Sunday, May 19, 2013

Sayap Ilusi

Korang kalau naik flight suka duduk kat mana?

Apa?

Jamban?

Elok jugak la tu. Senang nak memerut. Tapi selain daripada tu, mesti ada hot seat yang bila naik flight je memang aim nak duduk situ. Nak duduk Business Class tak mampu lah kan?

Kalau aku, nak duduk belakang, window seat.

Sebab nak duduk belakang dengan harapan tak de orang kat sebelah. Sebab nak window seat sebab tak nak kebosanan melayan perasaan kalau duduk aisle.

Apa apa pun, bagi penggemar travel, pernah kah anda lihat sayap kapal terbang sewaktu take off? landing? corner baring? dan lain lain lagi?

Tahukah fungsi sayap kapal terbang dan bagaimana ia berfungsi?

Di sini aku nak kongsi sedikit so next time kalau naik flight, usha je la sayap kapal terbang ni bagi menghilangkan kebosanan.

1. Sayap Kapal Terbang Menghasilkan Daya Angkat

Sayap kapal terbang mempunyai bentuk yang sangat khusus, yang direka khusus dan mempunyai kawasan permukaan di atas sayap lebih besar daripada di bahagian bawah. Ini bagi membolehkan, udara dipaksa mengalir di atas sayap pada kadar yang lebih cepat daripada ia mengalir di atas bahagian bawah sayap. Perbezaan dalam aliran udara ini lah yang menjana daya angkat yang diperlukan untuk membolehkan kapal terbang terangkat dari landasan. Of course dengan kelajuan tertentu.




2. Sayap Kapal Terbang Berfungsi Sebagai Tempat Penyimpanan Bahan Api

Walaupun tujuan utamanya adalah untuk menjana daya angkat, saiz besar sayap pesawat menjadikan dirinya untuk tujuan sekunder yang agak penting. Dalam ruang dalamnya adalah lokasi yang sangat baik untuk menyimpan untuk bahan api ataupun minyak.

So kalau kapal terbang terhempas, yang duduk kat sayap la meletup dulu. Gitu?




3. Sebagai Pandu Arah

Pilot biasanya mengemudi pesawat menggunakan panel pada sayap dikenali sebagai aileron yang terletak di belakang bahagian sayap kapal terbang. Sekiranya pilot mengangkat aileron ke kiri maka pesawat akan berpusing ke kanan dan begitu la sebaliknya.

Tak de pulak aku pernah ambik gambar untuk ni. Tapi next time, cuba perhati, bila flight take off pastu dia nak corner, mesti hujung tepi sayap tu terangkat berlawanan dengan arah pesawat berpusing.


4. Sayap Membantu Memperlahankan Pesawat.

Apabila juruterbang mahu untuk memperlahankan pesawat ke bawah, dia akan samaada mengurangkan throttle pesawat untuk memperlahankan secara semulajadi atau dia boleh mengaktif brake. Untuk memperlahankannya, juruterbang memanjangkan panel dari belakang sayap pesawat. Sayap akan menjadi panjang ke bawah di belakang sayap dan ini akan meningkatkan kawasan permukaan sayap dan daya seretan semakin meningkat. Jadi ini sedikit sebanyak akan melambatkan pesawat especially waktu landing. Biasanya sayap akan diturunkan pada kedua-dua kepak kiri dan kanan secara serentak, memastikan arah pesawat tidak terjejas dan pesawat berpusing.





* Gambar gambar di ambil di airport Jeju.

Tu je. Jadi lepas ni, kalau naik flight, selain daripada memerhatikan Pramugari/Pramugara, perhatikan jugak bagaimana sayap kapal terbang itu berfungsi. Boleh jugak buat modal borak dengan orang sebelah. Jangan sampai orang bosan silap silap kena baling keluar pesawat.

Now soalan cepu mas. Cemana nak hidupkan enjin kapal terbang? Pakai kunci atau pakai butang? Atau pakai gigi?

Selamat berilusi and enjoy your weekend !



Semakin jauh ku renungi diri
Semakin dekat kekasih di hati
Dia mentari akulah sinarnya
Dia lautan akulah airnya

Kalaulah ada selain darimu
Biarku hancur dan menjadi debu

Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya

Kerana cinta
Biar aku dianggap gila
Terbang dengan sayap illusi
Bertutur dalam bahasa hati

Bila hadir cinta yang satu
Jangan ditanya siapa dia
tanya dia siapa kita
Dan pulang kemana akhirnya

9 comments :

  1. Nak idupkan enjin kena pakai baju pilot dulu kalau x...x boleh masok lam kokpit hehehe...kalau x camne nak idupkan enjin ye dak??

    *jom senamrobik..lapan..lapan lagi

    ReplyDelete
  2. giteww abg meng, bakal pilot sgt!

    ReplyDelete
  3. Cawan suka tgk, siap explain kt aku fungi2 mcm ko ckp ni, tp aku selalu baut2 bodo je, janji aku naik kapal terobang sudahhhhhh hehehehe...

    ReplyDelete
  4. aishh...apa sudah jadik ngan ah meng?? xde n3 baru arini? helloooo... ah meng wake up!! ramai peminat tunggu tu!!

    ReplyDelete
  5. HB : yezza........... apsal sejak balik berjalan kau bertambah cerdik?

    eh. cemana kembara 3 negara???

    HF : bukan bakal.. bekas !!

    CNa : tu la tu... jangan kau yang kena panic attack sudah tetiba sayap tu bergegar2... hahaa..

    HB : aku tersilap schedule.. ter bubuh pukul 12 pm.

    hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Ohhh kembara aku sangat penat dan sangat berbaloi hahaha...

    ReplyDelete
  7. dah tu? tak reti reti nak berkongsi ?

    * baling duster ke arah HB

    ReplyDelete
  8. Errr..nak kongsi apa yer? Hahaha...

    ReplyDelete
  9. itinerary, gambar dan lebihan wang ringgit..

    hahahaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...