Saturday, December 5, 2015

Taipei 101, Taiwan

Ini adalah entry khas koleksi gambar gambar Menara Taipei 101, Taiwan. 

Sebab banyak sangat gambar Taipei 101 ni aku ambik dari pelbagai sudut dan jarak, jadi kena la kongsi supaya dapat di nikmati bersama !

Taipei, Taiwan

Sambil berkongsi gambar gambar, aku kongsi jugak fakta fakta menarik mengenai bangunan Taipei 101 ini.

Menara Taipei 101 mempunyai 101 buah tingkat di atas tanah dan lima di bawah tanah.

Bangunan ini memegang rekod untuk :

1. Tanah sehingga puncak struktur: 509 m (1,671 kaki), sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Berkembar Petronas pada 452 m (1,483 kaki)

2. Tanah sehingga ke bumbung: 449 m (1,474 kaki). Sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Sears 442 m (1,451 kaki)

3. Tanah sehingga tingkat tertinggi yang diduduki: 439 m (1,441 kaki). Sebuah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Menara Sears

4. Lif terpantas: 16.83 m/s (37.5 km/j.)

Bangunan ini tidak memegang rekod untuk :

1. Tanah sehingga puncak, yang masih dipegang oleh Menara Sears 527 m (1,729 kaki).

Bumbung Taipei 101 disiapkan pada 1 Julai 2003. Dalam suatu upacara yang diketuai oleh Datuk Bandar Ma Ying-jeou. Puncak menara dipasang pada 17 Oktober 2003 yang membolehkannya mengatasi Menara Berkembar Petronas dengan kelebihan 57 meter (188 kaki).

Taipei 101 dari bumbung MRT City Hall

Puncak Taipei 101 di selimuti kabus pagi

Berikut adalah koleksi 10 fakta menarik yang lain tentang bangunan Taipei 101 ini.

01.  Sekitar tahun 2004 - 2010, Taipei 101 ini dianggap bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Dubai di Dubai. Lama jugak la tu 6 tahun memegang takhta.

Taipei Tower 101 inilah yang mengatasi Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur sebagai bangunan tertinggi di dunia sehingga 2004.

Di kala malam

Di kala siang

02.  Observation Dek terletak di tingkat 89 dan 91. Taipei 101 ini merupakan bangunan yang memiliki lif terpantas di dunia dengan  kelajuan maksimum 1,010 meter / minit (55 ft. /seconds). 

Bangunan ini juga menempatkan sebanyak 61 buah lif.

Tersergam indah

Dari arah kawasan persekitaran

03.  Reka bentuk Taipei 101 (dalaman dan luaran) adalah diilham berdasarkan kepada Chinese rich culture.

Senibinanya menggabungkan struktur pagoda Cina dengan bentuk Bamboo flowers.

Dari area lain

View dari celah celah bangunan

04.   Teknologi mengawal kesan bencana alam seberat 800 tan metrik terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan terhadap ancaman gempa bumi, taufan, dan angin.

Teknologi ini mampu mengurangkan sehingga 40% pergerakan menara apabila ancaman berlaku.



05. Taipei 101 adalah Bangunan Hijau tertinggi di dunia.

TAIPEI 101 telah berjaya mendapat pensijilan LEED – EBOM Platinum, Satu tahap yang paling tinggi dalam persijilan Green Building ini.



06.  Sebuah stesen MRT Taipei dirancang untuk di bina di bawah bangunan itu pada masa akan datang dan ia akan menjadi sebahagian daripada laluan MRT Hsinyi line.



07.  Taipei 101 adalah salah satu daripada beberapa bangunan di dunia dilengkapi dengan lif dua tingkat.

Antara bangunan di Malaysia yang mempunyai lif double deck ini adalah Petronas Twin Towers dan juga Menara Telekom.



08.  Pada asalnya, Bangunan Taipei 101 telah dirancang di bina setinggi 66 tingkat menara pejabat yang melambangkan pembangunan baru di daerah kewangan Taipei. 

Nama asal bangunan Taipei 101 ini adalah Pusat Kewangan Dunia Taipei.




09. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sekitar $ 1 600,000,000.

Jumlahnya sama seperti kos pembinaan Petronas Twin Towers di Kuala Lumpur.

Bangunan ini mempamerkan penggunaan gentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan sehingga 1 gigabit per saat.



10.  Dinding bangunan Taipei 101 adalah kaca berwarna biru-hijau yang melindungi sinaran UV.

Setiap malam dari jam 06:00 - 10:00 malam, lampu menara ini memancarkan salah satu daripada tujuh spektrum warna.






Sesungguhnya, Menara Taipei 101 ini sudah dikenali di mercu dunia dan salah satu destinasi wajib bagi sesiapa yang berkunjung ke Taipei !

Dan banyak negara berlumba lumba nak mendirikan bangunan paling tinggi. 

Tinggi mana sekalipun bangunan bangunan di bina, masih tidak sama dengan tingginya janji janji manusia (pemimpin ?) bermanis kata. Lain dibibir lain pula di hatinya.



Seribu tahun kau berjanji
Seribu tahun ku menanti
Asal saja kau setia
Aku tak kan melanggar janji

Pergilah kekasih hati
Sang perwira jaya sakti
Seribu tahun tak lama
Hanya sekejap mata
Kita kan berjumpa pula

Memang lidah tak bertulang
Tak berbekas kata-kata
Tinggi gunung seribu janji
Lain di bibir lain di hati

Aku pergi tak kan lama
Hanya satu hari saja
Harapan ku bahagia
Semoga tak kecewa
Kita selama-lamanya

8 comments :

  1. Amboi ayat last tu...janji mmg tinggi melepasi langit ke 7...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. tak pe. kita tengok sejauh mana dia buleh terbang.... satu kali nanti jatuh tersembam tau la nasib dia kelak

      * perah asam limau dekat jari nak pangkah mengundi.

      Delete
  2. Replies
    1. cantik. tapi malam asyik ujan je.. taufan pun sama. so x leh nak menembak

      Delete
  3. Setuju sgt part last tue..janji tinggi melangit kalah menara taipei ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. janji manis memang biasanya mengalahkan gunung everest

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...