Friday, November 6, 2015

Trip Sedetik Tak Lebih Koh Phangan - 05 - Ferry To Koh Phangan

Pagi tu pick up datang ambik aku di Bun Hotel untuk di bawa ke office Lomprayah di Surat Thani.

Konon datang ambik awal pagi ingat jauh sangat, rupanya belakang hotel aku tu jer.

Kesian Tipah tertipu. Make up Tipah pun tak sempat nak cair duduk dalam van tu tetiba je dah sampai !

Bye Bye Bun Hotel

Ini lah pejabat Lomprayah Catamaran Services

Masa kat sini baru lah aku di beri tiket sebenar. Kena tunjuk resit payment yang dah di bayar semalam tu kat pihak hotel. Lepas tu kena menunggu pulak yang lain lain. Dia kata bas cuma akan bergerak jam 9 pagi dari sini !!

Cis cake betul !

Bayangkan 7,30 aku dah terpacak kat sini. Orang lain pun tak de lagi. Nasib baik ada free wifi boleh la aku berhubung dengan insan insan tersayang di tanah air.

Jadual perjalanan untuk ke Koh Samui/Koh Phangan mahupun Koh Tao adalah berbeza. Selain daripada bas dari Surat Thani ni, ada jugak bas direct dari airport yang akan terus ke jetty Donsak. Dari jetty Donsak lah ferry bergerak ke pulau pulau tersebut.

Harga pun berbeza. Sebabnya jarak dari airport ke Donsak lagi jauh maka tambangnya lebih mahal. Tapi tambang Lomprayah Speed Boat ni memang agak mahal kalau nak dibandingkan dengan Raja Ferry atau pun Seatran. Tapi kalau tengok bot pun memang jauh berbeza. Lomprayah ni speed boat jenis catamaran bukan ferry besar macam Raja Ferry dan Seatran sebab tu harga dia orang lagi murah.

So pilhan di tangan masing masing.

Jadual perjalanan bas ke jetty Donsak pun berbeza mengikut tempat asal perjalanan samaada airport atau bandar Surat Thani. 

Ada kedai makan kat sebelah opis Lomprayah ni. Segala mala pork pun ada.

Aku sempat beli banana shake kat sini. Hilangkan dahaga

Office Lomprayah ni dekat dengan bus station Surat Thani. Tapi bus station di Surat Thani ni pun sebenarnya ada 3 dan merata rata. Aku pegi jugak la jenguk tapi tak de banyak aktiviti kat area area ni. Awal lagi kot. Lagipun hari minggu.

Puas menunggu akhirnya bas pun sampai. Maka kami di suruh naik bas. Tak ramai orang masa tu. Bas yang besar ni cuma ada lebih kurang 10 penumpang !

Satu yang bagus.. bas bas ni semua bergerak on time. Pukul 9 dia cakap pukul 9 lah bas bergerak. Sapa lambat memang kena tinggal. Meraung la kau kat situ sampai kering airmata.

Bas bergerak meninggalkan Surat Thani menuju ke Donsak.

Sepanjang perjalanan tu aku cuba cuba dok lelapkan mata. Bas pun kosong dan perjalanan smooth jer.

Perjalanan bas ambik masa lebih kurang sejam dan akhirnya terus kami sampai di jetty Lomprayah di Donsak !

Kapal di jetty Lomprayah

Seingat aku masa aku ke Samui dulu aku naik kat jetty lain. Now baru aku faham, setiap company yang ada ferry ke pulau pulau ni ada jetty tersendiri. Kalau dulu aku naik kapal besar Seatran ke Samui, kali ni sebab naik Lomprayah, so kami di bawa terus sampai ke jetty.

Sampai kat jetty boat dah siap siap menunggu !

Bus hantar sampai ke hujung jetty

Turun bas je terus naik ferry. Semua orang dah ada dalam ferry tu cuma rombongan kami lah yang paling last. Tak sempat aku nak habiskan sebatang rokok di suruh masuk cepat cepat

  Lomprayah catamaran dah bersedia nak bergerak meninggalkan Donsak menuju ke pulau idaman

Catamaran dah bergerak membelah Gulf of Thailand.

Catamaran dia agak besar. Orang tak penuh so banyak jugak seat kosong. Yang penting selesa. Ada siap orang jual jual lagi dalam ferry ni kalau nak kudap kudap.

Kapal lain. Kapal slow ni.. harus kena potong..... bye bye chuolss !

Lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan akhirnya speed bot selamat sampai di destinasi pertama. Koh Samui !!

Buang orang dulu.

Jetty Koh Samui

Dejavu lagi....  Macam baru semalam aku jejakkan kaki di Samui ni walhal dah lebih 3 tahun rupanya.

Catamaran berhenti menurunkan penumpang yang nak ke Koh Samui dan ambik penumpang dari Koh Samui yang nak ke Koh Phangan. Sambil sambil tu usha nelayan nelayan Koh Samui bertungkus lumus menjalankan kerja mereka

Bot nelayan. Yang tong separuh kaler biru tu sebenarnya adalah toilet. Masa aku duduk teropong nak ambik gambar rupanya ada orang dalam tu. Nampak muka je mata berkelip kelip tengah berak kot. Tak sampai hati aku nak snap kang salah tegur dia baling aku dengan tahik baru padan muka.

Bot nelayan di Koh Samui

Lepas buang orang dan ambik orang, Catamaran Lomprayah ni bergerak semula meninggalkan jetty Koh Samui menuju ke Koh Phangan.

Destinasi terakhir perjalanan. Destinasi idaman yang aku ingin tujui.

Catamaran pun dah kosong. Ramai yang turun di Koh Samui

Catamaran ni bergerak lagi lebih kurang 30 minit dan lepas tu kami pun sampai di jetty Koh Phangan.

Yahooo ! Selamat akhirnya aku jejakkan kaki di Koh Phangan ni.

Seharian baru aku berjaya jejakkan kaki di Koh Phangan ni. Biarpun lambat dari jadual asal tapi bersyukurlah masih ada peluang untuk sampai dengan selamat.

Koh Phangan

Bot Lomprayah 3 yang membawa kami ke Koh Phangan ni

Macam aku cakap, Lomprayah bot ke Koh Phangan ni bukan la servis door to door hantar terus sampai ke hotel macam masa aku di Samui dulu.

So masa sampai kat jetty ni aku merangka sendiri cemana nak pegi ke hotel yang aku dah booking.

Jadual perjalanan dari Koh Phangan ke Surat Thani. 

Aku kena cepat cepatt beli tiket balik ni ke airport esok. Kalau tak lepas balik .. naya !! 

Jangan la sampai terkandas sekali lagi. Parah aku di buatnya nanti.

Kat jetty ada banyak songthaew ( pick up ) yang tersedia untuk hantar ke resort masing masing.. Tambangnya  THB 10  THB 100.

Memula aku macam nak naik jugak tapi bila fikir balik..tak jadi lah sebab aku rasa macam mahal jer.

So aku kena merangka cara sendiri cemana nak pegi hotel penginapan yang aku dah book di area Haad Rin. Pastu bila semua pick up tu dah penuh dan beredar baru la datang rasa penyesalan !

Lega akhirnya dapat jugak aku berpijak dengan nyata di bumi Koh Phangan ni.

Welcome to Koh Phangan.....

Aku jalan kaki dari jetty tu ke darat. Biarlah dulu. Relaks relaks dulu, nanti aku cari jalannya.

Aku yakin pasti ada !



Sayang...
Kehadiranmu di sisi
Indah dan bererti
Menyinari hidupku kini

Diri...
Tidak kekosongan lagi
Cinta kita kan bersemi
Tiada lagi rasa sangsi

Bisikan cinta
Darimu setia
Ku yakin kita kan bersama
Mengecapi bahagia

Jalinan mesra
Kita berdua
Ku yakin cinta kita ini
Untuk sehidup semati

Alunan melodi
Terasa kini
Naluri hati ku berkata
Pasti

bersambung................

17 comments :

  1. Akhirnya......! Sampai lah juga uncle Meng ke pulau tu... Tak sabar nk tau perjalanan seterusnya...

    ReplyDelete
  2. phew....ni bukan sedetik tak lebih dah ni....ini sedetik tak abih! *heeeeeeeee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... sedetik abih ! abih ! nanti abis............. !

      Delete
  3. Pick up tu thb10?? murah sangat la...thb100 kot...erkk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ololololo

      betul la.. thb 100.. silap pulop. tima kasih ena !

      Delete
  4. Ingin membaca perjalanan abg meng yang seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik la adik MKL

      nanti abang Meng akan tulis supaya adik MKL dapat membacanya ya....

      Delete
    2. adik MKL katanya..adui..pecah perut

      Delete
  5. perghhh! Tipah pakai makeup SimplyCT keww ;p sempat lagi tu bermakeup walaupun dorang datang pickup awal pagi..kalau JM..jgn harap lah nk makeup bagai..mesti bangun awal ni sbb nk nak kacak jelita hahaha

    dah tu jam 9 baru nk gerak sempat bfast tak? xkan minum banana shake je

    ReplyDelete
    Replies
    1. breakfast la.. kat hotel.

      ambik makanan banyak banyak pastu tenung ! tak abis makan... dasar tamak haloba

      Delete
    2. retislah katakan, mesti lah make up.. hehe...

      Delete
    3. lite lite jer... bangun pagi muka dah macam ungka. kena la make up skit menutup cela dan noda

      Delete
  6. rasa macam jauh ja perjalanan nak sampai sana sebab terkandas..
    kegigihan anda membuahkan hasil (skema plak)..:D..

    ReplyDelete
  7. I read your blog post. This information is useful for traveler. Thanks for sharing such a good information.
    Book your online Raja ferry tickets here,
    https://www.phanganferries.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...