Friday, September 20, 2019

RASA WAU, Kota Damansara

Ready ! Mari kita mulakan...........

Ewa bule. Ewa bule.
Ewa bule teraju tigo.
Ini maley, samo samo.
Samo samo kito gembiro....

* toleh belakang...

Eh? Mano set set dikir barat ambo tadi? Bakpo lari? Apo? Dok gembiro?

Hah ! Aku tau apa yang buat demo demo ni gembiro....

Makeyyyy !!

Kali ni kito nok gi makey dekak Koto Damansara. Namo kedai dio... Rasa Wau !

RasaWau

Nak wau apa? Wau bule? Wau bintey? Wau hebatnya kamooooooo !!!!

Terletak di Sunway Giza Kota Damansara

Sebenarnya lokasinya sebelah SimplyRibs yang aku pernah terjah sebelum ni. Masa datang situ terperasan resto ni rasa macam menarik nak try.

Sesuai untuk selera makanan Melayu especially dari Pantai Timur.

Kata mereka....

Kami menyediakan masakan pantai timur & masakan tradisi melayu.
#patintempoyak #singgangulambudu #masaklemakciliapiketam #gulaikawah #suptulang #asampedas #WAUyangWOW

Kami pegi weeekend so parking banyak tapi kena bayar lah.

Di luar kedai ada menu boleh usha. Kalau rasa menarik boleh try menjamu selera di sini.....



Menarik ke tidok? Kalau menarik boleh lah masuk.


Boleh duduk di luar atau duduk belah dalam. Sebelum tu usha setting kedai dulu...







Interior yang bersih dan ceria. Resto rasa comfy dan selesa. 

Hah ! Nampak ada wau atas atas tu? 

Usha menu kalau nak tau wau apa yang ada.....





Wa dah cakap tak de Wau untuk di makan di sini.

Wau tu boleh jadi WOW dalam erti kata lain, makanan di sini sedap sedap lah kot. 

Menu dia banyak makanan Melayu, ada kudapan dan jugak minuman. Sesuai untuk makan pagi, tengahari, petang dan malam.

Usha apa kami order...

Nasi Lemak Ayam Berempah

Mee Kari

Nasi Kerabu

Ayam Percik

Anak aku nak cendol

Minumnya tidak....

Tembikai laichi

All time favourite. Teh o ais limau..

Verdict?

Boleh tahan sedap semua makanan. 

Lagi sedap masa kami datang tu ada artis kat meja sebelah. Tapi tak tau nama. Cuma tau sebab perasan muka selalu masuk tv berlakon drama. Dia pun senyum senyum je kat kami. Mesti dia tau aku Artis Antarabangsa yang tersohor lagi ternama. Or maybe aku nampak zuhud makan nasi lemak dengan sopan je.....

Hiks.

Overall, nice restaurant. Nice food. Bersih. Service pun OK not bad. Harga pun boleh di terima.

Apa lagi................?

Ikut aku ramai ramai.................

Ewa bule. Ewa bule.
Ewa bule teraju tigo.
Ini maley, samo samo.
Samo samo kito gembiro....

* toleh belakang..... tak de orang !


RASA WAU
Sunway Giza, Dataran Sunway
Block C-11-G, Jalan PJU 5/14,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 010-231 2704
Rasa Wau Penyu

Isnin - Jumaat : 10 pagi - 10 malam
Sabtu, ahad dan cuti umum : 9 pagi - 10 malam

Kalau nak main wau lepas kul 10 bleh? Hahaha

4 comments :

  1. Kemahhh demo kecek klate dehh. Demo dikir barat dkt damansara memey tosey la ore dkt blkg tu. Nasi kerabu is all the time favorite and wajib la makan kalau pegi mna2 kedai kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang Hitaly kan.. cakap Greek kacang je lah.....jiran tetangga

      Delete
  2. xleh diskaun ko kalu ddikir dale restoran tu?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...