Tuesday, May 28, 2013

Jom Makan : Restoran Port Village, Tanjung Harapan

Hari tu ada sekali terasa nak makan seafood lagi.

* sorok kaki tak nak tunjuk.

Gout ! Gout ! Gout !

Tapi godaan amat kuat sekali, jadi OR cadangkan kami pegi makan kat Tanjung Gila.

Tanjung Gila??

Mesti kemusykilan bersarang di hati dan jiwa. Di mana Tanjung Gila ni?

Sebenarnya Tanjung Gila ni terletak di Pelabuhan Klang Utara nuh, atau nama komersialnya adalah Tanjung Harapan.

Yang ada Muara Ikan Bakar yang konon konon glamer tu.

Tapi, kali ni kami nak cuba tempat lain. Maka berhempas pulas keluar rumah lepas asar, menuju puncak !

Mana lagi kalau bukan ke Tanjung Harapan lah.

Macam biasa, nak ke sana ikut je NKVE tu, pastu terus ke Pelabuhan Klang Utara. Ada highway Shapadu ke apa nama aku lupa, tapi memang dedicated highway terus ke sana.

Remang remang petang, aku memandu dengan perut yang berkeroncong si Endong Endong.

Ngeri pulak tengok langit ni

Dah sampai ke persimpangan sebelum menuju ke Tanjung Harapan

Sampai di simpang hujung tu, kalau ke kanan ke Muara tu, tapi kami ke kiri.

Jalan tak sampai 1 kilometer maka terjumpa lah tempat makan ni. Port Village.

Aku bagitau awal awal tempat makan ni adalah Pork Free. Jadi kalau was was sila skip tanpa perlu rasa bersalah !

Restoran Port Village

Park kereta dan jalan la ikut laluan.

Parking kereta memang banyak. Siap ada bangla jaga nanti dia kasi arahan suruh masuk je. Macam aku hari tu park tepi jalan jer.

Alamak ! Anak dara aku ni cepat pulak berjalan. "Tepi Tepi ! Papa belum bersedia nak tunjuk  pada khalayak !"

Ikut je laluan tu tak jauh mana. Belah kiri ada banyak parking space. Belah kanan ada banyak pokok pokok bakau.

Sampai hujung tu dia macam restoran di atas air jugak. Kedatangan kami di sambut oleh amoi yang friendly dan ceria.


Dapat seat. Tapi tak dapat tepi air sebab penuh. Yang kosong pun semua dah di reserved.

Meja banyak jugak lah. Lagi malam lagi ramai kot. Memula sampai OR dah cuak.

"Yang. Tak de Melayu pun"
"Orang Melayu bersolek. Lambat sikit sampai"

Then kami start order. Layan view di persekitaran dulu.

Senja yang berlabuh

Bandar Pelabuhan Klang dari jauh

Suasana

Duduk order dan air sampai dulu.

Then lepas tu ramai la set set Melayu yang muncul. 

"Haaa. Kan dah cakap, dia orang lama sebab bersolek"

OR diam tak moh layan.

Menunggu agak lama jugak. Kami order ikut suka tekak nak makan. 

Saksikan !

Udang Nestum

Sup Sayur. Aku mintak sup sikit je, punya la macam satu besen dia kasik

Kailan ikan masin. Sedap ni

Ketam Masak Cili

Telur dadar sebesar 3 kali penampar

Mantao? Ke apa nama roti roti ni

Sotong Goreng Tepung

Ayam Goreng. Order untuk Hero je sebab dia kureng skit seafood. Datangnya macam sekor ayam !

Stress tengok makanan yang banyak !

Aku agak marah sebab portion dia orang bagi banyak gila. Macam nak makan 14 orang ! 

Terus jadi banyak tak abis. Nasib baik boleh tapau mana yang banyak tu.

Verdict?

Hmmm. Tidak akan ku ulangi lagi !

Hiks.

Tak best mana pun. Baca review macam sedap tapi bagi aku tak sedap mana. Ketam Cili dia memang tak sedap. Fatty Crab lagi sedap. Riverview tok sah cerita la, sedap berganda ganda.

Udang Nestum tidak sesedap di Karimun.

Ayam goreng keras macam boleh baling anjing. Sayur je OK dengan Sotong Goreng Tepung. Lain lain memang tak memenuhi selera aku mahupun OR. Pendek kata, kami sepakat, lepas ni tak nak datang sini dah.

Tak tau la apa yang tak kena. Orang lain review semua macam inzal gila. Maybe tukang masak bertukar ke apa. Tapi overall memang tak power mana. Aku tak larang orang pegi, pegi je lah. Maybe nasib aku tak baik kot makanan kureng skit hari tu.

Sampai bil lagi la nak pitam. RM218 !

Cis. Tambah stress. 

Tapi bersyukur je lah. Rezeki kami hari tu dan rezeki tuan kedai. Apa apa pun lepas makan, solat kat situ then balik terus.

Surau di sediakan. Agak luas dan comfortable

Iron Man !

Tapi tak terus balik sebab Hero kata nak tengok Iron Man pulak. Actually aku dah tengok Iron Man sebelum ni. Hahaha tapi tak ajak Hero sebab time tu dia exam. So lepas abis exam sebab dah janji, kena la bawak. So aku terpaksa la layan Iron Man sekali lagi. OK lah cerita dia not bad. Hero pun suka. Anak dara aku sorang tu pun first time bawak dia tengok wayang, diam je. Tak berketik. 

Terkejut first time tengok TV besar agak nya.

Apa apa pun, lepas abis wayang layan makan aiskerim.


Semua orang balik rumah tidur sebab kenyang dan kepenatan.

Papa yang tak senang hati. Makan tak sedap. Bayar mahal. 

* letak lengan atas dahi.......................

6 comments :

  1. aku baru try ketam masak sweet sour kat negeri sembilan! sodap! nama kedai, "Restoran warisan", tapi masa aku gi tu daging salai masak lemak dgn keli berlado dah abih, so aku pi branch dia kat "Kodai Makan-Makan" kat Melang (next to Giant). tapi tetap abis sbb glamer sgt katanya. so kitorang try ketam sweet sour, ya Allah sedap baq hangggggg! try la ye :) moga tidak gout kita...

    ReplyDelete
  2. Meng dah ada anak dara!!!...cepat2 sapa nak pinang wat menantu...hehehe..

    ReplyDelete
  3. HB : biasalah artis, sorok2 anak

    Biq : Laaaa. apsal x cakap, aku baru je lalu. Ni yang kuala pilah tu ke? kalau x buleh singgah. teringin gak nak cari daging salai masak lemak yg sedap..

    sila buat entry pasal makan ni !

    SR : tawaran belum di buka lagi.. masih kencing berak dlm pampers lagi.

    ReplyDelete
  4. ye meng, yg kat kuala pilah tu! kitorang nak merasa kehebatan makanan tu la, tapi abis! mmg kena dtg awal tghari katanya. siap ada yg call dari kl. cis!

    entry? entry boracay ko mana????? huh! *jari mengetuk2 meja*

    ReplyDelete

  5. * menyorok *

    tapi sebab badan obese.. nampak jugak kot.

    entry boracay kena tunggu bulan 7 la kot.. hiks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...