Monday, June 27, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 18 - Mekah : Baitullah ( Kaabah )

Baitullah atau lebih di kenali sebagai Kaabah merupakan kiblat bagi orang Islam yang terletak di Masjidil Haram di Mekah.

Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermaksud bebas dan merdeka.

Kaabah di Masjidil Haram Mekah

Mekah adalah kota suci yang dirindui semua Hamba Allah. Kota suci yang hanya boleh di kunjungi oleh umat Islam sahaja.

As much aku agak sayu meninggalkan kota Madinah, tapi aku juga tidak sabar untuk melihat sendiri Baitullah.  Semakin menghampiri kota Mekah, kami melafazkan kalimah Talbiyah 

“Labbaika allahumma labbaik, Laa syariika laka labbaik. Innalhamda wan-ni’mata laka wal mulk, laa syariikalak" 

Kami datang memenuhi dan akan melaksanakan perintahMu Ya Allah. Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milikMu dan tidak ada sekutu bagiMu. “

Cahaya terang benderang buat aku rasa letih perjalanan jauh terus hilang

Perjalanan dari Madinah ke Mekah terasa agak lama dan lewat malam jugak baru la kami sampai di Kota Mekah ni. Sewaktu bas memasuki tanah haram, aku dah tak sabar sabar melilau mata tengok kiri kanan mencari tempat paling suci ini. Sampai di hotel dan lepas check in, mutawwif bagi masa untuk kami berehat sekejap sebelum kami berkumpul di lobby hotel untuk melaksanakan tawaf yang pertama.

Berkumpul di lobby hotel

Dari situ, jemaah kami seramai 15 orang di bawa turun oleh mutawwif menuju ke pintu masuk King Fahd Gate untuk menuju ke Kaabah bali melaksanakan tawaf.

King Fahd Gate

Ruang solat dalam Masjidil Haram

Sebab ini kiranya pengalaman pertama memasuki Masjidil Haram, perasaannya lain sungguh. Aku sendiri memang di serang rasa berdebar debar. Kami tinggalkan selipar di bahagian luar dan mula memasuki Masjidil Haram dan berjalan terus menuju ke arah Baitullah.

Sampai satu tempat tu, mutawwif minta kami berhenti dan dia cakap nak baca doa melihat Kaabah !.

Masa tu aku macam..

"Dah nampak Kaabah? Mana? Apsal aku tak nampak ni?"

Aku berpusing pusing mencari arah Kaabah berada, tapi serious aku tak nampak !! Teringat kisah yang pernah aku dengar pasal member kepada member aku yang datang ke sini dan tak nampak Kaabah ! Ah sudah. Takkan aku macam tu jugak kot?

Mutawaf baca doa dan aku amin kan saja. Relaks relaks je dulu. Tapi cuak memang ada.

Then kami mula bergerak, baru la aku perasan dan nampak sikit Kaabah terlindung sebab ada construction remove mataf lama !

Fuh... Lega sikit.

Perlahan lahan aku melangkah memasuki ruang terbuka dan jelas di depan mata. Tersergam !

Subahanallah !

Masa tu aku sendiri tak tau nak cakap apa perasaan aku sebenarnya. Macam tak percaya aku berdiri di hadapan Kaabah. Rasa tak percaya. Then baru datang sikit sikit..

Oh. Aku imagine size Kaabah besar lagi daripada ni.

Then datang pemikiran..... Luas jugak kawasan ni. Ramai betul orang.

Tengok jam. Tepat pukul 12 tengah malam.

Dan mutawwif aku pun terus bergerak dan kami memulakan tawaf keliling Kaabah yang pertama !

Antara perasaan tak percaya, sedikit demi sedikit langkah untuk melaksanakan tawaf bermula. Dan sebab belum biasa, aku agak terkejar kejar jugak mutawif aku tu takut hilang. Jemaah makcik makcik dah sah sah pegang dia, so aku agak terkebelakang.

Satu persatu kami selesai mengelilingi Kaabah dan aku sendiri masih belum boleh menerima yang aku berada di rumah Allah ! Ya Allah.. sapa sangka. Kalau tanya minggu sebelumnya, tak de dalam kepala pun aku fikir yang aku boleh berada di sini saat ni. Tapi ini lah ketentuan Tuhan. Dan Allah menjemput aku ke sini dan di beri kemudahan yang kesenangan untuk aku menjejakkan kaki ke Tanah Suci ini.

Tawaf keliling Kaabah

Tak tau di mana silapnya, mungkin aku terlalu terpukau dengan Kaabah ni, masa pusingan tawaf ke 6, aku cari geng jemaah aku semua tak de. Mutawif aku pun lesap ntah ke mana. Nasib ada member aku dan jugak sorang lagi jemaah lelaki. 

Abis selesai tawaf, kami solat sunat di belakang Maqam Ibrahim dan seterusnya bergerak ke Bukit Safa bagi mengerjakan saie.

Time tu memang aku baca doa dalam buku je dan betul betul berpandukan buku. Mutawif aku dah tak tau mana pegi nya.

Dan akhirnya, lewat jam 3.30 pagi, kami selesai bertahalul. Dari Bukit Marwah tu, aku ajak member aku pegi ke Kaabah semula. Mamat sorang lagi tu terus nak balik, so aku berdua je. Sampai kat Kaabah, aku cakap dengan member aku.

"Jom kita masuk Hijr Ismail"

Sebab nak masuk dalam area Hateem/Hijr Ismail tu orang memang ramai. Berpusu pusu orang nak masuk. Last sekali aku pusing member aku dah hilang. So aku cuba cuba masuk dan sedar sedar lepas tu aku dah berada di dalam Hijr Ismail.

Hijr Ismail

Hijr Ismail merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter dan terletak berhampiran dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Kaabah. Hijr Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu marmar.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; 

"Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah SAW memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata .... "Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".

Orang memang ramai gila dalam tu. Lelaki pompuan bercampur campur. Yang bertolak tolak tak usah cerita lah. Tapi aku dapat port dalam tu, terus aku solat sunat 2 rakaat. Tak macam di Raudhah, aku rasa pack gila sampai tak boleh nak sujud, tapi kat Hijr Ismail ni mudah je. Even aku sujud pun tak de orang yang langgar or pijak kepala aku.

Di bawah pancuran emas di dalam Hijr Ismail

Abis solat aku terus berdoa.

Tiba tiba masa tu aku rasa kerdil gila. Rasa sungguh tak berdaya. Perasaan sayu menyelubungi kalbu. Rasa pilu. Aku macam baru terasa yang aku betul betul berada di Baitullah. 

Ya Allah. Perasaan tu betul betul luar biasa. Dan datang pula rasa betapa binaan Kaabah di hadapan mata aku ini begitu menawan, mengagumkan dan aku terasa seolah olah berada dalam satu mimpi yang indah. 

Sekali aku tadah tangan untuk berdoa, tiba tiba menitis airmata. Lain sungguh rasanya. Berdoa di Raudah pun aku tak menangis, tapi kat sini perasaannya meruntun jiwa betul.

Ya Allah.

Begitu besar nikmat yang telah Kau kurniakan kepada aku. Kau izinkan akhirnya diri yang hina dan kotor ini bertamu ke rumahMu yang sangat indah ini. Kau izinkan aku bersujud di tanah suci ini. Ini lah kiblat ku. Selama mana hayat yang telah dipinjamkan, ini la kiblat ku selama ini dan hari ini aku bersujud betul betul di hadapannya dan aku tidak akan berpaling darinya....

Inilah Kaabah. Inilah Baitullah yang sangat aku idamkan untuk ditatap. Kau jadikanlah aku salah satu tetamu yang paling beruntung di antara ratusan umat manusia yang sama beruntungnya.

Aku bersujud syukur dengan airmata yang tak bisa tertahan lagi.



Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasa-Mu
Yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Terima kasih ku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Oh Tuhan anugerah-Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

Terima kasihku Ya Allah
Tuhanku anugerah-Mu
Anugerah-Mu

Tuhan sisihkan semua aral melintang di hadapanku
Dan buat terang seluruh jalan hidupku melangkah

Terima kasih ku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Anugerah-Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

Okey. Serious sedih dan ni bukan drama !

Abis solat dan berdoa di Hijr Ismail aku cuba cuba nak keluar tapi orang bertolak tolak. Terpaksa aku himpit ke dinding Kaabah. 

Ada yang menangis merintih di sini. Macam macam suara dapat di dengar, walaupun bahasa yang tak di fahami tapi rata rata semuanya dalam sedu sedan dan esak tangis sendiri.

Sebenarnya aku tak nak dekat dekat sebab takut kena wangian kat kain ihram. Esok nak pakai lagi, tapi keinginan nak pegang tu memang ada, aku pegang sikit then cepat cepat aku kesat kat baju orang orang depan aku. Hiks..

Gosok slow slow konon konon memujuk. Padahal membuat perbuatan keji ! Heheh. Ampun.... !

Then aku cuba sedaya upaya untuk keluar dari Hir Ismail tu. Bertungkus lumus jugak la nak keluar tu sebab bertembung dengan orang yang nak masuk. Tapi aku rasa puas hati gak la sebab berjaya masuk dan berdoa. Time tu saki baki kesedihan tu masih ada lagi.

Then aku nampak kat bucu Kaabah ada orang cium cium dinding Kaabah yang tak tertutup oleh kain Kaabah tu. Memang area tu rasanya terbuka sikit.


Orang berpusu pusu nak cium.

Aku ambik port belakang then terus je dapat sentuh dan cium bahagian tu. Oh. Rasa makin gembira.

* sok sek sok sek. hingus sedih tadi masih ada lagi.

Then aku teringat pulak kat Hajarul Aswad, so aku rasa nak pegi cuba. Memang kalau tengok pada orang, area situ lagi ramai manusia. Tapi aku cuba je lah. Kalau rezeki ada, dapat lah. Kalau tak de, aku pun tak meletakkan harapan yang tinggi.

Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh sebab kejahatan manusia. Menurut sejarah, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih yang lebih putih dari salji tetapi lama - kelamaan menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa orang-orang Musyrik.

Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda :

"Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi

So aku pun pegi nak cuba.

Memang mencabar. Orang bertolak tolak macam tsunami. Kejap ke kanan, kejap ke kiri.

Mamat yang jaga tu memang dah tak heran orang bertolak tolak.

Time ni aku tak de la push sangat sebab tak yakin boleh mencelah. Tapi tiba tiba orang kiri tolak ke kanan dan orang kanan tolak ke kiri, tetiba tengah tengah terbuka. 

Terus aku mencelah masuk dan ngam ngam je aku capai besi tu dan masukkan muka dalam tu. Saat tu lah memang tak terlupa, aku kucup keseluruhan batu dari syurga tu. Baru je aku masukkan muka, tetiba aku perasan ada orang cium pipi aku belah kanan.

Sebab aku pejam mata so tak perasan, tapi aku dengar suara seorang lelaki berbangsa Indo.

"Ya Alloh, amponkan lah diri ku......"

Belum aku tarik muka lagi, tetiba dia cium aku sekali lagi ! Di pipi yang sama. Kali ni siap bunyi...

Chup. Chup...

Aiyooo.... KAU DAH KENAPA NI? 

Benda tu berlaku terlalu pantas aku pun tak sempat nak tengok, Dan tak sempat aku nak sambung bersedih, tetiba aku tergelak sorang sorang.

Ha Ha Ha...

Hitam sangat kah aku ni sampai di sama kan dengan Hajarul Aswad? Tak rasa ke pipi aku yang mengerutu dan bulu bulu tajam ni? Eh..... apa apa lah orang tu. Kesian pulak kat dia.

Tapi aku memang tergelak sorang sorang diri. Dan kebetulan di situ, aku himpit ke Multazam dan berdoa sekali lagi di situ sebelum aku cuba cuba nak keluar. Nak keluar dari kelompok manusia yang ramai dan bertolak tolak tu memang menyiksakan. Aku nak keluar, orang masuk dan rapat dengan tempat tu, last sekali aku terpaksa lonjak ke atas, then dia orang tolak tolak aku keluar. Bayangkan time tu aku pakai ihram... memang terselak abis lah. Tak tau la ada orang skodeng ke tidak tapi kain ihram aku tu pun rasa macam tertarik. Nasib tak tercabut. Kalau tak buat free show aku kat situ.

Time tu jam tepat pukul 3.30 pagi !

Tu lah pengalaman pertama aku dapat mencium Hajarul Aswad. Alhamdululillah. Rasa macam mudah je tapi kalau bayangkan semula... memang tak sanggup bertolak tolak macam tu.

Habis pada tu, aku ngaji kat depan Kaabah jap sementara menunggu masuknya waktu subuh.

Azan subuh berkumandang

Selamat pagi kota Mekah Al Mukaramah

Selesai tawaf pertama pagi tu, lepas subuh balik bilik terus terbongkang. Dan the rest of the day aku just ulang alik masjid je untuk solat.

Hari esoknya kami keluar ziarah luar kota Mekah dan bermiqat di Masjid Ja'ronah untuk melaksanakan umrah yang ke 2. Balik ke Mekah terus solat Zuhur dulu then abis Zuhur baru start Tawaf. Kali ni dah reti sikit, so rasa OK sikit lah walaupun Mutawif aku hilang lagi !

Sebenarnya dia tak hilang, tapi aku yang slow sebab asyik kena langgar dengan orang yang tolak kerusi roda. Tau tau je la bila dah ramai. Macam macam hal.

Cuaca memula nak tawaf tu memang panas gila sebab tengahari. So aku syorkan pakai sunglasses kalau nak tawar time siang. Bukan apa, pantulan cahaya matahari tu ke marble menyilaukan mata. Tapi lantai di Kaabah memang tak panas walaupun cuaca panas.

Tapi ..... pusingan pertama tawaf je panas. Tetiba lepas tu.....

Cuaca mendung ! Best je tawaf sampai habis. Sesekali hujan turun gak la tapi tak berapa lebat. Alhamdulillah sampai selesai tawaf cuaca memang membantu dan tak panas.

Abis Tawaf solat sunat 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim. Kawasan ni sempit sikit sebab time tu baru dia orang nak buka maataf. Tapi boleh la menyelit nak solat sunat di belakang ni.

Menunaikan solat di sisi Makam Ibrahim adalah suatu yang mempunyai kelebihan yang besar. Allah berfirman bermaksud :

Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah sebagai tempat berhimpun bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat.” (Surah al-Baqarah, ayat 125)

Makam Ibrahim bukanlah tempat perkuburan Nabi Ibrahim AS sebagaimana pendapat kebanyakan orang. Ia adalah merupakan binaan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim AS berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail AS memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

Selesai saie dari Safa ke Marwah, serta bertahlul, aku balik semula ke area Baitullah. Time tu dah nak masuk Asar. So aku solat Asar depan Kaabah.

Solat Asar

Abis solat Asar tu aku try pegi ke Hijr Ismail sekali lagi dan berjaya masuk ! Kali ni lebih mudah dari subuh kelmarin. Maybe sebab orang baru lepas solat Asar. 

Berdoa di bawah pancur emas atau Mizhab di dalam Hijr Ismail. Mizhab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.

Dan sekali lagi aku dapat kucup dinding Kaabah yang terbuka tu. Kali ni lebih senang dan dapat kucup lebih lama.

Dan cubaan kali ke dua nak pegi ke Multazam. Multazam adalah kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab doa. Menurut sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.

Dan kali ke 2 aku cuba nak kucup Hajarul Aswad sekali lagi.

Memula macam tak yakin nak terjah masuk, tapi aku perhati lama sikit tengok keadaan time tu. Last sekali macam semalam jugak malah lebih mudah laluanya dari semalam lagi. Aku dapat cium kali ke 2 dan kali ni confirm tak de orang cium aku !

Tapi ada sorang Kakak Indo ni, memang kebal gila. Dia sorang je pompuan... gigih dia nak cium jugak Hajarul Aswad ni, tak pasti dia dapat ke tidak sebab aku nampak dia berdiri dari tepi dinding dan ramai je geng geng Indo yang muda muda yang sibuk nak scam orang dapat kucup Hajarul Aswad tapi nanti kena bayar kat dia orang.

Selesai hari ke berikutnya dan umrah kali ke 2. Alhamdulillah. Sangat sangat di permudahkan. Sebab suka hati lepas tu aku gigih pegi cari rokok sebab bekalan dan kehabisan !

Keluar dari masjid lepas solat Asar tu tetiba hujan turun dengan lebat berserta ribut kencang.

Hujan lebat berserta ribut

Hujan rahmat. Aku tengah nak gi cari rokok time ni. Tersadai dek hujan lebat. Ribut agak menakutkan tapi hujan sekejap je lebat,.

Bertakung jugak lah air dijalanan

Tawaf aku yang ke 3 selesai hari esoknya dan cukup lah buat 3 kali Umrah di sini. Nak buat banyak tapi kaki dah merekah dan pedih. Memang mencabar jugak nak ulang alik Safa ke Marwah tu walaupun tak de la jauh mana. Tapi kalau kaki dah start pedih pedih, memang surrender lah.

Kali ke 3 tu aku tak sempat nak masuk Hijr Ismail apatah lagi nak kucup Hijarul Aswad sekali lagi. Memang orang time tu ramai gila gila sebab masih waktu pagi ! Tak pe lah... cukup lah dapat cium 2 kali dan kena cium sekali tapi 2 ciuman.

"Ya Alloh, amponkan lah diri ku......"

Teringiang ngiang ayat tu kat telinga aku. Memang patut mintak ampun dengan Tuhan... Apsal ntah pegi cium aku?

Nasihat aku, berada di tempat tempat mustajab ni, hati hati bila berdoa. Ni memang terjadi pada aku, ada la few benda yang tercrossed dalam kepala aku masa kat sana dan aku berdoa. Dan.. doa doa tu termakbul tapi nya.... bila jadi benda benda yang aku sendiri pun tak expect, kucar kacir jadi nya.

Kata orang. Be careful what you wish for !!!

Kaabah dan Makkah Royal Clock Tower

Apa apa pun bagi aku rasanya umrah yang mudah ni pun terasa tercabar jugak la, apatah lagi kalau haji. Memang respect la orang orang tua especially kalau buat haji memang semangat mereka kuat dan tinggi !

Aku tak share sejarah Kaabah di sini sebab entry ni dah panjang bebenor. So kalau nak baca boleh refer : Wiki Kaabah

Then layan gambar gambar lain di sekitar Baitullah ni.

View

Baitullah

Baitullah

Baitullah

Baitullah

Berdekatan dengan Kaabah ini juga terletaknya telaga Air zam zam yang mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. 

Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud:, Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: 

"Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Jenuh jugak aku cari telaga tu, katanya 60 meter dari pintu Kaabah tapi kawasan telaga Zam-zam sekarang telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Berikut adalah gambaran dan tempat tempat penting sekitar Kaabah yang perlu di ambil tau. Kebanyakkan daripadanya adalah tempat tempat yang mustajab untuk berdoa.


Drawing of the Kaaba. Labeled elements are as follows: 1 - The Black Stone; 2 - Door of the Kaaba; 3. Gutter to remove rainwater; 4 - Base of the Kaaba; 5 - Al-Hatim; 6 - Al-Multazam (the wall between the door of the Kaaba and Black Stone); 7 - The Station of Ibrahim; 8 - Corner of the Black Stone; 9 - Corner of Yemen; 10 - Corner of Syria; 11 - Corner of Iraq; 12 - Kiswa (black veil covering the Kaaba); 13 - marble band of marking the beginning and end of rounds; 14 - The Station of Gabriel.

Baitullah

Buat kali terakhir, aku sempat berdoa di Hijr Ismail dan dapat memegang kiswa Kaabah yang sangat harum baunya. Oh, kalau nak tau cemana bau Hajarul Aswad, based on hidung aku ni bau dia macam bau perfume ni.

Abdul Samad Al Qurashi - Black Stone. Sedap bau dia. Aku ada try masa kat Mekah itu hari tapi mahal sangat tak daya nak beli

Akhir sekali, sebelum berangkat pulang dengan rasa sedih kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rumah Allah ini, aku laksanaka tawaf Wida (tawaf perpisahan). Tak lepas mata aku memandang Kaabah ni dan dalam pada aku menahan sedih.

Kali ni airmata jatuh juga ! Perpisahan ini terasa sangat menyedihkan. Tapi aku redha. Sebagaimana Kau takdirkan aku datang, begitu juga Kau tetapkan aku untuk pulang.

Ya Allah. Terima kasih kerana mengundang aku datang dan menjaga aku sebaik mungkin sepanjang aku berada di tanah suci ini.

Aku berdoa, supaya Allah memanggil lagi aku ke sini. Insha Allah aku akan datang bawak family.

bersambung....................

8 comments :

  1. Meng! Br nk feeling2 baca cite kt kt hijr ismail, tetiba baca psl kna cium tuh.. adoi kelakar plk...hehe best2 dipermudahkan urusan ko kt sana... 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.... tak tercapai dek akal... tapi maybe org bertolak2 kot... kawasan pun malap. so dia ingat dah sah la dia cium hajr aswad tu kot

      Delete
  2. Meng..aku dh fefelin syahdu baca skali smp part ko kena cium terus tergelak..hehe. sabar jer lar tapi Alhamdulillah kan rezeki ko Meng,Allah permudahkan urusan disana.

    Doa kan aku juga ye..**nebes nk tunggu musim haji tahun ni**

    btw sempat ko snappy2 dlm ramai2 umat manusia berhimpit2 tue Meng..kalu aku gugur dh hp tue gamaknyer..hihiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah.. semuanya di permudahkan... aku doakan yang sama utk kau nanti.

      ambik gambar tu cabaran sebenarnya sebab semua gegar. tu pun pegang phone sekuat hati dah tu.. sebab ramai sgt org bertolak2

      Delete
  3. Alhamdulillah. semangat plak rasa nk pegi bile bace cite ko neh. emosi roller coaster bace cite ko...kejap terharu...tetiba rasa nk gelak part kena cium etc. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah agip. aku doakan semoga di lapangkan rezeki utk kau pulak gi sana...

      pakai qu puteh utk elak dari di sangka hajarul aswad

      Delete
  4. Alhamdulillah...
    Apa? Kena cium sbb disangka Hajarul Aswad? Masya Allah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. aku pun sampai sekarang x leh terima..... dua kali lak tu... musykil

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...