Monday, December 28, 2015

Jom Makan : Assam House, Ayer@8 Putrajaya

Mari mari adik adik, kakak kakak, abang abang, ipar duai.

Dah lama tak gi usha kawasan Ayer@8. Last pegi pun bila ntah. Tapi hari tu Host Abadi JJCM ada keluarkan entry makan di sini : Assam House, Ayer@8 Putrajaya

Masa tengok tu macam menarik gak macam nak usha. Pastu terlupa. Sampai la satu hari tu aku ada hal di Putrajaya, then nak gi riki riki cari makanan, bila masuk area Ayer@8 terus terpandang kedai ni.

Yezz !

Ayuh kita cuba !

* laungkan dengan semangat membara.

Assam House - Simply the best asian cuisine in town. 

Semua nak claim the best. Yang parahnya tukang makan la sebab semua tempat nak try.

So nak tau best ke tak, aku pun riki jugak la dengan member member. 

"Table for 3 please"

* tahan nafas

"Kami tak kuat makan dan sentiasa menjaga tubuh badan supaya tampak kekal sihat dan sado !"

* hembus nafas

Fuh. Mengah tahan nafas.

Kedai dia agak belah belah tepi sikit nak masuk area Ayer@8 tu

Di jamin HALAL. Ada logo halal tepi tu sebenarnya.

Sila ambil maklum, kedai Assam House ni menampilkan resepi Nyonya Cuisine dengan style Chinese, Malay, Thai dan Vietnam. Asalnya bertapak di Ipoh Perak dengan nama yang sama sejak 1991 lagi.

Usha setting kedai.

Siap sedia, tona warna dalam kedai ni adalah MAK KAU HIJAU !

Ruang yang mencukupi di belah dalam. Ada juga meja di belah luar

Tona warna di agak soothing

Kerusi dan meja

Hiasan di dinding

Kami di sambut mesra oleh pekerja dan maybe owner dia kot. Suami isteri. Suami macam Pakistan skit, isteri dia Chinese Muslim.

Dan di berikan menu untuk di pilih.

Menu.

Ada jugak set set untuk jumlah berkumpulan

Tengok gambar dulu bagi kecur air liur

Ni hidangan untuk berkumpulan... Nak makan besar keluarga buleh la

Ah. Cakap banyak tak guna lah.

Dipersilakan masuk semua hidangan mengambil tempat di meja makan !

Oh. menu makanan ada few sizes dari Small. Medium ke Large. Tengok la berapa orang nak makan. Macam aku ni rasanya kami order small sizes je kot semuanya. Ntah aku pun lupa.

Yok tengok.

Minuman....

Kari Asam Ikan... member member aku yang order ni, aku ambik kuah je sebab ikan aku tak minat

Dried Buttered Prawn. 

Sayur

Ayam Kapitan

Makan dengan nasi putih

Memula macam nak makan sikit sebab nak maintain sado tapi bila dah makan jadi pelahap lak. Tak cukup nasi, siap tambah lagi tu.

Maksudnya apa tu?

Maksudnya makanan dia not bad !

Kari Asamv Ikan tu aku cuma makan kuah dia jer. Macam asam pedas tapi ada rasa kari kari sikit. Kuah dia bagi aku OK lah. Ikan aku tak pasti fresh ke tak. Tapi ada jejari wanita jugak dalam tu dan tauhu. Boleh la aku jilat jilat jejari wanita tu ( ladies' fingers ).

Butter prawn tu agak enak. Tak kering sangat dan butter dia memang mantap. Enak di makan !

Sayur agak rangup dan well cooked.

Highlight of the day adalah Ayam Kapitan tu. Ayam rangup dan sedap. Sos dia menyelerakan juga. Kena dengan nasi panas buat selera makin membuak riang.

Nom Nom Nom

Overall, food not bad. 

Kalau tengok menu dia tu macam macam lauk pauk ada. Juling mata tak tau nak pilih yang mana. Tapi based on yang aku rasa ni kiranya not bad, so makanan lain boleh di assume tasteful jugak.

Cuma time aku makan tu pekerja dia tengah kopek petai kat meja sebelah. Macam bau petai tu mengurung lubang hidung kami seolah olah makan hidangan berpetai pulak hari tu.

Apa apa pun highly recommended. 

Oh. Cost makan untuk kami ber 3 adalah RM 117.

Mereka ada beberapa cawangan di tempat lain. 

Apa apa pun sila rujuk website mereka : Assam House

Kedai dia letaknya kat belah hujung sini.

Selamat mencuba !

6 comments :

  1. dulu2 masa stay Ipoh, ni la tempatnya,
    parents datang-assam house
    sub cont belanja-assam house
    belanja client- assam house
    keluar detim, eh-assam house lagi
    nasib baik la x jadi share partner. Tapi bagi ai, food dia mmg sedap. tak tau pulak ada chain kat ayer8

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. betul2.. rasanya sedap. owner dia pun friendly jer

      Delete
  2. dah makan..sedap jgk..tp lupe nk update kt blog..hihi

    ReplyDelete
  3. untunglaaa orang sado, nak masuk kedai pun menahan-nahan napas kannn...hahaha ayam kapitan tu memang terbaik!aku ada pi lagi skali tu bos bayar, diorang duk sembang kerja, aku duk kerjakan ayam tu sensorang....memang terbaek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sado diri namanya tu... ahaks.. untung la bos belanja. dan bos kaki sembang... sah sah bos makan sikit je kan?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...