Friday, June 30, 2017

IFTAR 2017 : Palm Hill Cafe, Shangri-La Putrajaya

Sesi buka puasa di luar.

Kali ni dengan customers dan lokasinya di Palm Hill Cafe, Shangri-La Putrajaya.

Putrajaya Shangri-La

Iftar ni memang aku organize untuk jamu customers aku. Since most of them ada di Putrajaya dan kawasan sekitar jadi kami pilih lokasi yang berdekatan je lah. Harga buka puasa RM 160 per pax dewasa dan RM 80 untuk kanak kanak.

Aku pernah berbuka puasa di sini few years back. Dah lama tak datang sini, kali ni kunjungi semula tempat ni.

Usha dulu kawasan Shangri-La Putrajaya ni.



Usha pulak setting untuk ifar di Palm Hill Cafe ni.



Usha dulu apa yang di sediakan untuk berbuka puasa di sini.










Highlight ifatr 2017 di sini adalah BBQ yang di sediakan di lokasi luar compound hotel.










Spread makanan yang banyak. Memang banyak choice. Cuma agak kecewa sikit di bahagian desserts sebab macam tak pelbagai.




Tapi sesi buka puasa di hiburkan dengan persembahan live band. Bulan puasa dia nyanyi lagu Cina !


Tak sempat nak ambik gambar bebetul sebab sebagai organizer, aku sibuk bagi memastikan 100 orang customers aku yang datang di layan dengan baik dan mereka rasa selesa.

Sempat makan ni jer

Dan buah buahan.

Lepas customers balik baru aku sempat makan sampai nak tersungkur !

Alhamdulillah kenyang. Semua orang girang.

Overall, makanan agak sedap dan menyelerakan kecuali bahagian desserts. Much better than buffet Ifatr di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur tempoh hari.

Dah abis ifatr buka puasa. Dah ready dan siap siap nak beraya !

PALM HILL CAFÉ
Shangri-La Putrajaya
Taman Putra Perdana Presint 1, Wilayah Persekutuan,
Putrajaya, 62000, Malaysia
T:(60 3) 8887 8888 F:(60 3) 8887 8889

FB : Shangrila Putrajaya

Thursday, June 29, 2017

IFTAR 2017 : Brew & Stone, Kota Damansara

Setahun hanya sekali, cari masa buka puasa dengan geng GBS !

Lokasi nya.....

Brew & Stone, Kota Damansara

Sejak dari sebelum bulan puasa teringin nak datang makan di sini sebab tengok iklan di FB. terpesona juga tapi tak berkesempatan. 

Kebetulan geng GBS ajak berbuka di luar, cari cari tempat dan pilih tempat ni since ada buffet Ramadhan juga.

Kami golongan burung burung di awalan, so dapat harga murah sikit.

BW dah booking sehari sebelum. Hari yang di janjikan tu, BW dengan IH dan MH ambik aku kat rumah dan kami berjumpa terus di tempat kejadian.

Lama tak jumpa kawan kawan GBS. Jumpa dan berkumpul sebelum raya.

Lokasinya terletak di Kota Damansara tapi di lot bangunan yang tak berapa busy di hari minggu. Jadi parking agak banyak di kawasan tu.

Kami sampai agak awal dari pelanggan yang lain so sempat usha dan snappy interior cafe dulu.

Brew & Stone

Ruang dalaman

Hiasan dinding

Seating

Sebab kami datang untuk buffet Ramadhan, jadi usha apa yang di sediakan di sini. Ayuh !

Khemah makanan di area luar

Pilihan makanan ada western

Melayu

Macam macam lagi

Jamu selera

Pilihan makanan tak de lah banyak mana. Orang agak ramai, waktu berbuka, sekali orang angkut makanna terus abis. Nak tunggu dia replenish agak lama dan ambik masa juga.

Usha makanan yang sempat kami jamah.






Bagi aku makanan dia so so jer. Tapi western dia agak sedap juga. Lauk pauk tu je la biasa dan macam tak cukup menampung pelanggan yang ramai. Desserts tak sedap mana. Cukup la untuk makan makan dan jamah sikit sikit. Lagipun makan tak banyak, sembang je lebih. 

Cuma surau di sediakan tu lebih perlu di tambahbaik !

Overall berbaloi dengan harga early bird. Kalau harga full tu macam mahal sangat dengan apa yang ada.

Boleh datang cuba western dia nanti di sini.

Lokasi nak cari depan dengan bangunan office Terlajak Laris

Selamat mencuba!

Brew & Stone
Jalan Pekaka 8/1D,
Seksyen 8, Kota Damansara
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 603-6144 5678
FB :  Brew & Stone

Business Hours :
Tues – Sun 11 a.m. – 11 p.m.

Wednesday, June 28, 2017

IFTAR 2017 : Lemon Garden, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

Aku memang tak berapa gemar buka puasa di luar. Selagi boleh aku akan buka puasa di rumah. Tapi ada hari hari tertentu dan event tertentu atas dasar jemputan tertentu dan keadaan selera tekak yang kadang kadang dambakan lambakan makanan untuk di jamu, ketamakkan muncul dan mengatasi segalanya.

Cerita Iftar Ramadhan 2017.

Dan orang kata alang alang buka puasa di luar, pilih lah yang agak agak kasi puas hati !

Ramadhan Buffet

Indulge in the best of Malaysian and international cuisine at Lemon Garden’s Festive Dinner Buffet from 27 May to 24 June 2017. Priced at RM198 nett per person (Sunday-Thursday) and RM218 nett per person (Friday-Saturday).

Berbuka di sini dengan team aku lebih kurang 10 orang. Sekali sekala bertemu sua dan berjumpa sambil makan makan dan bergurau senda ! 

Sebagai boss yang acah acah baik, kena lah sesekali berhabisan untuk jamu selera tekak anak anak buah. Kalau ikut harga memang macam melampau buka puasa mahal mahal macam ni, tapi sekali sekala.. ikut kan je lah kemahuan anak anak buah aku ni !

Shangri-La Hotel menjadi pilihan

5 Stars hotel yang terkemuka di ibukota

Shangri-La Ramadan

Dan sesi buka puasa di Shangri-La ini adalah di salah satu restoran mereka iaitu Lemon Garden yang baru saja siap di refurbished dengan deco baru dan lebih selesa.

Gema Ramadhan

Aku sampai pun agak time dah nak berbuka. Biasalah masuk KL ni jem belaka. Tapi demi sesuap nasi, sanggup jugak ler.

Layan dulu interioir kawasan dalam restoran Lemon Graden ni.

Penuh orang

Memenuhi ruang kawasan

Tapi sebab memang dah booking, ada je kerusi meja yang telah di sediakan.

Fresh seafood, barbecued delights and local and international specialities are available at Lemon Garden’s Festive Seafood Dinner Buffet

Jom melawat buffet kaunter dan apa yang available untuk memenuhi selera pengunjung yang hadir untuk berbuka di sini.

Healthy corner

Penuh dengan aneka makanan makan sihat

Salad segar

Dan macam macam lagi

Sihat ke benda benda ni?

Bread dan roti roti

Bagi yang mahukan western food

Aneka spaghetti dan pizza

Kambing golek

Kaunter makanan

Dan aneka lauk pauk

Untuk di pilih

Pilihan macam macam

Barat utara timur selatan

Kudapan

Dan aku mulakan dengan hidangan penuh sihat. Tak boleh haloba walaupun makanan macam macam tersedia. Kena jaga body !

Dan waktu berbuka ditemani dengan persembahan gamelan

Abis sesi pertama, berhenti solat dan hisap rokok jap. 

Sambung sesi ke 2.

Hidangan timur tengah

Dan lagi aneka juadah

Cekodok dan goreng pisang pun ader

Apa barang datang hotel mewah makan makanan kampung kampung begini? Jatuh standard abang sebagai wakil dari Hitaly

Kurang kurang chinese cuisine or Japanese

Tapi highlight menu buka puasa di sini adalah hidangan seafood.

Udang udangan

Kaum kaum dari semudera raya

Ulu Tiram

Ketam ketaman yang merusuh sesama sendiri

Makan lah selagi muat perut dan masih berdaya

Sambil di temani oleh abam Kassim Slamat

Dengan penyanyi udangan yang tak berapa menghiburkan. Nyanyi lagu ngantuk ngantuk saja

Dan di sudahi dengan pukulan padu pencuci mulut

Yang ada

Yang beraneka selera

Sampai surrender !

Oh buah buahan jangan di lupa

Makanan memang banyak tapi setakat mana lah sangat kita mampu makan?

Agak membazir jugak la sebenarnya, imagine orang lain di negara negara yang susah memang tak de peluang nak tengok makanan sebanyak ni apa lagi nak makan.

Memang buffet Ramadhan ni aku tak galakkan. Tapi sekali sekala... back to the same excuse yang ada. Sekali sekali boleh lah....

Overall, makanan buffet Ramadhan di Shangri La Hotel ni agak banyak tapi kesedapan dia tu biasa biasa jer. Dulu dulu aku datang berbuka kat sini rasanya lebih sedap dari sekarang ni. Or mungkin dulu orang belanja, tapi kali ni aku yang kena belanja !

Anyway makan makan ni buat syarat jer... apa yang penting, time yang ada untuk get together dan mendengar masalah masalah staff staff tu buat session macam ni penting juga.

Perut kenyang, masing masing riang. Boss yang garu kepala.... nasib lah setahun sekali ! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...