Monday, October 19, 2015

03 - The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Berjaya Hills - Room

Bahagian ke 3. 

Kali ni kita usha bilik di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Berjaya Hills.

Bunga bungaan


Bilik biliknya di tower building


Boleh feeling feeling hidup di zaman Cinderella. 


Dan ada jugak dekat bangunan rendah ni. Sini lah banyak suite suite-tak-mampu duduk

Of chos.. bilik aku adalah bilik yang paling murah yang ada kat sini !!!

* nanges keluar duit syiling

Kalau ada khemah aku sewa khemah jer... janji dapat duduk sini. Hahaha.

Yang menariknya... sebaik saja keluar dari lif ke tingkat tingkat penginapan, setting setiap level tu semuanya berbeza mengikut tingkat. Macam bertema tema. Tapi tema apa pun aku tak tahu.

Tapi nak access ke tingkat tingkat tu kena ada pass key so tak leh nak usha sangat floor lain sesuka hati.

Tapi boleh sebenarnya...  Abang Bond dah riki riki. Kita naik ikut tangga !!

Sapa yang pakai terompah tu sila bimbit dengan tangan. Takut di kesan oleh pihak musuh

Ready? Meh.

Tingkap tingkap kecik tu sebenarnya adalah laluan tangga


Setiap ruang luar lif menampilkan perhiasan berbeza beza. Ini tema 'Kuning telur meresap ke dinding'

Ini tema 'Kau duduk kat kerusi merah tu sekejap, aku nak bersolek'. Dan setiap kali keluar lif dan jalan kat laluan ni ada bau bauan serta aroma yang menyegarkan

Ini lif nak pegi ke SPA dan Gym.


Laluan ke bilik.

Dah ada passkey baru boleh masuk bilik ke level masing masing.

Masa aku sampai hari tu... masuk bilik je aircond semua dah di bukak... Beg kami pun dah di hantar siap siap. Dia orang siap letak extra pass key nak on semua peralatan dalam bilik. Tak de la masuk masuk bilik kepanasan baru nak cari remote ekon apa semua. Kata VIP... mana boleh berpeluh peluh !

Hmmm....

Kamar beradu. 

King size bed. Tilam best. Bantal best ! Semuanya organik ! 

Selimut ada dua so tak payah aku nak berebut rebut .. tapi sedar sedar pagi dua dua selimut aku bedal. Haloba kan? 

Eh.. VIP memang macam tu. Kena selalu haloba haloba ni. Tak de hal punya. Dah biasa.

* tadah muka nak kena lempang

Ruang TV

Bilik yang bersih. Karpet yang best.

Nak tidur pun macam sayang jer. 100% Organic bed and linen. Apa yang organic pun aku tak tau. Aku tidur berdengkur semacam jer aku rasa.

Cuma bilik dia agak kecik dari segi saiznya. Maklum la bilik paling murah.

Segala nota nota welcome dan apa semua peraturan yang aku tak berapa nak ambik peduli. VIP tak de masa nak baca baca ni semua okey !

Welcome fruit. Buah pun dah kecut? Sanggup dia bagi VIP makan buah kecut? Tak patut. Tak patut !

Siaran TV agak mencukupi

Fridge dia. Mahal mahal semua ni. Taraf VIP pun tak mampu nak bedal sesuka hati makanan dalam fridge dia ni.

Hat ni complimentary. VIP pun suka.

Standard hotel hotel mewah semua ada benda benda macam ni. Tapi tak de la aku nak polish kasut datang sini. Gosok cawan kasik keluar jin boleh. Pastu suruh jin extend duduk sini 14 hari !

Agak ketinggalan dah jenis sinki cam ni. Kena renovate. Tak sesuai untuk VIP.

Segala mala amenities  

Bilik murah tak de standing shower. Kena mandi dalam tub tu jugak.

Semua semua ni ala ala organic based products

Dan aku sangat kagum dengan setiap details yang dititik beratkan. Time memerut aku boleh perhati satu persatu benda yang dia orang took care yang selalunya kita tak berapa nak endah.

Ni view dari bilik aku. Nampak kehijauan dan hutan hutan kayu.

Nampak padang golf dan swimming pool kat bawah

Dan setiap petang dia orang hantar complimentary desserts ni. 

Sedap pulak tu tapi sikit !! Nak mintak extra macam malu le pulak nanti dituduh pelahap.

Ni gambar gambar sekitar kawasan hotel.

Pokok pokok menjalar di dinding bangunan

Pandangan ke arah swimming pool

Ini bunga orkid, sapa tak kenal boleh selam muka dalam baldi

Bunga bunga yang bersepah

Dan tumbuh mekar

Taman Orkid, The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Berjaya Hills.

Overall, bilik dia best. 

Tilam katil pun memang super best. Cuma size bilik je kecik. 

So kalau nak bilik size besar kena ambik bilik yang lagi mahal la kot. Tak pun sewa je Stadium Putra terus. Boleh buat konsert !

Apa apa pun aku memang puas hati dengan bilik dia. Memang sesuai untuk aku yang taraf taraf VIP ni.

VIP = Village / Indigenous People.

* tunjuk skill menyumpit belon sambil junjung tilam Vono



Les feuilles mortes se ramassent à la pelle.
Tu vois, je n'ai pas oublié...
Les feuilles mortes se ramassent à la pelle,
Les souvenirs et les regrets aussi
Et le vent du nord les emporte
Dans la nuit froide de l'oubli.
Tu vois, je n'ai pas oublié
La chanson que tu me chantais.

C'est une chanson qui nous ressemble.
Toi, tu m'aimais et je t'aimais
Et nous vivions tous deux ensemble,
Toi qui m'aimais, moi qui t'aimais.

Mais la vie sépare ceux qui s'aiment,
Tout doucement, sans faire de bruit
Et la mer efface sur le sable
Les pas des amants désunis.

bersambung............

8 comments :

  1. Replies
    1. Kena pegi duduk sana dulu baru boleh rasa best ke tidak. Maybe pada certain org tempat ni boring kot

      Delete
  2. Hahaha Village/Indigenous People... Humble sunggoh VIP ni

    ReplyDelete
  3. hahaha okay VIP yang humble. cantik sangat situ .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki sila la pegi melawat feeling2 jadi VVIP

      Delete
  4. Bagaimana dengan harga makanan disana? Senang utk cari makanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh refer entry ni.

      http://supermengmalaya.blogspot.my/2015/10/04-chateau-spa-organic-wellness-resort.html#.Vprf-Pl97cc

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...