Selepas melawat Seventeen Arch Bridge di Summer Palace tu aku patah balik untuk ambik subway ke Central Beijing. Aku tak de tujuan nak ke mana mana dah. Cuma nak pastikan aku cukup masa nak balik ke hotel ambik beg dan naik Airport Express train ke Beijing Capital International Airport. Flight aku pukul 2 pagi ke Kuala Lumpur.
Jalan laju laju aku lalu ikut jalan ntah ke mana mana aku pun tak tau. Tapi aku pasti akan bawa aku keluar ke entrance aku memula sampai di Summer Palace ni tadi.
Tetiba nampak view yang agak lawa.
Kawasan belakang bukit Summer Palace
Ada tasik dan pavilion juga di sini. Area ni memang tak ramai orang
Dan rezeki aku, tak payah ke Fragrant Hills boleh nampak autumn leaves jugak di kawasan ni.
Nampak la daun daun berwarna walaupun tak merecik recik
Teratai layu di tasik madu....
Tasik dan autumn foliage
Ada jambatan
Tenang dan damai
Hari hampir senja tapi bukit melindungi cahaya matahari
Dedaunan
Sebenarnya laluan ni akan bawa aku ke Suzhou Market Street tadi semula. Tapi sebab jalan tu tak boleh masuk, kena panjat bukit sikit dan turun semula ikut laluan yang betul
Suzhou Market Street
Suzhou Market Street - Kedai kedai hampir tutup
Boleh tahan la lawa juga kawasan ni
Tasik...
Aku ambik subway Line 4 dan tukar Line 1 dan turun di Yong'anli.
Sebenarnya aku nak pegi ke pasar malam. Aku ingat pasar malam biasa tapi rupa rupanya ini la Silk Market yang famous tu.
Dari station subway tu jalan kaki boleh masuk ke dalam bangunan ni. Aku nak cari sweater jer. Jalan jalan dalam kawasan ni memang banyak baju baju di jual. T shirt pun banyak. Ada jugak yang pandai cakap Melayu.
"Murah Murah"
Aku buat bodo jer. Tapi sempat la aku sambar baju lengan panjang. Dia letak 150 Yuan. Aku tawar tawar dia tak bagi jugak. Aku mintak 30 Yuan. dia kasik 80 Yuan. Last sekali macam biasa la buat jual mahal. Akhirnya dapat jugak.
Hiks.
Sebab sejuk. Aku pakai terus baju tu. Hahaahaha.
Silk Market
Kedai kedai kat dalam
Then pusing pusing lagi dalam bangunan ni tapi dah tak tau nak beli apa.
Tak de apa yang berkenan. Sudahnya aku blah je. Sebab macam ada masa lagi, aku malas nak ambik subway, aku jalan kaki je dari Yong'anli sampai ke Guomao.
Tak de la jauh mana cuma cuaca la agak sejuk. Sempat la layan tengok bangunan bangunan tinggi di CBD Beijing.
Park Hyatt dan Bejing World Trade Center
Christmas Tree
Salah satu upscale mall di CBD.
Sempat aku sampai di CCTV Tower semula tapi belah malam cahaya bangunan tu tak menarik.
Dari station Guomao, aku ambik subway sampai ke Liangmaqiao semula. Jalan kaki ke hotel, ambik beg dan lepak kejap sebelum aku jalan kaki semula ke subway, ambik train ke Sanyuanqiao untuk ambik Airport Express Train.
Dalam train. Kalau flight malam kena pastikan ambik train ni awal awal sebab last train bergerak pukul 10.30 malam dari Sanyuanqiao
Harga tiket 25 Yuan sehala. Train akan ke Terminal 3 dulu sebelum ke Terminal 2. Pastikan terminal mana kita berlepas. AAX berlepas dari Terminal 2.
Sampai di Terminal 2
Flight malam tu. AAX Flight last dari Beijing Airport
Lain lain urusan semua macam biasa lah. Dari check in beg apa semua. Dan tak de apa pun aku nak kejarkan. Ada banyak masa. Cuma time aku kat airport ni, aku lepak dok makan roti.
Tetiba ada pakcik ni lalu dia tegur.
"Oh.. sedakknya makeeee"
Hahaha. Kecek Klate pakcik tu. Tersedak aku kejap. Aku lapar. Makan roti bersungguh sungguh.
Airport Beijing Terminal 2 ni pun boleh tahan besar. Immigration OK tapi Kastam macam biasalah, aku punya lighter kena rampas. Cis.
Nasib baik dalam bangunan terminal kat tempat smoking tu ada lighter. Tapi smoking room 1 je lak tu, dan jauh. Terpaksa aku berkampung kat situ jer. Paling best wifi free so boleh la nak hilangkan kebosanan menunggu. Kedai duty free pun tutup awal, tapi sebab aku nak abiskan duit Yuan dan aku tak rasa aku akan ada trip ke China dalam masa terdekat ni so aku abiskan semua Yuan aku tu.
Apa lagi aku nak beli kalau bukan perfume.
Current Fav. Dior Homme Intense EDP. Aku pernah chreet pakai masa kat Airport Gimpo Seoul dulu.
Time dah sampai, aku terus masuk flight la. Orang agak ramai dan masing masing pun memang dah tak sabar nak balik.
Dah mengantuk kot.
Seat aku belakang sekali tapi nasib tak baik, memang flight penuh. Tak de seat kosong pun even sebelah aku
Beijing
Layan mata je la dalam flight. Sempat terjaga time nak subuh.
Pagi dalam flight
Akhirnya pukul 8.30 pagi flight bersiap sedia untuk landing di LCCT.
Sampai je cuaca mendung. Lepas beli rokok tunggu OR kat luar. Dok hisap rokok, ada pakcik tu tegur dia kata tak leh hisap rokok kat situ. Semalamnya ramai yang kena kompaun. Angkut beg pegi hisap rokok kat tempat hisap rokok yang disediakan tu.
Tunggu dekat 10 minit then baru OR sampai. Dia lewat sebab jalan jem maklum la pagi pagi orang nak gi sekolah dan keje.
Bestnya dapat balik ke pangkuan yang tercinta. Paling best dapat makan dengan mudah dan berak dengan nyaman ! Tapi kenangan untuk trip Mega 2013 ni akan aku simpan dan semat di hati dan jadikan sebagai pengalaman berguna untuk trip trip yang akan datang.. Insya Allah..
Walaupun ada benda yang tak best, tapi tu semua pengajaran untuk dipelajari. Lebih banyak yang manis rasanya untuk dikenang. Kata orang, 'dont look back in anger'... then things are gonna get better.. always !
Bye Bye China.... aku sudah tak obsesi dan kita sudah tak relevan lagi !
Dah ! Layan lagu best ni !
Kini semuanya sudah terlewat
Jangan diharap tak mungkin dapat
Kini ku sudah tak obsesi lagi
Sudah, jangan hubungi aku
Nyata ku ini bukan di alam mu
Sungguh, jangan simpan di hati
Kita berdua tak relevan lagi
Perlukah dihujani hari ku
Dengan sangkaan emosi kelabu
Semalam biar saja berlalu
Mungkin aku pejam namun ku tak rabun
Kini semuanya sudah terlewat
Jangan diharap tak mungkin dapat
Kini ku sudah tak obsesi lagi
Aku dah penat, terasa berat dengar ayat mu
Bagaikan sengat, anggap saja mimpi ngeri yang berlaku
Menjadi igauan hidup mu
Dah Jangan dinanti aku
kau harus ada teman baru
Dan bila tak saling memahami
Apa untungnya saling menyakiti
Kini semuanya sudah terlewat
Jangan diharap tak mungkin dapat
Kini ku sudah tak obsesi lagi
Aku dah penat, terasa berat
Kemahuan mu, agar selamat
Ku tak mahu membohongi diri ku
Kini semuanya sudah tiada lagi
Dalam hidup ku, dalam hari ku
Aku dah penat mengejar bayang mimpi
Yang telah berlalu sekian waktu
Kini semuanya sudah terlewat
Jangan diharap, tak mungkin dapat
Kini ku sudah tak obsesi lagi
bersambung untuk entry terakhir ....................