Wednesday, December 2, 2015

2015 : Konsert Satu Suara Vol 2 : Dato' Siti Nurhaliza @ Istana Budaya

Dah baca tajuk ?

Dijemput semua orang untuk rebah secara berjemaah !

Okey lah. Aku declare lah tanpa rasa segan dan silu, baru baru ni aku pegi menonton Konsert Satu Suara Vol 2 : Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya.

* tengok semua orang pengsan dengan mulut berbuih.

Kosert Satu Suara tapi 3 penyanyi bergabung meletup !

Hello ! Kau orang boleh tak jangan menguris jiwa rockers aku ni ?

Aku bukan nak pegi tengok Siti Nurhaliza tau. Aku rockers ! Aku pegi sebab nak tengok Ramli Sarip. 

Tengok mulut aku ni.

RAM-LI  SA-RIP !!!!

* tiba tiba bunyi burung burung berkicauan secara sumbang

Sebenarnya citer dia cam ni. BW bawa usul ajak kami semua pegi tengok konsert Siti Nurhaliza ni, tapi aku buat endah tak endah je sebab aku rasa Siti nyanyi kat TV ke kat mana mana pun sama jer. Tak de banyak kelainan plus concert dia macam banyak kali dah dia buat kot.

Sampailah time BW nak confirmation untuk beli tiket, so aku rimas nak layan dia, aku setuju jer dengan IH nak ikut. MH tak leh ikut sebab dia nak balik kampung. Lagipun aku dah lama tak tengok concert, dah lama tak rasa feel live music tu sendiri. Nak ajak OR memang tak la kan? Kalau gi tengok Mimbar Pencetus Ummah maybe dia nak ikut kot !

Untuk makluman konsert Satu Suara Vol 2 ini adalah kesinambungan daripada Konsert Satu Suara Vol 1 yang diadakan sebelum ni yang pernah menampilkan Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Aizat. Konsert Vol ke 2 ini pula telah dipentaskan di IB dua malam berturut turut pada 7 & 8 Nov 2015 yang lepas.

Nak di jadikan cerita, bila BW dah beli tiket ni, aku terpaksa back off sebab tarikh tu aku kena outstation. Tapi dah rezeki nak tengok Ramli Sarip kan, aku tak jadi outstation weekend tu so aku pun jadilah ikut !

Nampak tak aku sebut Ramli Sarip tu dan bukan Siti Nurhaliza ?

Hahahaha

Aku jarang gi tengok konsert konsert ni. Jauh sekali teater teater yang dipentaskan saban ketika di Istana Budaya tu tapi kali ni agak exceptional skit sebab selain daripada Siti Nurhaliza dan Ramli Sarip, salah seorang artis yang turut serta dalam konsert ini adalah Hetty Koes Endang !!!

Dum. Dum. Cheng !!!

Jadi terpaksalah aku jadi Rockers yang patah hati !

Poster depan IB

Gila ko kecik kecik masa kat kampung dulu lagu lagu Hetty Koes Endang adalah lagu makanan aku hari hari dan aku siap boleh terhapal lirik lirik nya !

Aku cakap terhapal tu sebab makcik aku minat gila kat dia. Asal pagi je pukul 10 dia nak basuh baju ke, jemur kain ke. masak ker atau buat apa apa rutin harian dia akan pasang keset Hetty Koes Endang (HKE) sekuat hati sampai satu kampung boleh dengar.  

Benda tu memang dia tak pernah miss pasang setiap pagi !

Dan setiap pagi aku dan sepupu sepapat akan terdera untuk dengar sama lagu lagu Hetty Koes Endang ni ! Sebabnya tu kira alarm kasik kita orang semua bangun dari tidur. So kalau tak bangun, tadah je la telinga dengar suara Hetty Koes Endang melalak pepagi hari.

"Titik ! Titik noda !!!!!!"

* ambik bantal tutup telinga sambil cakar cakar muka sendiri

Banyak jugak rasanya dulu lagu lagu HKE dan banyak jugak yang aku dan sepupu sepupu aku di paksa dengar. Makan semut 10 ekor pun masih melekat lirik lirik lagunya. Kalau makcik aku pasang orang ngaji silap silap kami semua dah hafal Quran kot. Hehehe.

So dipendekkan cerita, hari dan masa pun tiba. Maka kami bertemu di Istana Budaya sewaktu malam pertama Konsert Satu Suara Vol 2 ini dipentaskan.

Aku tak nak review konsert ni sebab aku bukan pakar dalam bab tu. Aku cuma ceritakan pengalaman aku jer sepanjang berada di IB dan Panggung Sari untuk tempoh masa konsert lebih 2 jam itu.

Okey ready?

Konsert belangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur

Aku ambik BW dan jumpa IH di IB terus.

Aku sampai dah nak senja. Tunggu IH jap sambil ronda ronda kawasan IB

Kebetulan dihadiahkan dengan sunset dan pelangi

Pelangi di waktu senja

Urusan tiket semua BW yang uruskan. Aku dengan IH cuma bayar jer. 

Dan sudah tentu lah kami ambik tiket paling murah sekali ! Ahaks.. Harga tiket RM 88. Nampak Siti Nurhaliza... eh eh. Nampak Ramli Sarip macam semut jer !

Ini bukan la kali pertama aku jejakkan kaki ke IB. Tapi last aku pegi pun aku lupa bila. Dah lama dulu lah. Lama gila sampai aku pun tak ingat !

Lobby IB

Sampai IB sempat solat maghrib dulu pastu gi minum kat cafe dia sementara nak tunggu konsert start pukul 8.30 malam.

Orang pun boleh tahan ramai. Tiket rasanya memang sold out. 

Kalau Siti buat konsert nyanyi lagu Cuk Cuk Kendung pun orang pegi tengok kot. Nasib la aku pegi sebab nak tengok Ramli Sarip !

See?

Masuk Panggung Sari untuk konsert bermula


Kakak check tiket

"Kak.. Saya datang ni bukan nak tengok Siti tau. Saya nak tengok Ramli Sarip". 

Agak agak mesti kakak tu jawab. 

"Ada aku kesah? Cepat masuk Meng. Akak nak balik ni, laki akak dah lapar"

Ngeh ngeh ngeh,.

Seat kami circle paling atassssssssssssssssssssssssssssssssssssssss sekali ! Memang nampak stage jauh kat bawah sana. Dengan aku yang rabun ni... apa pun tak nampak ! Setakat dengar je lah.

Orang ramai dah memenuhi segenap kerusi yang ada. Belah belah hujung yang bawak benda alah kaler hijau tu adalah geng geng SitiZoners., kelab peminat 'kipas lah kau sampai mereput'


Panggung Sari dibanjiri oleh peminat Siti Nurhaliza, Hetty Koes Endang dan Ramli Sarip. ( Ramli Sarip tu baru aku angkat tangan)

Rengsa jugak duduk dalam tu menunggu concert tak mula mula. Tapi janji 8.30 Siti bakal buat kemunculan, so kena la menunggu.

Tepat pada masanya.. aku telah di minta berdiri dan menyanyi !

Eh... sapa yang buat konsert ni? Aku ke Siti ? Eh.. aku ke Ramli Sarip?

Tapi untuk tidak menghampakan seluruh Panggung Sari, aku tanpa melengahkan masa, tanpa segan silu terus je melantunkan suara seperti yang di minta dengan feel yang begitu mendalam dan lontaran vokal yang sangat merdu dan memukau pendengar untuk menyanyikan lagu ......

....... Negaraku. !

Rata rata semua orang terpukau dan memberi standing ovation kepada aku !

"Terima kasih semua. Jangan lupa dapatkan album Rock saya yang terbaru di pasaran nanti. Pastikan beli yang original OK?. Yeah ! Yeah !!!"

Rock tak?

Aku dah tau dah. Memang confirm punya semua orang dalam Panggung Sari tu akan terhibur dengan alunan suara lemak merdu aku ni walaupun dah lama tak berpeluang menyanyikan lagu Negaraku di khalayak ramai.

"So anda semua terhibur dengan persembahan saya? Saya tahu suara saya sedap. 14 album saya buat... tapi tak print. Album gambar ! So kalau dah terhibur anda semua boleh balik. Concert Siti tak jadi !!"

* terus kena panahan petir

Okey lah. Citer sebenar. Semua orang diminta berdiri tanda menghormati lagu Negaraku sebelum konsert bermula.

Eh. Aci tak kalau bukak concert ni dengan bacaan doa? Too sensitive?

Lepas abis penonton nyanyi lagu Negaraku, maka artis yang dinanti nantikan untuk konsert malam ni pun membuat kemunculan !

"If tomorrow never comes..."

Eh. Sapa tu? Ahaks.. dia tak de pun. Tu pix aku snap kat dinding IB.

Kalau betul lah beliau yang muncul untuk menghiburkan semua orang, memang tomorrow never comes sungguh lah. Dan aku akan mintak refund 2 kali ganda sebab kemunculan beliau tanpa diundang itu boleh mengakibatkan kerosakan pelbagai deria !

Okey. Lepas tu konsert pun bermula.

Siti muncul dulu, pastu Hetty Koes Endang muncul dan Siti gi tukar baju. Pastu mereka berduet then Siti kembali solo, pastu Siti berduet dengan Ramli Sarip berduet pastu Ramli Sarip nyanyi solo dan last sekali dia orang nyanyi bertiga !

Abis.

Tapi time Ramli Sarip keluar tu aku lah orang paling kuat tepuk tangan.

Nampak tak semangat keRockersan mengalir dalam tubuh aku ini? 

Sebenarnya sepanjang konsert berlangsung memang tak boleh ada sebarang rakaman waima nak snap gambar sekalipun. Baru nak pegang telefon kang ada orang suluh. Kedekut betul. Macam la boleh kaya pun kalau kita rakam.

So, no rakaman video atau sebarang gambar boleh di ambil melainkan oleh pihak media sahaja !

Well.. lagi kau larang, lagi lah orang buat kan? Orang lain maybe tak buat, tapi aku sempat buat !

Opsss...

Jangan tanya aku cemana aku buat, tapi aku tak de niat serong atau jahat. Rockers bukan macam tu beb ! Rockers ni hati dia baik !

Aku just nak share je sebab kalau nak cerita tak de gambar macam Siti Nurhaliza menyanyi tanpa muzik. Sedap dengar tapi feel kureng.

Now.. ni feel bila baca blog dan ada gambar sekali.

Enjoice !

Konsert bermula. Nampak Siti sebesar biji kuaci jer. Buat aku rasa nak makan kuaci jer. Siti nyanyi lagu Sendiri. Terbaik Bagimu pastu nyanyi lagu HKE- Hati Lebur Jadi Debu

Pastu beralih pada Hetty Koes Endang. Power lagi suara makcik ni sebenarnya walaupun umur dia sama dengan umur Malaysia (58 tahun). Energy dia macam minum Red Bull 11 tin.

Pastu Siti keluar balik nyanyi lagu medley apa ntah. Aku lupa. Dan Siti macam biasalah, nyanyi sungguh effortless. Aku rasa Siti ni fit betul la, tak nampak mengah pun.

Then Siti dengan HKE bergabung. Duet lagu masing masing. Memang pengalaman HKE berkomunikasi jauh lebih bagus dari Siti, tapi bab menyanyi dua dua dah macam pertarungan Kesatria Baja Hitam menentang Belalang Tempur.

Pastu Siti nyanyi solo then baru Ramli Sarip muncul. Ada jugak lah segmen mereka berduet

Pastu Ramli Sarip nyanyi solo., Semua orang menguap ! Kurang hajor !!!! Hahahaha. Tak de lah. Best jugak la Ramli Sarip nyanyi. Terkesan jiwa rockers aku ni bila mendengar Papa Rock mendendangkan lagu lagu beliau. Tapi aku sempat gi toilet jap. Nak terkucil.

Pastu Siti muncul semula nyanyi lagu dengan HKE pastu mereka bergabung dengan Ramli Sarip sebagai penutup konsert

Tamat konsert dengan lagu Temasya Desa Gemalai sebagai lagu terakhir yang mereka dendangkan. Time ni lah HKE warning Siti tak bagi melompat lompat sambil tunjuk perut Siti. 

Overall, aku rasa konsert yang bagus dan menghiburkan.

Tapi yang menjadikan konsert ni luar biasa adalah sebab ada Hetty Koes Endang tu. Pengalaman dia di pentas memang surpass level penyanyi penyanyi yang ada. Suara pun masih lantang dan power. Cuma kadang kadang terlebih hyper. Energetic kot perkataan yang lebih sesuai.

Lagu lagu beliau buat aku rasa terbuai teringat kisah dulu kala Makcik aku 'torture' kami dengar lagu lagu HKE ni setiap pagi. Dan tanpa rela lagu lagu tersebut terasa begitu dekat dengan hati dan mengulit rindu dan kenangan sezaman tu.

Nasib tak bergenang airmata.

Eh. Rockers kena maintain walau hati terguris pedih !

Siti as Siti. Macam tu je lah. Macam dia nyanyi dalam TV yang biasa aku tengok. Cuma persembahan Siti macam skrip, terlalu tersusun dan takde kelainan.. Bagi aku lah, Siti kena lebih spontaneous, showmanship kena lebih kejutan sikit. Tapi itu lah Siti, takkan orang bayar tiket nak tengok dia buat show berguling guling. Baik gi tengok wrestling !

Tapi suara Siti memang sedap lah tu aku memang tak nafikan. Dia dah memang di kelasnya yang tersendiri ! The one and only.

Lemak dan merdu suaranya dan menyanyi tak nampak sakit. Bukan macam sesetengah penyanyi yang bila nak tarik je muka terus pedih. Gaya pulak dah macam nak cakar cakar dinding pun ada. Tapi Siti nampak natural and effortless.

Tapi dalam banyak banyak lagu yang didendangkan oleh mereka bertiga, lagu yang paling terkesan di hati aku adalah lagu Perjalanan Hidup yang di nyanyikan oleh Ramli Sarip. Suara parau Papa rock kadang kadang buat aku rasa nak berlari turun ke stage dan bagi dia gula gula Hacks hitam !

Lagu ni best bukan sebab darah yang mengalir dalam tubuh aku ni darah Rockers tapi sebab lagu ni terasa sangat dekat dan cepat melekat di jiwa !



Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari suatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milik ku
Oh tuhan ku
Lindungilah hamba mu yang hina ini
Aku setia hanya pada mu
Oh tuhan ku

Aku setia hanya pada mu
Aku setia hanya pada mu…

Jelas dan nyata penonton nampak puas hati dengan persembahan konsert. Sikit sikit ada lawak lawak dari mereka bertiga. Suara semua bagus bagus. Showmanship menghiburkan !

Penonton pun sporting, ada yang menari dan berinteraksi dengan baik bila sesekali di minta.

Cuma !

Aku macam rasa annoying gila dengan set set SitiZoners ni ! Memekak tak tentu pasal. Menjerit macam tarzan. Tak sudah sudah lak tu. Tau lah nak hangatkan suasana tapi ada masa masa tertentu you just need to shut up and enjoy the music !

Tapi nak cakap cemana lagi? Dah nama pun fanatik ! Patut jadi Fanagetik ( Fanatik + Gedik ), Ramai lelaki pulak tu. Aku foncused di situ !

Tamat Konsert Satu Suara Vol 2

Lepas tu kat IB ada theater Mak Cun. Ni memang confirm aku tak minat nak tengok.....

Cuma aku terkilan lepas tengok konsert ni, baru aku terfikir, kenapa aku tak ajak Makcik aku tengok eh? Dia mesti suka.

Aku sempat whatsapp dia bagitau aku gi tengok konsert tu dan dia reply.

"Bestnya !!!  Bakpe dok ajok. Nok tengok etek"

Okey. Cuba teka 'etek' tu artis yang mana satu? 

Kebetulan lak entry ni nak keluar time ada berita tak best pasal Siti Nurhaliza. Takziah Siti.. Allah knows best. Bersabar dan bertahan lah, perjalanan hidup ini masih belum berakhir. What is for you is for you. What they have might not fit you anyways. Just not yet. Be thankful for all you have and know that all you desire is on the way. :-)

Entry ni personal opinion aku je, sorry kalau ada yang tersinggung perasaan dengan entry ni. Aku tak de maksud jahat. Aku rockers.

Rockers yang patah hati !

"Tahukah........................ sekali sekala jiwa ku bergelora.... "

* berdiri depan cermin tarik key Hetty Koes Endang

16 comments :

  1. Siti as Siti, I agree with u. Am a big big fan of herr!!!! :D

    ReplyDelete
  2. sib baik RM tak nyanyi sekali..hihi.. cannot imagine!!..

    ReplyDelete
  3. Aku minat Siti. Ada teringin nak tgk konsert ni, tapi sebab aku tak minat RS dgn HKE, so terus tak jadi.
    Minat kita berbeda Meng *betulkan tudung HKE dan sisirkan rambut RS

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la.. kau kan ustazah .. ustazah mana buleh rock rock dut dut.. kena muslimah je..

      gi macau bila nya tu ustajah normaya

      Delete
  4. syahdu betui dgr lagu Ramli Sarip ni di pagi hari yg mendung..huhu.

    Tapi entry ni baca nk tergelak pon ada..ok kami percaya ko g sini nk tgk Ramli Sarip..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menyimpan kepercayaan kepada diri ku yang hina ini..

      * mata berkacha

      Delete
  5. Meng, 'etek' tu bahasa Hitaly kan. Bermaksud nak tengok juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bijak bestari !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      10 markah utk anda... org hitaly jugak kah ?

      Delete
    2. Meng, kawe org German.Hampir sama je.

      Delete
    3. oh kalau belah atas tu bukan germany. tapi greece ! sama macam amir mukhtar

      Delete
  6. IB tu dah buruk.Aku kenal HKE tapi tak tahu dia nyanyi lagu apa.

    seram tengok muka nenek mah.Kat memana ade je muka dia orang tepek.Kat kl central pun ada.

    cerita Tok Ti muka depan hari ni kat paper.Apa apa aje lah tok ti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la kan. buruk sikit sebab banyak kayu kayu kot. pastu maintenance mungkin 3 bulan sekali agaknya..

      kena buat sesuatu kalau nak gah mcm sydney opera or at least mcm durian singapore

      Delete
  7. Aku ingat mu gi sbg artis undangang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau artis undangang kena gi awal... make up !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...