Wednesday, December 30, 2015

Jom Makan : Restoran Kayu Manis Seafood Restaurant, Cyberjaya

Makan lagi !

Kali ni di Cyberjaya. Aku kerap ke sana sebab ada kerja buat di kawasan sekitar.

Hari tu pulak ada member baik hati nak belanja makan tengahari. 

Aku follow jer. Tup tup dia ajak makan di sini.

Pucuk di cita, ulam makan mentah, baru la body boleh sado ! Orang nak belanja kan? Rezeki jangan di tolak. 

Ayuh kita mencekik di Restoran Kayu Manis, Cyberjaya.

Kayu Manis Seafood Restaurant

Restoran dia terletak di area Cyber dekat deretan kedai kedai makan yang banyak sebelum station Petronas tu.

Aku pun tak tau apa nama kawasan tu, tapi ada KFC, Nandos, Pizza dan Ayam Penyet.

Kalau baca di website dia di tulis macam ni.

Kayu Manis Seafood Restaurant serves authentic Chinese Muslim cuisine. Our menu features live seafood which are on display in saltwater aquariums. The one special item on our menu that keeps customers coming back is Crab. Our best selling crab menu is Chili Crab though we cook them in many other ways as well. Other live seafood on the menu are varieties of fish and shellfish.

We define our setup as a full service casual dining family restaurant. Our unique selling proposition is F&B products that are consistently tasty, of high quality and served by gracious employees.

Great efforts have been made to develop proprietary cooking methods to ensure consistency in taste and quality of our products.

Induction and ongoing training are provided to frontline employees to ensure the required service standards are achieved consistently.

Currently our outlet operation located in the affluent neighbourhood of Bukit Jelutong, Shah Alam and a new outlet at Cyberjaya. Bukit Jelutong outlet was opened for business on 11/12/2007 and has been operating continuously for more tchili crabhan 6 years.

So kiranya Chinese Muslim Restaurant jugak la ni. Apa apa pun bedal la. Tapi aku teruja sebab ada live akuarium ada banyak ketam ketam di situ menanti untuk di jadikan hidangan.

Ayuh berpantun dulu.

Daun kari di tepi titi 
Di petik untuk masakan Bugis
Besar sungguh hajat di hati
Untuk jemput menjamu di Kayu Manis.

Ewah.. ewah... pantun di jual. Kena la beli.

Dengarkan ya Tuan Hamba,

* betul betulkan tengkolok.

Itik semput menari tiang
Bela tak lama dibuat hidangan
Hajat menjemput di sambut riang
Makan percuma atau ......... dikenakan  .... bayaran?

Kakakakakakaka.............

Belum abis mengilai waiter letak menu depan muka ! Ahaks.

Dah duduk dan di berikan menu

Banyak cantik ko nak makan free? Nampak tu ketam ketam tu fresh lagi tu. Bayar tetap bayar !!!

Tapi nasib baik orang nak belanja, jadi.. niat suci nak makan dengan lahap dan riang tetap di teruskan.

Now order lah !

Tatap buku menu penuh nafsu

Pastu mesti tak reti nak order apa kan? Ya la kalau orang belanja takkan kita sesuka hati nak order itu ini, jadi aku serahkan kepada tuan empunya badan untuk order.

Apa yang terhidang nanti, kami sama sama belasahkan.

Air calamansi. Cuba teka satu jug ni harga dia berapa?

Jeng Jeng Jeng.. tak rakus la kalau tak dapat makan ketam !

3 ekor ketam di ambik hidup hidup dari akuarium, di timbang dan di masak Chili. Yummeh !

Order nasi goreng cina untuk 5 orang makan.

Gambar tak sempat di snap sebab tangan dah comot.

Tapi.. masih ada lagi hidangan yang menanti untuk muncul.

Sotong Goreng Butter dengan Telur Masin

WIN !!! Sedap. Lazat. Rangup memikat selera !

Sayur sayuran sikit buat syarat

Aktiviti penderaan kepada hidangan. Abaikan jari jemari tak mulus yang bersenjatakan alat mengkokak ketam

Ketam dah abis. Kuah dia masih ada.

Mantou muncul di saat saat kecederaan...

Nom Nom Nom

Certainly one of the best Chinese seafood restaurant in Cyberjaya.

Ketam fresh. Kuah chili dia not bad. Paling win adalah sotong goreng butter dengan telur masin tu. Pergh awek lalu dah tak pandang dah....  busy menjilat jilat jari.

Boleh di cuba. Mereka ada cawangan di Cyberjaya dan Bukit Jelutong Shah Alam.

Cuma yang tak menahan sikit.

Harga dia ya aw aw.... Nasib la orang belanja.

Alhamdulillah kenyang.

Semoga murah rezeki orang orang yang suka belanja makan sedap sedap ni kan?

Pantun sekali lagi.

Anak itik badan berbelang
Berenang di kolam airnya tenang
Budi sedikit tidak kan hilang
Seumur hidup pasti di kenang

* halau itik dan orang orang berdagu itik keluar pentas. asyik dia je jadi bidalan pantun

Apa apa pun, boleh di cuba makan di sini bila dapat gaji atau bonus.  

Check operation hours mereka.

Alamat cawangan mereka di Cyberjaya.

Cyberjaya
No. 5 Cottage Walk,
Off Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya,
Selangor, Malaysia.

Tel: +603-8322 3151

Check website mereka : Kayu Manis Seafood Restaurant



Kalau menebang si pohon jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
Kalaulah hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.

Bunga selasih si bunga padi,
Kembanglah mekar di dalam taman;
Pertama kasih kedua budi,
Yang mana satu nak didulukan?

Datuk Laksamana ke bangka hulu,
Berlayar kapal membawa dagang;
Bagailah mana kapal nak lalu,
Kuala sudah dilengkong karam.

Bunga padi bunga kiambang,
Buat hiasan di taman bunga;
Buah hati kekasih orang,
Hamba menumpang gembira sahaja.

8 comments :

  1. Ya aw aw tgk bill..nk berpantun pon boleh tergendala haha. #pitamtengokhargamakanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. tapi kalau bayar mahal makan sedap tak per. lagi sedap kalau org belanja.. uhuk uhuk

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau Jari Manis.. kita semua dah dapat makan free dah

      Delete
  3. Terliur sangat tengok ketam chili tuh !!!!

    Tapi Air Calamasi tuh sampai RM 43 !!!! Penggssaannn !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. tetiba rasa nak jadi petani tanam pokok calamansi. mesti hebat pulangannya

      Delete
  4. wahhh aku lama gak usha kedai ni tapi tak pernah2 nye nak pergi...nampak sotong ngan ketam tu, haish tergoda betul!ok nanti aku kena pergi nih...hehehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hos abadi JJCM wajib kena terjah....

      jangan lupa order mantou dia tu.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...