Thursday, December 17, 2015

Xplorasi Goa : 10 - Aguada Fort & Sinquerim Beach

Selepas menghabiskan waktu beberapa ketika di Calangute Beach, kami bergerak ke destinasi seterusnya. 

Kalau di ikutkan ini la destinasi terakhir untuk beach hopping aku hari ni sebelum Suresh bawa aku balik semula ke Panjim.

Aku rasa agak OK jugak la walaupun tak stay lama lama di satu satu pantai tu at least aku dah sampai dan tengok sendiri dengan mata kepala aku. Itu pun agenda aku hari ni sebenarnya. Tak de pun aku plan nak santai dan mandi manda kat mana mana pantai di Goa ni. Lagi lagi bila aku tengok sendiri dan cuaca yang panas macam ni memang keputusan aku tak mandi tu tepat !

Apa yang penting, agenda hari ni terlaksana dengan jayanya walaupun sakit pinggang !

Salah satu perkampungan nelayan di tebing sungai

Dari Calangute Beach, kami beredar ke Aguada Fort.

Route seterusnya. Calangute ke Aguada

Sewaktu kami hampir sampai di Aguada Fort, Suresh terus bawak motosikal naik atas bukit. Aku musykil jugak sebab dari apa yang aku baca dan perati, sepatutnya aku dah sampai. Tapi mana dia nak bawak aku lagi ni?

"I thought we have just passed Aguada Fort?"
"That is lower Aguada.. We go to Upper Aguada. Later if you want to go, we stop. Same road. Dont worry"

Jawapan Suresh buat aku sedikit lega. Bukan apa, aku tak nak dia bawak aku merata rata nanti dan buang masa.

Masa itu kan emas !

Motosikal Suresh melewati kawasan berbukit. Sekali sekala kami berselisih dengan kereta dan motosikal lain. Tapi atas bukit tu memang tak ada apa apa perumahan.

Akhirnya kami sampai di sebuah kawasan lapang tepi jalan

Ada orang berniaga. Ada jugak banyak kenderaan di letak di tepi tepi jalan. Ada kereta. Motosikal dan bas !

Suresh park motosikal dan dia arahkan aku ke rumah api yang tak jauh dari situ.

Kawasan rumah api yang kelihatan

Masa aku berjalan ke arah sana ada nampak orang yang dah nak balik dan ada jugak yang baru sampai dan mula melangkah macam aku. Kali ni Suresh tak ikut. Dia tunggu kat motosikal jer.

So aku jalan sorang sorang.

"You can see Panjim from here"

Suresh ingatkan aku.

Ni pemandangan yang aku nampak dari kawasan rumah api tersebut. Di sebelah sana adalah Pantai Miramar dan Dona Paula yang aku pegi semalam

Pemandangan ke arah Panjim

Tak tau la rumah sapa ni tapi nampak mewah di lereng bukit mengadap Arabian Sea

Menapak lebih kurang 10 minit akhirnya aku sampai di kawasan kubu. Pasti ! Ini la Upper Aguada Fort yang menjadi salah satu kawasan sejarah yang di tinggalkan oleh Portugis di bumi Goa ini.

Nak masuk area ni free je. Ada kawasan kubu yang di bina mengelilingi satu kawasan lapang. Di kawasan lapang tersebut berdirinya sebuah rumah api lama.

Kawasan kubu memasuki Upper Aguada Fort

Kubu ini dibina pada tahun 1613 untuk mengawal serangan daripada Belanda dan Maratha. Ia merupakan titik rujukan bagi kapal-kapal yang datang dari Eropah pada masa itu. Portugis telah membina kubu ini di tepi Sungai Mandovi berdekatan dengan Candolim Beach. Pada awalnya, kubu ini di bina bagi penunjuk arah kapal yang dari dari Eropah.

Terdapat mata air tawar di dalam kubu ini yang menyediakan bekalan air kepada kapal-kapal yang berhenti. Oleh sebab sumber bekalan air ini la, kubu ini di beri nama 'Aguada' yang bermaksud air dalam bahasa Portugis.

Pada waktu dahulu, krew krew kapal yang berlabuh akan menambah bekalan air tawar mereka di sini.

Di kawasan kubu ini berdiri sebuah rumah api yang dibina oleh Portugis setinggi empat tingkat dan yang merupakan rumah api tertua seumpamanya di Asia. Dibina pada tahun 1612, ia pernah menyimpan sebanyak 79 buah meriam. Rumah api ini turut mempunyai kapasiti menyimpan 2,376,000 gelen air, salah satu tempat penyimpanan air tawar terbesar di seluruh Asia.

Aguada Fort ini dibahagikan kepada 2 bahagian :  bahagian atas bertindak sebagai kubu dan stesen air, manakala bahagian bawah  dijadikan sebagai tempat berlabuh yang selamat bagi kapal-kapal Portugis. Kubu di bahagian atas mempunyai parit, ruang penyimpanan bawah tanah, ruang penyimpanan air serta bilik serbuk letupan selain daripada rumah api dan benteng. Ia juga mempunyai laluan rahsia yang digunakan semasa perang dan diwaktu kecemasan.

Rumah api pada peringkat awal digunakan untuk memancarkan cahaya sekali dalam 7 minit sebelum rumah api ini ditinggalkan pada tahun 1976.

Fort Aguada adalah sebuah benteng yang paling berharga dan penting untuk Portugis dibina di atas sebuah bukit bagi mengesan serangan musuh dan juga tempat menyalurkan air bersih kepada kapal kapal Portugis yang lain.

Rumah api di Upper Aguada Fort

View of the light House & water storage tank at the Aguada Fort

Kawasan tebing mengadap Arabian Sea

Rumah api di Upper Aguada Fort

Kini, Upper Aguada Fort menjadi salah satu destinasi pelancongan yang ingin menyaksikan tinggalan sejarah Portugis di Goa ini.

Di kawasan tengah tengah kubu, terdapat pameran dan batu batu penceritaan yang memberi informasi tentang kewujudan Aguada Fort ini kepada umum.

Bongkah bongkah dengan informasi mengenai Aguada Fort

Pandangan Aguada Fort. Bahagian atas dan bahagian bawah

Ada orang tengah kusyuk membaca

Sejarah lama

Kawasan dinding kubu yang mengelilingi kawasan rumah api di Aguada Fort

Kawasan atas bukit tu agak panas sebab kawasannya lapang. Tiada sebarang tempat berteduh. Cuaca masih panas walaupun matahari sudah mula nak turun. Upper Aguada Fort ini di buka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Masuk adalah percuma !

Tanpa melengahkan masa, aku keluar dari kawasan kubu dan rumah api ini untuk mendapatkan Suresh. Dia ada tengah tunggu sambil berborak dengan kawan kawan. Ada je dia jumpa kawan dia.

Aku bagi dia signal dan dia terus bergerak ke motosikal dan kami bergerak menuruni bukit Aguada Fort ini sebelah ke bahagian satu lagi iaitu Lower Aguada Fort.

Kawasan Lower Aguada Fort ni teletak di kawasan hotel mewah Vivanta by Taj

Ada laluan masuk ke pandai tapi belah kiri dan kanan memang berpagar sebab kawasan resort.

Terletak di Sinquerim Beach, Lower Aguada Fort pernah menjadi kawasan kapal kapal berlabuh ke daerah Goa ini

Pantai Sinquerim Beach bersambung dengan Candolim Beach di belah utara

Kawasan resort yang berpagar

Suresh park motosikal dia kat belah luar sikit. Ada dua tiga orang tengah berniaga kat situ. Aku jalan kaki je ke pantai. Tak de la jauh mana pun.

Kawasan benteng kubu yang menganjur ke tengah laut

Ada kawasan bulat di hujung kubu. Ada beberapa remaja tengah melepak.

Pantai Sinquerim yang bersih. Di belakang tu Vivanta Resort by Taj

Kawasan tengah tengah kubu

Tangga naik ke benteng atas

Aku tak lepak lama. Just usha usha kawasan ni. Ada few remaja tengah melepak. Yang bertenet pun ada tengah tengah panas macam ni. Tapi matahari dah start meyinsing petang. Panas silau tapi tak berapa terik.

Aku sempat turun dan main air kat sini. Saja nak rasa air laut Arabian Sea. Kalau tak, memang tak sentuh langsung la aku kat sini.

Ada dua tiga orang tengah main air 

Pantai yang bersih. Kawasan yang menarik

Tempat ni baru betul betul buat aku rasa happy datang ke Goa ni.

Cuaca baik. Ambik gambar pun rasa best ! At least rasa kecewa aku seharian hari ni terubat di sini !



Pertemuan yang tak ku duga
Membuka lembaran lama
Cerita kisah cinta 
Yang lama tersimpan 
Hilang tanpa kata 

Hadirmu bagai mimpi 
Membuka lembaran baru 
Untuk aku teruskan 
Segala yang pernah 
Aku terlupakan 

Kini segalanya bagai kisah cinta yang bermula 
Kamu kembalikan sinar kasihku yang hilang 
Kini segalanya bagai mimpiku yang jadi nyata 
Oh Tuhanku sungguh aku cinta dia 

Suaramu bagai muzik indah di hatiku 
Senyumanmu bagai lagu cinta yang terindah
Berjanjilah wahai kekasihku 
Cinta kita tak mungkin terpisah lagi 
Berjanji oh sayang 
Cinta kita selamanya 

Kalau banyak masa, dapat minum hot chocolate dekat Vivanta by Taj tu sambil tengok sunset pun layan jugak, tapi jam dah menunjukkan pukul 4.30 petang. Tak nak buang masa sebab Suresh pun kata dia kena balik ke Panjim sebelum pukul 5 so aku pun bergegas naik dan jumpa dia.

Dari situ kami bergerak balik semula ke Panjim.

"You send me to casino area? I want to wait for the sunset"
"Casino area? You have to be in Panjim to see the sunset"
"Yes.. I meant casino area on Panjim side"

Dia angguk. Motosikal dia bergerak membelah jalan raya meninggalkan kawasan Aguada Fort balik ke Panaji.

Nampak kuil ni kat tepi jalan

Kawasan tepi sungai. Panaji di seberang sana

Sebenarnya kawasan seberang mengadap Panaji ni memang terkenal sebagai kawasan casino di sini. Walaupun kebanyakkan casino adalah kapal kapal yang ada di tengah sungai tu, tapi entry point untuk ke kapal kapal tu bermula dari sebelah sini. Belah Panjim sana pun ada.

Tengah Suresh memandu melalui kawasan pinggi Mandovi River tu, tiba tiba dia berhenti.

"You want to take ferry to cross over to Panaji"
"Can I?"
"Yes. It is free"
"Oh... OK"

Abis situ je. Suresh stop. Aku terus turun dan bayar upah yang di janjikan. Hajat aku nak ajak dia gi makan tergendala di situ. Tak pe lah. Aku pun malas nak susahkan dia. Kesian gak kat dia bawak aku jauh jauh. Tu pun aku bagi extra tip kat dia. 

Nak cakap aku sakit pinggang, dia pun mesti sama kot.

"What is your plan for tomorrow?"
"I dont know. I might be going to Palolem"
"You need ride?"
"Hahahah"

Aku nak tergelak dulu memula. Sebabnya nak pegi Palolem tu punya la jauh. Lagi jauh dari perjalanan aku hari ni. Kalau hari ni aku dah sakit pinggang, esok kalau aku naik motosikal lagi, mahunya berlipat pinggang lepas tu.

"It is too far"
"It is OK"

Bersungguh sungguh Suresh meyakinkan aku.

Bukan saja kesian kat diri aku, aku kesian jugak kat dia dan motosikal dia. Tak pe lah. Walaupun plan esok aku masuk belum betul betul confirm tapi kalau jadi aku ke Palolem esok, baik je aku naik bas.

Kami berpisah di situ. Suresh bagi nombor hp dia in case apa apa dia suruh aku call je dia esok. 

Nah. Nombor Suresh kalau sesapa terdampar di Goa macam aku dan tak de transport, boleh contact dia.

Baik orangnya.. Tapi aku ralat sikit sebab aku tak sempat nak snappy gambar dia !

Kami berpisah dekat jetty tu. Siap salam peluk peluk lagi. Dah la satu hari berpeluh. Aku memang confirm busuk, dan dia pun aku rasa busuk jugak. Nasib tak dua dua muntah hijau jer.

Aku bergerak ke arah jetty untuk menyeberangi sungai ke arah Panaji dan Suresh bergerak ke destinasi dia untuk hari tu.

Berlari lari naik ferry ni

Ferry membawa penumpang menyeberangi Mandovi River ke arah Panaji.

Masih ada masa sebelum matahari terbenam.

Aku berfikir fikir. Perut pun dah start lapar ni. Nak cari kedai makan dulu atau nak lepak lepak je tepi pantai tu tunggu matahari tenggelam di Panaji ini.

bersambung.................

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...