Thursday, June 9, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 03 - Umrah : Makanan

Bulan bulan puasa ni tak berapa elok nak cerita pasal bab makan. Tapi ni kira exceptional lah. 

Kuatkan iman korang ! Jangan mudah terpedaya dengan gambar gambar dan hidangan yang sempat aku jamu selera semasa mengerjakan umrah di Mekah dan ziarah di Madinah. Moga moga kalau berkenan, bila sampai sana buleh la carik juga.... !

Mulakan dengan makan dalam flight dulu.

Penerbangan Saudia KUL - JEDDAH

8 jam penerbangan disediakan 2 kali makan. Set pertama apa benda ntah. Tapi chicken. Overall tak sedap !

Set ke 2. Pun sama... Langsung tak kena tekak aku !

Memang fail la makanan Saudia ni !

Di Madinah dan juga Mekah. Most of the time, hotel penginapan akan sediakan makanan dari breakfast, lunch dan dinner. Breakfast biasanya start awal la dalam kol 6 pagi lepas subuh. Balik subuh makan dulu then free sikit. Dalam kol 11 siap siap gi masjid balik dan kol 2 balik untuk lunch. Dinner biasanya abis Isyak baru aku ambik. Kiranya makan berjadual jugak la so tak de la lapar mana.

Minum air zam zam pun buleh buat kenyang juga !

Makan di hotel

Menu lebih kurang je walaupun ada macam masakan Melayu

Dua dua hotel di Madinah dan Mekah makanan buleh tahan lah

Hotel aku di Madinah depan tu ada banyak kedai kedai menjual dan jugak kedai runcit. Kat bawah hotel dalam mall tu pun ada Bin Dawood kalau nak beli apa apa.

Tapi aku lebih suka cari buah buahan kat sana !

Typical kedai runcit di Madinah

Bekalan buah buahan !

Di Madinah ada sekali aku terasa nak makan kebab dan shawarma. So aku makan kat restoran kat bawah Movenpick Hotel di Madinah ni

Penyediaan

Hambik kau ! Ingat kan kecik.... tapi besar gila. Harga pun buleh tahan. Dekat RM 30 ni

Di Madinah kalau suka boleh cuba roti roti dia di sana. Gebu gebas dan murah murah.

Kat Madinah dan Mekah ada KFC ! Tapi Mc Donalds tak der.

Bagi peminat tegar kopi... jangan risau ! Kopi premium dari Starbucks ada di Madinah !

Order je lah.....

Di Mekah pun sama, most of the time makan kat hotel jer. Standard makanan. Nasi dan lauk. Biasanya ada ayam tapi ada hari hari tak bagus untuk aku ada ikan, daging dan burung puyuh. Belum cerita organ dalaman siap dengan piano piano dia hidangkan. Terus aku putus selera !

Tapi keropok ni wajib ada !

Sewaktu di Mekah, ada hari harinya aku putus selera jugak nak makan kat hotel. So aku cari tempat makan lain.

Jangan tak tau, kat Mekah ada restoran namanya Malaysian Restaurant !

Walla ! Restaurant yang di miliki oleh D'Saji iaitu kumpulan Felda menghidangkan masakan Malaysia. Tapi pekerja dia ramai Indo.

Lauk pauk yang dihidangkan..... harga agak mahal jugak lah

Aku makan 2 kali. Kali pertama nak pekena Nasi Hujan Panas. Nama je hujan panas tapi kering macam kemarau. Kuah tak der... Harga pun buleh tahan lah sebab ayam dia besar. Aku lupa harga. Dan makanan dia tak de la sedap mana !

Dan kali ke 2 pekena masakan kampung. Not bad lah walaupun harga dia agak mencekik jugak !

So kalau berada di Kota Mekah dah butuhkan makanan Melayu ! Butuh tu !!!! Maka boleh la makan di Malaysian Restaurant ni. Gerai ni terletak di food court tingkat 2 Al Safwah Tower sebelah menara jam Mekah Abraij Al Bait tu. Jangan pegi food court mall Al abraij tu pulak ya !

Juga semasa di Mekah, member aku sempat bertemu dengan kawan dia yang bekerja di sana. So aku ikut sekali. Member dia tu bawak kami makan di sebuah restaurant di Mekah ni.

Hunta la... hunta ! Apa nama kedai pun aku tak tau... 

Jangan tanya aku kat mana tempat ni, aku pun tak tau !

Dalam restoran. Hati hati makan di restoran atau masuk kedai di Mekah ni, ada kedai atau resto khas untuk wanita, atau lelaki sahaja. Dan ada jugak untuk famuly in which kalau single jangan cuba cuba berani nak masuk. Nanti kena hempuk !

Macam kedai ni untuk kaum lelaki saja melepak lepak

Orang bawak aku ikut lah. Rupa rupanya hidangan malam tu daging unta ! Bawah nasi tu ada ketulan daging unta.

Dan ada lagi di buat lauk sebegini rupa.


Verdict aku?

Well. Sebagai tetamu dan menjaga air muka orang yang belanja so aku lah buat buat rasa walaupun sekali suap je pun aku rasa kembang tekak !

Kennot go ! Go away unta !!!

Tapi rasa dia macam kerbau sikit lah kot if I were to compare walaupun aku memang tak pernah kerbau kerbau ni !

So malam tu aku hanya penyeri malam je. Kelip kelip tengok orang makan dan aku menahan perut yang kekosongan ! 

Anyway sapa yang suka boleh lah cuba !

Di Mekah juga, walaupun ada KFC, tapi KFC kat sana tak berapa laku !

KFC di Mekah

Ada lagi kedai kedai ayam goreng local punya yang lebih ramai pengunjung dan memang menjadi pujaan ramai. Kalau tengok kedai dia memang beratur orang. Salah satu yang popular adalah al Baith ni !

Dan aku pun konon konon nak mncuba !

Beli satu set dan makan. Tapi rasanya tak de la mengWOW kan !

Rupa rupanya salah kedai ! Hahahaha. Bahana tak baca tulisan jawi betul betul. Main belasah jer.

Ni juga antara kedai yang menjadi tumpuan. Rela dia orang beli dan makan berdiri tepi tepi. Sedap betul la tu kot

Dan orang kata the best food is street food.

Banyak kedai kedai jual makanan macam ni di Mekah.

Dan tak lupa kalau di Mekah ni kira wajib cuba !

Fruit juices

Dan aiskerim yang wajib rasa. 3 riyal 1 cup ni. Di jual dari subuh hari sampai ke malam.

Rasa sekali pasti nak lagi !

Satu lagi kena biasakan, kat sana banyak jual air soda jer. Pepsi dia menarik jugak. Boleh la sekali sekala cuba !

Menu outbound KL

Saudia ..... memang mengecewakan !

Akhir kata, kalau berada di Mekah mahupun Madinah. Makanan adalah macam macam ada. Banyak pilihan dan ikut selera tekak masing masing.

Pepandai lah melantak dan membaham asal jangan kena keracunan dan menganggu ibadah sudah lah ! Jangan nanti balik dari umrah terus obesity.

Not good.

Apa apa pun, Alhamdulillah. Sentiasa di berikan rezeki dan dipermudahkan segala hajat.



Dian Sastro:
disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Malique:
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:
jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:
aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan dugaan, cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro:
sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

bersambung................

22 comments :

  1. Rindu nyer..
    - Meng ada rezeki try plak pegi time bulan posa. Lagi happening I tell you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah... bulan puasa mahal lagi la kot. kena menabung lebih la nampaknya

      Delete
  2. pernah beli milo panas kat felda d'saji tu....satu cup kecik 6 riyal....hahahaha pasrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. buleh tahan la mahal makanan situ..... jual nama malaysia je mark up gegila..

      Delete
  3. Alhamdulillah Makkah mmg murah rezeki berkat doa Nabi Ibrahim a.s. Hati2, kat sana jgn bnyk komplen, nnt dpt "cash" jer Allah nk tunjuk mcm2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. tapi kalau gi sorang sorang, komplen dalam hati je. kalau ada geng gossip memang masak la....

      hahahah

      Delete
  4. Roti arab tu nampak sungguh menyelerakan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah murah !! tapi kebersihan di ragui. aku nampak dia biar macam tu je semalaman... debu debu kita dan debu debu liar. mengotori suasana...

      sedap tak ayat aku? hahaha

      Delete
  5. Salam Meng,

    Seronok saya membaca perkongsian Umrah ni. Saya nak beri cadangan lepas ni Meng pergilah pulak melawat Jejak Rasul. Satu tempat yang saya nak cadangkan ialah Sanliurfa di Turki. Di sinilah berlakunya peristiwa Nabi Ibrahim dibakar oleh Namrud. Kalau nak tahu apa ada kat sana, boleh skodeng kat blog saya: http://azziamd1.blogspot.my/2014/09/2014-turkey-bhg-13.html.

    Maha terasa kebesaran Tuhan dan kerdil sangat rasanya diri kita bila kita melawat tempat-tempat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Terima kasih. Insha Allah kalau ada rezeki boleh la ke turkey. memang masuk dlm list tu. tapi mcm takut je asyik org main bom bom je...

      Delete
  6. Alhamdulillah, masa time saya pergi umrah tahun 2014. Makanan dalam Flight saudi adalah sedap dan enak - enak belaka.Nyum3. Ops!! puasa la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti tukang masak tu dah pencen... makanan dlm flught memang tak kena dgn tekak aku. nasib baik aku busy tidur...

      Delete
  7. Salam ukhuwah dari bumi mesir..duduk negara arab ni kena cuba pelbagai..street food mmg pling sedap..dan tawakal yg tinggi tu in shaa Allah...jrang ada keracunan... alhamdulillah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah..... banyak yang nampak sedap di mata... cuma nak try kat tekak tak berkesempatan...

      maybe nanti org lain buleh try byk2 street food di sana

      Delete
  8. Meng ...

    Actually komen yang I kata pizza seafood tersedap di dunia tuh, kat Cafe Movenpick tuh ler ... yg you beli sharwama tuh !!!

    Nasi Unta samada di Mekah atau Madinah amat sedap sekali. Ianya dipanggil Hasi atau anak unta yang bawah umur 5 tahun !!!

    Lagi satu kami kalau di Mekah atau Madianh suka makan kat kedai Bangla ... sebab kari dia memang terangkat !!! Dan murah ...

    Since kita orang ada kereta sendiri, usually kita orang cari cari makan kat luar kawasan ...

    AlBaik memang popular ... tapi saya tak suka sangat sebab rasa macam agak kering!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. rugi tak beli pizza kat situ. tapi memang nampak selalu ramai org makan dlm resto tu. cuma portuon agak besar jugak lah makanan dia.

      kalau ada kenderaan kat sana sure best jelajah sana sini ...

      Delete
  9. di Makkah dan Madinah sebenarnya ada je MacDonald's tetapi jauh sikit dan bukat area Masjidil Haram atau Masjidin Nabawi. Tapi kalau kat sana, dari makan KFC baik makan ayam Al-Baik, memang terBaik punya...

    ReplyDelete
  10. Kalau di Malab Malazia atau Restoran Malaysia yang D'Saji punya tu, biasanya makan memang mahal dan x berapa kena rasa Malaysia. Tetapi yang terbaik adalah teh ais dia... SAR5 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ya lah. boleh jemaah yang nak ke sana usha jugak nanti
      tq

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...