Thursday, June 23, 2011

Perancangan Kembara 2012

So, begini lah trip aku tahun depan yach. Insya Allah.

January

Tak de !

Hahaha. Aku tak tau nak pegi mana. Sale ni tak de tiket murah untuk bulan January so aku reserve je la bulan January duduk rumah berlipur lara jer.

Lagipun, awal tahun tu mesti ada trip wajib GBS. Yang ni pun belum decide lagi. Tak tau la, may be pegi area dekat dekat je. Yang tak naik kapal terbang tapi naik kereta je.

May be pegi Singapore???

Universal Studio????



Nanti aku propose kat GBS. May be buat road tour dari KL ke Selatan sampai ke Singapore tuh. Macam menarik jugak kan? Buleh singgah di tip of Asia, Tanjung Piai dan jalan jalan di JB dan Melaka.


February.

Untuk bulan 2 tahun hadapan, aku dah pun beli tiket.

Kuala Lumpur - Macau dan balik dari Hong Kong ke Kuala Lumpur.

Plan aku macam ni. Dari Macau aku nak naik keretapi ke Ghuangzao, China pastu ke Shenzen sebelum ke Hong Kong dan balik ke KL dari Hong Kong sanah.


Aku nak ajak GBS pegi sebab trip ni aku rasa mesti menarik. Tapi tak tau lah. Tengok la dia orang decide cemana nanti.


March.

Jangan tak percaya, aku beli tiket ke Banda Acheh !

Hey ! Jangan geleng kepala. Korang tak tau ke kat Banda Acheh tu selain daripada buleh tengok kesan Tsunami tu, kita juga boleh pergi ke Pulau Weh !


Ya. Pulau Weh tu syurga snorkelling dan scuba. Cantik jugak. So ini adalah itinery aku di sana nanti. Tiket murah je uols. Aku nak ajak GBS tapi tak tau lah, kalau dia orang tak nak pegi, aku OK je pegi sorang sorang. Yang penting, tiket dia RM60 sajork !


April.

Trip ni lah yang aku nanti nanti kan. Aku plan nak buat tahun ni tapi tak berjaya. Maka, tahun depan aku akan usahakan aku dapat buat trip ni.

Trip KL - New Delhi.


Tapi, dari New Delhi, aku akan naik keretapi ke Jaipur, pastu ke Agra tengok Taj Mahal. Dan ! Dari sana aku akan cuba dapatkan tiket murah ke Kathmandu !!

Nepal uols !


May.

Bulan May tahun depan aku beli tiket berikut.

KL - Ho Chi Minh atau Saigon di Vietnam.



Aku ingat nak buat trip terus ke Hanoi tapi aku dah check naik keretapi 24 jam !

* koma.

Maka aku may be lepak di HCM saja lah. Tengok la cemana. Lagi pun aku pegi weekend jer. Aku memang cari trip yang weekend sebab aku malas nak ambik cuti. Aku tak tau jadual aku macamana tahun depan, so kalau weekend tu at least, aku boleh menghilangkan diri tanpa perlu rasa bersalah.


June.

Dan penutup setengah tahun depan, aku akan buat trip ni.

Dari KL ke Phnom Penh dan dari sana naik bas ke Siam Riep dan balik ke KL dari Siam Riep. Ni yang aku beli tiket one way je dan aku dapat murah.


Aku rasa berbaloi baloi plus aku boleh pegi dua tempat sekali gus.

So begitu lah jadual aku tahun depan. Agak padat jugak la. Maklum la aku ni kan duta Air Asia. Tahun ni pun belum abis travel lagi. Tahun ni masih ada berbaki trip aku.

Bulan June - Ke Kuching
Bulan July - Phuket
Bulan Ogos - Puasa, so duduk di rumah berehat saja.
Bulan Sept - Tak de
Bulan October - Perth
Bulan November - Koh Lipe
Bulan Disember - Gold Coast.

Jangan salahkan aku sebab suka merayau, salahkan Air Asia sebab dia bagi tiket murah murah...

* Lambai dari tangga kapal terbang..........

6 comments :

  1. arghhhhhhhhh kecemburaun la nih ngan cikdu...

    mcm mana boleh dpt tiket murah2 dgn senang ??? iayaaa.... meg hanya berjaya bulan 2, ke HCM lgik uhhuh...

    nanti bg tips2 yaa..... dan berepisod 2 jalan2 itu..... :)

    selamattttt :)

    ReplyDelete
  2. eh kecemburuan laaaaaaa

    cemburu aka jeles hahahhaa :)

    tetap nk salah eja..............isk

    tak aci cikdu sokmo dapat tiket2 murah aaaaaaa

    ReplyDelete
  3. cikdu,
    gua ade soalan,
    ade kekosongan jawatan untuk system engineer tak?

    selambe kan aku?

    ReplyDelete
  4. tak de la acik.. baru je hire budak baru masuk 2 orang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...