Wednesday, June 1, 2011

Mimpi Muor, Mutiara Damansara

Sapa peminat asam pedas sini?

Angkat tangan dan lambai lambaikan bulu ketiak masing masing !

Director ajak makan di kedai di kedai yang dia tengok dalam Jalan Jalan Cari Makan !

Gila boss aku sorang ni. Kuman tak nak pegi. Biasalah Kuman tu kan berat badan, kalau pegi tempat tempat yang memerlukan dia berjalan atau kena duduk kat kerusi kecik tak muat punggung, dia akan rasa tersiksa zahir batin. Laju je dia tolak.

Tapi IG dok pujuk pujuk dia, akhirnya kami keluar sama sama.

Pegi makan kat Mutiara Damansara nuh. Jauh tuh. Kedai Mimpi Muor !

Kedai tu menjual asam pedas dan jenis jenis macam tu lah. Kedai dia agak tersorok tapi ramai jugak orang. May be lepas masuk JJCM orang semua berpusu ke sana.

Apa yang tak bestnya, kedai tu jual lauk dia semua asam pedas ikan !

Masak !

Aku ni bukan la peminat ikan. So aku tergaru garu kejap nak makan apa. Langsung tak de ayam. Nasib baik la ada mee bandung. So aku makan mee bandung, dia orang semua belasah makan pari masak asam pedas dan sebagainya lauk lauk yang sekufu dengan tu.

Mee Bandung dia sedap jugak. 

Cuaca pulak panas. Kedai tak de aircond !

Berpeluh peluh la di buatnya. Dan dia orang cakap asam pedas tu power gila. Aku tak tau lah, aku dah kenyang makan mee bandung Muar tu jer.

So, sesiapa nak pegi, sila pegi di Mimpi Mu0r, dekat Mutiara Damansara lepas pada Balai Polis tu.

Restoran Mimpi Muor
26-1, Jalan PJU 7/16A, Mutiara Damansara
Petaling Jaya, Selangor








No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...