Monday, November 7, 2016

GBS Day Out : 03 - The Kabin, Pantai Remis, Jeram, Selangor

The Kabin, a unique container-type lodging unit with a smart modular concept catered for a one of a kind holiday experience. 

Located at Remis beach, Kuala Selangor, it is just about 1 hour drive from KL. Great gateway for those who are looking for a short escapade within the city. Explore, and you will find a lot of interesting places nearby. Back to nature, slow paced living, you will appreciate life more. 

This boutique resort can accommodate up to 78 guests at one time, great place to hold teambuilding, events, family day, wedding and et cetera. 

Welcome to The Kabin !

* begitu mukadimahnya.....................

The Kabin, Pantai Remis

Sebenarnya kunjungan kami ke sini adalah saja saja je nak usha kawasan.

Sebelum sebelum ni memang aku pernah riki riki jugak tempat ni untuk bercuti dan aku pernah booking jugak sekali tapi atas sebab musabab yang tak dapat di elakkan, terpaksa cancelled.

So alang alang dah sampai ke mari, nak usha dulu la tempat ni. Kalau agak agak menarik boleh booking lain kali. Lagipun harga dia dah naik dari masa promotion dulu so kena check la kot kot berbaloi ataupun tidak.

Nak sampai ke sini boleh guna bantuan waze. Nanti ada signboard dan follow je la. Kelakar minah waze tu sebut Jalan Jati ... JaTai...

Banyak lah dia punya JaTai.

Jumpa rumah lama tapi macam lawa. Tapi macam mengerikan jer

Ikut laluan

Nanti nampak la kawasan The Kabin dengan kontena kontena yang didirikan sebagai tempat penginapan

Parking kereta di sini. Belasah je la walaupun kita bukan guests

Agak malang sebab waktu kami sampai di sini tetiba hujan mula turun dengan lebat.

Plan asal nak singgah kejap je usha usha kawasan ni then terus gi makan kat Aroma Ikan Bakar tu, tapi disebabkan hujan, kami tersadai di sini.

Nasib baik ada tempat berteduh. Dan nasib baik tak kena halau !

Reception area 

Juga terdapat sebuah cafe di sini

Since hujan lebat kami duduk menumpang teduh

Nasib ada ruang untuk duduk duduk

Sesambil tu order lah apa yang patut. Takkan nak duduk free je kot?

Sambil buat buat baca buku menghilangkan kebosanan

Nak makan pun boleh. Cafe ni ada lah jual makanan kudap kudapan.

Ada lah dekat setengah jam jugak la kami tersadai kat situ menunggu hujan reda. Tak de banyak aktiviti yang boleh di buat. Hujan pun agak lebat.

Pasrah melayan lara menunggu hujan reda.

Silakan Kak Ziana enter frame.....



Bergema irama pilu
Bila terkenangkan mu sendu menyulam rindu

Di mana kan kucari bahagia
Lara berlabuh lama sejak kau tiada

Walau sedetik kau pergi
Kembara sepi
Kujelajahi duka ini
Tiada suria lagi

Kelamlah dunia
Kau semilir senja
Kembali bermaya kesuraman lara
Jalinan asmara
Belaian jiwa
Kucuba jua, tak daya kutemukan
lembayung cintaku rela lara

Sebening lara meniti hari
Kanku terus mencari mahkota kasih

Penantian berakhir bila hujan mula berhenti.

Tak mahu berlama lama di situ takut disoal siasat dan di halau oleh tuan empunya resort, maka kami pun beredar dari reception area tu.

Jom skodeng The Kabin, Pantai Remis ni.

Tanda arah tuju

Sebab sedar diri so kami tak de la pegi usha dekat dekat. Cuma melihat dari jauh je kontena kontena yang di bangunkan dan dijadikan penginapan.

Lagipun setiap kontena tu berpenghuni, takkan aku nak gi menyebok tak sedar diri. Kang kena maki !

Kebanyakkan kontena di sini di namakan bersempena dengan nama tempat seperti Shanghai, Rotterdam, Durban. Long Beach dan lain lain lagi. Setiap kontena ini boleh memuatkan jumlah tetamu tertentu mengikut saiz binaannya.

Busan / Keihin / Kelang / Ho Chi Minh / Colombo / Melbourne. Yang ni boleh memuatkan 4 orang  (bunk bed) dan harga RM 290 weekend  dan RM 190 weekdays.

Shanghai / Singapore / Sharjah. Boleh memuatkan 4 pax. Harga weekend RM 310 dan weekday RM 210

Ke dua dua kontena di atas tu terletak jauh sikit dari kolam renang yang menjadi lokasi tumpuan utama di resort ni.

Jom usha beberapa lagi penginapan yang ada di The Kabin ni.

Santos/Balboa. Harga weekend RM 340 !! Boleh accommodate up to 4 pax

Rotterdam. RM 490 on weekend ! Tapi boleh sumbat 6 pax.

Kedudukan kontena penginapan yang lain

Ada lagi kontena kontena lain di belakang belakang tu tapi aku tak pegi usha lah. Setakat tengok dari jauh je.

Untuk harga penginapan untuk setiap jenis bilik boleh refer sini.

Penginapan dan harga * sumber FB The Kabin

Seterusnya mari kita usha kawasan pool di The Kabin ni pulak.

The Kabin

Keseluruhan pemandangan kolam renang

Baru lepas hujan

Tempat bersantai

Kalau tengok pada facilitiesnya pulak di The Kabin ni menyediakan beberapa facilities sama macam resort resort lain antaranya....

Cafe and Reception area

Swimming pool. Ada untuk dewasa dan juga kanak kanak

Tempat untuk BBQ

Tree house cum Games Room

Dan lain lain lagi termasuk lah multi purpose room, Free wifi, security and car park dan lain lain lagi.

Personally, aku tak nampak apa yang menarik sangat dengan tempat ni. Maybe sebab tidur dalam kontena kot so macam boleh bagi experience yang berlainan untuk tetamu yang datang ke sini. Dari segi attraction rasanya tak de apa sangat yang berdekatan kecuali pantai pantai dan kalau nak makan ikan bakar kat Aroma tu je la. Kalau nak gi tengok Kunang Kunang macam jauh je ke Kuala Selangor sana.

Konsep dan idea agak menarik, cuma price wise aku rasa macam mahal gila. Harga taraf hotel 5 bintang kot tapi tengok pada keadaan kontena tu macam kecik dan sengkak jer. Macam tak berbaloi nak spend mahal mahal for attraction yang tak berapa ada dan facilities pun standard ajer.

Kalau dia maintain macam harga lama dulu aku rasa agak OK.

Tapi.............. ini based on pengamatan aku je sebab aku pun tak tidur kat sini. Maybe kalau family days, atau acara get together agak sesuai jugak la kot.

Kalau nak santai santai macam tak menarik mana sebab kedudukan kontena tu macam dekat dekat jer

Tapi kalau mencari kelainan apa salahnya. Manusia kan banyak citarasanya. Tepuk dada tanya selera.

Pantai Remis yang tak jauh dari The Kabin ni boleh jugak jadi lokasi santai santai petang petang

So bagi yang berminat, boleh refer FB dan website mereka untuk booking.

To be fair, kena try dulu then baru tau bagaimana rasanya. Berbaloi atau tidak tapi bagi aku lah, untuk harga macam tu aku better stay kat resort atau hotel yang lebih selesa. Tapi kalau ingin merasai tidur dalam kontena seperti ini, boleh lah mencubanya di sini.

Pilihan di tangan anda. Perawan atau janda?

* tetiba................

The Kabin
Lot 2984 Jalan Jati,
Pantai Remis, 45800 Jeram,
Kuala Selangor, Malaysia

+6017-678 3825 / +603 3264 0578

FB : The Kabin Malaysia
For info and booking : thekabin.com.my

Selamat !

16 comments :

  1. Pernah stay kt sini 1 nite on Friday, nak booking weekend mmg selalu fully booked, ambik yg paling murah - Durban. Saja nak experience duk dlm kontena.. Duk sekejap ok la, kalau lama2 mau sesak nafas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku bayangkan perkara yang sama.. Maybe one nite oke... Kalau lama lama... mau naik sawan duduk tempat small space cam ni.

      Delete
  2. Haiiiii uncle meng...lama seri tk singgah sini...rasanya harga2 bilik kat Cabin tu sgt2 tak berbaloi...baik dok kat resort 5*..... Lg best. Kaw tu kat kg je pun.. Mcm tk best je.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Rasanya macam tu juga.. Tapi kalau org yang nak kelainan boleh lah cuba....

      Lain org lain citarasanya.....

      Delete
  3. Replies
    1. Haaa.... resort resort boutique cam ni banyak kat area Melaka tu.. Boleh la try test nanti

      Delete
  4. Replies
    1. awas ! Nanti tak semena mena tangan kena potong..................

      Delete
  5. Nak rasa tidur dalam kontena yang pekerja kontrak tinggal tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious????

      Aku best mesti panas. Sebelum tengah malam kau dah lari keluar sehelai sepinggang tadah buka dalam besen.

      Hahaha... ke dia org ada ekon?

      Delete
  6. Hahaha..apa kena mengena perawan ka janda dalam ini cerita?? 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya perawan dan janda saja yang mengerti.. ahaks....

      tak de motip sebenarnya..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...