Thursday, November 12, 2015

Trip Sedetik Tak Lebih Koh Phangan - 08 - Haad Rin Nai, Koh Phangan

Masih lagi di The Coast Resort, Koh Phangan.

Masih lagi enak di buai bayu angin laut Gulf of Thailand ni.


Pantai resort


Pool yang best


Ke arah pantai

Aku just lepak lepak santai di pantai je barang sejam dua. Macam nak terjun kolam, tapi macam malas nak basah lagi. Lagipun cuaca masih terik lagi.

Last sekali aku jalan jalan sekitar pantai dekat area resort aku tu.

Layan lagi gambar gambar di sekitar pantai Haad Rin Nai di Koh Phangan ni.

Batang kaler merah tu adalah shower

Kalau mandi pool boleh lepak lepak order cocktail....  feeling feeling

Pantai depan resort. Pantai dia agak terjaga dan bersih. Ada banyak bean beg untuk bersantai. Kalau mat salleh dia orang siap boleh tidur dan berjemur

Kerusi kerusi pantai di sediakan untuk para tetamu resort

Of coz. Daripada bersantai di tempat panas aku pilih kerusi bawah pokok. Kang terlebih sun burn jadi rentung pulak aku ni

Ni ada anak mat salleh kat kerusi sebelah punya. Tengok mainan mainan macam ni teringat kat anak anak aku. Kalau la dia orang ada, sure seronok especially Princess dapat main pasir. 

Pantai Haad Rin Nai

Koh Samui dari kejauhan

Pantai Haad Rin Nai ke belah kiri resort

Ini ke belah kanan.

Di belah belah pantai ni ada banyak resort lain. Ada yang mahal, ada chalet biasa dan ada jugak yang biasa biasa. Boleh pilih ikut kemampuan

Resort lain

Resort sebelah. Tak ada ramai orang harga pun yang ni rasanya lebih murah

Pantai dia nampak tenang dan damai. Memang low seasoned tak ramai orang, tapi jangan bila Full Moon. Even belah Haad Rin Nok yang memang port Full Moon Party tak dapat menampung manusia, belah sini pun dah jadi port mereka berpesra ria

Satu je, area belah sini air dia tak jernih dan berbatu batu. Tak sesuai untuk mandi manda

Tahap kebersihan pun tak terjaga. Ikan buntal pun boleh mati ni ha. Ke ikan ni mati bunuh diri sebab kecewa bercinta?

Tapi ada je yang berjalan jalan di pantai menikmati suasana

Yang penting.... tenang dan damai ketika ini

Banyak pulak gambar kat sini. Jadi layan kan je lah. Imagine korang berada di tempat ni dan bersantai santai tanpa pedoman.

Sebelah aku. Tapi duduk jauh jauh sikit... Haaa sana.. sana lagi..... !

Jangan kacau. Aku perlukan privacy !!!

Santai

Pantai resort

Restaurant dia terletak di tepi pool. Breakfast di sediakan di sini juga

Petang tu memang tak ramai orang kat resort. Ada dua tiga orang tengah berjemur kat kerusi dan bean bag. Ada sorang dua mandi kat pool.

Tapi pekerja dia agak ramai dan siap sedia untuk entertain kalau tetamu memerlukan apa apa.

Cuma tak de massage kat sini. SPA pun tak de.

Bila cuaca dah agak petang sikit, aku rasa nak bergerak ke tempat lain pulak.

Tak boleh lama lama lepak di sini.Ada tempat lain aku nak gi usha lagi sementara hari masih siang di sini. Kalau ikutkan malas memang syok bersantai tak buat apa apa jer tapi tak boleh. Aku tak banyak masa !!

Balik bilik dan tukar baju jap.

Nak keluar kena pakai pakaian kurang menjolok mata

Kalau nak keluar memang kena lalu lobby ni. Macam biasa.. lalu nampak orang say hi hi dan blah.

Ambik motosikal dan bergerak ke Haad Rin Nok.

Tu la tujuan aku petang ni.

Bawak motosikal tak sampai 5 minit rupanya dah sampai ke belah Sunrise Beach tu. Jalan kaki pun tak per.

Area Haad Rin Nai dan Haad Rin Nok di belah bahagian bawah Koh Phangan. Belah Sunrise dengan Sunset memang dekat jer

Nampak sign besar Haad Rin Beach

Ada tempat parking awam di sini. Parking free jer

Jalan ke arah pantai tak sampai 2 minit

Tadaaaa... Ini lah dia Haan Rin Nok. Original site for Full Moon Party

Terkujat jugak aku sebaik saja sampai di Haad Rin Nai ni.

Baru la nampak pasir memutih dan pantai yang luas. Bersih dan sangat terjaga. Orang pun tak ramai. Memang rasa lawa jugak la tempat ni.

Ooo La laa !!! Lawa....



Indah sungguh panurama
Bagai bulan nirwana

......Ol lala tropika
Hujan bagai mutiara
Seri seribu warna
......Oo la la
Indah alam tropika

Menarilah bersama
Ikut rentak irama
Bagai alam ditiup sang bayu

Bayangkanlah semunya
Berwarna dan beirama
Menyanyi dengan riang ria
Sepanjang masa

Matahari bercahaya
Menyuluh tiap jiwa
Olala....
Indah alam tropika

Akhirnya. tak dapat nak ber full moon party, dapat jejak kan kaki di pantai yang begitu famous ni pun jadi lah.

* tarik nafas...

Nak gi belah mana dulu ni? Kanan ke kiri?

bersambung...................

8 comments :

  1. Cantik sangat... Bila lah seri dapat datang ke pulau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah. ada rezeki nanti sampai la tu...

      Delete
  2. kesiannye si buntal chumels itu :(

    ReplyDelete
  3. buntal mati bunuh diri, tak sanggup tgk 'ikan kering' bersantai tepi pantai..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.. mungkin la kot...

      lebih baik mati daripada menanggung dosa mata

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...