Tuesday, December 8, 2015

Xplorasi Goa : 02 - Old Goa - Part 1

Bermula hari ke 2 di Goa, India.

Aku bangkit agak pagi waktu India. Sebenarnya malam tu tak berapa lena tidur sebab bunyi anjing menyalak nyalak tak henti henti. Bongok punya anjing ! Apa masalah ntah. Kot ya pun ada masalah rumah tangga, jangan la gaduh kuat kuat. Malu orang dengar tau !

Dah terjaga tu aku tak nak buang masa sebab aku ada plan untuk hari ni.

Aku ada itinerary sendiri sepanjang 3 hari di Goa ni tapi aku sendiri tak pasti cemana aku nak bergerak dari satu point ke point yang lain. Tapi plan aku, aku akan tanya budak hostel je karang, mesti dia orang lebih tahu dan boleh membantu.

Bangkit pagi dan siap mandi mandi. Sempat online dulu kat bawah cari info apa yang patut dan berhubung dengan orang orang tersayang. 

Since breakfast cuma bermula jam 8.30 pagi, so aku bergerak ke bangunan lobby yang terletak tak jauh dari tempat aku stay tu.

Ni bangunan hostel tempat aku tinggal. Yang kaler putih tu.

Ni bangunan depan dia. Rasanya rumah orang dan ada kedai runcit

Tapi pagi tu masih belum nampak kedai di buka. Cuma dua tiga orang sedang berjalan lalu lalang dengan tujuan masing masing. Pelik dia orang tak ambik pedulik bila tengok aku. Tak tau ke aku ni artis antarabangsa yang baru sampai di Goa ni?

* mati la orang tak kesah

Dah abis bersiap aku pun keluar. Berjalan ke bangunan reception sejauh 200 meter.

Ada kedai lagi satu di pertengahan jalan

Jalan menuju ke bangunan lobby reception

Sampai.

Pagi tu aku mula borak borak dengan budak hostel. Dia orang busy tapi cuba cuba la membantu. Masalahnya aku tak de peta, dan bila aku mintak dia kata peta pun dah abis !

Terpaksa aku tawakal dengan cara sendiri. Online dah skrin capture sebanyak mana yang boleh info yang aku perlukan untuk hari ni.

Plan aku hari ni aku nak jalan jalan area berdekatan dengan Panjim ni je. Pagi ni aku nak ke Old Goa then lepas tu aku nak ke Dona Paula Beach dan juga Marimar Beach. Cukup la kot untuk hari ni. Harap harap cukup masa yang ada.

Breakfast untuk pagi tu

Hostel ada sediakan free breakfast. Ada Goan Style Breakfast dan Western. First day aku makan western dulu. Cuma di beri roti dan telur. Pastu option teh atau kopi.

Macam biasa pagi tu dah ramai budak budak dorm bangun dan breakfast. Rata ratanya mat salleh. Cuma ada sorang je mamat Jepun. Muda lagi budak tu. Dan macam biasa lah, kalau kat hostel macam ni dalam ramai ramai tu mesti ada yang suka buat hal. Complain itu tak kena, sembang kuat kuat dan macam dia sorang je yang wujud dalam dunia ni.

Tapi makcik ni agak friendly, cuma aku menyampah dengar dia komplain itu tak kena, ini tak kena. 

Memula aku duduk semeja dengan dia dan budak Jepun tu, last sekali aku pindah duduk kat luar. Malas aku nak layan ! Cakap banyak dan asyik complain je. Gi duduk dalam gua jangan datang Goa !

Orang lain pun malas nak melayan dia. Mamat Jepun tu je terpaksa sebab meja tak de. So dia tersadai kat situ, dengan selesema dan kejap kejap bersin dan hingus meleleh !

Dan dan tu jugak pagi tu hujan turun. Tak lebat tapi lama jugak lah. Membantutkan harapan aku untuk bergerak awal pagi.

Berkat ambik info dari mamat hostel, dia bagitau, aku boleh ke Old Goa naik bas jer. Bus stand tak jauh pun dari Old Quarters tu, jalan kaki dalam 10 minit.

Arah Old Quarter ke Bus Station Panaji

Agak agak hujan dah reda, aku pun siap sedia bergerak.

Tawakal je lah.

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim.

Moga moga semuanya di permudahkan hari ni.

Dari hostel aku menapak ikut arah Old Quarter tu dan kena cross jambatan biru ni

Kena lalu tepi tepi bangunan. Awal awal pagi dah ada orang melepak di jalanan. Goosip kah tu?

Tak susah nak cari bus stand sebab ramai orang berjalan ke arah sana. Tapi aku sempat tanya orang la jugak untuk double confirm.

Sebaik saja cross jambatan biru tu, nanti akan lalu di kawasan bandar baru Panaji ni. Di situ ada banyak bank dan pejabat pejabat kerajaan.

Dan kawasan ni adalah kawasan larangan merokok !

Nampak bangunan ni... Menarik sungguh senibina dia

Area new town Panaji

Akhirnya sampai kat bus station

Macam biasa, suasana kat bus station ni penuh dengan hiruk pikuk manusia. Bunyi bas keluar masuk. Kenderaan lain pun turun sama mencari penumpang

Yang berniaga pun ramai. Kedai kedai pun dah mula di buka

Nasib baik la time tu hujan memang betul betul dah reda.

Kawasan bus station tu agak besar. Ada banyak bas bas berhenti dan bergerak. Aku terpaksa tanya orang nak pastikan bas yang mana akan ke Old Goa.

Sedang elok tengah aku tercari cari tu dengar konduktor bas menjerit.

"Old Goa.. Old Goa.. !"

So aku pasti bas tu lah yang akan bawak aku ke sana.

Bas ke Old Goa

Naik bas. Bas belum penuh lagi. Dapat seat dan duduk diam diam.

Layan lagu Hindi dalam bas buat kepala aku turut sama bergoyang !

* tetetiba feel menari sambil melekat kat dinding bas

* jangan lupa tekan play video untuk ambik mood ! Siap ada tarian sapu sampah ( minit 2:24) ! hahahaa



(Mujhe rang de, rang de
Mujhe rang de, rang de, mujhe rang de) - (2)
Oh oh oh oh oh oh..........
Mujhe rang de, rang de
Mujhe rang de, rang de, mujhe rang de
Rang de, rang de, rang de, rang de, mujhe rang de
Mujhe range de -3, rang de, mujhe rang de
Ha rang de -2, ha apanee prit vich rang de

Oh oh oh oh oh oh.....
(Mujhe range de -3, rang de, mujhe rang de
Ha rang de -2, ha apanee prit vich rang de) - (2)

Mai banake savera jaag uthee, mai jaag uthee
Mai banake savera jaag uthee, mai jaag uthee, jee jaag uthee
Mai banake mornee naach uthee, mai naach uthee, channo naach uthee
Tere naina, mere naina, mere naino me rang de
Ha rang de -2, ha apanee prit vich rang de

Tere naina, mere naina, mere naino me rang de
Ha rang de -2, mujhe apanee prit vich rang de
Rang de, rang de, rang de, rang de, mujhe rang de - (4)
(Rang de, rang de, mujhe rang de, rang de
Mujhe rang de, rang de, mujhe rang de) - (2)
Rang de, rang de, rang de, rang de, mujhe rang de - (2)
(Rang de, rang de, rang de, rang de
Rang de, rang de, mujhe rang de) - (2)

Tere sapano ke aangan me cham cham chalu
Mai chalu mai chalu tere sang sang chalu
(Aaja aaja ve aaja too banke hawa
Tere sadke jawa tere vare jawa) - (2)
(Mujhe range de -3 rang de mujhe rang de
Ha rang de -2, ha apanee prit vich rang de) - (2)
Rang de, rang de (sa sare rema mapa pada..) - (2)

Mai bhee tanha hu, too bhee hai tanha kahee
Mai adhuree yahan too adhura kahee
Ek aahat see hotee hai mujhako yaha
Too kaha hai kaha hai kaha hai kaha
Mujhe le chal too, le chal too, le chal waha
Jaha tak aasmaan aasmaan aasmaan
(Ho mohobbat kee duneeya nashe mann jahan
Mujhe le chal too, le chal too, le chal waha) - (2)
(Too le chal waha -2) (rang de rang de........)
(Rang de rang de) (mujhe rang de)
Rang de, rang de, rang de, rang de, mujhe rang de - (4)

Perjalanan dari Bus Station Kanamba di Panaji ke Old Goa lebih kurang 9 KM. Bas tak penuh. Tambang bas INR 10 (60 sen). Murah la tu kiranya. Bas memang tak de aircord dan sentiasa berhenti di few tempat sepanjang laluan dia.

Salah satu kawasan dari Panaji ke Old Goa

Lebih kurang 20 minit perjalanan, akhirnya bas sampai di Old Goa. Aku tau pun sebab konduktor tu dah bising bising sebut...

"Old Goa ! Old Goa !"

So aku pun turun. 

Dan pandangan aku pasti yang aku dah sampai di tempat yang betul sebab aku tengok ramai orang dan bangunan bangunan kat situ memang resembles apa yang aku dah tengok dalam internet sebelum ni.

Pasti !!

Yeah. Lega.

Perjalanan dari Panaji ke Old Goa

Bangunan merah yang menjadi mercu tanda Old Goa. Bas berhenti tepi jalan tu

Old Goa adalah model kolonial bekas jajahan Portugis di Goa, India. Tapak Old Goa ini pernah menjadi kawasan terpenting dalam perkembangan agama Kristian yang mula bertapak di benua Asia ini.

Ianya penuh dengan sejarah dan tinggalan berupa beberapa rumah dan , hari ini adalah rumah serta gereja-gereja dan biara yang indah, 

Old Goa ini telah di wartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Antara bangunan bangunan yang boleh di lawati di sini adalah

  • Basilica of Bom Jesus 
  • Museum of Christian Art
  • Se’ Cathedral Church
  • Church and Convent of St. Francis of Assisi
  • Chapel of St. Catherine
  • Chapel of St. Cajetan
  • Church of Lady of Rosary
  • Church of St. Augustine
  • Archaeological Museum and Portrait Gallery
  • Pilar Seminary Museum
Nasib baik jugak la tempat tempat ni terletak dalam satu kawasan yang sama yang mana boleh di jejaki dengan hanya berjalan kaki. Tapi ada juga yang bersepah dan agak jauh jugak dari pusat kota Goa Lama ni tapi masih dalam kawasan yang sama.

Aku pun tak tau nak start dari mana. Dah la tak de map. Nasib baik nampak penanda ni.

Aku snap ni je sebagai panduan

Memang nampak ramai orang baik locals mahupun tourist berada di kawasan ni. Ada beberapa banguann boleh di lihat dari jarak antara satu sama lain. 

Aku cuma riki riiki mana yang kurang orang dulu untuk di lawati.

Map Old Goa

Ada bangunan bangunan ini kekal sebagai simbolik sejarah dan masih menjalankan fungsinya seperti gereja gereja, dan ada jugak yang telah ditukar menjadi muzium.

Kawasan museum

Tempat pertama yang aku lawat adalah Church and Convent of St. Francis of Assisi.

Menariknya, kawasan Old Goa ni boleh di lawati secara percuma je tanpa di kenakan sebarang bayaran kecuali ada satu muzium tu kena bayar INR 10.

Church and Convent of St. Francis of Assisi

Gereja St Francis of Assisi telah dibina pada tahun 1521 oleh Portugis.

Pada asalnya ia hanyalah sebuah gereja kecil tetapi telah diperbesarkan pada tahun 1602. Struktur yang ada kini telah dibaik pulih pada 1661 dengan konsep luaran Tuscan dan dalam Corinthian. Gereja ini kaya dengan Baroque sama seperti Katedral Se. Terdapat dua menara segi lapan sama di sebelah hadapan diletakkan patung Our Lady of Miracles, yang dibawa dari Jaffna di Sri Lanka.

Altar utama berada tingkat paling atas merupakan tempat kediaman. Hiasan dalaman disokong oleh patung-patung, St. Francis dan patung Christ disalib.

Patung-patung, lukisan dinding, dan lukisan kehidupan dilukis dan dipamerkan di kawasan dinding sebelah dalam. 

Bangunan gereja dari arah pintu masuk

Kat dalam dia ada banyak lukisan lukisan dan hiasan suci di segenap penjuru dindingnya

Bumbung

Sebahagian lukisan yang ada. Area ni tak leh ambik gambar sebenarnya, tapi tak de orang aku gasak je snappy !

Tak de apa sangat dalam bangunan tu tapi senibina dia memang nampak gah dengan ukiran dan saiz yang besar tu.

Dari bangunan Gereja St Francis of Assisi aku pegi ke Chapel of St. Catherine. Sebenarnya ada Muzium Arkeologi sebelah gereja tadi tu, tapi aku skip dulu.

Ada loceng besar ni

Maybe kubur lama

Chapel of St. Catherine yang terletak agak ke belakang

Chapel of St. Catherine ini asalnya adalah sebuah masjid dan terletak di dalam kawasan yang sama dengan Gereja St Francis of Assisi. Ianya merupakan gereja kecil pertama di bina di Goa.

Pembinaannya menandakan kedatangan Katolik bukan saja di Goa tetapi di Sri Lanka, Indonesia, dan lain-lain di Timur.

Pada November 25, 1510, Afonso de Albuquerque yang mengetuai kuasa-kuasa Portugis telaj meraikan kemenangan ke atas umat Islam di India di bawah pemerintahan Adil Shah Bijapur. Pada ketika itu Albuquerque telah mengarahkan tenteranya untuk meruntuhkan semua masjid yang sedia ada dan mengantikannya dengan gereja kecil. Gereja ini telah dibina dengan dinding lumpur dan pelepah sawit sebelum dibaik pulih dengan digantikan dengan batu konkrit.

Aku ada masuk dalam tu tapi kosong je. Cuma ada sorang lelaki jaga. 

Dari Chapel of St. Catherine aku patah balik ke Muzium Arkeologi yang terletak bersebelahan dengan Gereja St Francis of Assisi tadi. 

Muzium Arkeologi

Memula macam tak nak masuk. Tapi tengok harga tiket cuma INR 10. (60 sen). Cuma tak bestnya tak leh ambik gambar kat dalam. 

Tiket masuk

Aku masuk kejap jer. Ada banyak artifak sejarah tinggalan bangsa Portugis dari sejak mula mereka menapak di bumi Goa ni.

Ada jugak patung Alfonso de Albuquerque dan sejarah pelayaran Portugis menjelajah dan mengembangkan agama Kristian di Benua Asia ini.

Jalan jalan kat dalam lebih kurang then aku pun keluar.

Se’ Cathedral Church

Misi seterusnya nak pegi ke Se’ Cathedral Church yang terletak di bahagian belakang bangunan gereja tadi tu.

Kawasan persekitaran nampak luas, bersih dan lapang dengan padang rumput menghijau. Tetiba rasa nak berguling guling sambil bernyanyi riang...


Perkarangan gereja

Mujhe rang de, rang de, mujhe rang de
Rang de, rang de, rang de, rang de, mujhe rang de
Mujhe range de -3, rang de, mujhe rang de
Ha rang de -2, ha apanee prit vich rang de

Aku nak guling guling ni sapa nak sambut?

bersambung...........

12 comments :

  1. Lawanya pokok yang senget tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... tu la. tumbuh sebatang je tengah tengah

      Delete
  2. biasalah..mesti ada ha yg komplen mcm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. masalahnya komplen benda bukan bukan. pastu bising mcm nak suruh semua org dengar. nasib tak de org layan...

      tua mcm tu je la makcik tu. komplain je manjang

      Delete
  3. sempoi ah lagu tu.....zamaan boby ker nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke zaman bobby. rasanya lagu ni baru lagi kot

      Delete
  4. Meng

    Kalau bf roti tampal lwn dal, nikmat weiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti tampal tak de.. dosa ada...

      kena ambik Goan Breakfast baru ader

      Delete
  5. eh..hostel yg sama ak stay hri tu..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kah?

      ada tak aci suka mop lantai pagi pagi? asal pagi je mop lantai. asal mop lantai je pakai sari?

      Delete
  6. cantik tiket masuk muzium tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tiket tu sepesen je utk semua entrance ke historical/unesco site di India ni. Sebab dulu kat delhi pun tiket cam tu jugak..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...