"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya,
serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah)
dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya" (Mulk -15)
.... so travel the world, see things, learn, share, relax, respect, repent.. and..... travel more, eat better, and enjoy life.
supermengmalaya@gmail.com
Wednesday, August 31, 2011
Tuesday, August 30, 2011
Monday, August 29, 2011
Sunday, August 28, 2011
Misi Mencari Baju Raya.. !!!!
Aku nak bagitau aku telah pergi shopping di Jalan TAR dengan jayanya !
Masa yang kononnya terbaik untuk merayau sebab kami pasti time tu orang sibuk berbuka puasa di rumah.
Zap..............
Naik atas bahagian lelaki memang boleh berbuih mulut dan nak koma tepi escalator.
End up, aku beli jeans kat Levi's je 2 helai. Selesai !
Cuma sebab dia nak potong sikit seluar yang aku beli tu, maka kami terpaksa tunggu untuk setengah jam.
Argh. Serious orang macam ramai gila babun !
Aku tanya dia.
Masa ni la memang jalan tu jadi haru. Nak redah lepas balik ke Sogo semula macam macam la sepanjang jalan tu. Ada orang jual baju, jual mercun, jual makanan, jual kuih, jual belon, jual jam, jual air, jual keropok.
Macam macam benda boleh di jumpa.
Orang ramai nya.
Dengan kereta sibuk nak masuk jalan yang dah sempit tu.
Dan berkat daya saing abang yang waja ni, akhirnya kami berjaya sampai ke Sogo semula.
* sila berikan tepukan gemuruh berserta percikan bunga api tanda gembirah.
Aku dah janji dengan OR nak pegi Jalan TAR tu sebab misi mencari baju Melayu abang masih tergendala. Dia more than happy nak teman aku ke sana walaupun aku memula fikir baik je la aku beli baju Melayu kat Parkson ke atau mana mana mall sebab aku rela berbelanja lebih sikit daripada pegi ke Jalan TAR tu dan aku end up pening kepala dan menjadi amok !
Aku dah lama tak jelajah ke sana.
Bukan aku mengada ke apa, tapi aku memang tak larat kalau berada di tempat yang ramai orang. Nanti aku cepat pitam dan darah akan naik keluar dari ubun ubun dan aku bertukar menjadi Incredible Hulk !
* tolak IH masuk dalam kawah rebusan.
So lepas saja berbuka ala ala lalong kelmarin, kami pun keluar rumah.
Perjalanan dari rumah ke KL ok je lah tak jem.
Tapi makin dekat nak sampai ke KL aku jadi semakin berdebar debar. Dup dap dup dap jantung abang ni. Ya lah. Tak tahu macamana nak jangka. Last aku pegi sana pun aku dah lupa bila, tapi aku ingat lagi dulu dulu memang aku jadi serik untuk membuat kunjungan hormat lagi ke sana.
First first kami ke SOGO !
Ya. Sogo tu bagi aku menarik untuk shopping sebab banyak barang boleh di cari di bawah satu bumbung. Dulu dulu pun aku kalau raya, ke sana je lah sebab aku tau apa aku nak pasti aku boleh jumpa di sana.
Nak parking je dah boleh buat aku hilang semangat. Ya ampun banyaknya kereta.
Tapi nasib kami baik. Sampai sampai je terus ada kereta nak keluar.
Terus parking dan buat buat muka tak bersalah.
Lepas parking terus naik atas dan sampai kat Ground Floor tu tengok orang terus abang separuh lumpuh jadinya. Ramai gila.
Kami tuju tempat yang nak di cari barang je. OR memang tak de apa nak carik, aku je la yang sibuk nak carik baju Melayu, tapi nak pegi Sogo dulu. Dia pun faham. So tak de la aku nak abiskan masa dia nak tengok tudung lah, jubah lah.
Tengok orang punya ramai. Macam macam bentuk orang. Berpusu pusu. Kat kaunter cashier tak payah kira lah. Dan baju dah macam jual kat pasar lambak je. Asal orang letak stok baru, maka manusia berkerumun laksana lalat menghurung tahik.
Ayoo... Terus nak berjalan pun dah macam bergesel gesel peha dengan orang lain.
Tup tup tengok baju Melayu memang tak de yang menarik. Tapi aku memang nak carik something. Baju bajan ni aku tak heran sangat sebab aku rasa baju aku banyak. Aku cuma nak beli seluar je.
Lega. Sebab kat Levi's tu tak ramai orang. Then nak bayar pun tak perlu beratur dah.
Sementara menunggu tu, merayau kejap then OR sambar jugak beli jeans untuk dia sehelai. Tapi dia tak payah nak potong lah. Dan berjalan lagi sampai ke atas kat bahagian letrik sebelum turun semula dan aku ada kekuatan untuk bersesak sesak dengan orang lain dan beli T shirt 2 helai untuk ayah aku.
Tu je lah.
Akhirnya Sogo tu macam dah nak tutup dah baru lah kami keluar.
Berjalan kaki dari Sogo nak sampai ke Jalan TAR adalah lebih bercinta.
"Pengsan lah tengok orang macam ni Yang"
Aku bagitau OR. Dia relaks je lah. Sambil jalan tu aku dok hisap rokok lah. Tengok orang ramai gila. Dengan bingit je bunyi orang berniaga jualan raya. Pastu lagu raya berkumandang memang betul betul buat hari raya ni tampak meriah.
Kami siap berhenti dulu tepi jalan dan tengok orang !
Nak makan di restoran Insaf la konon, tapi misi gagal sebab dah nak tutup.
Kami jalan lagi potong sampai betul betul lorong nak masuk Jalan TAR tu dan redah dengan penuh semangat waja. Sebab kami skip dan masuk ikut jalan lain, jadi tak de la lalu depan Wisma Yakin semua tu. Masuk masuk je terus keluar depan Masjid India tu.
Dan mula la kami riki riki cari baju.
Carik baju tak de la lama pun. Aku just cakap aku nak kaler apa, then OR tolong carikkan. Aku pening tengok baju banyak sangat. Last sekali sampai kedai tu, tanya budak kedai tu then dia tunjuk itu ini, aku cepat cepat je bersetuju.
So.. Misi mencari baju Melayu adalah berjayah !!!
Tapi OR buat lawak. Masa nak pilih pilih baju tu, dia cakap kat aku.
"Yang. Beli la baju yang leher Teluk Belanga tu, cari yang jahitan Telur Tembelang kat leher ni"
Aku terdiam sekejap. Cuba nak associate apa benda Telur Tembelang tu.
"Telur Tembelang?"
"Eh.. Bukan. Tulang belut !"
Berderai aku gelak. Apa kes ntah, beli baju Melayu nak kena cari jahitan Telur Tembelang !
Beli baju Melayu siap dengan sampin. Tahun ni aku beli kaler cokelat orange orange sikit. OR kata ada matching jugak la dengan baju raya dia tahun ni. Aku siap suruh adik kedai tu cabut sampin kat patung sebab dia kata sampin kan design dia tak sama. Koma tengok patung kena bogel.
Selesai. Beli baju dan sampin semua terus settle. Harga baju Melayu dan Sampin adalah RM400 !
* meraung depan Din Wahab !
Pastu aku rasa stressed ! Aku fikir aku banyak sampin di rumah dan ayah aku pun banyak sampin, boleh je kalau aku tak beli dan match match saja. Tapi tak pe lah, aku dah lama tak beli baju Melayu pun.
Lepas tu baru la balik semula ke Sogo sebab kereta nak parking kat sana.
Hah....... semput.
Ya ! Berikan tepukan penuh padu sekali lagi kerana tahun ni aku berjaya meredah Jalan TAR buat kali yang tak tahu bila dah.
"Tahun ni I tak nak datang sini dah ! Biar lah. Nasib raya setahun sekali, tapi tahun depan rasa tak tentu lagi nak datang sini ke tak, beli kat mall je sudah"
OR OK je dengar aku yang komplain lebih lebih. Dia teman aku pun dia rasa seronok. Aku tanya gak kot dia nak usha jubah ke apa, dia tak mahu. So kami balik je lah.
Kami sampai Sogo, ambik kereta. Nak keluar parking Sogo pun rasa bercinta.
Tapi akhirnya............ yezza. Kami keluar dan berjaya mengharungi semua ini dengan berlapang dada.
Yey !
Apa yang pastinya, raya tahun ni abang pasti akan tampak lebih gemilang !!!
Saturday, August 27, 2011
Misi Setitik Cahaya Di Aidilfitri
Assalamualaikum
Ini entry dari BA dalam Misi Setitik Cahaya Di Aidilfitri untuk Makcik Norlia yang mengidap penyakit Barah Payudara di Hospital Putrajaya.
Berikut adalah entry asalnya bagi yang tak pasti...
Wang yang kita dermakan ini adalah hasil pengumpulan dana kita dari dulu tu. Misi ini telah di persetujui oleh semua Havoc, dah Alhamdulillah, aku rasa misi ini berjaya.
Terima kasih kepada geng Havoc semua termasuk yang lama sebab dana ni yang kita kumpul dari dulu dan kita dah agihkan pada yang memerlukan dari masa ke semasa. Insya Allah moga moga apa yang kita kerjakan ini memberi menafaat kepada yang memerlukan.
Amin.
Sekian, Terima kasih.
Meng
***************************
aku dari rumah dah berdebar.
Ini entry dari BA dalam Misi Setitik Cahaya Di Aidilfitri untuk Makcik Norlia yang mengidap penyakit Barah Payudara di Hospital Putrajaya.
Berikut adalah entry asalnya bagi yang tak pasti...
'.................masa mak nangis tu, makcik sebelah katil kebil2 tgk mak. dia palingkan muka dia ke tingkap. sungguh sesuatu kan. aku pun petang tu pi la bersalam dgn dia. makcik tu cakap dia tak kahwin. duduk kampung kat perak jaga mak dia yg dah tua. makcik ni dah tua okkk so aku tak tau mak dia tua cemana. dia tak kerja. takde duit nak bayar bil hospital yg beribu ribu ni. sakit sama macam mak. tp worst sbb dia biar selama 2 tahun dah. reason adalah sbb dia tak tau itu adalah kanser. sampai la dia takleh angkat langsung tangan dia ke atas. masa tu dia perasan. so adik dia antar la pi hospital.
dia kata MAKNA ada kasik dia RM150 setiap bulan. kebajikan masyarakat takde kasi dia apa2. adik beradik dia takleh nak dimintak tolong kecuali adik lelaki dia yg antar dia pi hospital ni. adik dia tu bagi pinjam enfon 3310 utk call apa2 hal. dia tak reti tekan. ina ajar dia cara dail pastu dia cakap la dgn sapa tah. pastu dia tanya macam mana nak tau bateri dah habis ke tak. kelam kabut dia pegang enfon tu. sbb itu la first time dia dpt pegang enfon.
yg paling kesian. takde sapa nak tunggu dia kat ward tu. dia susah hati tak leh bayar bil hospital sbb takde sapa blh dimintak tolong.............
makcik ni operate esok..............'
Wang yang kita dermakan ini adalah hasil pengumpulan dana kita dari dulu tu. Misi ini telah di persetujui oleh semua Havoc, dah Alhamdulillah, aku rasa misi ini berjaya.
Terima kasih kepada geng Havoc semua termasuk yang lama sebab dana ni yang kita kumpul dari dulu dan kita dah agihkan pada yang memerlukan dari masa ke semasa. Insya Allah moga moga apa yang kita kerjakan ini memberi menafaat kepada yang memerlukan.
Amin.
Sekian, Terima kasih.
Meng
***************************
aku dari rumah dah berdebar.
macamana nak bercakap dgn makcik tu.
macamana nak buat ayat skima.
macamana nak hulur duit.
masa bila nak ambik gambar.
last2 aku pikir lantakla apa nak jadi, misi kena teruskan.
maka berbekalkan kamera dlm beg, serta angpow yg dah siap dipeket aku pun menjadi drebar akak aku ke putrajayah. akak aku kena dengar aku ceramah pasal budak2 havoc yg baik hati nak sedekah kat makcik tu bagai. akak aku kagum okk. siap dia cerita kat suami dia, siap called mak mertua dia kat ipoh
*ko mampu?*.
mak mertua dia siap nangis pastu memanjat doa kesyukuran dlm talipon sambil berkata alhamdulillah rezeki orang tu, itulah bulan puasa ni ramai orang nak bersedekah bla bla bla bla bla
*sambung selama 30 minit bercakap tanpa henti.*
maka kantoi lah baju raya aku dari jakel. hahahahaha. kedai yg mempunyai staf2 bangang. itu lain story. kita fokus pasal makcik tu skrg!!
bila aku sampai hospital, aku terus la menonong masuk bilik mak aku kan? tengok2 makcik tu dah takde kat sebelah katil. ahh sudahhhh. dah keluar ke? takkan cepat sgt keluarnya? luka dia dah baik kah? mak aku pulak time tu tido so takleh nak bertanya.
tengah2 aku kelam kabut mencari tu akak aku kata makcik tu dah pindah katil. dah tak duduk sebelah katil mak. pindah bilik sebelah sbb dokter senang nak nampak dia kalau dia duduk tepi pintu. aku tanya akak aku mana dia tau?
akak aku kata semalam dia tawaf satu wad carik makcik tu. nak tgk dia ok tak sbb baru lepas operation. last2 midnite baru dia jumpa makcik tu kat bilik lain.
ok. fine.
aku melangkah masuk dgn penuh gaya. tanya khabar makcik tu lebih kurang. aku kata nanti aku dtg balik kita sambung sembang. lepas tu aku keluar balik dan lari masuk bilik mak aku.
hahahahahaahahahahah.
sbb aku taktau macamana nak cakap pasal duit ni. kaget pulak rasanya. kita ni dahla tak sapa2 dgn dia. pastu tetiba hulur duit macam pemuda umno pulak kan? aku tak biasa buat kerja kebajikan macamni. risau la jugak tetiba makcik tu berdiri atas katil sambil menjerit
'aku tak hingin duit kau! aku ada 15 guni duit dlm bank! semua duit aku kaler purple. aku saja jer berlakon susah!! berambus!!'
ia tidak berlaku ok kawan2. salah kan imaginasi aku yg melampau lampau bangangnya ni.
bila aku dah ready sikit, [yelah aku kan kena buat ucapan aluan bagai masa bagi duit tu kang.] baru aku masuk semula bilik makcik tu. pastu aku terus jadi wartawan bisu. ambik gambar keliling dia tanpa bercakap sepatah. akak aku jek yg sembang ngan dia.
tak mampu bangun. blh duduk jek.
saja nak bagi korang insaf. itu adalah air dari kedua2 tetek yg telah dibuang. bila botol tu penuh, nurse akan sukat dan buang. pastu letak balik. sehinggalah menjadik beberapa liter baru dikira sembuh. tapi masih takleh keluar wad lagi.
akhirnya masa dah time. aku pun gagahkan diri cakap kat makcik tu,
'makcik, saya dgn kawan2 saya ada la kumpul duit sikit nak bantu makcik ni.'
makcik kelip2 mata tanda blur.
pastu aku eksplen la yg kita semua ikhlas nak tolong dia. bla bla bla. makcik tu diam lama gila. aku rasa nak lari dah time tu. kenapakah makcik diam? say something pls.
aku buat bodo jek keluar angpow dari beg. hulur kat dia.
ko tgk muka dia tau dia tgh semacam kan? macam sedih ada. macam nak nangis ada.
maka aku terus la bertindak sbg pom pom girl kat situ utk menceriakan suasana. aku terus kata makcik saya nak ambik gambar makcik bukak sampul raya tu. makcik posing2 sikit.
makcik tu gelak.
dia kata eh kenapa laaa nak ambik gambar org tua selekeh macamni.
ada aku kisah?
terus jek suruh dia pose2 victoria beckham.
aku rasa makcik tu sebenarnya sedih gila. tapi akak aku dgn aku jenuhla menceriakan suasana sampai dia gelak semula. masa aku nak balik tu dia kata:
'BA, cakap dgn kawan2 semua terima kasih banyak2 tolong makcik. kirim salam dgn semua kawan2 tu. duit ni makcik nak buat bayar bil hospital.'
percayalah masa dia cakap tu dang! terus menusuk ke kalbu aku ni. tang dia cakap kirim salam kat kawan2 tu terus aku rasa macam mesti kawan havoc aku gembira kalau tau. akak aku pun heran macamana la konsep berkawan kita kat sini. aku tak la cerita details sbb tu akak aku tu blur2 jek. ye la ramai berpuluh2 orang tapi blh jek share duit nak bagi kat stranger bagai.
itu semua orang takyah tau. ini secret mission okeh. *tolak pilu jatuh dlm loji taik*
so korang semua. terima kasih sbb setuju nak donate bagi makcik ni. nampak simple tapi percayalah korang dah membantu banyakkkkk dgn sumbangan ni. dia takde duit langsung nak bayar bil. taula putrajayah tu hospital berbayar bagai swasta melainkan ko org gomen. takde bil seringgit macam HKL tu semua ok. semua main ribu2. mmg makcik tu bersyukur dgn rezeki tak disangka2 bulan ramadhan ni.
sedih.
akhir kata, dgn aktiviti macam ni, kita semua lebih bersatu dan bekerjasama dimasa akan datang. rajin2lah melepak di komen supaya kita lebih rasa macam adik beradik.
gambar last ni adalah khas utk abang saad yg kusayang. *lariiii*
Thanks to Havoc !
Di sekitar suria yang menyinar
Hadirnya mendung meliput cahaya
Di sebalik senyum tawa riang
Timbul tangis hiba di fajar mulia
Kekosongan melanda diriku
Bak sembilu menyayat di kalbu
Mengenang nasib diri sebatang kara
Mengharungi cabaran berliku
Takbir menusuk jiwa ku
Terkenangkan kisah-kisah lalu
Keinsafan menghantui diri
Berkekalan 'kan ku ulang kembali
Sepatah doa mengiring diri
Setitik cahaya untuk meniti
Pedoman buat di hari muka
Moga ketenangan teman yang setia
Aishah - Setitis Cahaya Di Aidilfitri
Friday, August 26, 2011
Shopping Raya?
Kau orang tau kedai Houz Depot???
Hari tu aku jakun. First time aku masuk kedai tu selepas tahu kewujudan dia di muka bumi ni.
Cerita dia macam ni.
Boss aku pepagi tu dah merengek suruh aku gi opis. Dia nak suruh aku teman dia pegi cari wall paper untuk rumah dia.
So aku sampai opis, kami pun keluar la dengan IG sekali. IG nak pegi bank.
Lepas settle hal hal perbankkan, terus la misi mencari di mulakan. Aku pun tak tau kat mana. Tanya orang sini sana mana nak carik benda alah tu, so akhirnya kami pun sepakat nak pegi ke Houz Depot dekat dengan area Pelangi Damansara tu.
Senang je tempat dia.
Sebagai katak di bawah pyrex, aku tak tahu sangat tempat ni. Selalu kita macam gah dengan Ikea je. Ikea itu la Ikea ini lah.
Padahal, tak jauh dari situ, dekat je. Ada Houz Depot ni.
Best jugak lah situ. Ralit aku jalan jalan dalam tu tengok jubin dan sebagainya.
Sampai sampai tu boss aku terus merayau sorang sorang pegi cari barang dia nak. Aku dengan IG merayau jugak. Pusing pusing berjam jam dalam tu melawat kawasan.
* jalan perlahan dengan tangan di belakang sambil angguk angguk kepala.
* jalan perlahan dengan tangan di belakang sambil angguk angguk kepala.
Akhirnya tau aku beli apa?
Aku beli..................
Gam Gajah !
* pengsan.
Punya la mengamuk boss aku sebab dia dah siap beli awal awal lagi dan tunggu kita orang dan kami muncul dengan gam gajah sahaja.
Shopping tetap shopping. Raya kan dah dekat ni. Aku beli gam gajah sebab FM aku dah tertanggal tanggal.
Punya la mengamuk boss aku sebab dia dah siap beli awal awal lagi dan tunggu kita orang dan kami muncul dengan gam gajah sahaja.
Shopping tetap shopping. Raya kan dah dekat ni. Aku beli gam gajah sebab FM aku dah tertanggal tanggal.
Thursday, August 25, 2011
Misi Menukar Duit Syiling
Hari tu kat opis, IG ajak keluar cepat cepat takut nanti Kuman dengan Boss aku tu nampak dia orang nak mengekor.
Tup tup keluar parking.
"Hello. Ooooo Korang lari dari aku ya?"
"Eh. Tak de. Mana ada. Kau kat mana? Tak nampak pun"
"Aku kat parking tadi, aku suluh beam kat kau. Kau buat derk je. Kau memang nak lari dari aku kan?"
"Eh serious beb tak tahu. Kita orang tak perasan"
"Eh. Tak de. Mana ada. Kau kat mana? Tak nampak pun"
"Aku kat parking tadi, aku suluh beam kat kau. Kau buat derk je. Kau memang nak lari dari aku kan?"
"Eh serious beb tak tahu. Kita orang tak perasan"
Tu semua adalah dialog busuk menyelamatkan diri semata mata.
Malas la ajak dia orang tu kang dia orang banyak cekadak.
Kami nak pegi bank sebab nak tukar duit syiling si IG. Misi ni dah gagal hari sebelumnya sebab kat CIMB kena buat sebelum jam 12 tengahari je dan cuma boleh tukar hari hari tertentu. Maybank pulak mesin kira dia rosak !
Ni hah, berbungkus bungkus duit syiling di persilakan masuk................
Ha.. Duit IG nak tukar.
Sebenarnya duit ni dalam beg. Beg laptop sandang tu. So memang berat lah nak bawak.
Berat gila. Serious nak angkat semput semput jadinya. Kalau perampok nak merompak mahu fikir dua tiga kali.
Kalau aku dengan IG, berderai dulu ketawa baru boleh nak angkut ke hulu ke hilir tu. Sebab nak tarik nafas lah apa lah. Semalam sebelum tu pegi 2 bank, letih angkut je. So hari ni, dia berenti dulu tunggu dalam kereta, aku keluar tanya bank tu ada mesin kira ke tak then baru suruh dia parking dan masuk.
Hari ini urusan adalah berjaya time square !
Kami pegi ke Maybank.
Ada mamat yang agak kacak. Nampak tu muka dia. Nama dia Zulkifli Khan. Pelakon kah?
"Ada apa Encik?"
Dia tanya aku.
"Saya nak tukar syiling ni, masuk akaun saya"
"Mana syiling nya?"
"Ada"
Then aku pusing IG tengah terhegeh hegeh bawak duit tu. Kembang kembang hidung. Dipersilakan masuk pembawa wang............... !
Pastu sampai kat kaunter kami nak serahkan kat mamat ni lah.
"Berat beg ni. Kena angkat dua tangan"
IG bagitau mamat ni. Dia pose pose angkat dengan satu tangan je.
"Boleh je ni. OK je. OK je"
Huk ala. Poyo gila mamat tu. Siap buat demo kat kita orang dia angkat sebelah tangan. Sudah sudah merah padam gak muka dia. Keji ! Tahu la dia tough tak macam kita orang, tapi motip nak berlagak dengan kami yang tak tough ni?
* nanges tepi mesin ATM
Pastu mamat tu kata tak leh kira time tu. Dia nanti dia call bagitau.
Fine !
Kami keluar dari Maybank sempat mengumpat dulu mamat ni beberapa karung. Motip nak berlagak dengan kami yang artis antarabangsa ni.
* mati la...
So selesai la sudah misi tukar duit syiling tu. Then on the way lepas tu mamat ni call cakap dia dah kira, duit dah bank in dalam akaun aku. Jumlahnya tak banyak mana pun. RM 522.90 jer.
Tengokkan berat macam berjuta juta. Korang dah tukar duit syiling kah?
Wednesday, August 24, 2011
Buka Puasa Di Rumah Captain Planet
Hah !
Layankan gambar ni sampai meleleh air liur.
Sila pakai kanta cembung sesapa yang rasa rabun ayam.
* mati la tak sedar dirit.
Tu SMS aku dengan IH time dia contact dan tanya aku kat mana.
Layankan gambar ni sampai meleleh air liur.
Sila pakai kanta cembung sesapa yang rasa rabun ayam.
* mati la tak sedar dirit.
Kau tengok la tu CP punya keje.
Sebab tu la dia tak bagi kami datang awal. Dia sibuk menyediakan makanan dengan orang rumah dia. Banyak pulak tu. Macam makan kat hotel. Pilih je. Menu pelbagai bentuk dan rupa.
Menu menu di persilakan masuk.
Bendi rebus dengan jering.
Keropok pun ada.
Sambal udang petai.
Sayur campur
Ayam masak merah
Taugeh masak lemak
Kerabu sotong
Daging goreng kering
Ikan goreng
Pucuk ketereh makan dengan budu
Cheese cake sebagai pencuci mulut.
Air ada beberapa jenis jugak. Nenas dan juga sirap berudu.
Kami cuma bawak tembikai je. Tu pun IH beli masa dia tunggu kami buat kemunculan. Biasalah IH on time. Aku tunggu MH datang culik aku dulu. BW pose pose make up yang lama.
'Kau pegi la cemolot dengan BW dulu. Kita orang on the way'
'Baik lah aku berzikir'
Lawak sungguh.
Jalan tak berapa jem. Lepas MH sampai aku terus je ke rumah BW dan jumpa mereka di sana. Then terus je culik dia orang ke rumah CP.
Sampai on time. Sedang molek lah waktu dah nak berbuka. Keluarga CP ada dengan adik dan kawan kawan adik dia dan kami GBS. Tak de la ramai sangat tapi tengok pada lauk pauk tu.
* koma.
Tu pun CP dok mengoreng ikan lagi kat dapur dengan Orang Rumah dia.
Memang layanan first class lah. Makan dengan kenyang !
Lepas makan sesi solat berjemaah pulak. Tinggal BW dengan orang rumah CP kat bawah berkemas dan kami yang lain lain solat ramai ramai di atas.
Kami GBS ni lama tak berjumpa. Lepas solat tu mula la ambik port depan rumah then berborak sakan. Macam macam la cerita di kongsi bersama dengan gelak ketawa macam nak roboh buaian yang ada. Tapi tak boleh lama lah. Kami ada agenda penting.
CP dan keluarga pegi Terawikh di masjid berdekatan.
Kami ber empat yang lain. Berkaraoke di The Garden !
Hiks.
Monday, August 22, 2011
Buka Puasa Di Bayu Malam, Bagan Lalang
Aku just nak share aku keluar berbuka puasa dengan OR di Bagan Lalang.
* mati lah jadi duta Bagan Lalang pulak lepas ni.
* mati lah jadi duta Bagan Lalang pulak lepas ni.
Berikut adalah hasil capapan yang telah di lakukan.
Asyik masyuk menikmati keindahan pantai kami terlupa pasal bukak puasa. Kami memilih restoran Bayu Malam.
Lagipun tengok kedai tu macam tak de orang mula mula, so ingat memang tak ramai orang lah.
Rupa rupanya. Meja meja dah banyak di booking dan orang orang tu semua sampai time nak berbuka je.
Kami ni tak booking tak apa, main walk in je. Pastu mula lah gelabah. Nasib baik jugak la ada meja untuk kami, cuma nak dapat makanan tu punya la lambat. Siap abis berbatang batang rokok lah aku ni menunggu sebelum makanan tiba.
Tapi kenyang la Alhamdulillah.
Menu biasalah. Seafood seafood.
Yang penting, harga makanan ni termasuk 1 jug tembikai dan nasik semua adalah RM73 sahajork.
Koma tak?
Saturday, August 20, 2011
Kemalangan Ngeri Dan Memilukan
Ayuh kita mulakan.
Pagi hari tu aku bangkit awal jugak la sebab dah set alarm ! Kan aku ada meeting pagi tadi. Gigih ni bangun terus berak tanpa inzal mana dan mandi serta bersiap siap.
Bersiap sedia nak gi berperang pagi tadi aku pun keluar rumah.
Perjalanan pada awalnya OK lah. Tup tup bila masuk highway tu tetiba jalan mula perlahan.
Aku musykil. Tak pernah highway ni jem. Pastu makin lama makin tak bergerak. Sudah ! Aku dah set timing aku akan sampai ke site pada waktu yang tepat so aku boleh masuk meeting.
Jenuh aku memikir. Bukak radio tak de pulak laporan apa apa.
Call Manager yang MC tu, bagi tau dia aku mungkin lambat. Staff dia sorang patut join aku, tup tup staff tu pun tak pegi site. Ganti dengan orang lain. Sudah. Masak la aku kiranya nih.
Pening nak fikir, cemana kalau aku tak dapat buat kemunculan pada waktu yang di tetapkan.
Berdolak dalih lah semua orang macam tak nak pegi meeting tu sebab takut kena tembak. Sewel kan? Pastu nak suruh aku tadah leher kena pancung sorang sorang? Dah la aku tak tau apa apa. Tapi tak pe lah. Since dah lewat aku pun tawakal je lah.
Sambil sambil tu dok call IG. Borak borak. Called Kuman, mengadu domba.
Tu je la yang aku boleh buat time time jem macam tu. Gila kau jem jauh gila. Aku rasa dekat 5KM jugak la baru la aku dapat berita yang ada trailer terbalik.
Hish !
Trailer terbalik belah sana tapi jem belah aku.
Tapi memang pun sebab jalan belah sana di tutup, so lane belah aku di bagi dua dia buat laluan contra nak lepaskan semua kereta dari arah sana.
Pagi hari tu aku bangkit awal jugak la sebab dah set alarm ! Kan aku ada meeting pagi tadi. Gigih ni bangun terus berak tanpa inzal mana dan mandi serta bersiap siap.
Bersiap sedia nak gi berperang pagi tadi aku pun keluar rumah.
Perjalanan pada awalnya OK lah. Tup tup bila masuk highway tu tetiba jalan mula perlahan.
Aku musykil. Tak pernah highway ni jem. Pastu makin lama makin tak bergerak. Sudah ! Aku dah set timing aku akan sampai ke site pada waktu yang tepat so aku boleh masuk meeting.
Jenuh aku memikir. Bukak radio tak de pulak laporan apa apa.
Call Manager yang MC tu, bagi tau dia aku mungkin lambat. Staff dia sorang patut join aku, tup tup staff tu pun tak pegi site. Ganti dengan orang lain. Sudah. Masak la aku kiranya nih.
Pening nak fikir, cemana kalau aku tak dapat buat kemunculan pada waktu yang di tetapkan.
Berdolak dalih lah semua orang macam tak nak pegi meeting tu sebab takut kena tembak. Sewel kan? Pastu nak suruh aku tadah leher kena pancung sorang sorang? Dah la aku tak tau apa apa. Tapi tak pe lah. Since dah lewat aku pun tawakal je lah.
Sambil sambil tu dok call IG. Borak borak. Called Kuman, mengadu domba.
Tu je la yang aku boleh buat time time jem macam tu. Gila kau jem jauh gila. Aku rasa dekat 5KM jugak la baru la aku dapat berita yang ada trailer terbalik.
Hish !
Trailer terbalik belah sana tapi jem belah aku.
Tapi memang pun sebab jalan belah sana di tutup, so lane belah aku di bagi dua dia buat laluan contra nak lepaskan semua kereta dari arah sana.
Lama jugak la aku termangu tak tau nak buat apa. Dalam hati fikir macam macam. Memang sah aku tak dapat masuk meeting tu tepat pada waktunya.
Redha je lah.
Last sekali sampai jugak di kawasan kemalangan. Nampak kepala dan tayar trailer tu je dah terbalik. Ntah macamana la accident tu boleh berlaku. Then aku dengar radio, katanya ini kemalangan maut. Mesti ada yang mati. Inallillah.
Habis accident tu baru la jalan clear sikit. 5KM aku terperangkap dan bergerak kurang daripada 20KM sejam. Dekat sejam jugak la aku terperangkap tadi tu. Then belah sana aku tengok lagi teruk. Sebelum nak sampai ke tempat accident tu adalah dalam 8KM.
Masak la sapa yang terperangkap tu. Lebih lebih lagi bebulan puasa ni.
Ada cerita pasal kes accident kat highway ni. Kau orang tahu? Accident tu adalah accident maut. Yang kena langgar tu sepupu engineer aku !
Dia cerita. Accident tu berlaku jam 3 pagi kelmarin. Sepupu dia ni keje bersih bersih ke apa maintenance highway la yang biasa dia orang buat pagi pagi buta tu kan. So tengah mamat ni bekerja, trailer ni mungkin laju kot, terus je redah tanpa perasan kon kon tepi jalan tu.
Sebab dia laju, dia break terus trailer dia bergelimpangan lah. Tapi tetap hit mamat ni.
So pemandu trailer tu mati di tempat kejadian dengan kelindan dia.
Sepupu engineer aku ni, koma ! Tempurung kepala dia pecah ke macamana tapi dia tak sedarkan diri lah. Di hantar ke Hospital Putrajaya pastu transfered ke HKL sebab dia nak kena operate.
Kesian kan?
Yang penting pemuda tu. Pemuda la pulak. Sepupu engineer aku ni masih muda lagi. Ada 2 anak. Sorang berumur 2 tahun sorang lagi berumur 6 bulan.
Bayang kan !
Cemana?
* nangis di bahu setiap orang.
Sedihkan cerita cerita tragis macam ni especially bulan puasa.
So aku ceritakan cerita tragis aku di bulan puasa pulak.
Ke aku pernah cerita? Pernah la kot. Tak pe lah. Aku ulang balik.
Masa aku kecik. Tak kecik mana la. Masa tu aku sekolah rendah, pakcik aku ni dia kena barah otak. So hari tu aku pegi la ke hospital dengan mak ayah aku melawat dia. Pakcik aku ni dah kira kronik la sampai mata dia dah buta. So seperti biasa, masa nak balik tu aku akan salam dia semua. Tapi hari tu agak lain.
Dia pegang pegang muka aku. Dia gosok gosok kepala aku.
"Abang nanti besar kena jadi orang berguna. Abang nanti besar kena bantu orang lain. Abang kena jadi budak baik. Abang ingat pesan Ayah Weil ni?"
Nama dia Ismail. So aku panggil dia Ayah Weil. Masa tu aku menangis. Nangis gila gila.
"Abang jangan nangis lah. Nanti batal puasa. Tak elok menangis bulan puasa"
Aku jadi sedih. Tapi cuma kawal sampai teresak esak jadinya.Dia senyum je. Walaupun dia tak nampak kan, tapi dia tetap gosok gosok kepala aku dan muka aku pastu peluk aku.
Sebaik saja aku keluar dari hospital tu nak balik berbuka puasa kat rumah atuk aku, sampai rumah atuk aku, di khabarkan pakcik aku tu meninggal dunia dah. Kami sempat jamah makanan buka puasa sikit pastu semua bergegas ke hospital semula.
Tragis gak la cerita tu dulu dulu. Dan pakcik aku tu kira meninggal muda. Ada 2 anak jugak. Sorang muda setahun dari aku, sorang lagi tua setahun pada aku. Sekarang dua dua dah besar dah dan makcik aku ( mak dia orang ) dah pun meninggal dunia jugak beberapa tahun lepas.
OK dah abis cerita sedih.
Kau orang boleh tidur sekarang !
Friday, August 19, 2011
Cerita Seram Di Serambi
Aku ada cerita seram !
Jeng Jong Jeng....
Mengenai Atuk aku.
Atuk aku tu kan sakit. Sakit dah lama. Kami suspect dia sakit tua la sebab dia dah tua. Tapi dia tak boleh bergerak. Terbaring je atas katil. Memang tak boleh nak buat apa langsung la. Tapi makan boleh. Hisap rokok pun boleh.
Baru baru ni kan Atuk aku tu macam nazak sekejap kan.
So Pakcik James dan Makcik Mona serta pakcik makcik aku yang lain semua balik la ke kampung halaman nuh melihat.
Atuk aku ni dalam macam tu masih kelakar lagi okeh. Dia asyik nak makan sate je. Pastu nak hisap rokok Dunhill yang mahal mahal. Rokok Saat dia tak mahu ! Pastu dia kan silau mata, tak nak pakai spek mata RM 10 beli kat uptown ! Dia nak pakai Rayban original sepupu aku punya.
Nak tak nak terpaksa la sepupu aku tu korban kan spek mata hitam dia tu.
Tup tup masa mak aku balik baru ni, Atuk aku tu dah lemah. Pastu panggil orang baca Yasin semua kan kat rumah tu. Pastu ada lah Ustaz mana datang, tetiba tiba dia masuk rumah terus dia bersuara.
"Amboi !! Besar nya !!!"
Semua orang dalam rumah tu terdiam.
Pastu riki punya riki, rupanya ada lembaga hitam yang besar duduk atas bahu atuk aku tu. Pastut la atuk aku tu tak boleh bergerak, asyik sakit bahu je, rupanya memang ada benda bertenggek kat bahu dia.
So pakcik makcik aku riki la dia tanya, Atuk aku tu ada pakai apa apa ke tidak. Atuk aku kata dia tak de bela apa apa pun.
Pastu Ustaz tu riki riki, rupanya, lembaga tu menompang atas badan dia dah lama. Sejak dia muda lagi, lembaga tu orang buang kat laut so ntah cemana, dia jumpa Atuk aku kot, sebab Atuk aku tu dulu nelayan so dia menumpang la sampai sekarang.
Dan ada kisah lebih mengerikan lagi.
Makcik aku ada duduk dengan Atuk aku kat rumah tu.
Satu hari tu Makcik aku bangun nak kencing, dia pernah terdengar suara berbisik dari bilik atuk aku bagitau dia cakap kat dia.
"Aku nak kau ! Aku nak kau !"
Makcik aku tu cuak lah. Tapi tak de la fikir yang lain lain.
Rupanya lembaga tu nak menumpang duduk atas Makcik aku tu pulak.
Eii. Ngeri tak uols?
So berkat perubatan Ustaz tu, lembaga tu dah di tangkap dan di buang. Aku tak tau la cemana dia buang. Tup tup kau tau, Atuk aku kembali sihat ! Dan boleh naik basikal 7 eleven dia tu kelling kampung ! Padahal aku rasa dah more than 4 years dia terlantar atas katil tu.
Kita orang tak suspect apa apa kan, ingat dia memang sakit tua. Rupanya ada penunggu yang menunggu di situ.
OK. Dah abis cerita hantu yang seram seram sejuk. Ngeri tak? Ngeri tak?
Thursday, August 18, 2011
Tugasan Ramadhan 2011 - Sahur Ala Inggeris oleh Jury
SAHUR ALA INGGERIS.. (tajuk mcm dah out)
(dengan gaya seorang hero yang dinanti-nanti,akhirnya beliau muncul dengan jayanya berkain pelikat menuju laptop)*bayang hero tengah berjalan stylo sambil slow motion*
Ramai yang post acara berbuka puasa…tapi aku nak post acara bersahur dikala bujang ditinggalkan isteri..sedeeyyy.
Alkisahnya..sabtu aritu isteri aku balik kampung ikut mak ayah die..diorng pelan nak melawat nenek kt tanjong karang..dekat je..disebabkan aku ni dijadualkan bertugas demi negara merdeka..so tinggal la aku bujangan di rumah lepas waktu malam. Jangan speku aku kegersangan ditinggalkan sorang2 torkantang kanting. Bil air sudah diabiskan siap uollsss.
Alkisahnya lagi..lepas je balik keje lebih kurang dalam kul 9 mlm dan termiss tarawikh(bukan termiss..mmg sengaja misskan) untuk kali ke-1..pergghh kali 1 tu miss tarawikh..ko ada meng???opsss..ok sambung semuala..balik je umah malam tu..tup..tup tetiba aku rasa gelap gulita..WHY???WHY??? yeaaa..I KNOW WHY..sebab aku tetido..hahaha
Akibat dari tetido awal aku tesedar kul 2 pagi..mandi2..gosok sana sini..atas bawah..celah2 sume setel..
SOLAT ISYAK dlm kul 3.00 pagi..ada korang?? Sambil2 tengok Peter Gadai kena bantai ngan Lin Dan, bagus aku stat buat aseement yang bakal memberikan trofi kemengan..
Bahan-Bahan untuk bersahur arituh dipersilakan masuk:
Mee Cintan
Telur Sejibik
Dua Cili Hijau
Sejug Air The (ada korang guna sukat tepung buat air teh????)
Kalo orang bujang masak mee..sume bole tanpa ikut lunas2 undang2 kedapuran. Ok panaskan air
Masukkan mee
Masukkan perencah.Nampak?nampak? dah cantik dah tu
Bila dah panas, tuang dalam pinggan ala-ala inggeris untuk menampakkan kemewahan hidangan
Haa..tengok2 dah siap sahur aku pagi ni…selamat bersahur…
Tetiba tengah sedap melayan mee yang AGAK sedap, tepon berbunyik…bini aku..jgn speku mak janda depan umah tepon
“dah sahur ke?”
“dah, baru je”
“sahur ape?”
“Mee cintan.”
“ek..apsal tak makan nasik ayam”
“eh..ada ke?”
“dalam peti ais, dah ready kan untuk abang”
“erkk..kenak sik madah awal tek”
Heheheh…alkisahnya..aku belasah lagi nasik ayam tu..double sahur aku ..hahaha..burpppp..
ALHAMDULILLAH.
Yaa Allah! Berilah aku rizki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu'. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut. Sekian dan SELAMAT BERPUASA SEMUA.
Wednesday, August 17, 2011
Tugasan Ramadhan 2011 - Daging Masak Kicap oleh Kekabu
Disclaimer: Chepp kekabu tidak bertanggungjawab di atas ape jua sebarang kemungkinan yang mungkin akan mengganggu gugat sistem pencernaan rakan-rakan havoc ado atas resepi ini. Walaubagaimanapun, sekiranya rakan-rakan dapat menghayati rancangan ketuk-ketuk ramadhan kita pada kali ini, nescaya kenikmatan masakan rakan-rakan akan berganda-ganda rasanya. SEKIAN. Selamat Mencuba!!!
Daging masak kicap.
Sediakan bahan-bahan berikut.
1.Bunga cengkih
2.Bunga lawang
3.Kayu manis
4.lada hitam
5.Halia
6.Bawang merah(kecik dan besar) Besarrr punye nak buat hiasan.
7.bawang putih
8.kicap
9.Daging lembu.
Cara
1. Rebus daging dengan air biasa. Masa rebus, nak daging lebih terasa kekicapan nya..sila masukkan kicap sedikit. Terpulang nak pakai kicap pekat atau kicap lemak manis atau masin. Ikut kesedapan tekak.
2. Bahan-bahan berikut haruslah ditumbuk . Lada hitam, halia sebesar ibu jari, bawang putih dan bawang merah.
3.Setelah daging cukup empuk boleh la start memasak.Oh yaa...mengikut petua orang tua-tua , nak bagi daging cukup empuk masukkan daun betik muda.
4.So, dah ready? Mari memasak.
I. Tumis bahan tumbuk dengan minyak api sederhana.
II. masukkan bahan bunga-bunga yang disebutkan awal tadi. Harap maklum ye..bukan bunge ros, tahi ayam ,daisy dan yang seumpama dengannya.
Yess!! Bunga itu. bersama kayu tersebut.
III. Sampai la naik bau-bauan di dalam kuali itu naik, masukkan daging dan air rebus daging tadi sedikit. Jangan jirus terus ye, masuk sedikit demi sedikit.
IV. Lepas tu, masukkan kentang goreng , kicap dan air. Itu, kalau nak banyak kuah. Kalau tak nak, tak payah letak banyak-banyak air. Kalau nak rasa masam sedikit, boleh la ditambah asam keping. Kalau tak nak masam. Tak perlu letak. Oh ye, Kalau nak kuah banyak tadi kan, pakai air asam jawa pun boleh. Kemudiam masukkan garam secukup rasa. Pak aji pun boleh kalau nak letak.(ajinomoto)
Dan ini lah hasilnya….Taraaaa….
Haa..tu hiasan bawang tu..pakai bawang besar.
Selamat Mencuba!!
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)