Friday, June 17, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 10 - Madinah : Jalan Jalan Di Madinah Al Munawarah

Berkesempatan berada di bumi Madinah buat aku rasa tak senang duduk kalau datang dan tak explore kota keberkatan ni.

Memang tujuan aku ke Madinah untuk menziarah, tapi ada masa masanya especially waktu pagi selepas selesai subuh dan bersarapan, aku tak de aktiviti so mula lah merangka untuk explore dan jejaki kawasan sekitar Madinah. Ajak member aku tu dia tak nak sebab sakit kaki. So dia nak lepak je kat bilik.

Bosan jugak sebab aku tak leh nak tido so memula cari cari tempat menarik untuk di lawati di sekitar Masjid Nabawi. Baca baca dan surfing sikit then aku fikir cara terbaik untuk ke tempat tempat yang aku nak pegi.

Masjid Nabawi

Masalah utamanya..

Cemana nak bergerak?

Nak naik bas? Aku nampak banyak bas tapi tak pasti mana satu bas yang ambik penumpang sebab banyaknya yang khas untuk jemaah.

Taxi? Hmmm takut mahal jer !

Kalau nak ikutkan ziarah luar yang di aturkan oleh pihak agent memang tak banyak tempat aku buleh pegi. So berkira kira sambil check apa yang menarik di sini, aku came up dengan idea.

UBER !!!

Haaaa..

Aku pernah dengar pasal Uber ni, tapi aku sendiri pun tak pernah cuba time kat Malaysia.

Satu pagi tu aku surf internet dan aku download apps Uber. Rupanya kat Madinah memang ada. Tak tau la gigih benar aku berusaha, cuba cuba je memula then aku register dan tak lama lepas tu, apps Uber tu macam mengujakan aku je.

Let's cuba ! Tapi cuak jugak sebenarnya.


Perlukan kerja?

Sebab nak keluar dari hotel dan dah tak de wifi, akhirnya aku subscribe je Maxis Internet RM38 tu. Belasah je lah ! Sambil sambil tu aku decide mana tempat yang aku nak pegi sebenarnya.

Tak lama aku godek godek, sudahnya kereta Uber aku yang pertama on the way ! 

Fuh.... takut sungguh time tu. Bukan apa, sebab tak biasa. Tapi excited jugak sebab Uber aku yang pertama adalah di Madinah !

Destinasi pertama yang aku nak pegi adalah Museum Al Madinah. Check punya check rupanya ada few museum kat Madinah ni dan info di internet memang lah tak complete. Kadang nama lain, lokasi pun tak tepat, so aku confused tapi decided nak ke Darl Al Madinah.

So came my first ride ! Sebuah kereta Toyota Corolla.

Thru apps aku buleh nampak keta dia semakin dekat. Dia pun boleh locate aku based on GPS phone aku. So mamat pertama.

Umair 

Masuk masuk kereta aku diam je. Tak tau nak acting cemana. Cuak pun ada jugak. Then mamat Umair ni start bersuara tanya tempat mana aku nak pegi tu. Aku bagitau dia tempat seperti mana yang aku dah lock kat apps Uber tu.

"Where you from?"

Dia tanya aku. Aku jawab Malaysia. Then conversation mula lancar antara kami berdua.

Dia kata dia pernah datang kerja di Malaysia. Lama dah. Tak pandai pun cakap Melayu. Dia keje jaga kebun sayur di Cameron Highlands.

"I had to go back to Pakistan. My father and my mother. You know... we have to take care of our parent. If we take care of our parent, Allah will give us rezeki..... bla bla bla..."

Aku angguk je lah layan dia bagi tazkirah. At least tak de rasa cuak sangat dah.

Layan gambar sewaktu perjalanan.

Kawasan yang kering dan tandus

Kedai

Shopping mall terbesar di Madinah. Kat Madinah tak de panggung wayang !

Tapi tempat yang aku nak pegi ni rupanya jauh jugak. Tengok dalam phone macam dekat je. So berpusing pusing then masuk jalan macam tak de orang lalu pun. Berkali kali aku tanya dia.

"Are you sure this is the place?"
"Yes. Yes. I know... Not far"

Then sampai lah ke Darl Al Madinah. Tempat yang memang aku bagitau dia aku nak pegi.

Museum Darl Al Madinah

Bila sampai, Umair ni pun stop kat area museum ni. Pastu dia mintak phone aku dan laju je dia tekan konon konon aku rate dia 5 star !

Gila tersentak jap aku. Tapi tak pe lah, since aku rasa dia tak bagi aku masalah so buleh la 5 Star.

"Since this is my first time with Uber, they give me free ride !"

Aku tunjuk dia kat phone aku tulis trip total SAR 0. ( refer pix atas balik ). And dan dan tu dia pulak tak leh terima. Dia kata kat phone dia tulis SAR 25. So aku kena bayar dia 25 riyal. Lagi dia nak menipu aku, sebenarnya charge tu cuma SAR 20, then dia kata Uber charge dia another 5 Riyal tu yang aku kena bayar dia 25 Riyal.

Bengang betul aku sebab dia berkeras suruh aku bayar. Malas nak bertekak, last sekali aku bayar je kat dia.

"Take it... but to me... this is HARAM !!!!"

Haaaaa. Asyik dengar orang cakap Haram je, kali ni biar aku yang sebut.

Memula dia macam terkejut gak, tapi aku terus blah je malas nak tengok muka dia dah, tak lama lepas tu dia pun blah. Cilanat betul. Memang aku tak halal. Tadi bukan main cerita pasal mak bapak segala benda di alam maya konon dia baik, tapi macam haram !

So aku tertipu pada Uber ride pertama aku !

Dan aku tertipu sekali lagi sebab tempat yang aku datang ni bukan lah tempat yang aku nak pegi !!!

Adoi !!!!!!!!!!

* menangis tepi jalan.

Nanti aku blog details pasal tempat yang aku pegi.

So dah abis melawat tu, aku plan nak ke Masjid Qiblataini. Semalamnya masa ziarah luar, bas ada lalu tapi tak berhenti. So aku plan, kali ni aku nak pegi masjid ni, singgah dan tengok sendiri.

So dari museum Darl Al Madinah yang salah tu, aku lock destinasi aku ke Masjid Qibalatain dan tunggu Uber ride aku yang ke 2 !

Kata 7 minit menjadi ke 15 minit, last sekali sampai 30 minit aku menunggu !!!

Dalam apps aku, aku nampak kereta dia tapi dia park punya lah jauh. Macam kat tepi highway.  Aku called dia tapi tak dengar suara. Sama jugak dia call aku pun tak mendatangkan apa apa hasil.

Last sekali aku nekad pegi ke highway tempat dia parking sebab kalau nak cancel aku kena bayar jugak 15 Riyal. Dah la tempat ni tak banyak kereta yang lalu !

Berpeluh aku menapak akhirnya jumpa jugak driver ke 2 nama nya Muhammad Pervaiz. Dia bawak Hyundai Elentra.

Muhammad Pervaiz

"Is that you?"
"Yeah.. Where have you been waiting?"
"I was there at the museum"
"But my phone says your location is here!!"

Dah bertekak aku dengan dia. Cara dia orang ni cakap menengking ! Kasar. Memula aku pun menyirap sebab dia dok ulang dia tunggu tempat yang betul. Dan aku mana tau. Aku defend diri aku jugak la cakap location aku dah betul !

"Okey. Okey. Dont worry.... Now we can go"

Cara bercakap macam nak ajak aku bergaduh ! Aku dah la berpeluh peluh ni menapak panas panas cari dia.

Layan gambar sikit.

Jalan raya di Madinah

Melintasi lebuhraya dengan Bukit Uhud di belakangnya

Bangunan

Istana Sultan mana ntah yang di hadiahkan oleh Raja Saudi. Peryaiz ni citer tapi aku dah lupa detailnya

Bukit Uhud

Kawasan Madinah

Keadaan jalanraya di Madinah

Landskape bandar

Sepanjang jalan tu borak borak gak la dan dia pun ada sembang sembang pasal Madinah ni jugak. Dia asal Bangladesh dan lama duduk Madinah ni. Mamat Pervaiz ni much better than yang no 1 tadi. Dia bawak aku sampai ke destinasi yang aku nak pegi. Masjid Qiblatain.

Masjid Qiblatain

Kali ni clean. Sampai je dia drop aku kat masjid dan aku bayar dia 25 riyal macam yang tertera dalam app. Aku rate dia 4 dan dia siap tanya aku lagi nak turun kat gate mana. Kira OK lah tu.

So kami berpisah dan aku masuk Masjid Qiblataini.

Selepas selesai tu, aku fikir nak balik ke hotel dah sebab hari dah nak tengahari. Aku nak balik zuhur di Masjid Nabawi. Kalau kat Madinah, rugi kalau tak solat kat masjid nabi sebab pahalanya lebih bersar. So masjid masjid lain di sekitar Madinah ni jadi tempat lawatan biasa je lah. Jarang orang solat fardhu.

So destinasi aku adalah balik ke hotel !

Aku cari drebar Uber terdekat. Kata 5 minit sampai tapi dia sesat ntah ke mana hala. GPS hantar dia ke lokasi lain. Terpaksa aku call dia dua tiga kali dan akhirnya dia muncul dengan Kia Optima.

Drebar No 3. Abu Baker

Lama jugak aku nak tunggu dia ni sampai sebab aku nampak dalam phone aku dia berputar putar ikut jalan ntah ke mana mana. Lepas call tu baru OK dan dia pick up aku kat masjid Qiblataini dan hantar aku ke Masjid Nabawi.

Abu Baker ni pun OK. Dia memang asal Madinah dan bapak dia keje kat Malaysia ! Dia kata keje kat KLIA2. Borak borak, dia cakap bapak dia kata Malaysia best. Semua puji puji lah. Aku pun tumpang bangga. Dia pun OK. Banyak bercerita pasal Madinah dan tempat tempat yang ada di laluan perjalanan kami.

Masjid Tujuh yang terkenal semasa Perang Khandaq. Memula macam nak singgah tapi takut tak sempat zuhur nanti di Masjid Nabawi

Laluan

Highway menuju ke arah bawah Masjid Nabawi ( parking etc )

Masjid Nabawi

Alhamdulillah selamat sampai

Sampai di Masjid Nabawi aku bayar dia 13 Riyal dan kami berpisah. Aku terus masuk masjid untuk solat Zuhur.

So itu lah pengalaman aku naik Uber di Madinah. Memang memula rasa takut gak, tapi lama lama rasa mudah je pergerakan aku di Madinah ni.

Layan sikit lagi gambar gambar sekitar Madinah Al Munawarah.

Madinah bermaksud 'city'. Al-Madīnah al-Munawwarah bermaksud "the radiant city" Nama lama bagi Madinah adalah Yathrib

Madinah mempunyai iklim padang pasir panas. Musim panas yang sangat panas dengan purata suhu siang hari kira-kira 43 ° C (109 ° F) dengan malam kira-kira 29 ° C (84 ° F). Suhu melebihi 45 ° C (113 ° F) antara  bulan Jun dan September.

As of 2006, the city of Medina has a population of about 1.3 million.

Sama seperti Mekah, Non Muslim tidak dibenarkan memasuki bandar Madinah

Terdapat jalan-jalan utama yang menghubungkan bandar Madinah ke bahagian lain di negara ini,

Pembesaran kawasan Masjid Nabawi menyaksikan pembinaan hotel yang banyak di sekitar kawasan Madinah

Bus stop di Madinah. Aircond tapi macam dah jahanam jer

Balai bomba

Sekitar bandar Madinah

Basikal di Madinah

Bank khusus untuk kaum wanita di Madinah

Station minyak

Gedung beli belah

Bandar Madinah

Pencakar langit

Pekerja bandaran

Bangunan di Madinah

Sebenarnya banyak tempat bersejarah di Madinah ini telah di musnahkan kerana bimbang perbuatan kurafat yang berleluasa yang boleh membawa kepada syirik. Bangunan bangunan warisan telah di musnahkan bagi mengelahkkan daripada tempat tempat ini dijadikan sembahan atau anggapan keramat. Di Madinah ini beberapa tempat telah hilang dan di musnahkan termasuk lah Masjid Salman al-Farsi,Masjid Raj'at ash-Shams, Tanah perkuburan Jannat al-Baqi  serta  rumah asal Nabi Muhammad SAW di sini.

Dan berkesempatan di hari lain, since aku dah salah tempat nak gi muzeum tu, aku cuba sekali lagi guna Uber untuk ke Al Madina Museum.

Drebar Uber . Mohammad

Ini lagi pening !

Aku dah la pening tak locate museum ni sebab internet semua bagi lokasi yang salah. Nama pun tak tepat. Lagi haru mamat ni berhenti tepi highway yang sibuk dengan kenderaan.

Dah naik kereta dia. Buleh pulak dia tak tau mana tempat yang aku nak pegi ni !

Dia bising kata aku tak tau mana aku nak pegi. Dan aku bising cakap dia tu yang tak tau tempat tu kat mana !

Dia tak pandai English dan aku tak faham Arab. Pong pang pong pang kami bertekak  dalam kereta ! Sudahnya sampai jugak. Dekat je sebenarnya dari Masjid Nabawi tu tapi sebab masing masing tak sure.

Bikin menyirap jugak aku di buatnya. Sabar Sabar ! Nasib la akhirnya sampai juga.

Ni lah tempat yang asalnya aku nak pegi !

Tetiba rasa macam kat Turkey

Bangunan kerajaan di Madinah

Maka begitu la tempat tempat yang sempat aku terjah di bumi Madinah. Memang Madinah bukan tempat pelancongan, tapi berpeluang jejakkan kaki ke sana boleh la usha usha kawasannya juga.

Rasannya ada lagi tempat lain yang aku tak sempat nak expolore. Kalau sesapa ke sana, boleh la cuba ronda ronda dan lihat kawasan.

I Love Madina !

Alhamdulillah. Pengalaman explore kota Madinah dengan cara yang tersendiri. Semuanya rasa dipermudahkan. Terasa sangat dekat dengan Allah, mintak je senang di makbulkan. Terasa diri ini di sayangi !



Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

bersambung....................

14 comments :

  1. Respek kat kau Meng sebab berani naik teksi kat sana.
    Sebab kan dengar orang kata, orang Arab ni garang garang.
    Aku baca kau bertekak dengan dorang ni pun dah seriau dah huhu.
    Apa2 pun syukur semua selamat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara berani dan takut sebenarnya....

      fikir alang alang dah sampai, biar sampai puas hati. nak dapat peluang lagi tu ntah bila la.. lagipun masa agak tak berapa nak banyak utk explore berlebihan. so mana yang sempat je lah.

      aku bertekak tu dalam berani dan takut takut jugak.... kalau apa apa memang aku lintang pukang lari. ahahahaha

      Delete
  2. Assalamualaikum Meng, aku dah agak dah kau mesti ronda-ronda.
    Best laa Meng ni..gambar lawa..thanks Meng share kat sini.
    Travel Agency tu bawak tak pergi kilang Al Quran? Teksi biasa charge SAR50 return.
    Bus SAPTCO tu boleh sampai Mekah tu Meng..murah jugak and reliable.
    nanti kau ziarah balik buat backpackers je Meng.

    Jay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam.

      hahaha.. kaki tak leh nak dok diam macam ni lah. nasib la tak de apa apa yg buruk berlaku. tapi memang puas hati.

      kilang Al Quran tu dia tak bawak. cuma lalu jer. Ingat nak pegi gak memula tapi tak sempat.

      gi umrah dgn backpackers? menarik tu.... tengok la nanti... boleh panjangkan langkah lagi.

      Delete
  3. cantik bangunan Al-Madina Museum..

    ReplyDelete
  4. Madinah... Kota kesayangan Rasulullah SAW

    ReplyDelete
  5. Bestlah meng!i loike.aku suka ayat terasa diri disygi tu...hehe feel dia lain kan...mcm request je terus dpt kat sana...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul..... memang tepat sekali. Kat sana feel dia lain macam jer.. rasa ada yg memerhati setiap gerak geri

      Delete
  6. Meng ...

    Madinah dah maju ... dah ada Uber ! Dulu zaman kita , kita naik kereta sapu jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tu la macam tak percaya. kat kl pun tak pernah try.. tetiba try kat Madinah. nasib tak jadi apa apa..

      teksi pun banyak kat sana kan? cuma tak berapa berani sgt takut kena culik

      * perasan hot

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...