Sambung episode last !
* nangis jari patah.
Dari Prambanan ke Pantai Parangtritis aku terlelap. Penat berjalan tadi masih tak hilang, rasa nak tercabut kaki. Tapi tak pe, aku gagahkan juga kudrat ini untuk habiskan sisa sisa hari ini.
Kena habiskan ! Tak banyak masa.
Di Jogja sebenarnya banyak pantai pantai menarik, tapi jarak satu satu tu agak jauh lah, so aku cuma suruh Sumanto bawak aku ke pantai paling popular iaitu Pantai Parangtritis. Parangtritis tu maksudnya, air yang menitis dari batu.
Mungkin janggal bila dengar pantai ni, tapi pernah dengar nama Nyi Loro Kidul, ratu laut yang menjaga Selat Selatan tu. Di khabarkan mitos dulu kala Nyi Loro Kidul ni memang menjaga samudera dan melindungi laut tersebut dari ombak besar dan bencana.
Tapi ombak dia memang besar !
Dan pantai dia sangat luas dan panjang.
Memang panjang dan luas dan orang sangat ramai !
Dan apa yang menariknya, pantai ni memang dah jadi macam tempat pesta. Ada orang main ATV. Ada kuda yang boleh bawak kita bersiar siar sepanjang pantai, juga kereta kuda. Ada yang mandi manda dan tak lupa penjual penjual juga sama sama sibuk memeriahkan pantai.
Terkesima jugak aku sebenarnya.
Tapi pantai ini punya mistik yang tersendiri.
Di bahagian atas pantai terdapat satu tempat penyembahan dan orang ramai boleh pegi mintak nombor ekor dan berdoa dengan cara penuh terbuka ! Dan penduduk sekitar masih percaya mengenai kekuasaan Nyi Loro Kidul ni yang saban tahun akan mencari mangsa untuk dijadikan korban.
Dan yang menariknya, setiap Kliwon malam Selasa dan malam Kliwon malam Jumaat. Aktiviti spiritual di lakukan di pantai ni. Mereka sembahyang beramai ramai. Muslim la tapi mereka percaya kepada benda benda macam ni.
Masa aku pegi tu malam Kliwon Selasa tapi malas nak tunggu sampai ke malam, jadi aku bersiar siar petang tu je tengok orang.
"Di sini saja. Nanti saya cari kamu"
"Bapak mahu sendirian?""Ya. Ngga apa apa"
"Loh.. nanti gi mana mahu temui bapak"
Aku tau lah orang ramai, cemana dia nak cari aku, telefon Sumanto pun dah abis battery.
"Ngga apa. Saya nanti cari kamu"
Dan dan je aku ni. Tapi aku tau la dia park kat situ kan? So aku jalan je la walaupun jauh nanti aku patah balik cari dia. Dalam lautan manusia macam ni memang susah jugak la nak mencari nanti. Tapi aku dah bagitau dia, aku kan pakai baju oren so cari lah aku nanti. Hiks.
Sebab orang terlalu ramai nak cari shot shot kosong punya la payah. Ada je tengah aku target nak ambik gambar, ada orang berlari la.
Tapi tu kan cabaran. Tak per. Slow slow.
Aku berjalan je menyusuri pantai ni. Ombak dia besar dan menganas. Manusia memang ramai gila. Masing masing dengan aktiviti tersendiri. Dan yang berniaga pun ada. Jual jagung lah macam macam lah. Pendek kata memang tempat ni happening gila.
Alang alang dah berjalan tu, aku teringin nak naik kereta kuda tu.
Memang banyak, so aku tanya harga dia berubah mengikut jarak. Bermula dari Rp20 ribu hingga ke Rp100 ribu. Aku ambik yang Rp60 ribu dan dia bawak aku sampai ke hujung pantai. Memang la jauh jugak tapi port tu la yang jauh dan tak ramai orang so aku boleh mencapap gambar banyak banyak.
Yang bestnya, pakcik kuda ni, dia tau aku sibuk ambik gambar. Sampai kat satu kawasan tu, tetiba nampak ssekumpulan photographer tengah ambik gambar awek atas kuda ni.
"Loh.. Pergi ! Pergi !"
Dia suruh aku turun dan mencapap sama !
Kesian minah ni sebab kuda tu asyik nak bergerak je.
Sesekali ombak besar datang dan berterabur photographer semua lari sebab takut kena air. Aku pun turut menyibuk sama. Lepas rasa dah malas tu then aku naik kereta kuda aku tu semula dan pakcik tu hantar semula ke tempat aku memula naik.
Syok jugak lah. Feeling feeling.
Aku habiskan masa hampir satu jam di Pantai Parangtritis tu. Cuaca memang cerah dan orang terlalu ramai sampai aku rasa tak de privacy langsung.
Tak pe lah, aku habiskan saat saat terakhir sebelum aku naik cari Sumanto.
Pastu aku gelabah nak cari Sumanto !
Cemana ni. Aku naik atas. Kat atas tu banyak gerai gerai jualan pulak. Memang ramai lah. Nak cari van pun susah sebab van macam tu berlambak lambak kat sana.
Tapi Sumanto ni memang bagus. Dia keep track mana aku pegi. Dia yang cari aku. Sedar sedar aku nampak dia dah drive datang ke arah aku.
"Kamu OK?"
"OK Pak. Bapak OK?""OK! Ayuh"
"Bapak mahu ke mana?"
Aku tengok jam dah pukul 5 lebih. Kalau nak balik ke Jogja tu memang sejam jugak. So aku bagitau dia balik je lah.
"Ngga apa, saya bawak bapak ke Pantai Dapok"
"On the way pulang?"
"Iya"
Aku setuju je. Dia tak banyak kerenah. Tak berkira. Aku sempat suruh dia berhenti belikan air dan aku belikan untuk dia sebab aku ajak dia makan dia tak nak. Aku pun tak lapar sebenarnya.
Tak kisah lah.
So destinasi kami yang terakhir adalah Pantai Dapok. Pantai Dapok ni adalah pantai perkampungan nelayan. Tak de apa yang menarik di sini, cuma banyak kedai kedai untuk makan seafood dan aku ambik kesempatan untuk snap gambar sunset je sebab hari dah senja.
Dari Pantai Dapok ni kami terus pulang ke Jogja.
Sedar sedar je aku dah hampir sampai ke hotel aku. Sumanto kejutkan aku.
"Pak ! Pak ! "
Pastu aku pun bayar kat dia Rp450 ribu sewa van tu dan aku bagi dia Rp50 ribu.
"Bapak. Terima kasih Pak ! Terima kasih banget"
Nak menangis aku tengok muka dia. Padahal tak sampai RM20 pun. Siap cium cium duit lagi. Ada la dia cerita gaji dia bukan besar pun bawak van ni tapi tu je dia boleh buat. Ada lah sesi sesi luahan hati waktu aku borak borak dengan dia sepanjang hari ni.
"Esoknya, bapak mau ke airport jam berapa?"
"Pagi. Jam 7"
"Bisa saya hantarkan?""Kamu OK ngga?"
"OK. Tapi saya perlu mohon kebenaran Pak Uthir dulu Pak"
"Oh ya. Ngga apa apa, saya naik taxi aja"
"Benar pak?"
Aku angguk. Aku tau dia nak buat sesuatu yang baik untuk aku, tapi tak pe lah. Nak gi airport bukan jauh pun dan aku malas nak susahkan dia. Kesian aku tengok dia pun penat.
Last sekali aku sampai hotel dan menghempaskan tubuh di atas ranjang dengan kepuasan.
Best. Jogja memang best sebenarnya. Banyak tempat untuk di lawati tapi tu lah, masa. Aku ni kiranya ada satu hari penuh je di sini. Aku teringin nak pegi ke Dieng tapi lain kali je lah. Insya Allah.
Aku kena datang lagi Jogja ni !
Malam tu lepas mandi semua, aku keluar merayau lagi. Saja lah nak jalan jalan tengok keadaaan Malioboro di waktu malam.
Keluar dari hotel, aku menapak sikit sebelum aku decide nak naik becak. Ya lah. Asyik asyik panggil suruh naik. Aku naik je lah. Tak de la aku kepenatan nak jalan kaki lagi.
Tapi pakcik yang bawak aku tu punya la banyak tanya bila dia tahu aku ni dari Malaysia. Rengsa aku nak menjawab. Konon la dia cakap orang Malaysia beruntung la, kaya lah. Aku malas nak melayan.
Aku duduk atas beca tu dan ambik gambar je mana yang patut.
"Bapak ngga mahu belanja?"
"Ngga ah"
"T Shirt? Batik? Saya bisa bawakan"
Berpusing pusing gak la dia bawak aku.
Jumpa kedai T Shirt tapi kedai brownies tu dah tutup.
Pakcik ni beriya iya lagi nak bawak aku. Masalahnya aku kesian tengok dia. Ada part tu, jalan berbukit dia gigih mengayuh tak leh kayuh dia turun pulak tolak aku.
"Pak ! Pak ! Nanti !"
Aku suruh dia berhenti.
"Apain"
"Bentar. Saya turun""Ngga usah !"
Eh. Aku ni tak sampai hati tengok dia tolak aku. Aku ni dah lah macam anak gajah. Dia pun aku rasa badan dah cukup ramping sangat tu. Kesian dia. Last sekali aku berjalan je belakang dia. Tapi aku tengok orang lain tu naik beca, hah 2 orang sekali naik ! Lagi parah pakcik yang nak kayuh tu.
Ntah lah, may be mereka dah biasa dan tu la mata pencarian mereka. Tapi aku ni kesian.
"Kamu suka kembara kayak gini, emangnya kesunyian?"
"Ngga"
"Kamu mencari sesuatu?"
"Hmm pengalaman"
"Bukan kamu rasa hidup kamu kosong, ngga berteman?"
Choi ! Pakcik ni speku bukan bukan dengan aku. Nak je aku bagitau dia, hello aku ni tak sunyi, aku rimas lagi ada ler sebab tu aku suka lari sorang sorang macam ni.
Pastu dia claim dia boleh baca orang lah. Mengarut pakcik tu. Pastu dia sibuk nak bawak aku ke tempat urut dan tempat tempat chot. Malas lah aku.
"Ooo sekarang saya udah tahu. Kamu ini suka kan kebebasan dan kamu ngga suka di beri perhatian"
Ya lah ! Apa apa lah pakcik ! Cepat la hantar aku, aku dah tak larat nak melayan dia.
Sampai kat hotel, sepatutnya aku bayar dia Rp5000 sekali ronda kan. Tapi tak pe lah, aku bagi dia Rp15 ribu. Kesian jugak aku tengok dia.
Sampai bilik aku lepak kejap dan tido je lah. Esok aku kena bangkit awal !
Malam terakhir di Jogja aku tidur lena. Sedap dapat katil yang empuk dan badan pun seharian kepenatan.
Harga taxi dari hotel ke airport dalam Rp40 ribu. Tak de la jauh sangat. Sebab awal pagi masih belum jem.
Kiranya aku sampai awal lah.
Airport dia kodi gila. Tapi better dari Medan la kot. Dan depan airport ada landasan keretapi. Buatnya kita ni lambat nak sampai airport, pastu ada pulak keretapi nak lalu. Jalan tutup, Merasa kena tinggal terus !
Anyway, tak de apa yang menarik dah. Aku check in barang semua siap then tak lama lepas tu tepat pada waktunya aku dah pun berada dalam perut pesawat terbang pulang ke tanahair. Oh airport tax adalah Rp50 ribu.
Perjalanan pulang selama 2 jam setengah agak lancar dan dari kesayupan pandangan aku rasa gembira, trip kali ni berjaya mencapai misi dan banyak beri aku pengalaman baru.
TAMAT
Perbelanjaan :
OK. Macam biasalah, di Indon ni harga memang murah. Apa yang penting, dapatkan tiket flite seawal mungkin dan rancang perjalanan anda. Begitu juga hotel, kalau lagi awal lagi murah. Dan kalau pergi share share tentunya lagi murah tak macam aku yang solo molo ni.
Perbelanjaan harian terpulang. Kalau aku makan memang tak banyak, shopping pun memang tak ada. Cuma entrance ke tempat tempat wisata tu je la kalau mahal pun.
Dan transport. Kalau share memang murah, kalau sorang sorang mahal sikit.
Mana?
Tunggu !!!
kan....Jogja best kan kan *mentang mentang kampung sendiri hehee.... KK pun kan kan....
ReplyDeletesila pergi ke ho chi minh cikdu hehee..byk gak tempat2 menarik untuk difoto:)
okay dah.....
baik lah... masuk dalam agenda tahun hadapanggg
ReplyDeletecikdu...lawa ah gambo2..... tak sabo nk balik...kalo sempat nk gi tempat merapi tuh ....lain dah sekarang nih ..... :)
ReplyDeletekalo cikdu nk add tempat lagik , Mekah and Madinah pun byk tempat2 yg lawa untuk difoto :) :):)
p/s agaknya perempuan tuh difoto untuk calnedar 2012 kot hahahhaa
hahahhaaa
insya allah mekah madinah tu ada la dlm perancangan cuma x tau bila je
ReplyDeletejogja ok eh..leh jadi kan panduan next trip
ReplyDeletetq :D
yupp jogja a must visit la... banyak benda boleh explore. surabaya kalau suka ijen dan bromo.. boleh la..
ReplyDeleteMuslimah,
ReplyDeletekalo nk ke jogja, boleh bg tahu, i ada contact hehehe *sibuk je* huhu :)
permisi ya cikdu :)
contact apa rose? contact lense kah?
ReplyDeleteapsal hari tu aku pegi ko x ckp pun ada contact...
meg ni memang
anak gajah? hmmmm...
ReplyDeleteCIKDU,
ReplyDeletenih ambo nok maroh nih ,..... kan meg dah war war kt cikdu..ingatkan cikdu nk gi dalam hujung bulan 5....alih2 cikdu dah selamat pergi dan balik aiyaaa...
tak pe, next time, emails aja.....boleh dpt sewa yg murah sedikit aaaa :)
mau pesan apa2 tak nk pegi hujung minggu nih ?? FM ka?? wakakakkaa :)
Huiyo! Memang best ar bro aku baca travel log ko ni.
ReplyDeleteGigih aku baca daripada episod 1 sampai habis.
Boleh lah jadi panduan sikit untuk aku g Surabaya akhir bulan ni.
pegi la keri... jangan lupa bawak mariah sekali..
ReplyDeletepegi bromo nuh
Salam...boleh bagi no tel sewa van kat Yogjakarta..In Sya Allah saya dan keluarga akan ke sana. Email saya ain_1572@yahoo.com
ReplyDeleteTerima kasih
alahai.. sorry. x de contact la.. sebab hari tu cari thru hotel je. cuba check blog2 lain maybe dia orang ada contact driver
Delete