Friday, September 13, 2019

PutaQ-PutaQ AloQ-StaQ : 06 | MASJID ZAHIR

Salah satu tempat yang aku teringin sangat nak pegi di Alor Setar ni adalah Masjid Zahir.


Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. 






Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam.

Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.











Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Ayuh masuk ke ruang dalam masjid yang indah ni.











Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. 

Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. 

Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.







Dewan solat utamanya agak kecil dan dibahagi kepada 2 bahagian untuk jemaah muslimin dan muslimat. Tapi dekorasi dalamannya memang nampak lain dari kebiasaan.













Walaupun binaan dewan solat utamanya agak kecil, namun masjid ini mempunyai anjung yang agak luas bagi menempatkan jemaah yang datang ke sini untuk beribadah.










Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.

Terdapat kawasan parking untuk pelawat dan masjid ini sendiri mempunyai kemudahan lengkap serta dijaga dengan baik demi keselesaan jemaah beribadah.








Tidak jauh dari Masjid Zahir terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka, dan Menara Alor Setar.

Selain menjadi salah satu masjid tertua di Malaysia, masjid ini kekal dengan pesonanya untuk menarik pelancong mahupun jemaah datang untuk mengimarahkannya.

I like....

bersambung........................

2 comments :

  1. Bru tau nama masjid ni masjid zahir hehe. Tapi betul masjid dia SubahanaAllah cantik sgtt. Walaupun dah bertahun2 pegi still igt lagi betapa selesa and cantiknya masjid ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...