Friday, September 27, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 07 | 03 : LJUBLJANA - VENICE

Menjelang petang jugak la kami tiba di Ljubljana, Slovenia.



Tidak meletakkan harapan yang tinggi dengan bandar ni, kami sekadar nak singgah je lah usha usha kawasan sebelum meneruskan perjalanan ke Venice malam nanti. 

Langkah bijak jugak kami ke Lake Bled dulu tadi kalau tak, huru hara tak nampak apa kalau sampai lewat petang di tasik Bled tu.

Ljubljana dari pengamatan awal aku nampak biasa biasa je. Bangunan pun nampak lama dan bandar tak berapa nak modern. Dan aku pun tak rasa ada tarikan bertaraf dunia yang mampu menarik ramai pengunjung untuk datang ke bandar ini melainkan kalau nak melihat kehidupan di ibukota dan juga bandar terbesar di negara Slovenia ni.

Tapi Ljubljana ni merupakan salah satu bandar eco green maksudnya kurang kenderaan dan ramai manusia berpeleseran dengan basikal atau berjalan kaki sajork.




Ljubljana adalah sebuah kota yang penuh dengan kesenian dan terdapat banyak muzium serta galeri. Dengan penduduk lebih dari 200,000, ia adalah salah satu daripada ibu kota terkecil di Eropah.

Hala tuju kami adalah untuk explore town center area, memang dah rasa dekat nak sampai tapi masalahnya sekali lagi, nak cari parking !



Sekali lagi kami terpaksa berpusing pusing dijalanan sebelum akhirnya berjaya jumpa parking area di kawasan berdekatan tebing sungai di kawasan city center.

Kelihatan ramai orang lalu lalang bersantai dan ada yang macam nak gi dating dan dinner di kawasan berdekatan.

Dah parked kereta, nak bayar tu tetiba ada couple tua menegur.

"It if free after 6 o clock"

Wah !!! Maksudnya tak payah nak bayar parking lah ! Terus rasa girang di hati....


Kami follow je crowd ramai ramai tu dan tak jauh dari situ membawa kami merentasi Sungai Ljubljana.


Sungai Ljubljanica mengalir melalui pusat bandar, melewati bangunan Baroque dan di bawah benteng istana kuno di atas bukit. Bandar baru dan teras komersial moden terletak di sebelah barat sungai, sementara bandar lama dan istana terletak di sebelah timur sungai. 

Banyak jambatan menyeberangi sungai, yang paling terkenal ialah Tromostovje (Triple Bridge), yang direka oleh arkitek Jože Plečnik.

Explorasi kami bermula dengan Mesarski most iaitu jambatan yang di penuhi dengan love padlocks lambang cinta suci macam kat tempat tempat lain jugak. Ada statue dan terdapat banyak cafe cafe di sepanjang sungai.






Menyusuri laluan tepi sungai yang dipenuhi dengan cafe cafe, kami disajikan dengan keindahan bangunan bangunan di seberang satu lagi yang lebih klasik dengan Istana Ljubljana tersergam di puncak bukit.










Jalan punya jalan, akhirnya kami tiba di Triple Bridge (Tromostovje) dan kawasan dataran Preseren Square yang menjadi kawasan tumpuan di ibukota ni. 

Memang ramai orang melepak lepak walaupun hari dah nak malam.





Triple Bridge (Tromostovje). Designed by Jože Plečnik. Tromostovje consists of three separate picturesque bridges located next to one another. The neighboring Prešeren square with the statue of Slovenian greatest poet France Prešeren is the central location of downtown Ljubljana and a common meeting point. 

From here, cross Ljubljanica and turn left for Open Market and the Dragon Bridge, or go straight and then right for the old town.

Bangunan pink adalah historical church tapi dah petang, dah tutup entrance nak masuk ke dalam.



Kawasan dataran dikelilingi dengan banyak kedai kedai dan shopping area.

As usual budak budak tu sibuk mencari souvenir dan aku usha usha kawasan sekitar Sungai Ljubljana ni.





Layan suasana bandar Ljubljana di kala petang...............

Menenangkan. Aku rasa aku suka dengan bandar ni.








Selesai berlegar legar tanpa tujuan di kawasan tepi sungai, kami ke area Oldtown Ljubljana yang tak jauh dari situ..


Squeezed between the castle hill and Ljubljanica river is the old town with two squares, Mestni trg (City square) with the Robba fountain and the city hall behind it, and, further on, Gornji trg (Upper square). Well preserved medieval buildings now house local designer shops, and several popular cafes and restaurants. 

Although they may look creepy, the perfectly safe narrow lanes lead to charming little squares and buildings.

Cantik cantik bangunan bangunan lama di sini time senja nak ke malam. Tapi memang makin jauh tu kurang orang rasa seram pulak kawasan tu.
















Sambil berjalan sambil masuk kedai souvenir. Akhirnya membawa kami ke kawasan parking area tempat kami park kereta.

Masa kat sini ada jumpa a group or Melayu.

Sempat ber hi hi je tak bermesra sangat. Dia orang pun macam nak cepat jer.



Memang menarik bandar dia. Tak besar mana dan agak menenangkan. Maybe sebab kami sampai waktu petang kot, time warga kotanya sedang santai santai menikmati kehidupan malam.

Kalau ada masa pegi la singgah usha usha kawasan. Maybe banyak tempat lagi boleh di explore di bandar ni....



Hanya padamu
Terbuka hatiku
Menanti hadirnya
Kasihmu sayang

Cinta yang murni
Sehangat mentari
Membara hanyalah
Untukmu

Belum sempat aku
Memberi padamu
Engkau yang kudamba
Hilang tiba-tiba

Tiada lagi
Irama cintamu sayang
Tiada lagi
Haruman kasihmu intan

Tinggallah aku
Menyulam cinta yang sirna
Di dalam senyum
Yang berbayang duka
Ku kesepian

Akan ku tunggu
Takdir menentukan
Engkau dan aku
Kan bersua lagi

Memadu cinta
Selmbut bayu senja
Mengukir rindu
Di daunan hari kasih

Menghilang resah
Lewat pertemuan kita
Biarpun harus
Ku telan keperitan

Kerana engkau
Intan yang ku sayang
Akan ku terus
Menunggumu Intan

Ambik kereta dan kami bergerak meninggalkan Ljubljana ni menuju ke Venice, Italy.


Perjalanan memakan masa 2 jam setengah.

Italy tak de vignette tapi siap sedia lah kena bayar tol. Few times kami berhenti isi minyak dan pekena kopi dan layan rokok.






Sambil sambil tu aku sibuk cari penginapan kami untuk bermalam di Venice nanti.

Ada jumpa few arBnB, ada satu host ni gila ke apa, dia paksa kami menginap rumah dia walhal kita orang tanya tanya je dulu ada kitchen ke tak. Pastu macam paksa paksa. Giler agaknya.

Lewat tengah malam jugak la akhirnya kami memasuki kawasan Venice.




Nasib sempat jumpa penginapan di sini walaupun mahal mahal semuanya.

Sampai je aku terus tumbang. Pengsan......

Esok je lah fikir cemana nak explore Venice nih !

End of Day 07.

bersambung di entry akan datang.................

6 comments :

  1. Old buildings cntik tau kalau jdi spot photography huhuhu. Agaknya business dia tak laku kot. tu paksa suruh jugak tu hewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. org ramai nak dapat shot lawa lawa payah...

      mamat tu memang mental agaknya

      Delete
  2. Meng, tak sangka kat sana ada jual lagi rokok Camel ek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal. nasib ada dunhill jugak.. aku kehabisan rokok terpaksa beli sekotak

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...