanya
Ooohhh...
Kekasih
Dalam setiap kisah
Selalu ada cinta
Dan ada air mata
Yang pasti mengiringi
Kan beri cahaya impian
Terang jalani denganmu
Tak pernah menyerah
Untuk selalu mencuba
Menjadi terbaik untukmu
Dan segalanya
Kisah cinta yang telah terbina
Tak terhapus waktu
Dan yakinlah ku kan selalu milikmu
Kebahagian selamanya nyata
Tak pernah menyerah
Untuk selalu mencuba
Menjadi terbaik untukmu
Dan segalanya
Tuk selalu mencuba
Menjadi terbaik untukmu
Dan segalanya
Ooohhh...
Kekasih
Aku cuba cuba tidur. Lena jugak la sekejap. Sedar sedar flight dah decending dan nak mendarat di KLIA 2.
Kami selamat mendarat pukul 6.15 pagi waktu Malaysia selepas penerbangan lebih 4 jam setengah.
Mamai je turun flight pastu nak kena menapak jauh
Nasib baik OR dah siap siap menunggu.
Dia ambik aku then terus balik rumah. Kononnya hari tu aku dah start keje. Tapi penat sangat balik rumah nak membuta kejap. Dah janji dengan boss nak masuk opis tapi lewat sikit.
Sedar sedar aku tengok jam dah 4.30 petang !
Lebur.....................
Terus EL. Hiks.
Kepenatan baru terasa. Sakit badan, sakit kaki, kulit mengelupas semuanya ada lepas balik dari Goa ni. Yang tak leh nak tahan kulit memang rentung terus !
Apa apa pun, kesimpulan dari explorasi Goa ni, aku just nak cakap Goa ni sebagai satu destinasi sebenarnya biasa biasa je. Tapi bagi aku pengalaman yang aku kutip sepanjang 4 hari tu yang lebih berharga dan menyeronokkan !
Walaupun tak banyak drama tapi aku happy sebab berjaya pegi dan balik dengan selamatnya dan tak de banyak masalah. Walaupun Goa bagi aku kurang menarik, tapi untuk orang lain aku syorkan supaya pergi. Destinasi mungkin sama, tapi pengalamannya akan berbeza !
Siap siaga untuk lawatan ke Xplorasi seterusnya.................... !
TAMAT.
Yessss..... Akhirnya tamat pengembaraan uncle ke Goa... Apa2 pun satu pengalaman yg menarik juga. Saya yg membacanya mcm turut sama mengembara. Tq for sharing ... Uncle!
ReplyDeleteSama sama....
DeleteUncle.. uhuk uhuk.... tua nya rasa.
Syabas Abam Meng. Ini antara entry mu plg pjg... Btw, anok2 cam lg dok?
ReplyDeleteEh... india dulu dgn china mongolia paling panjang... ..
DeleteAnok anok kata..
"eh. papa mcm SRK sejak balik dari Goa !"
Papa terus tabur duit syiling sebagai imbuhan
Ho dih. Lama sgt doh yg dulu tu, lupooo.
DeleteSRK terus. Shah Rukh Khan @ Sree Ram Karupiah?
Hahaha. Shah Rukh Kan? ke Bukan?
DeleteNeskepe rm20....mmg mahal pengalaman ittew. Terasa dewasa tak.
ReplyDeleteTu la.. nescafe tin je pulak tu. cekik darah btol.
DeleteDah lama rasa dewasa.. sejak dua menjak anak makin naik darjah... uhuk
makcik paw seat. really?
ReplyDeletejahat.
Tu lah... orang yang sama pulak tu. Kalau suka seat tu beli la sendiri.. kan?
Delete* marah
the dogs doesn't look like berkeliaran.....they marching ;)
Deletenicely captured!
mereka berkejar kejaran.....
Delete