Monday, December 14, 2015

Xplorasi Goa : 07 - Panjim to Arambol Beach

Bangkit di awal pagi, hari ke 3 di Goa, India !

Buat senaman angkat angkat bulu mata dulu, pastu tarik selimut ! Hiks.. sambung tido skit lagi.

Kali ke dua alarm hp bunyi baru lah bingkas bangun. Kali ni kena buat latih tubi regang regangkan kaki sebab hari ni nak berjalan lagi, kaki jangan sampai cramp !

* senam senam ni propa je tu.... bangun terus capai rokok lagi ader.

Aku siap awal pagi tu. Dah janji dengan mamat semalam, dia akan jumpa aku kat lobby reception jam 9 pagi. Sebaiknya aku siap siap awal sebab nak breakfast dulu. Isi perut kenyang kenyang sebelum keluar. 

Sebelum jam 8.30 pagi aku dah tercegat di lobby hostel. Breakfast pun belum ready.

Salah satu bangunan depan hostel aku tinggal

Ni Old Quarter Hostel yang aku duduk sejak sampai kelmarin

Aku just melepak dan online buat apa yang patut. Kena cari info lagi untuk hari ni.

Maka sebab breakfast belum ready aku mintak air panas dan buat maggie cup. Boleh menambah isi perut untuk bertahan hari ni.

Untuk hari ni, aku ambik Goan Style brekfast. Hari ni tak de DOSA. Ada samosa, roti bun cicah kari dan roti manis. Sedap jugak sebenarnya makanan dia orang ni. Yang paling penting... perut kenyang !

Seperti yang di janjikan oleh mamat semalam. Pagi ni dia akan datang dan bawak aku ke North Goa. Aku dan plan dengan dia semalam tu dengan bantuan pakcik hostel yang uruskan pasal transport transport ni. 

Lewat jam 9.15 pagi, mamat tu tak muncul muncul ! Buat aku rengsa.

Pakcik kedai runcit pun dah mula berniaga. Budak budak sekolah kat bangunan sebelah hostel aku pun dah riuh rendah belajar mengikut apa yang cikgu mereka ajar.

Aci hostel ni pun dah siap siap mop lantai pagi pagi. Paling penting, walaupun cleaner, pemakaian tetap kena anggun bersari. Kau mampu?

Lama aku tunggu sampai pukul 10 pagi, mamat tu tak muncul muncul. Dia betul betul buat aku risau. Akhir sekali, aku suruh budak hostel tu call pakcik semalam tu dan tanya dia. Pakcik tu cakap dia akan datang ke hostel lagi 10 minit.

Aku pasrah menanti !

Hari ni aku memang nak cover few places di belah North Goa. Pantai pantai di sebelah sana akan aku jejaki hari ni.

Ni itinerary aku untuk hari ni. Dari Panjim aku akan ke Arambol

Dan dari Arambol aku akan turun menjejaki pantai pantai lain di sebelah utara Goa. Harapnya aku sempat cover habis hari ni.

Tak lama lepas tu pakcik tu muncul. Dan mamat semalam tu pun muncul sama dengan kereta dengan kawan dia.

Aku ingat dia bawak kawan dia sebab dia tak pandai English.  

Semalam yang uruskan untuk aku dengan mamat tu pun melalui pakcik tu jer. Mamat tu cuma angguk angguk jer.

Aku tak kisah sangat, janji apa yang aku rancang untuk hari ni akan terlaksana. 

Tup tup kawan dia datang dan mintak deposit dengan aku INR 2000. 

"What for?"

Aku tanya dia.

"Deposit for the car"
"I am not gonna drive that car. He agreed to drive the car"

Pertemuan 8 mata. Aku, pakcik tu, mamat tak pandai cakap English yang suppose jadi drebar aku dan kawan dia ni.

"No.... no driver. You have to drive yourself !"
"I cannot drive here. I dont have the license"

Semua orang diam !

Aku lak tetiba rasa bengang. Nak salahkan siapa pun tak tau. Semalam dah plan baik punya. Berkali kali aku tanya pakcik tu, mamat tak tau English tu ke yang akan jadi drebar aku, dia mengiyakan. Tapi hari ni, semuanya jadi lain.

Malas nak kecoh kecoh, aku cakap aku tak leh ambik kereta tu. Aku perlukan driver dengan kereta. Aku tak nak drive. Mamat kawan dia tu pun berkeras tak nak bagi kawan dia drive. Mamat tak tau English tu terkelip kelip pandang kiri kanan. Aku rasa dia pun tak faham apa yang kami tengah debatkan.

"It is OK. I'll figure it out myself"

Aku pun blah tinggal kan dia orang dan duduk semula kat kerusi kat lobby hostel. Bengang betul. Baru ingat aku boleh gerak awal, tapi dah jadi macam ni.. langsung tak boleh nak bergerak. Pakcik tu kemudian datang dekat aku, dia pujuk aku sewa motosikal je dan bawak motosikal sendiri !

Cheh. Kalau aku tak de lesen kereta, mana mungkin aku ada lesen motosikal !

Tapi pakck tu pun macam di serang rasa bersalah jugak sebab dia yang arrange benda alah ni semalam. Tetiba hari ni jadi macam ni pulak.

Masa bergerak, aku tak betah nak tunggu lama lama. Kalau tak jadi sekali pun aku kena buat plan lain supaya hari aku hari ni tak sia sia !

Pakcik tu menawarkan untuk cari orang yang boleh bawak aku naik motosikal ke tempat tempat yang aku nak pegi tu. Dia suruh aku tunggu.

Dan aku terus terusan menunggu for another half an hour sebelum dia datang semula dan bagitau, tak de orang nak drive aku untuk seharian ! Tidak untuk pegi ke tempat tempat yang aku nak pegi tu sebab tempat tempat tu agak jauh.

Memang masa tu aku buntu sekejap. Dah tak boleh nak fikir cemana. Ikut hati aku, boleh je aku sewa motosikal dan bergerak sendiri. Tapi tu laa.. aku tak de International Driving License. Aku tak de map. Mata aku rabun tak bawak spek, gila aku nak memandu kat tempat orang yang aku langsung tak familiar ni?

Tak pe lah. Aku yakin mesti ada cara lain.

Aku fikir, aku nak pegi ke bus station je sebab kat sana macam ada teksi atau drebar motosikal yang aku boleh nego untuk bawak aku bergerak. Kat sana banyak sikit option yang aku ada. Kalau duduk kat hostel ni memang langsung tak selesaikan apa apa.

Tawakal, aku keluar dari lobby hostel tu dan jalan kaki ke arah Bus Station.

Separuh jalan, aku fikir aku nak jalan jalan Panaji dulu. Since aku memang tak confirm pun lagi dapat pegi ke tempat yang aku nak pegi tu, sebaiknya aku jalan dulu area dekat dekat ni tengok apa yang aku belum tengok.

Aku merayau sekitar bandar Panjim dulu pagi tu.

Orang ke hulu ke hilir di pekan Panjim

Dalam aku merayau rayau tu, aku ternampak Islamic School. Ada ramai budak budak kecik tengah belajar. Then aku nampak sign masjid. 

Aku pun pegi la usha.

Laluan ke arah Jama Masjid yang berwarna kuning tu

Tapi bila aku pegi dekat, cuba nak masuk, pintu kunci pulak. Tak de pulak nampak orang dekat dekat situ. So tak boleh aku nak masuk. 

Suasana jalanraya di pekan Panjim

Sebenarnya salah satu sebab aku nak merayau kat pekan Panjim ni dulu sebab aku nak tengok bangunan Panjim Cathedral yang menjadi mercu dan landmark Panaji dan Goa ni.

The Panjim Church of Our Lady of the Immaculate Conception yang dibina pada 1541

Aku tak naik dan masuk pun. Just ambik gambar kejap then aku bergerak ke bus station. Misi aku cuma satu, nak cari orang bawak aku ke tempat yang aku nak pegi hari ni. Kalau tak memang sia sia satu hari sebab aku dah tak tau nak ke mana.

Plan esok belakang cerita., apa yang penting hari ni... rancangan aku harus terlaksana ! Aku yakin ada caranya.

Begitu aku bersemangat !

Aci Aci tengah melepak dan bergossip riang

Cross jambatan

Deretan motosikal untuk di sewa di area bas station. ikutkan hati aku redah je sewa motosikal dan pegi sendiri, tapi aku tak nak ambik risk yang bukan bukan. Karang lain yang aku plan, lain pulak jadi nya. Aku masih berharap dan percaya, pasti ada cara nak ke tempat yang aku nak pegi. Paling busuk pun.. aku rela naik bas.

Salah sebuah station minyak di pekan Panjim

Sedap pulak nampak buah betik ni

Sampai kat bus station aku merayau tengok signage bus kot ada apa apa clue yang boleh membantu

Tak jumpa apa apa, aku bergerak ke belah tepi kawasan bas tempat banyak motosikal parking. Ada sorang lelaki approach aku.

"You need a ride Sir?"

Hmmm.. Petanda baik. Aku pun borak borak dengan dia. Aku bagitau dia aku nak sewa dia untuk bawak aku ke tempat tempat yang aku nak pegi tu. Lepas borak lebih kurang, dia mintak harga INR2000 dengan aku.

Yang mengerikan, memula dia je borak dengan aku, pastu ramai pulak yang kerumun macam nak ambik tau. Tak pasti kawan kawan dia atau saja menyebok.

Tapi aku tak setuju sebab bagi aku macam mahal sangat. Tak berbaloi.

Dah ramai ramai macam tu aku pun blah. Cari port nak nyalakan rokok. Baru je nyala tetiba ada sorang lelaki lagi tegur. Soalan yang sama.

"You need a ride?"

Dan aku pun start bukak cerita dan dia dengar jer. Tapi dia kata tempat yang aku nak pegi tu jauh. Mau makan sampai ke petang baru abis. Aku OK je lah. At least, ada harapan untuk aku pegi jugak hari ni, dengan syarat aku kena cari orang yang sanggup.

Macam biasa. Kalau sorang approach then yang lain akan datang kerumun. Dalam banyak banyak tu ada sorang yang kemudiannya apprach aku dan tanya semula. Terpaksa aku cerita sekali lagi plan aku.

Dan dia setuju untuk bawak aku dengan bayaran INR1200. Aku nego dengan dia dan dia setuju dengan final harga INR1000. (RM 64). Kiranya aku sewa dia sampai ke petang sebab dia cakap dia kena balik ke Panjim semula dalam pukul 5 petang. Aku agreed selepas dia yakinkan aku dengan masa yang ada, asal aku tak stay lama lama kat satu satu tempat tu, maybe 8 pantai yang aku nak jejak tu bakal sempat di redah !

Sepantas itu, kami berdua agreed dengan akad untuk urusan ni, dia start motosikal dia dan aku membonceng !

Tak de extra helmet tak de apa. Aku just duduk je belakang dia dan dia mula bergerak ke destinasi pertama yang aku nak pegi untuk hari ini iaitu Arambol Beach !

Dari bas station Panjim tu, kami bergerak merentasi jambatan Mandovi River menuju ke utara.

Mandovi River. Sungai yang memisahkan Panjim dan kawasan North Goa

Panjim dari atas jambatan

Kami bergerak meninggalkan Panjim menuju ke Arambol.

Aku just duduk diam diam je atas motosikal. Dia yang bawak. Seawal perbualan aku tau nama dia Suresh. Umur dia rasanya dalam pertengahan 40-an.

Perjalanan dari Panjim melalui jalanraya yang agak sesak dengan kenderaan dan motosikal bersimpang siur. Di kiri kanan pemandangan sawah dan bendang serta perkampungan penduduk Goa yang tidak jauh bezanya dengan pemandangan di kampung kampung di Malaysia.

Kami merentasi pekan Mapusa sebelum perjalanan berterusan melalui kampung kampung kecil dan jalan yang agak sunyi.

Tak banyak gambar aku boleh ambik dari atas motosikal.

Cuma sempat snap guna iPhone jer

Part of it aku rasa happy sebab apa yang aku impikan untuk agenda hari ni nampaknya seperti yang di rancang walaupun awal awal tadi ada banyak masalah.

Memang kalau travel ni buat perancangan adalah salah satu agenda penting supaya pergerakan kita sentiasa smooth dan tak de masalah. Tapi sebab aku ni memang bukan jenis proper planning sangat suka main redah je tapi aku bangga sebab aku masih mampu bergerak walaupun hampir hampir patah semangat tadi.

Apa yang penting... kena berusaha walaupun hanya tinggal sebelah je jiwa !



Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya ku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa
Kini ku berani lebih berdikari

Bernyawa dengan sebelah jiwaku
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Perjalanan dari Panjim ke Arambol sejauh lebuh kurang 40 KM dan mengambil masa hampir satu jam. Kebas jugak la ponggong aku duduk atas motosikal tu lama lama.

Di perjalanan kami sempat berhenti di atas sebuah jambatan yang merentasi Sungai Chapora.

Sungai Chapora

Jambatan

Ni la motosikal yang bawak aku.

Kami sempat borak borak serba sedikit lepas tu. Aku ajak dia layan rokok Dunhill dulu sambil dia bercerita. Agak informative jugak orangnya. Muka garang tapi sebenarnya baik jugak. Tapi aku tak sempat nak snap gambar dia !

Selepas berhenti rehat dan borak borak tu, kami teruskan perjalanan lagi ke utara merentasi jalan jalan kecil. Memang mencabar kalau nak drive sendiri. Sign jalan tak ada, nasib la Pakcik Suresh ni pun pernah ke sana so dia tau la serba sedikit jalan di sini.

Lepas beberapa ketika, akhirnya kami tiba di Arambol Beach. Destinasi pertama aku untuk hari ni.

Arambol Beach

Pantai Arambol adalah sebuah perkampungan nelayan tradisional terletak kira-kira satu jam pemanduan dari bandar Panjim/Panaji dan terletak dalam kawasan pentadbiran Pernem di utara Goa, India. 

Pantai di sini menarik banyak pelancong antarabangsa terutamanya semasa musim sejuk antara November dan Mac. Antara aktiviti di Arambol yang terkenal adalah paragliding dan kite surfing.

Arambol mempunyai suasana pantai yang masih terpelihara berbeza dengan pantai pantai lain di Goa ini seperti Calangute dan sebagianya. Tiada hotel mahupun rumah rehat dibenarkan di bina di kawasan Arambol ini.  

Pantai Arambol dianggap sebagai salah satu pantai yang paling indah di Goa berbanding lokasi pantai pantai lain di Goa ini termasuk Vagator, Anjuna dan Palolem. 

Ia bersempadan di belah utara dengan Pantai Keri dan selatan dengan Pantai Mandrem.

Ya.. nama pantai tu adalah Pantai Mandrem !

Arambol Beach

Cuaca masih panas waktu kami sampai. Suresh park moto dia dan aku bagitau dia aku akan jumpa dia kat situ. Bagi aku masa sikit sebab aku nak gi usha usha kawasan. Pakcik Sureh ni OK jer. Dia macam dah biasa sebab dia kata keje dia memng bawak orang naik motosikal dia tu. Tapi biasanya local je yang berani nak membonceng motosikal ni. Pelancong biasa drive sendiri atau naik teksi.

Laut di Arambol agak ganas. Ombak agak besar dan tak sesuai untuk mandi manda. Tapi ada gak la nampak orang berehat dan bersantai.

Payung tersedia

Pantai Arambol

Life Guard sedang bertugas

Kebanyakkannya local India je yang berssntai di sini

Aku jalan sikit tapi tak sampai hujung pun sebab cuaca panas gila

Akhirnya jumpa port lepak. Aku lepak kat sini kejap tumpang berteduh

Ombak menganas menyukarkan bot bot nelayan untuk ke laut

Tak nampak pun orang mandi time tu. Maybe tengahari buta kot. Panas gila. Ombak pun memang tak de nak slow slow... ganas semacam jer.

Tengah aku dok melepak datang la minah minah local ni. Dia orang berniaga. Tapi aku buat tak endah je lah. Biasanya dia orang jual gelang dan barangan kraf serta cenderamata.

Penjual barangan di pantai Arambol

Lega sebab aku berjaya sampai akhirnya ke Arambol ni.

Personally, aku rasa Arambol Beach ni memang cantik !

Ambik masa nikmati suasana. Sudahnya aku kembali mendapatkan Suresh yang sedia menanti untuk ke destinasi seterusnya !

Tapi banyak lagi tempat aku nak redah lepas ni. Harap harapnya perjalanan dipermudahkan. Cuaca panas memang tak menahan. Sun burn terus kulit serta merta. 

Panas merinding. Silap silap aku dah blend warna kulit dengan local di sini... Bagus ni kalau ada Qu Puteh.

"Qu Puteh. Kau Puteh ..... Uols Puteh. Iols Puteh ....Sheols pun Puteh. Baru la kita semua putehhhhhhhhhhh "

bersambung................

5 comments :

  1. assalammualaikum... bro meng, thanks ye... saya amik info sket kat blog ini utk saya travel india... thanks agains...

    hahaha... terus cakap bukannya nk minta izin... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusallam.

      dipersilakan.

      have fun in Goa

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...