Thursday, April 3, 2014

Cuti Cuti Sekolah Mac 2014 - Penang

Cuti sekolah kembali. Dan dah pun berakhir. Macam biasa, cuti sekolah kena lah pegi jalan jalan.

Kena ke? Kena la kot.

Planning pun last agak minit sebab Hero sibuk dengan kelas swimming dan aku pun busy. Tak leh nak ambik cuti.

Kami decide ke Penang.

Yay !!

* percikan bunga api seluruh angkasa

Padahal aku yang bagi cadangan pastu paksa dia orang semua ikut. Anak anak aku tu bukan kisah pun gi mana, janji gi jalan dan tidur hotel.

Sebab tak tau bila nak update trip ni, jadi highlight muncul dulu...............

Perjalanan ke Penang. OK. Tak jem

Sampai Penang terus pegi cari Sup Hameed

Sebab trip ni adalah trip lebih kepada budak budak, jadi misi nak mencari lukisan lukisan mural ni semua tergendala.

Sempat pi pekena Nasi Kandar Beratur.........  memang kena beratur !!

Skyline Penang

Malam pertama bermalam di Traders Hotel, Penang. Dah buruk hotelnya.

Penang Skyline. Nampak biru?? Sebab aku ambik ikut tingkap hotel.

Trip ni jugak banyak makan makan. Jeruk Madu Pak Ali di lupa jangan....

Eastern and Oriental Hotel. Aku nak duduk sini, tapi OR cakap tempat ni macam berhantu............ !

Makan lagi. Line Clear... Chantek............ !

Nasi Beryani Kapitan

Seterusnya kami menginap di Hard Rock Hotel, Penang

Batu Ferringhi, Penang

Senja di Ferringhi

Senja di Ferringhi

Senja di Hard Rock Hotel, Penang

Hard Rock Hotel malam

Lagoon Deluxe, Hard Rock Hotel

Parasailing di Batu Ferringhi

Gurney Drive, Georgetown

Balik ikut laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pokok kelapa

Masa on the way balik tu, kat highway jem gila.

Sudahnya, singgah Kuala Kangsar kejap. Saja nak mengimbau kenangan kenangan lama di sini.

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Muzium Di Raja, Kuala Kangsar

Koleq



Senjakala sudah tiba
Membawaku rasa duka
Dalam jiwa bergelora
Senjakala kau menjelma
Menghampiri waktu sunyi
Dalam hening tiada terperi

Ku teringat peristiwa
Kasih suci di sambar petir
Ingin aku merindui
Senjakala kau pergilah
Tinggalkan ku yang kecewa
Biar derita menanti ajal

Dan yang tak bestnya, dah singgah kat Kuala Kangsar tu, masuk balik highway masih jem.

Sudahnya bertolak pukul 3 petang dari Batu Ferringhi, dekat pukul 1 pagi baru sampai KL. Sakit pinggang dan tulang temulang.

Apa apa pun, bebudak suka. Aku pun OK jer.. 

Cuma sebab budak budak lebih seronok nak spent banyak masa kat hotel jer, so tak de pegi melawat ke mana mana pun. Hajat nak pegi rumah kelahiran P Ramlee tapi tak jadi. Plan nak ke Bukit Bendera pun terkubur sebab masing masing seronok terjun kolam.

Dah kautim dengan Hero nak singgah Toys Museum masa nak balik tapi aku boleh terlupa. Nak keluar dari Penang tu Hero tanya.

"Papa, kita tak jadi ke pegi Toy Muzium?"
"Haaaaaa.. Papa lupa... "

* pecut kereta laju laju

Serious aku terlupa !

Apa apa pun Penang memang syok kalau nak gi makan makan. Tapi tu la, boleh tahan jem nya.  

Tunggu nanti update tempat tempat yang kami singgah. 

Wednesday, April 2, 2014

GBS @ Surabaya - Highlight & Itinerary

Hurla !

Highlight dan itinerary trip Geng Berjalan Sakan ke Surabaya pada Mac 2014.. Trip kali ni untuk melawat Bromo, Kawah Ijen dan Kota Batu Malang.

Sedut...............

Madakaripura Waterfall

Madakaripura Waterfall

Sunset dari  Cemoro Lawang

Cemoro Lawang

Taman Nasional Bromo Tengger Semeru

Taman Nasional Bromo Tengger Semeru

Taman Nasional Bromo Tengger Semeru

Taman Nasional Bromo Tengger Semeru

Kawah Bromo

Savana

 Savana

 Savana

 Savana

Savana

Pasir Berbisik

Kawah Ijen

Blue Fire, Kawah Ijen

Blue Fire, Kawah Ijen

Probolinggo

Probolinggo

Probolinggo

Probolinggo

Masjid Muhammad Cheng Ho, Kota Malang

Itinerary untuk trip 4 hari 3 malam ini.

Day 01 - Airport Juanda Surabaya terus ke Bromo. Sunset at Cemoro Lawang
Day 02 - Sunrise Bromo Mount  - Penanjakan 1 - Kawah Bromo  - Padang Savana  - Pasir Berbisik.
Day 03 - Kawah Ijen/Batu Malang
Day 04 - Back to KL

Cost sorang RM650 all inclusive kecuali flight tiket RM 102 return dan shopping serta makan (ikut tahap keboyakkan)

Kawah Ijen adalah satu-satunya kawah di Indonesia yang memiliki fenomena alam “blue fire”. Di dunia ini hanya ada 2 tempat yang memiliki Blue Fire iaitu Kawah Ijen, Indonesia dan Iceland.

Nak pegi Iceland tu tak tau la bila kan? Belum nampak di mata !

Please also note, tarif untuk naik Bromo telah meningkat sehingga 300 percent selepas bulan Mac 2014 ni. Jadi..... lepas ni kalau nak pegi Bromo kena berbelanja lebih sikit lah.

Jika tidak, memang tak sampai lah nak memanjat....................Dah mahaiii !



Indah .. terasa indah
Bila kita terbuai dalam alunan cinta
Sedapat mungkin terciptakan rasa
Keinginan saling memiliki

Namun bila itu semua
Dapat terwujud dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang terbayang
Menyatukan perasaan kita ...

Tetaplah menjadi bintang di langit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini
Agar menjadi saksi cinta kita
berdua ... berdua ...

Sudah .. terlambat sudah
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan .. ini
Menjadi saksi kita berdua ...

Tuesday, April 1, 2014

Mega Trip 2013 : China & Mongolia - Video and Summary

Phewww !

Ini entry terakhir Mega Trip 2013. Just to summarize the whole trip.


Berjaya jugak aku abiskannya....


Hah !!!

Jangan tak percaya, akhirnya aku ada video sendiri. Video yang pertama aku buat.

Sebenarnya tak plan pun, aku just simpan few footage masa trip ni dan bila rajin tu aku edit edit sikit maka terjadi la video serupa ni.

Video agak gegar dan kualitinya bukan la yang thorbaik tapi OK la untuk summarize trip Berkelana Merentas Sempadan : China dan Mongolia 2013 ini.

Enjoice !!



OK. Jangan tanya kenapa aku pakai lagu tu. Lagu tu pun aku baru dengar, agak catchy dan sedap juga. Aku main belasah je lah.

Misi lepas balik tu adalah nak gi tampal gigi, malangnya gigi dah rosak... so kena cabut. Nasib baik doktor baik gila. Aku recommend WhiteZone Dental Clinik di PJ Old Town.

Kenangan Mega Trip 2013 yang buat aku rongak seumur hidup.... Pasrah.

Hari aku balik tu hari yang sama jugak aku masuk opis dan kerja macam biasa !!!!

Semua macam tak percaya.

Masuk masuk je cekak pinggang mengadap anak anak buah aku.

"Jangan nak seronok sangat. Sundel Bolong bangkit kembali................ !!!!"

* curah kuah satay atas kepala

Tu je lah.

Apa apa pun yang berlaku sepanjang aku di China moga moga tidak melunturkan semangat sesapa untuk bertandang ke Shanghai atau tempat tempat lain di China tu. Setiap orang akan mengalami pengalaman yang berbeza, jadi.. pegi jer !

Mongolia pulak, aku alu alu kan untuk gi melawat. 

Untuk Highlight, Itinerary dan budget, refer entry entry ni ..



Dan untuk semua entries. Sila rujuk di sini.


...................TAMAT.................. 

* sapu lantai, kutip sampah, susun kerusi dan tutup panggung wayang  

Sapa yang sepah sepahkan lantai ni??

Bersihkan sekarang !!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...