Tuesday, June 19, 2018

Riang Ria Raya - Part 02

Paling utama adalah persaudaraan yang selama ini renggang kembali rapat, yang bersengketa menjadi damai dan yang jauh dapat didekatkan.

Islam sangat menggalakkan umatnya berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan silaturahim.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.”

​Walau bagaimanapun, demi menjaga hati tuan rumah seseorang itu boleh memilih untuk terus berpuasa atau berbuka bagi puasanya seperti sabda Rasulullah diriwayatkan Imam Muslim yang bermaksud: “Apabila salah seorang daripada kalian dijemput, hendaklah dia memenuhi jemputan itu. Jika dia berpuasa, hendaklah dia berdoa, jika dia tidak berpuasa, hendaklah dia makan.”

Makan... jangan tak makan ! Tapi berpada pada lah seadanya..............










































Inilah masanya umat Islam mengambil peluang berkunjung dan menziarahi antara satu sama lain bagi merapatkan kembali ikatan ukhuwah.

Tujuan kunjung- mengunjungi untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan. Sentiasa lah  bersedia menerima kunjungan tetamu kerana tetamu yang datang membawa rahmat dan keberkatan.



Selamat datang sayang
Berlabuh ke pangkuan
Di pintu hatiku telah lama menunggumu

Selamat datang sayang
Di hari yang gemilang
Kau telah ringankan satu beban penantian

Bersama kebesaran hari yang indah
Datangmu bagai satu hadiah

Selamat datang sayang
Bersama sejahtera
mengisi halaman yang terbiar kesunyian

Bersyukur menerima segalanya
Menadah dengan hati yang terbuka
Di hari indah ini tiada lagi sepi
Riangku tak terperi melihat kau di sisi

Di hari mulia kau datang membawa
Sebuah kedamaian di singgahsana
Pintu hati ku terbuka memberi dan menerima
Akulah seadanya tiada pernah berbeza
Selamat datang sayang aku ucapkan….

Selamat pulang sayang berlabuh ke pangkuan
Kau telah meringankan satu beban penantian
Selamat datang sayang aku ucapkan….

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...