Monday, September 23, 2019

KAYU MANIS SEAFOOD, Bukit Jelutong

Lama tak berpantun.

Gua Kelam cantiknya tempat
Sungai mengalir airnya tawar
Sakit demam diberi ubat
Kalau rindu adakah penawar ?

Rindu nak makan ketam ketam gemuk !

Asalnya tertengok gambar ni

So cari cari, nak try resto ni.

Aku pernah try cawangan dia di Cyberjaya satu ketika dulu. Tapi dah lama, rasanya restoran dia pun dah tak ader. 


Yang ni sesi pegi makan early dinner kami sekeluarga di cawangan Bukit Jelutong.

Kayu Manis Seafood, Bukit Jelutong Shah Alam

Kawasan elite orang have have...

Resto dia di hujung lot kedai dekat dengan Petronas.



Menyediakan hidangan seafood sejak 2007 dengan masakan Chinese Muslim.

Usha setting kedai makannya.





Setting kedai biasa biasa tak mewah mana tapi ruang kedai agak luas. Maybe sebab lot hujung so selesa sikit. Tempat makan bersih. Parking not bad la during the weekend. 

Mereka ada live seafood. Ikan dan sahabat sahabt lautan yang lain lain. 

Usha menu untuk memilih....







Memang di mata nampak ketam je. So kami order ketam bercili sebagai hero di meja hidangan.




Dan ada lah watak watak sampingan....





Diperkasakan dengan udang butter, sayur dan nasi goreng cina. Diperhebatkan lagi dengan kemunculan mantou memikat selera.

Selera ke tidak???






Alhamdulillah. Habis licin di buat nya.

Nak kata sedap sangat tu tak jugak. Ketam tu gemok tapi kurang isi. Overall biasa biasa je.

Harga agak di paras tinggi dan membimbangkan. Kami anak beranak makan semuanya RM 273.


Memang tempat untuk orang have have. Harga pun have have.


Tapi tak pe lah. Bak kata Siti Nornana... Life goes on !

KAYU MANIS SEAFOOD Bukit Jelutong
No. 31, Jalan Pelapik B U8/B,
Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor
03-7846 8031
KayuManisSeafood

Jogging sudah, zumba pun sudah
Joget lambak sambil ber-tango
Dah tak rindu pada si ketam lagi dah
Go ! go ! off you go.............!

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...