Chop !!!! Ayuh kita berpantun dulu....
Kalau dah hiking ke Gunung Keriang.
Jangan lupa menayang body.
Kalau dah sampai ke Gunung Keriang.
Jangan lupa ke Muzium Padi !
* ewah....... pose pose bersila sambil betulkan tengkolok
No... tak perlu balas pantun hamba. Cukup la balasan dengan Beras Basmati Faezah seguni, Tak pun beras quinoa pun jadi.

Macam spaceship pun ada
Selamat Datang. Nak dating?
Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8 km dari Bandar Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh Almarhum KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435. Muzium ini dibina di atas tanah milik Lembaga Kemajuan Pertanian Malaysia dengan kos sebanyak RM 24.7 juta.
Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikaan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Keluasan keseluruahan Muzium Padi ini ialah 2,000 meter persegi dan mempunyai 3 aras.
Muzium yang berlatarbelakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.
Yang menariknya tentang Muzium Padi ni adalah senibina muzium ini sendiri yang unik iaitu berbentuk Gemai Padi dan mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya.

Tak percaya? Lihat lah sendiri..................
Muzium ini mempamerkan proses penanaman padi di Malaysia dan peralatan-peralatan untuk proses tersebut selama beberapa dekad yang lalu.
Muzium Padi ini adalah yang pertama di Malaysia.
Diperkarangan kawasan Muzium Padi ni terdapat beberapa arca dan patung binatang yang menggambarkan kawasan sawah padi serta negeri Kedah secara umumnya.

Selain kuda, terdapat patung seekor Singa.
Dah alang alang sampai, kena lah masuk. Lagipun nasi dan beras kan makanan ruji kita. Kena ambik tau tu. Kebetulan masa aku ke sini, ada rombongan budak budak sekolah datang melawat.
"Encik ni sekali dengan rombongan tu ke?"
Agak agak la kakak tu ingat aku cikgu pengiring. OK tak pe. Aku faham. Aku baru nak famous kat Alor Setar ni.. Kakak tu maybe tak perasan.
* hantuk dahi kat cermin pintu muzium.
Di aras bawah adalah pameran kekal berkenaan penanaman padi termasuk peralatan yang digunakan sampai lah bagaimana proses beras dihasilkan serta gambaran suasana kehidupan di bendang dan pengaruh kepada kehidupan penanam padi termasuk peribahasa yang ada padi dan lirik lagu Gurindam Jiwa.
Di sini kita dapat mengetahui sejarah penanaman padi di Kedah, meninjau koleksi variati - variati padi dan melihat alatan-alatan pesawahan tradisional seperti anok, renggam, kepok, tenggiling dan lain-lain. Bagi yang ingin mencuba pengalaman baru, bolehlah belajar memukul (membanting) padi dan menumbuk padi di sini. Untuk penggemar ikan, boleh jugamelihat alat-alat menangkap ikan yang hampir pupus antaranya sepila, tuar, bubu, serta tangkul disamping boleh mengenali ikan-ikan seperti sepat, puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi.
Ada jugak kedai cendermata kat bawah tu kalau sesapa nak beli beras. eh... beli cenderahati.
Beli air kat gerai dalam kawasan muzium tu dan duduk di bangsal mengenang nasib diri.
Apasal aku tak de bakat nak melukis macam tadi tu heh? Lukis orang lidi pun orang tak percaya tu orang lidi. Lagi nak lukis sawah padi.

Untuk masuk ke muzium, ada bayaran di kenakan tapi tak mahal lah. Dewasa RM 5 dan kanak kanak serta pelajar sekolah RM 2.
Sebaik je masuk ke dalam bangunan di aras 2, terdapat pameran pameran berkaitan beras dan penanaman padi dipamerkan berserta infomasi.
Aras 2 ini mengandungi enam galeri. Galeri-galeri ini memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga ke zaman sekarang. Terdapat juga lukisan yang menggunakan teknik semburan batu kristal yang pasti mambuat anda terpesona. Pada mereka yang ingin menambah pengetahuan bolehlah menonton dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ditayangkan setiap hari. Dari aras 2 ini juga pengunjung boleh melihat aktiviti-aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai.

Di aras yang sama terdapat bumbung bumbung berbentuk bulat di sekeliling bangunan macam yang dapat di lihar dari reka bentuk luar tadi tu.
Setiap bumbung tu adalah section untuk ruang gallery pameran tertentu berserta gambar gambar mural mengelilingi bahagian dindingnya.
Di aras bawah adalah pameran kekal berkenaan penanaman padi termasuk peralatan yang digunakan sampai lah bagaimana proses beras dihasilkan serta gambaran suasana kehidupan di bendang dan pengaruh kepada kehidupan penanam padi termasuk peribahasa yang ada padi dan lirik lagu Gurindam Jiwa.
Di sini kita dapat mengetahui sejarah penanaman padi di Kedah, meninjau koleksi variati - variati padi dan melihat alatan-alatan pesawahan tradisional seperti anok, renggam, kepok, tenggiling dan lain-lain. Bagi yang ingin mencuba pengalaman baru, bolehlah belajar memukul (membanting) padi dan menumbuk padi di sini. Untuk penggemar ikan, boleh jugamelihat alat-alat menangkap ikan yang hampir pupus antaranya sepila, tuar, bubu, serta tangkul disamping boleh mengenali ikan-ikan seperti sepat, puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi.
Ada jugak kedai cendermata kat bawah tu kalau sesapa nak beli beras. eh... beli cenderahati.
Berbagai-bagai jenis barangan seperti Baju "T", alat tulis, kraftangan yang berkaitan dengan padi disediakan di kedai cenderamata untuk dijadikan sebagai buah tangan. Atau pilih saja makanan ringan, kuih tradisi Kedah yang berasaskan padi seperti karas, sagon, emping, kuih loyang yang sudah semestinya dihasilkan oleh anak-anak kedah sendiri. Semuanya disediakan dengan harga yang amat berpatutan.
Dah abis merayap di tingkat bawah, naik ke atas semula.
Memula kami macam nak blah dah je tapi pak guard tu menyapa bagitau...
"Tak nak rasa macamana naik Gunung Keriang ke?"
Dalam hati...
"Nak cabar aku suruh hiking ker ni.... Mesti dia ingat aku tak fit. Tapi sorry lah. Kalau nak naik pun, aku sanggup sewa helikopter hantar sampai puncak"
Ahaks..
Tapi bila dia tunjuk entrance ke Puncak Gunung Keriang rasa macam tak jadi lak nak sewa helikopter tadi tu.
Chewah !
Dah abis merayap di tingkat bawah, naik ke atas semula.
"Tak nak rasa macamana naik Gunung Keriang ke?"
Dalam hati...
"Nak cabar aku suruh hiking ker ni.... Mesti dia ingat aku tak fit. Tapi sorry lah. Kalau nak naik pun, aku sanggup sewa helikopter hantar sampai puncak"
Ahaks..
Tapi bila dia tunjuk entrance ke Puncak Gunung Keriang rasa macam tak jadi lak nak sewa helikopter tadi tu.
Chewah !
Sebaik saja sampai di bahagian paling atas iaitu bumbung, ada platform berbentuk bulat dengan pandangan 360 darjah. Tak sangka di dinding semuanya gambar lukisan yang nampak real panorama tanaman padi dalam bentuk mural dan lanskap seolah olah macam kita berada di atas Gunung Keriang !!!
See? Tak payah susah susah nak hiking derrrr..... !
Siap ada kerusi boleh duduk dan tunggu je ia bergerak sendiri satu pusingan.
Dengan menaiki 59 anak tangga, pengunjung boleh sampai ke puncak Gunung Keriang. Di sini, pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang. Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap. Mural ini mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Ruang pemerhatian diaras ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan terletak diatas platform berputar.
Kagum kejap sebab macam real.
Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah antara mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia dan telah di hasilkan oleh 60 seniman dari Korea Utara.
Lepas naik atas gunung tu baru aku rasa WOW !!! Muzium Padi ni memang bukan biasher biasher. Tak pernah nampak lukisan sehidup tu dan sebesar tu.
Then boleh keluar muzium Padi dengan hati yang puas. At least ada sesuautu yang boleh di banggakan di sini.
See? Tak payah susah susah nak hiking derrrr..... !
Siap ada kerusi boleh duduk dan tunggu je ia bergerak sendiri satu pusingan.
Dengan menaiki 59 anak tangga, pengunjung boleh sampai ke puncak Gunung Keriang. Di sini, pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang. Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap. Mural ini mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Ruang pemerhatian diaras ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan terletak diatas platform berputar.
Lepas naik atas gunung tu baru aku rasa WOW !!! Muzium Padi ni memang bukan biasher biasher. Tak pernah nampak lukisan sehidup tu dan sebesar tu.
Then boleh keluar muzium Padi dengan hati yang puas. At least ada sesuautu yang boleh di banggakan di sini.
Beli air kat gerai dalam kawasan muzium tu dan duduk di bangsal mengenang nasib diri.
Apasal aku tak de bakat nak melukis macam tadi tu heh? Lukis orang lidi pun orang tak percaya tu orang lidi. Lagi nak lukis sawah padi.
Memang bukan biasher biasher. Sila datang dan tengok sendiri Muzium Padi di Kedah ni.
MUZIUM PADI NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Lot 798 Jalan Gunung Keriang,
Mukim Gunung Keriang
06570 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04 735 1315
Muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Now baru boleh pi loqstaq .............. Dah berlemuih. Nak kena mandi ni !
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai aku mandi buat hapa??
Dah. shuh shuh... pegi sana............................

bersambung..................
cehh baru nak balas pantun. tp kena bagi beras pulekkkk terus tak jadi dua2 hahaha. Hahahahaha kenapa ain ikut automatik menyanyi lagu ben ladin tu cisss. Mula2 igtkan mmg view betul rupanya mural. kagum sat. Sapa nak intai hgpa mandi..... hahahahhaha
ReplyDeletememang lawa mural tu.. mcm real dan bergerak2.... memang kena pegi.
Deletejgn lupa hapal lirik lagu ben ladin dulu
uih, aku sanggup gi untuk tgk mural tu jah
ReplyDeletemural tu memang something.... wajib pegi tengok sendiri
Delete