Sunday, June 12, 2011

Maafkan Saya

Hari tu masa aku on the way balik tengah drive, tiba tiba masuk SMS.

Aku nampak keluar nama Ayah !

Alamak. Aku cuak. Jarang sangat ayah aku ni SMS aku kecuali ada benda benda penting. Aku bukak.

'Haji. Awak bagi kp dng nama penah kat kawan besok pagi'

Musykil aku. Haji mana lak ni? Pastu salah eja lagi. Nama penah laaaa..

Hiks. Tersenyum simpul aku baca SMS ayah aku tu. Aku diam kan je lah. Malas nak balas lagi, tetiba masuk SMS dia lagi.

'Sory bang ayah salah mesaj'

Mesaj laaaaa....

Aku jawab.

'OK'

Pastu masuk lagi sekali.

'Bang. ayah tersalah mesaj nak hantar kat org lain tersalah hantar. Soray bang'

Hahaha. Soray okeh !

Lawak la ayah aku ni. Selain aku nak tergelak salah eja, aku pening sebab aku dah balas OK tadi. Tu lah ayah aku ni, semenjak dia tak sihat dia selalu lupa. Aku balas sekali lagi.

'OK ayah'

Terus diam.

Comel betul ayah aku ni. Tapi tu lah, kesian dia. Bila sakit ni dia buat apa apa mesti dia lupa. Termasuk la kalau aku masukkan duit dia dalam bank, dia dah pegi keluarkan pastu dia akan cakap aku belum masukkan lagi. Sebab tu sekarang aku masukkan dalam akaun kakak aku je senang then suruh kakak aku bagi.

Sekali sekala dapat message dari Pakcik James ni best jugak. Hiks.

Pastu sampai rumah aku lapar. Aku text OR suruh dia belikan aku mee goreng. Aku ambik phone dan terus je menaip.

'Yang. Belikan mee goreng dgn telur mata'

Then aku sent.

Tup tup aku perasan aku sent kat ayah aku !

Warkakaka. Malu !!

Tu lah, gelakkan ayah aku silap hantar SMS lagi, cepat cepat aku SMS ayah aku semula.

'Ayah sorry silap hantar SMS'

Ayah aku diam je. Mesti dia kata aku gila dan dia malas nak layan.


Happy Father's Day,  I love U ayah...

2 comments :

  1. nasib tak tulis sms yg bukan2 hahahaa

    dah..congrats Ganu menang :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...