Wednesday, September 4, 2019

GLAZE Eatery, Tamarind Sq Cyberjaya

Kawan kawan ajak makan di Cyber, aku OK jer...........

Lokasi yang tak asing di sini, Tamarind Square. Tempat hipsturs hipsturs kota Cyber sekelian berhimpun...


Nama cafenya adalah Glaze Eatery.

Sesuai dengan namanya, cafe yang dikelilingi dinding dinding kaca ni pastinya telah/bakal menarik perhatian warga hipsturs dan semi-hipsturs setempat untuk datang melepak !

Ada sign besar besar. Sebelah tu klinik gigi. Kalau sakit gigi boleh terus gi cabut.

Nak parking senang depan kedai kena naik atas Tamarind Sq tu...

Dan berebutlah parking dengan jemaah hipsturr yang lain.

Glaze Eatery

Glaze. Seperti nama di beri !

Lokasinya tak jauh dari 10Gram itu hari yang aku dah lepak kudap kudap kopi awan nano tu.

Actually aku datang cafe ni 2 kali. Kali pertama hari Jumaat lepas solat ingat nak lepak makan tengahari. 

Nampak ada set hebat dah murah. Set meals dengan air cuma RM 10. Murah la tu untuk golongan marhaein macam aku.


Malangnya sampai sampai staff dia kata nasi abis. Kalau nak nasi kena tunggu 40 minit !!!!

* krik krik krik...

Buntu aku kejap. Walaupun aku tak reti masak, tapi masak nasi sampai 40 minit tu maksud dia cemana agaknya...............?

Cancelled !

Hari berganti hari... masa berganti waktu, tanpa jemu kami datang lagi ke sini. Dengan jemaah separa hipsters yang sama. 

Misi yang sama dan datang kali ke 2 nak makan lunch set RM 10 jugak. Hari Jumaat jugak. Time lepas solat Jumaat.



Misi menggunung tinggi sebab lapar. Ingat nak try set murah yang sama, tapi jawapannya sekali lagi mencurah cuka di dada....

"Sorry Bang. Set Lunch tu sampai kul 2 jerr. Kalau nak order ala carte boleh, tapi harga lain"

Punah harapan. 

Apa barang bagi promo time orang tengah solat. Macam ajet ajet tak nak bagi set murah jer....

Hmmm. Tak pe lah. Maybe benda benda promo bukan untuk kami jadi pasrah je sebab dah malas nak cari kedai lain.

Nekad masuk dan order apa je yang ada.


Konsep dia layan diri. Order dan bayar nanti di hantar di pangkuan !

Sebelum tu usha dulu setting dalam cafe Glaze ni.











Setting cafe menarik dan lawa. Memang dinding gelas with high ceiling bagi ruang dan buat rasa selesa.

Now order nak makan apa. Ush menu.





Malang lagi. Makanan yang aku nak tak der. Frust aku merajuk malas nak makan. Member order set lunch murah yang dah abis tempoh promo. Dia makan Butter Chicken Rice dan aku cuma makan roti bakar tanda sebab hati dah terbakar.. 

Hahaha



Set yang sama kalau promo harga cuma RM 10 sekali dengan air tapi ala carte nasinya jadi RM 12 lebih dan teh o ais limau RM 6. Air cawan plastik kecik je lak tu !

Agaknya kena ponteng solat Jumaat kalau nak makan murah.

Jadi, Tora datang lagi dengan keinginan nak makan set lunch RM 10 !

No. Aku tak ponteng Jumaat tapi kali ni datang hari kerja biasa.

Akhirnya ............... kini pasti !

Dapat lah makan set Lunch Butter Rice Chicken dengan air harga RM 10 tu.

Dah. Puas hati. 

Cafe memang menarik. Selesa nak lepak. Maybe boleh order benda lain yang lebih lazat dan meruntun selera. Kalau nak try set lunch yang mur mur tu boleh cuba tapi timing kena tepat....!

Staff pun agak mesra pelanggan. Boleh cuba kalau tak keberatan. Kalau berat.... ? Lakukan senaman untuk kuruskan badan. Hahaha

GLAZE EATERY
A-03-03A, Tamarind Square,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya, Selangor
fb :  /glazeeatery/

Selamat berhipsturrr !

6 comments :

  1. Agaknya diorang tau ko dah berjalan seantero dunia...takkan nak makan ajet ajet murah..hahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.... aku warga marhein... kalau kaya makan beras mcm pakjib tu

      Delete
  2. cantik landscape dia. kawasan elite kan.. uishh selalu jadi ni. masa teringin nk mkn something pegi2 hbis lah tak jual lah frusttt sgt haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. cuba la pegi uhsa usha.. banyak pilihan kat sini nak makan atau santai2

      Delete
  3. Replies
    1. hahaha syahdu gak la akhirnya impian terlaksana nak makan set murah

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...