Hah. Lepas mendapat sinar kebahagiaan tu, aku mandi, solat dan siap siap.
Tunggu budak kaunter tu. Masalahnya, nama dia pun aku tak sempat tanya. Kejam tak? Hiks.
Dok baring dalam bilik tunggu dia aku hampir terlelap. Then pintu bilik di ketuk. Dia rupanya.
"Mas, udah sedia?"
"Hangat di luar?"
"Ya.. masih"
"Hmm gimana?"
"Kalau Mas mahu rehat dulu, kita langsung keluar jam 2?"
"OK"
"Nanti saya ke mari lagi ya. Saya pulang dulu ambil kamera"
"Bisa"
Dia pun nak ambik gambar jugak, so OK la, kira dia nak balik dulu ambik kamera dia. Ada geng !
Best.
Lebih kurang jam 2 petang, mamat tu datang semula. Masa tu baru aku tanya nama dia ialah Andi. Budak lagi dia ni tapi OK lah.
"Kita ke mana dulu ni?"
"Sempoerna House"
"OK"
Aku menurut perintah. Pakai helmet dan terus membonceng sama. Dia yang bawak aku lak rasa tak selamat. Dah lama tak naik motosikal. Kejap aku pegang seat, kejap kena pegang dia sebab dia kecik pada aku, aku rasa macam tak yakin je. Nasib la dia tak bawak laju pun, tapi motosikal kan banyak. Tawakal je lah.
Masa lalu melepasi kota Surabaya tu sempat la dia tunjuk aku tempat tempat menarik. Aku just tengok je lah.
"Mau motret di sini ngga?"
"Ngga apa apa lah"
Tak de apa yang menarik pun, macam kota kota biasa penuh dengan hiruk pikuk manusia.
Kami terus je menuju ke Sampoerna House.
Anda tau rokok Sampoerna?
Ya. Ini lah nama muzium ni. Sempena dengan nama rokok Sampoerna tu. Kiranya ini adalah muzium yang memaparkan sejarah rokok Sampoerna dari awal permulaan pembukaannya di zaman dulu dulu di Indonesia ni sehinggalah menjadi salah sebuah syarikat gergasi.
Masuk percuma.
Apa yang ada di dalam? Mari kita tengok.
Muzium ni 2 tingkat. Di bahagian bawah tu mula mula masuk adalah di tunjuk barang barang keperluan untuk menghasilkan rokok. Pastu ada setting opis pengasas dia, dan tentang kehidupan pengasan dia ni, ada lah jugak benda benda yang lain.
Masuk bahagian ke dua, ada sejarah rokok Sampoerna tu sendiri. Dari packaging dia, bahan dia, gambar gambar poster dia dan sebagainya. Besar jugak lah. Malangnya di tingkat atas tak boleh ambik gambar. Atas tu ada kedai souvenir dan overlooking ke belakang nampak kilang dia yang masih berfungsi menghasilkan rokok dengan menggunakan tangan.
Tapi hari tu tak de orang bekerja so nampak kerusi meja saja lah.
Dan di sini la aku jumpa minah ni hari tu !
Aku je yang sibuk ambik gambar kat sini. Mamat Andi tu tak ambik mana sebab dia kata dia dah bosan kat situ. Hahaha.
Tak pe lah. Overall, tempat ni tak de la menarik sangat pun. Tak de apa. Tapi ada bas yang menyediakan tour free di kawasan tertua di kota Surabaya ni, tapi aku tak naik pun.
Lepak lepak sekejap kat area ni, lepas ambik gambar kami pun blah.
Andi bawak aku ke kawasan lain pulak.Nampak la monumen tugu pahlawan Surabaya. Nak berhenti mula mula tapi panas gila. Tak jadi lah. Pengsan aku karang. Pastu kami ke kawasan Jambatan Merah. Jambatan Merah ni sejarahnya.
Aku quote ya.
'Jembatan Merah merupakan salah satu monumen sejarah di Surabaya, Jawa Timur yang dibiarkan seperti adanya: sebagai jembatan. Jembatan yang menjadi salah satu judul lagu ciptaan Gesang ini, semasa zaman VOC dahulu dinilai penting karena menjadi sarana perhubungan paling vital melewati Kalimas menuju Gedung Keresidenan Surabaya, yang sudah tidak berbekas lagi.
Kawasan Jembatan Merah merupakan daerah perniagaan yang mulai berkembang sebagai akibat dari Perjanjian Paku Buwono II dari Mataram dengan VOC pada 11 November 1743. Dalam perjanjian itu sebagian daerah pantai utara, termasuk Surabaya, diserahkan penguasaannya kepada VOC. Sejak saat itulah Surabaya berada sepenuhnya dalam kekuasaan Belanda. Kini, posisinya sebagai pusat perniagaan terus berlangsung. Di sekitar jembatan terdapat indikator-indikator ekonomi, termasuk salah satunya Plaza Jembatan Merah.
Perubahan fisiknya terjadi sekitar tahun 1890-an, ketika pagar pembatasnya dengan sungai diubah dari kayu menjadi besi. Kini kondisi jembatan yang menghubungkan Jalan Rajawali dan Jalan Kembang Jepun di sisi utara Surabaya itu, hampir sama persis dengan jembatan lainnya. Pembedanya hanyalah warna merah'
Tapi memang betul lah, Jambatan ni sebenarnya tak de apa pun. Jambatan biasa penuh dengan orang lalu lalang. Nak ambik gambar pun aku tak reti. Yang membezakan dia dengan jambatan lain adalah palang dia tu di cat kaler merah. Itu je.
Pastu banyak lak becak becak kat situ. So aku malas nak ambik gambar.
Sudahnya, kami berhenti di kawasan Kya Kya Si Kembang Jepung ni je untuk ambik gambar.
Tempat ni kiranya macam china town lah. Tapi malam malam dah penuh dengan gerai gerai makan di kiri kanan jalan.
Pun sama, tak de apa yang menarik pun.
Tak lama kami di sini.
Andi terus ajak aku bergerak. Katanya kena cepat sebab kami mahu ke Jambatan Suramadu. Nak ambik gambar sunset di sana. Takut tak sempat.
Aku pun apa lagi, terus je merempit dengan Andi meninggalkan kawasan Surabaya lama ini menuju ke Pulau Madura !
Madura?
Terus aku terbayang orang kena penggal kepala.
Tatottttt !
kenapa gambar tak di "brand"kan?..nanti orang lain cilok,ngaku yg sendiri, naya je.cantik gamabr2 ni.macam poskad pun ada.
ReplyDeleteada ke org nak curik? biar la dia..
ReplyDeleteakhirat nanti dia dtg la bawak bakul berisi buah buahan nak mintak maap.