Wednesday, November 25, 2015

Zoo Negara - Part II

Sambungan Part ke 2. 

Masih lagi di Zoo Negara tapi kali ni kita pegi ke Savannah Walk dan juga Ape Center.

Zoo Negara Malaysia

Lepas abis sesi pertama melawat harimau dan singa, kami mau bergerak ke tempat Panda. 

Baca signboard di sini untuk penunjuk arah

Dan laluan tu kami kena masuk kawasan Savannah Walk dulu

Ada tempat tempat istirehat

Kerusi rehat. Banyak pokok pandan di sini

Dan bertemu dengan Badak Sumbu Putih yang handsome lagi sado. Buruk sebenarnya muka dia tu.

Dan kat situ pun ada gerai jualan minuman.

Barang di ingat, harga minumanm dan makanan dalam Zoo Negara ni memang mahal gila. Air satu tin pun dekat RM 5. Belum kira makanan makanan lagi. So sebagai option, bawak la air siap siap masuk ke dalam Zoo Negara ni. Jimat la sikit.

Kami lepak jap kat kawasan ni dan layan suasana di Savannah Walk ni.

Lepak lepak lepas beli air yang mahal di situ

Kat kawasan Savannah ni ada Zirafah. So tak de la terkilan sangat tak singgah kat Zirafah yang mula mula masuk tadi tu

Zirafah yang kat sini pun boleh tahan jinjangnya. Cutting seperti supermodel

Dan beliau berkawan baik dengan beberapa ekor Kuda Belang ni

Zebra Crossing

Antelope ni pun turut sama menyelit

Lawatan kami ke Zoo Negara ni bukan la sekadar datang tengok tengok semata.

Hero telah di beri tugasan oleh aku untuk menulis binatang yang di tengok dan jumpa. Aku set 50 ekor binatang dia kena tengok dan setiap kali yang dia tengok dan jumpa tu dia kena tulis.

Bagi dia belajar dan supaya dia tak de la bosan sangat.

So jenuhlah dia menulis semua binatang yang di jumpa

Princess juga tak terkecuali. Tapi sebab dia tak pandai nak mengeja lagi, so dia di tugaskan melukis je. Tu tengah mencari ilham nak lukis Zirafah.

Zirafah hasil lukisan Princess. * pitam. Tapi Princess ni bukan boleh sikit, kalau di tegur ke, silap buat je.. mula la merajuk. Pastu koyak buku nak buang. Dua tiga kali la nak tunggu dia tulis dan lukis balik semula. Isk.. anak sapa la ni Perfectionist sangat ni.

Pokok tak tau nama

Dah abis beristirehat di kawasan Savannah Walk tu, kami terus kan perjalanan ke kawasan Giant Panda Conservation Center ( GPCC ) yang merupakan hightlight lawatan ke Zoo Negara ni.

Sambil sambil tu usha lagi sikit binatang binatang yang ada.

Hero tengah baca peta

Kawasan Unta

Unta tengah berehat

Then kami singgah di Ape Center dulu sebelum masuk tengok Panda.

Ape Center

Orang Utan tengah lepak lepak

Ni tengah main air

Dalam dunia mereka. Langsung tak ambik pot orang yang datang tengok mereka

Ada keluarga Cimpanzi di kawasan Ape Center ni

Ni pun ada. Duduk dalam bekas kaca.

Usha usha pandang pandang. Pernah terbaca kisah Orang Utan kena shave kasik bogel dan di jadikan pelacur di Borneo? Pelanggan dia beratus ratus org oke ! 

Kerusi rehat macam ni banyak ada di dalam kawasan Zoo Negara ni. So boleh la hilangkan lelah kalau kepenatan.

Salah satu sudut di dalam Zoo Negara

Dah ready nak masuk ke GPCC untuk tengok Panda ?

Replika panda di luar bangunan

Sabar dulu.

Nak tengok Panda ni bukan la semudah yang dijangkakan.

Tak leh main masuk jer sebab setiap sesi lawatan melihat Panda ni ada limited pengunjungnya. Jadi kena la tunggu turn dulu.

Giant Panda Conservation Center (GPCC) di Zoo Negara.

So kena la menunggu !

bersambung.....

17 comments :

  1. macam pernah tengok tulisan hero...
    adakah dia diberi tugasan oleh ko untuk menulis di envelop time ko poskan poskad dulu?
    hehe

    ReplyDelete
  2. ai kenot brain!!

    dishave dan dijadikkan gitu..
    kesian nya !
    binatang betul laa...

    saya telah dapat memeluk zirapah yang bagai super model itu!

    antie nampak macam cencorot lah pulak lukisan tu Princess!!
    * sambil nyorok takut kena baling dengan pen*

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kesain si Pony tu.. menjadi mangsa nafsu serakah manusia gila....


      heheheh kalau ckp cencorot tu mesti dia merajuk.. bukan buleh di tegur budak tu....

      Delete
  3. haaa..bagus gak idea ko Meng, pasni bawa ank buah jalan2 aku nk suwoh depa wat ssignment lar jugak.

    Cantik tulisan Hero..Harimau Malaya?? ada kena mengena ngan Supermeng Malaya ka?? hihiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa bagi mereka excited dan busy. tak de la cepat nak jalan jer.. pastu asyik komplain penat. anak anak aku memang cam tu. kurang berdaya saing !

      harimau malaya tu harimau belang tu jer... nama je sama.. bab belang belang tak sama.... hidung i tak belang !

      Delete
  4. Apakah cite benar meng pasal orang utan yang dijadikan pelacur tu? Aku harap manusia durjana tu dan semua pelanggan durjana tu mendapat karma yang setimpal...and all burn in hell !! *mood marah*

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... siap ada youtube lagi..


      ni salah satu daripada nya..

      https://youtu.be/Q2Cxa0ctP6s

      Delete
  5. Ha harimau malaya?....gano rupa nate tu...hero nie saja..
    Kisah pelacur orang utan tu kisah benar atau cite dogeng Meng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar kisah tu.... google la tapi x sampai hati nak ambik tau banyak banyak...

      harimau malaya tu adalah harimau belang... maybe asalnya dr malaya kot

      Delete
  6. Binatang kat sini macam tua tua semua,masa aku pergi dulu siap muntah lagi tak tahan bau.Lagi satu binatang tu semua macam takde orang bersihkan kotor sangat badan.

    Meng cerita kat borneo tu betulkah? Macam sadis je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mcm tua tua belaka.. maybe sejak muda belia dah duduk kat zoo ni kot....

      Delete
  7. nah ni...

    ORANG UTAN DILACUR
    PONY merupakan seekor Orang Utan betina yang telah dijumpai di perkampungan pelacur di Kepulauan Borneo, Indonesia. Ketika dijumpai, seluruh tubuh Pony telah dicukur dan terdapat kesan gigitan nyamuk yang banyak pada badannya.
    Pony telah ditangkap dan dicukur bagi membuatkan ia lebih cantik dan dilanggan oleh lelaki yang mengunjungi perkampungan tersebut.
    Apabila lelaki mendekatinya, Pony akan membelakangkan pelanggannya dan membuat aksi seolah-olah sedang melakukan seks. Pony dipercayai telah ditangkap sejak kecik dan telah dilacurkan oleh seorang yang dikenali sebagai Madam.
    Ketika pihak Orangutan Survival Foundation mendapat tahu akan perkara ini, penduduk kampung berkenaan telah menghalang daripada Pony diselamatkan kerana Pony merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk kampung tersebut.
    Selama setahun pihak Orangutan Survival Foundation cuba untuk menyelamatkan Pony tetapi gagal kerana setiap kali pihaknya datang ke kampung tersebut, Madam dan penduduk kampung tersebut akan bersedia dengan sumpit beracun dan mengugut untuk menyerang sesiapa sahaja yang mendekati Pony.
    Tidak berputus asa, pihak Orangutan Survival Foundation berjaya mengumpul dana dan membawa 35 anggota polis yang lengkap bersenjatakan AK-47 dan memaksa pihak Madam menyerahkan Pony. Akhirnya Pony berjaya diselamatkan dan dirawat di kawasan hutan simpan.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. dia dah berjaya di lepaskan. tapi mcm ada banyak lagi orang utan yang jadi sex slave ni....

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...