Monday, November 9, 2015

Trip Sedetik Tak Lebih Koh Phangan - 06 - Koh Phangan

Jam 11.45 pagi aku selamat sampai di Koh Phangan.

"Lihatlah dunia ! Lihatlah airmata yang gugur di bumi Koh Phangan ini sebagai tanda kesyukuran"

* pose pose calon mimbar pencetus ummah sambil melutut di gigi pantai

Koh Phangan. Laut biru mengalu alukan kedatangan

Bot di Koh Phangan

Suasana di Koh Phangan pagi tu tenang dan damai. Cuaca cerah sedikit berawan. Laut biru kehijauan tapi tak berapa memukau pandangan.

Sebab aku skip ambik pick up kat jetty tadi tu so aku pun jalan kaki keluar dari kawasan jetty tu.

Maybe sebab aku rasa macam mahal. Dia charge 100 Baht sorang. RM 10. Mahal tu ! Ke aku kedekut? Hahaha. Tapi aku sebenarnya yakin boleh kalau aku naik tuk tuk bukan dari kawasan jetty tu harganya lagi murah.

Konfiden level sangat tinggi walhal dah hilang punca nih !

So aku jalan kaki ikut jetty tu sampai ke darat dan usha kawasan. Nanti aku fikir sendiri lah cemana nak pegi ke resort aku.

Ada taman kat jetty tepi laut tu. Peralatan riadah yang dah jahanam

Kebetulan kat tempat permulaan jetty tu ada tempat jual tiket ferry. So aku pegi la riki riki cari tiket untuk balik esoknya. 

Ada few company jugak la yang provide ferry service balik ke Surat Thani so aku gi tanya satu persatu. Aku kena ambik ferry awal pagi supaya aku sempat sampai di airport sebelum jam 11 pagi. Raja ferry ada bot pagi start pukul 5 pagi lagi. Tapi awal sangat tu.

Satu persatu jadual ferry aku pegi check dan tanya.

Sudahnya aku settled down dengan Lomprayah semula. Bot awal pagi pukul 7.20 pagi dan dia cakap akan sampai di airport pukul sebelum pukul 11 pagi.

Maknanya esok pagi aku kena berada di jetty sebelum pukul 7 pagi !

Itu la choice yang terbaik untuk aku. Aku terpaksa setuju. Tambangnya 800 Baht terus sampai ke airport ! So aku beli tiket siap siap.

Bila dah confirm tiket tu baru la aku realized yang aku cuma ada sepetang hari ni je di Koh Phangan ni !

Gila kartoon je jadual trip aku kali ni rasanya. Setengah hari je aku ada masa di pulau ni, apa aku nak buat? Nak kentut pun tak puas !

Tiket dah dapat. Pompuan jual tiket tu muka ketat gila.

Tapi tak kisah lah. Misi aku cuma nak jejak sampai sini je. Dah sampai pun. Apa yang ada bersyukur je lah. Nak berat beratkan otak apahal. Ada rezeki, sampai. Kalau rezeki banyak tu je masa yang ada kat sini, aku pasrah !

Dah dapat tiket now aku kena fikir cemana nak pegi ke resort yang aku dah booking.

Ada songthaew kat jetty tu tapi bila aku tanya dia nak 500 Baht !

Mampus mahal !

Timbul rasa penyesalan menguasai diri sebab tak naik je pick up kat jetty tadi. Makin hilang arah aku jadinya. Tapi tak pe. Keep calm dan layan Kit Kat. Buat relaks dan tengok tengok kawasan dulu.

Kawasan jetty di Koh Phangan ni nama dia Thong Sala. Kiranya ni la pekan utama di pulau peranginan Koh Phangan ni.

Port of Koh Phangan

Map Koh Phangan

Simpang jalan ke arah jetty. Ada 7 eleven dan banyak kedai kedai kat Thong Sala ni.

Masa aku jalan jalan ni aku jumpa balai polis. Kat depan balai polis tu ada map Koh Phangan. Free je. So aku ambik map dan baru nak study. Memanag resort aku tu jauh ke belah selatan pulau.

Adeh. Cemana ni. Tambah pening.

Map Koh Phangan. Thong Sala ( Jetty di bahagian tengah tengah belah kiri). Haad Rin ( Resort aku di bahagian bawah sekali )

Duduk tepi pantai berfikir sejenak !!

Perah perah otak dan cari idea. Akhirnya aku buat keputusan dan bersetuju dengan diri sendiri !!!

Hi five !

Since kat situ ada banyak orang sewa motosikal why not aku sewa je motosikal kat sini dan esok senang aku nak balik semula ke jetty ni ! 

Senang jugak aku nak bergerak. Kalau aku ambik pick up nanti aku nak berjalan nak sewa motosikal jugak. Baik je aku sewa siap siap kat sini.

Bernas tak idea abang?

* palu kompang tanda semangat keriangan mula berganda !

Tempat sewa motosikal adalah berlanbak lambak

So aku buat keputusan sewa motosikal kat area jetty ni jer. Nanti aku pegi ke resort aku sendiri. Esok pagi pagi aku boleh pulangkan moto tu dan terus naik ferry.

Masalahnya nak sewa motosikal ni kena bagi passport, aku nak bagi copy passport pun dia tak nak. Nak original. Cis !!

Nak tak nak terpaksa lah. 

Motosikal yang menjadi pilhan aku. Pastinya bukan kaler pink !!

Dari pembacaan aku, di Koh Phangan ni bab bab sewa motosikal kena hati hati. Ada scam yang ala ala kalau motosikal rosak ke apa, harga untuk repair tu adalah mahal gila babi !!!

Babi pun tak semahal tu ! Tapi buat apa nak beli babi? Bagi free pun tak nak.

Jadi kena hati hati dan check dulu keadaan motosikal yang di sewa tu elok elok. Kang kalau kita tak rosakkan pun, tetiba dia claim rosak atau calar balar, saja kang kena scam.

Urusan sewa motosikal dah settle !

Dah dapat motosikal benda pertama aku kena buat adalah isi minyak. Ada je orang jual minyak dalam botol botol tu tepi jalan tapi beli yang tu kan macam rugi. So aku tanya kat mana station minyak terdekat so aku pegi isi minyak sendiri.

Berpusing pusing gak satu town cari station minyak. Lepas tanya tanya orang baru jumpa. Sambil sambil tu sempat lah snappy sana sini dari atas motosikal jer buat tatapan umum suasana dan keadaan sebenar pekan di Koh Phangan ni.

Welcome to Koh Phangan. Pintu gerbang di Thong Sala

Kat tepi kawasan jetty ada monumen kapal tentera dengan statue. Tak pasti statue sapa. Aku tak gi check pun

Kapal perang

Masa dekat station minyak tu, aku buat buat mesra tanya mamat tu ada tak kedai makanan halal di area ni.

"You know halal?"
"Yes. I know halal"

Hahaha. Aku dah siap buat gaya orang pakai tudung tengah makan. Nasib tak duduk bersimpuh je atas jalan.

Mamat tu ala ala Hipster Raggae Raggae sikit. Dia cakap kat aku, ada satu resort tu owner dia Muslim. Nama resort tu Kupu Kupu Phangan Beach Villa. So dia tunjuk kat map cemana nak gi ke tempat tu.

So aku merempit lah pegi. Last last macam jauh ke atas tak jumpa jumpa pulak. Aku give up. Lagi pun tempat tu opposite direction dengan arah hotel penginapan aku. Malas nak buang masa sebab masa aku dah sangat suntuk.  

Perut pun rasanya boleh tahan lagi. Belum sampai tahap kebulur.

Aku patah balik dan perasan nampak Vegetarian Restaurant. Aku pegi la usha mana tau ada rezeki kat situ.

Tempat punya lah lawa. Tapi tak bukak pun. Dia bukak lepas pukul 6 petang ! Orang makan sambil layan sunset di sini.

Sempat la aku tumpang snappy

Hilang arah tujuan, akhirnya aku patah balik ke Thong Sala. Dari situ aku nekad nak terus ke resort je lah. Apa apa pasal makan aku fikir kemudian. Plus aku ada bawak bekalan maggie. 

Kalau aku lapar aku belasah je la makan maggie.

Pantai menuju ke arah belah selatan Koh Phangan

Dari Thong Sala aku start merempit turun ke belah selatan Koh Phangan. Resort aku memang terletak kat belah paling bawah. Kalau tengok ikut peta adalah dalam 15 KM dari jetty Thong Sala tadi tu.

Tapi kan orang kata Tuhan maha berkuasa, maha pengasih, maha penyayang. Lagi lagi kalau orang yang musafir macam aku ni, selalu je di bantu.

Aku ni kan rabun sikit, tapi tengah aku merempit bawak motosikal tu tetiba diluaskan sekejap nikmat pancaindera yang Tuhan bagi tu dan aku perasan ada tertulis perkataan HALAL.

Ting !!

Halal Food. Makanan Halal

Siapa sangka siapa menduga kan? Aku pun tak tau cemana aku boleh perasan.

Warung ni terletak tepi jalan je kalau dari arah Thong Sala menuju ke Haad Rin Beach. Tak jauh pun dari Thong Sala tu. Nanti ada nampak supermarket Big C belah kiri pastu depan ada station minyak ni.

Station minyak Nice Moon

Warung tu terletak ooposite station minyak Nice Moon ni.

Sebab aku merempit agak laju so aku terlepas jugak la warung ni. Tapi mata tak menipu. Masa aku pandang tu terus tertangkap perkataan Halal.

Then aku stop dan pusing balik. Ada kedai kayu kat sebelah warung tu. 

Kedai kayu.

Sebenarnya bukan sebelah tapi bersambung dengan warung tu je. Maybe tokey yang sama.

Apa apa pun bersyukur pada Tuhan. Dapat jugak aku merasa makan nasik di Koh Phangan ni.

"Perut hai perut. Untung la kau perut, tak payah berlapar hari ni"

* gosok gosok perut sendiri.

Ni depan warung tu

Warung ni menyediakan makanan goreng goreng. Ada la buku menu dia boleh pilih apa kita nak.

Masa aku sampai ada 1 family local baru beredar dari warung tu. Nampak ada sorang pekerja kat situ. Memula aku musykil jugak dia tu lelaki ke pompuan. Nampak macam pompuan tapi sekali pandang macam lelaki. Hahahaha.

Tapi lepas tu aku dapat confirm yang dia adalah pompuan tulen.

Tulen Bang........................ !

Yang kelakarnya, dia lah ambik order, dia lah tukang masak dan dia lah tukang buat air.

Dan dia lah DJ !

Agaknya dia boleh cam aku ni bukan orang Thai so nak membangkitkan mood, dia pun pasanglah lagu Melayu. Saja nak hiburkan aku lah tu.

Memula dia pasangkan satu lagu pastu dia gi buat air. Pastu start masak makanan yang aku order. Pastu pegi tukar lagu lain lagi. Pastu sambung balik menggoreng. Abis lagu tu, dia pegi kat laptop dia dan tukar lagu lagi. Tak reti main playlist agaknya.

Tau lagu apa dia pasang?

Baik Baik masak tu Sayang ! Ahaks...



Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Agaknya dia ingat aku dari Indonesia kot. Dua kali dia tukar lagu Indo last last dia tak menang tangan... keluar lagu K Pop !!!

Pastu dia biarkan jer.

Aku lak senak otak tetiba dengar lagu K Pop berkumandang kat Siam.

Hidangan untuk aku. Nasi Goreng Udang !!! Boleh lah.

Excited jumpa kedai halal. Order pun secara berlebihan. Menu tambahan. Ayam Tomyam. Yang ni sedap !

Boleh tahan pedas jugak. Aku siap order air 2 kali !

Tapi ayam tomyam tu memang superb. Aku siap cakap kat minah tu masakan dia yang tu sedap. Senyum sampai ke telinga. 

#sukalertewwwwwww

Harga pun agak berpatutan. Nasi Goreng tu lebih kurang RM 5 jer.

Perut dah kenyang, aku sambung perjalanan. Aku tak leh berhenti lama lama sebab nak bajet time kalau esok pagi berapa lama masa yang aku perlu ambik untuk sampai ke jetty tu balik semula. Takut terlepas ferry pulak.

Sambil sambil tu... perut dah kenyang, bawak moto pun boleh bernyanyi riang. 

Singgah jugak la kat pantai pantai yang aku nampak macam lawa.

Tapi sebenarnya tak lawa mana. Pantainya berbatu batu. Yang di belakang tu adalah Koh Samui.

Aku rasa pantai pantai di belah barat baik di Koh Samui mahupun Koh Phangan ni memang tak berapa lawa. Banyak batu dan air pun tak jernih. Tapi kalau belah belah timur pantainya lebih cantik dan nampak lawa.

Tak nak buang masa, aku sambung merempit sampai lah ke resort.

Ni penanda sewaktu masuk ke kawasan Haad Rin Beach area

Haad Rin Beach ni terkenal sebagai port untuk Full Moon Party. Kat area ni lah kalau  pelancong ramai datang dan berkumpul untuk celebrate full moon sambil berparty desco desco.

Jalan raya sebelum nak sampai area Haad Rin ni agak berbukit bukit. Agak risau jugak aku bawak motosikal sebab naik bukit tinggi pastu turun bukit curam moto laju semacam je. Aku ni bukan cekap sangat bawak motosikal. Lesen ada tapi sebab jarang bawak. Bawak motosikal kalau kat oversea je. 

"Kat Malaysia I tak bawak sangat motosikal ni sebab cuaca kat sana panas nanti kulit I gelap. Lagi pun I tak biasa panas panas ni. Kena selalu duduk dalam ekon, kalau tak I mual mual"

Awwwwwwwwwwwww

* tadah muka tunggu nak kena penyepak

Jalan menuju ke Haad Rin Beach

Berkat kesabaran dan kesungguhan. Dan dengan ilmu di dada yang bidang dan skill merempit zaman dinosaur masih wujud di muka bumi ni, akhirnya aku sampai jugak ke resort penginapan di Haad Rin ni.

Destinasi sebenar aku di Koh Phangan ni.

Kawasan Haad Rin ni sebenarnya ada 2 bahagian. Satu belah sunset ( barat ) dan satu lagi belah sunrise ( timur ). Resort aku terletak di belah sunset. Memang aku sengaja ambik belah sunset sebab sepatutnya malam semalam aku menginap di resort belah sunrise. 

Tapi tu tak de rezeki. Burn macam tu je penginapan semalam.

Resort tempat aku bakal bermalam

Resort ni sebenarnya agak mewah tapi sebab low season aku dapat harga agak murah. So aku nak feeling feeling mewah sikit la kononnya duduk kat sini.

Masalahnya tempat mewah, orang datang resort ni biasanya naik transport macam van ke or at least naik pick up songthaew tu. Tapi aku dengan grandnya membuat kemunculan di resort mewah ni naik motosikal !!!!!

Sampai, park motosikal kat tempat staff parking kat depan resort tu, then gi check in kat lobby.

Kau mampu???

Yang penting helmet tetap pakai walaupun berbackpack. Safety adalah keutamaan kami !

The Coast Resort, Koh Phangan

Infinity pool mengadap laut dan Koh Samui

Lega. Akhirnya berjaya jugak aku sampai di resort ni. 

Nampak resort santai dan ala ala mewah buat rasa penat sepanjang perjalanan tadi hilang begitu saja.

Now dah boleh masuk bahagian paling syok. 

Bersantai santaian di tepi pantai dengan girang. 

"Waiter... Ola.. Me puede traer la cuenta, por favor?" 

* tetiba feeling feeling macam bercuti kat Ibiza

Ada chance kena tikam dengan waiter Siam tak?

bersambung.................

16 comments :

  1. haha..nasib baik jumpa gak kedai halal

    ReplyDelete
  2. Uncle.....tempat dah sgt cantik... Resort tu pun best sgt..... Tapi tak dpt menikmatinya dgn maksima.... Terasa amat2 rugi... Kalau bleh nak laaa lama2 dok kat situ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa boleh buat, taik kambing bulat bulat. kdg kdg kena fikir hikmat di sebalik apa yang terjadi.

      kalau x dapat duk lama tu maybe bukan rezeki kali ni... next time boleh dtg lagi

      Delete
  3. Meng ....

    Tak apa, walaupun sekejap di sini ... tapi dah cover banyak dah .... Meng pun bukannya nak jemur jemur kat tepi pantai pun kan hehehehehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. tapi kalau banyak masa banyak aktiviti boleh di buat.. dan paling utama misi nak ronda ronda satu pulau. tapi tak berjaya !

      Delete
  4. oo.. kat sini ke tempat full moon party tu?? ke mmg banyak tempat ade full moon party ni? pnh tgk org update gi full moon partu tapi x sure kat mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. memang kat sini la tempat popular utk full moon party tu..... org dari koh samui pujn datang ke sini nak berjimba jimba...

      Delete
  5. alahaiii kejap nyer trip nie..

    kali ni sure xde scene jatuh motor eh meng? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tru la.. setengah hari jer.. tak panas punggung.

      memang tak de jatuh moto sebab naik kejap je pung

      Delete
  6. tom yam dan thai berpisah tiada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.... tapi kalau nak rasa tomyam best mesti la kena org thai yang masak kan?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...