Wednesday, February 19, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 07 - LOMBOK | Pantai Mawun

Lepas bot selamat bawa aku kembali ke Pantai Tanjung Aan tu, aku terus ambik moto dan bergerak pulang ke Kuta Beach semula.

Jarak dari Tanjung Aan ke Kuta Beach tu adalah dalam 8 KM kot. Tapi sebab jalannya berlubang lubang memang mencabar kewibawaan nak mengelak time bawak moto.

Lembu lembu banyak berkeliaran - aku agak sedih tengok budak penjaga lembu ni, rasa macam hidup dia kosong je ( tiada dalam gambar )

Sebenarnya aku kelaparan !

Pagi tadi cuma makan roti dan Mee Kuah je. Pastu perut berkocak kocak atas moto, kali ni baru betul betul rasa lapar. Tapi tadi tak sangat. May be sebab aku excited dan terkesima rama rama dengan keindahan pantai pantai yang aku kunjungi buat aku lupa perut belum terisi.

Aku sampai di Kuta Beach Lombok dan mula mencari kedai makan. 

Aku tak singgah kat kedai tepi pantai sebaliknya cari yang belah dalam sikit. Ada nampak Mat Salleh makan makan kat satu warung ni, jadi aku pun singgah je lah.

* tetap nak cas cas macam orang Bule..

Warung makan

Park motosikal, then aku masuk. 

Tengok tengok lauk then aku order Nasi Campur. Nasik Campur kat Indon ni nama je Nasi Campur, tapi dia orang yang campurkan lauk lauk. Macam kat sini kita pilih kan? Tapi kat sana semua lauk yang ada akan di ceduk dalam pinggan.

Nasi Campur di Pantai Kuta

Boleh tahan lah. Ke sebab aku lapar?

Tapi satu lagi yang tak boleh tahan.

Teh Botol dan Air Jeruk

Teh botol ni minuman wajib kalau aku ke Indon. Tapi kali ni aku jumpa minuman yang lazat dan sedap iaitu Air Jeruk. Jeruk di Indon ni bukan macam jeruk kat sini. Jeruk adalah sejenis limau yang kulit hijau yang biasa kita makan kat sini. Di sana, limau tu di buat air dan rasanya...

Va va vooom !

Sedap ! Aku siap order 2 kali. Hehehe. Senyum je brader kedai tu.

"Dari Malaysia ya?"
"Ya Mas"
"Sendirian?"

Aku angguk.

"Kapan tiba di Lombok?"
"Kelmarin... "
"Nginap di Kuta?"
"Ngga.. Senggigi"
"Loh. Jadi, ke mari sama apa?"
"Speda moto"
"Apa benar???"

Macam tak percaya je mamat tu. Alah. Ada je aku rasa orang buat, tapi maybe sebab dia ingat aku bukan orang tempatan, agak pelik la dengan jalan tak berapa tahu semua.

Tapi mamat kedai ni OK jugak. Dia cakap dengan aku, dia pernah keliling Lombok dengan motosikal. Ambik masa 3 hari baru nak abis pusing. 

* pengsan

Tapi dia cakap, kalau belah belah East Lombok sana lagi lawa. Pulau pulau Gili yang lain pun masih banyak yang belum ternoda. Oh.. lupa nak cakap, semua pulau di Lombok ini di panggil Gili. Gili Nyepi, Gili Meno, Gili Trawangan bla bla bla.. So ada banyak Gili kat Lombok ni.

"Lagi ini ke mana?"

Dia tanya aku sambil kemas kemas meja.

"Kalau ke atas sana bisa liat Kuta nggak?"
"Bukit? Bisa... cantik di sana. Nanti langsung aja ke Pantai Mawun"
"Rencananya begitu, tapi saya ngga yakin bisa pulang ke sini  langsung ke Sengigi sebelum malam. Saya kabur ngga bisa bawak speda moto waktu malam"
"Ngga usah, dari Mawun langsung aja ke Selong Belanak kemudian ke Bandara, nanti ketemu cabangnya terus ke Mataram"
"Bisa ya Mas?"
"Ya bisa"
"Hmmmmm"

Sebenarnya kalau aku tengok peta memang aku nampak ada jalan short cut tapi macam ngeri je nak ikut. Kalau jalan yang so called utama ke Pantai Kuta pun teruk berlubang lubang, apa tah lagi jalan jalan belah belah dalam sana?

Tapi tawakal lah.

Lepas makan, bayar, then kebetulan ada kedai motosikal kat sebelah warung makan brader ni. Aku suruh dia check angin tayar. Mana la tau kot bocor ke apa aku dok redah langgar lubang. Tapi ngeri jugak kalau ingat, jalan kat kawasan tak de orang lalu lalang ni pastu buat apa apa jadi kat motosikal aku?

Nauzubillah.

Sempat singgah di Musolah berdekatan. Dan kat situ jugak aku isi minyak. Harga Benzine di jual dalam botol IDR8,000. Dapat la setengah tangki. Masa aku ambik motosikal ni semalam, minyak penuh, aku tak jalan jauh pun, ini pun masih berbaki lagi, cuma to be saved, aku isi siap siap. Buatnya tak jumpa orang jual minyak tengah jalan nanti???

Memulakan langkah dengan semangat baru. Perut dah kenyang. Oh, harga nasik campur tadi cuma IDR14,000. Brader tu cakap kalau makan kat kedai belah belah pantai, harga sekitar IDR18,000. Aku dengar je lah. Tak kisah lah. Janji sedap !!!

So lepas tu, aku meredah meninggalkan Kuta Beach Lombok kali ini menuju ke atas bukit.

Kuta Beach, Pantai Seger dan Tanjung Aan dari kejauhan. Aku tak jumpa cari port atas bukit yang boleh view ni. Ni ambik di atas jalan on the way nak naik ke bukit tu

Dari kawasan bukit tu, turun balik sebelah sana dan lalu kat kampung kampung di Lombok ni.

Rata rata penduduk di pedalaman Lombok ni kejenya bertani. Ada banyak sawah sawah padi dengan lembu lembu berkeliaran. Tapi mungkin masa ni musim panas. Banyak yang dah kering kontang. Kalau ikutkan banyak bukit kat pantai pantai tadi nampak tandus. Kalau musim biasa sebenarnya warnanya masih hijau..

Penduduk penduduk pedalaman Lombok ni kebanyakkannya kaum primitive Sasak. Dia orang ni ada bahasanya yang tersendiri. Dan orang orang Sasak ni la yang suka culik wanita Malaysia dan bawa pulang ke Lombok Tengah ni dan bekerja di ladang ladang ni. Bagi mereka, menculik dan membawa wanita pulang adalah ketokohan seorang wira. ( ni hasil aku borak sama mamat kedai tadi )

Kau berani?

Kawasan sawah padi di perkampungan Lombok

Lembu lembu meragut apa pun tak tau...

Destinasi aku memang nak ke Pantai Mawun. 

Aku tak pasti berapa jauh dari Kuta Beach tadi, ingat macam jauh rupa rupanya tak sangat. Adalah dalam 6 KM kot. Ada sign papan kayu di tepi jalan, kena naik bukit sikit dan turun terus sampai di pinggir pantainya. Kondisi jalan memang tak berapa bagus.

Sampai sampai, ada je yang dok kutip tol parking moto. Kena bayar lagi IDR5000.


Tak pe lah. 

Then aku menapak ke arah pantai. 

Seimbas pandangan mata, aku terus terkesima rama sita !

"Wow !!!"




Pasirnya cukup halus. Dengan hamparan pasir memutih dan panorama alam yang sangat menakjubkan. Kalau Tanjung Aan tadi landai tapi penuh dengan rumpai laut yang mati, tapi di sini tidak ! Air lautnya  biru dan ombak yang sangat tenang. Memang sesuai untuk mandi manda. Tapi tak tau lah kat tengah tengah tu kot ler curam. Kalau tak reti berenang kan payah jugak.

Aku tetiba terasa nak mandi kat sini !

Tapi bila fikir, baju apa semua tak bawak. Takkan aku nak mandi bogel?

Tapi kat sini memang tak de orang. Ada couple mat salleh je berehat rehat, dan ada la orang tempatan yang berjual kat tempat parking motosikal tu tadi.

Aku test jalan kaki dulu sampai ke hujung pastu patah balik. Ada lah mat salleh yang bersantai kat belah belah sana. Tapi pantai ni memang macam private beach. Memang bersih dan macam di jaga.

Nak makan nenas? Aku tak suka. Gatal lidah.

Sungguh aku kagum dengan keindahan Pantai Mawun ni. Kalau tadi aku rasa Tanjung Aan tu lawa, tapi kali ni, tak syak lagi. Pantai Mawun adalah terbaekkkkk !!!

Layan sikit lagi gambar

Pantai Mawun ke arah belah kanan

Pantai Mawun ke arah belah kiri

Tetap nak berjual

Damainya di sini

Pantai Mawun Lombok

Pantai Mawun Lombok

Pantai Mawun Lombok

Pantai Mawun Lombok

Pantai Mawun Lombok

Pantai Mawun Lombok

Pantai Mawun Lombok

Pantai Mawun Lombok

Tak agak agak aku nak cakap,  Pantai Mawun ni adalah pantai remote yang paling lawa aku pernah pegi !!!

Serious lawa. Tapi berapa lama bertahan tu tak tau la. Kalau industri pelancongan di Lombok ni terus maju, dan banyak pembangunan dijalankan memang rasa natural di Pantai Mawun ni akan hilang serinya. 

Mesti dah tak tenang dan hebat macam ni lagi....

Sesiapa ke Lombok, jangan lupa ke Pantai Mawun ni sebelum keindahannya hilang begitu saja.

Yang terindah itu hanyalah sementara !




Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali

Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan ini

* peluk Erra Fazir0h ketat ketat...

bersambung.....

16 comments :

  1. Cantiklah gambar2 Lombok :)
    Ada kenal mana2 pak supir tak disitu?

    ReplyDelete
  2. ada kenal satu pak supir..supirmeng...ahaksss

    tapi serius lawoooo....ok ko dh buat aku teruja...ahakssss

    ReplyDelete
  3. haih tetiba ada pokok kaler merah bak autumn tepian pantai plakkkkkk! mencik mencik mencikkkkk! nak pegi sini...tapi, tapi, hmmm...

    ReplyDelete
  4. Pantai tu cantik.. Tp bila igt kisah culik tu was2 pulak nak jln sorang.. Hmmm..

    ReplyDelete
  5. best sangaat lombok itu, saya pun belum pernah kesana :(

    ReplyDelete
  6. Meng...teruja...kenapa hidup tukang jaga lembu kosong?

    ReplyDelete
  7. AA : supirman? hahah tak de la. tapi kalau nak nombor telefon kiosk ada la aku simpan. boleh la try tanya dia orang.

    HB : kau pegi la wey.. cari tiket murah2 skit..

    jangan pegi time panas ( mcm aku ) pegi time redup2 skit cuaca nya...

    Biq : kau KIV dulu kan travel2 ni.. tunggu baby dah jalan baru leh explore tempat2 cam ni.. tak berapa kids friendly ni.

    ReplyDelete
  8. RR : kalau pomp jgn la pegi sorang. kang confirm jadi piala kat lombok.. ujung2 kena keja sawah.

    DR : sila dede... pasang rencana sekarang,.. ayuh !

    MKL : sebab aku tengok dia tunggu je lembu2 tu makan..

    muka bosan je. mcm kesian je tengok. patut dtg malaysia keje sawit kot

    ReplyDelete
  9. aah...aku kiv dulu tempat2 yg agak mencabar n panas ni sbb nanti baby kecik sgt...first try aku akan bawak dia gi japan maybe 6-7 months nak test water skit camne...musim sejuk2 skit la hehehe...

    ReplyDelete
  10. Nk peluk era ehhh hamboi mentanglah dh single mingle heeee komen x dop kena mengena ngan entri

    ReplyDelete
  11. Biq : ya.. panas tu x menahan...

    wah. untung la baby.. belum keluar lagi dan ada perancangan utk travel..

    japan shud be ok kot.. oz ker.. baby friendly skit.

    JM : peluk tu bukan apa...

    nak memujuk supaya erra tak bersedih2..

    kah kah kah

    ReplyDelete
  12. nk tny, pulau mawun ni bole access guna avanza/bas tak?

    ReplyDelete
  13. Helina : mawun ni pantai bukan pulau....

    boleh pegi dgn avanza.. atau mana mana keta sewa...

    bas tak de lalu lalang kat kawasan ni

    ReplyDelete
  14. nampaknya banyak orang malay suka sangat teh botal, saya sendiri orang indo kurang suka teh botol, agak kelat sikit,,,,saya suka sangat baca blog travel pak cik ni, saya sudah seminggu jdi silent reader pak cik, salam kenal dari saya ye, saya rekomendasikan pak cik wisata di daerah saya jambi , di jambi ada namanya daerah kerinci 6 jam dari kota padang, 9 jam dari kota jambi, biasanya ada juga penerbangan printis/kecil dari padang dan jambi ke kerinci menggunakan kapal terbang susi airline. di kerinci ada kebun teh terluas di dunia(kayu aro), teh dari sinila yang suka di kosumsi oleh ratu elisabet dari inggris, kebun teh ini ada di bawah kaki gunung kerinci, gunung tertinggi di sumatera dan gunung berapi tertinggi di asia tenggara, di tengah kebun teh ada danau aroma peco, tak jauh dari kebun teh ada air terjun telun berasap yg memiliki pelangi sendiri, disini juga ada danau kerinci, danau gunung tujuh danau tertinggi di asia tenggara, di sini aja juga danau mejik, tapi agak sukar perjalananya namanya danau kaco, airnya jernih sangat danau ini memiliki 2 ke istimewahan, danau ini bisa dilihat dasarnya, tapi siapa2 ja yg menyelam tak pernah sampai ke dalam dasarnya, yang ke 2 bila malam tiba danau ini memancarkan cahaya sendiri, jadi kalau cemping disini tak perlu pakai penerang, danau ini semakin bercahaya pada malam bulan purnama.misteri danau kaco ini belum terpecahkan oleh ilmuan dunia.banyak lgi tempat berpelancong disini. oya di kota jambi sendiri ada komplek candi terluas di asia tenggara namanya komplek candi muaro jambi bekas peninggalan kerajaan melayu kuno dan sriwijaya.ini web rbeberapa wisata di kerinci: http://www.kerincizone.com/2014/12/7-objek-wisata-alam-daerah-kerinci.html , http://ronalsaputraa.blogspot.com/2013/12/daftar-objek-wisata-kerinci-jambi.html , ini web mengupas keunikan danau kaco : http://auliatasman.unja.ac.id/web/index.php/artikel/101-situs-kawasan-gunung-batuah-mengupas-keunikan-6-danau-kaco-keunikan-tak-terbantahkan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...