Saturday, November 12, 2016

TRAVELOKA NZ : Christchurch

Ini bukan travelog. Ini adalah cuma mendekati destinasi detinasi yang menarik yang aku jejaki sewaktu di New Zealand tempoh hari. Mungkin boleh memberi maklumat tambahan bagi yang merangka itinerary ke sana nanti.

Entries untuk New Zealand masih belum dapat dimulakan lagi kerana kekangan masa. Jadi bertabah dulu dengan yang ni.

Ayuh kita mulakan destinasi traveloka pertama.

+++++++++++++++

Christchurch adalah sebuah bandar yang terletak di pesisir timur Pulau Selatan di New Zealand dan merupakan bandar terbesar di pulau itu. Ia juga merupakan kawsan urban kedua terbesar di New Zealand selepas Auckland.


Bandar ini memperoleh namanya dari kolese katedral Christ Church di Universiti Oxford. Namanya dalam bahasa Maori adalah Otautahi. Nama Christchurch telah diilhamkan oleh John Robert Godley daripada Pertubuhan Canterbury dan dipersetujui pada mesyuarat pertama pertubuhan berkenaan pada 27 Mac 1848. Christchurch terletak pada 43°32' LS, 172°40' BT (-43.5333, 172.667).

Pada tahun 2004, jumlah penduduknya seramai kira-kira 363 700 orang. Namun pada Jun 2010, jumlah populasi penduduk bandar raya ini telah berkembang dengan kira-kira 376,700 orang. Kini bandar raya Christchurch diurus tadbir oleh Majlis Bandaraya Christchurch.

Awalnya, nama bandar raya ini ditulis sebagai Christ Church, namun direkodkan sebagai Christchurch pada minit pengurusan jawatakuasa Pertubuhan Canterbury. Bandar raya ini digazetkan sebagai bandar raya oleh Piagam Diraja pada 31 Julai 1856, lantas menjadikannya sebagai bandar raya tertua di New Zealand.

Bandaraya Christchurch amat terkenal sebagai bandar raya yang membekalkan kualiti air minuman yang bersih, dan amat jernih serta tulen yang terbaik di dunia. Air minuman yang dibekalkan adalah amat bersih, disalur menggunakan saluran paip awam amat sesuai untuk tujuan minuman dan kegunaan domestik. Sumber air yang diperolehi juga datangnya dari air sungai dari kaki bukit Pergunungan Alps selatan. Uniknya sistem bekalan air di Christchurch ini tidak dirawat, airnya hanya ditapis secara semulajadi. Terdapat lebih 50 stesen pengepam yang mengepam air tulen bersih ini ke seluruh bandar raya.

Penerbangan Air New Zealand

Penerbangan dari Auckland ke Christchurch memakan masa selama 1 jam 05 minit. 

Bentuk muka bumi South Island yang di seliputi salji sewaktu musim winter

Menara kawalan di Christchurch Airport

Arca di Christchurch Airport

Christchurch sendiri cukup terkenal akan aktiviti pelancongan alam semulajadinya yang cukup indah dan mengagumkan. Lokasi pelancongan di Christchurch seperti Taman Ulat, Taman Hidupan Liar Willowbank, Kapal Black Cat dan Pusat Antartik Antarabangsa adalah lokasi yang wajib dilawati apabila pelancong tiba di Christchurch.

Sungai Avon yang merentangi bandar Christchurch juga merupakan destinasi yang menarik untuk disusuri dengan menaiki sampan.

Bandar Christchurch

Bangunan bangunan lama

Simbolik kebangkitan selepas kejadian gempabumi yang berlaku

Tinggal kenangan. Christchurch Cathedral selepas gempa

Dunia telah digegarkan pula dengan bencana alam gempa bumi yang terjadi di Christchurch, New Zealand pada pukul 12.51 tengah hari waktu tempatan 21 Februari 2011 (waktu Malaysia pukul 8.19 pagi ) 

Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter yang melanda wilayah ini merupakan gempa bumi kedua yang melanda negara tersebut dalam tempoh enam bulan dari gempa bumi sebelum ini yang berlaku pada September 2010 digegarkan dengan kekuatan 7.2 pada skala Richter.

Gempa bumi tersebut berlaku semasa orang ramai sedang sibuk melakukan kegiatan harian di bandar yang dihuni 350,000 orang dan ia merupakan antara bencana alam yang paling dahsyat pernah melanda New Zealand. 

Tramway merentasi bandar Christchurch

Dataran peringatan gempa

Christchurch Icon

Christchurch Cathedral yang sudah tidak dibaikpulih

Founder of Canterbury

 Christchurch City

Double Decker bus

Christchurch

Kesan pembangunan semula

Christchurch Botanic Gardens

Santai di taman

Pohon

Bunga biru biruan

Bunga Magnolia

Avon River merentas Botanic Gardens

Peneman

Boleh berkayak bersampan ala ala macam di Cambridge

Peneman sepi

Tenang

The curator's House

Kami tak spent banyak masa di Christchurch. Cuma singgah sekejap lepas turun flight dan ronda ronda bandarnya. Bandar dia pun macam lengang dan sunyi. Kenderaan pun tak busy. Mungkin lepas gempa bumi yang melanda, ramai yang telah berpindah dan meninggalkan bandar ni.

Boleh spend setengah hari ronda ronda di sini, kami sempat isi minyak dan berpicnic bersama itik itik riang di Botanic Gardens Christchurch ni.

Meskipun Christchurch seakan akan hilang tarikan, namun masih terselit keunikan tersendiri lagi lagi setelah kejadian gempa bumi besar berlaku di sini. Apa apa pun peristiwa tersebut selain memberi pengajaran ia juga turut meninggalkan kenangan bagi warga penghuninya.



Pastikan tiba detik dan waktu
Saat yang indah kan berlalu
Sempadan mendindingi kita

Ku di sini
Kau nun di sana
Lagu kita tak senada

Doaku biarpun mati diam di bibir
Tak upaya mengekang suratan takdir
Yang ada hanya kenangan antara kita
Ada air mata
Ada senyuman di dalam hiba

Di saat hampir melupakanmu
Tersingkap tabir masa lalu
Bermain di kelopak mata, berputaran
Di kotak minda, tenangku terusik jiwa

Doaku biarpun mati diam di bibir
Tak upaya mengekang suratan takdir
Yang ada hanya kenangan antara kita
Ada air mata
Ada senyuman di dalam hiba

Sesungguhnya kenyataan betapa pun menyakitkan
Harus diterima semuanya
Penentu segala hanya Dia

Doaku biarpun kecil diam di bibir
Tak upaya mengekang suratan takdir
Yang ada hanya kenangan antara kita
Ada air mata
Ada mimpi yang terluka
Ada jiwa yang kecewa
Ada senyuman di dalam hiba

10 comments :

  1. Rindu NZ!huhu..aku first time jejak nz september 2011 meng. Mmg xde apa lar yg nk tgk kt christchurh ni dolu..tgk kesan2 gempa je lar & lepak botanic garden tue..huhu

    ReplyDelete
  2. tertarik dengan sistem negara2 yg bekalkan air bersih dari paip air dapur je. :) menjimatkan & memudahkan kan? walaupun sy tak biasa minum direct dari paip, tapi kalau nak guna untuk masak, rasa mcm senangnyaaaa.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kat sana banyak sumber air bersih.

      Air dari pergunungan, bermineral dan tidak di cemari oleh sebarang anasir anasir liar.

      Delete
  3. bandar yg cool & relax... (mcm penah smpi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua bandar di sana relax relax je.. birri lagi ramma pada orang

      Delete
  4. wah..mampu tengok je..jadual jalan-jalan dah penuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe la mana tau tetiba datang seru. org kaki jalan ni selalu planning nya mcm mcm.

      Delete
  5. Travelog dan traveloka berbeza ye...Travelog sama tak dengan teaser?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama. ejaan lain lain.

      teaser tu (Marketing) a preliminary advertisement in a campaign that attracts attention by making people curious to know what product is being advertised

      Travelogue (literature), a record of the experiences of an author travelling

      Traveloka is a leading tech startup based in Jakarta, Indonesia.

      Dlm konteks ni, traveloka tak bermaksud apa apa !

      * lari

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...