Wednesday, November 4, 2015

Trip Sedetik Tak Lebih Koh Phangan - 03 - Surat Thani

Serious aku jadi dungu sekejap tak tau apa nak fikir.

Hisap rokok sambil tengok bas membawa penumpang lain ke jetty Donsak untuk ke Koh Samui berlalu pergi.

Ta - Ta, Bergembiralah korang di sana

Tengah aku dok hisap rokok kat tempat parking kereta depan airport ni tetiba ada seorang pakcik warga tempatan menjerit.

Aku tak faham dia cakap apa tapi aku yakin dia bercakap dengan aku sebab aku sorang sorang je berdiri kat situ.

Aku pegi mendapatkan dia.

"You go Koh Phangan?"
"Yes.. but no more ferry right?"
"No fast boat.. Have night boat"
"Night boat?"
"You follow me"

Dia ajak aku masuk balik dalam bangunan airport tu tapi aku tunjuk rokok aku belum abis. So dia tunggu aku sekejap.

Lepas tu baru lah aku follow dia masuk semula ke dalam bangunan terminal. Tapi kali ni belah ke kanan dari tempat aku keluar balai ketibaan tadi.

Dia bawak aku ke kaunter kiosk tiket jugak. Kaunter Lomprayah.

Cuma kaunter Lomprayah masih di buka. Raja Ferry pun dah tutup. Kiosk kiosk tiket yang lain ada kat hujung balai ketibaan ni. 

Pakcik ni bawak aku jumpa sorang mamat lain kat kaunter tu. Apa dia berborak berdua tetiba mamat tu siap siap nak tulis tiket untuk aku.

"How many person?"
"Wait ! What are you trying to do?"
"You go Koh Phangan?"
"Yes"
"Koh Phangan no more ferry. Only night boat"
"What time does the boat leave?"
"11 o clock"

Hmmmm. 11 malam baru nak gerak. Apa aku nak buat? Sekarang baru pukul 5 lebih.

"How long does it take to get to Koh Phangan?"

Dia berkira kira.

"7 hours"
"What?"

Nak kematu bontot aku duduk dalam bot lama lama? Dah la malam buta. Isk. 

"Wait. I'll come back"

Aku rasa tu bukan solusi yang bagus, tapi aku pun tak nak duduk lama lama kat situ sebab takut aku termakan pujuk rayuan dia.

Aku blah dari situ dan aku nampak office Air Asia  kat dalam bangunan yang sama. So aku masuk tanya orang dalam tu apa nasib aku ni sebenarnya sebab masa kat KLIA 2 tadi, pegawai dia cakap kalau ada apa masalah boleh contact ground staff dia orang kat Surat Thani ni. Tapi minah tu tak tau apa apa. Kebetulan datang sorang mamat pekerja Air Asia jugak dan aku borak borak dengan dia.

Dia pun explain, memang ada night bot ke Koh Phangan tapi kalau aku tak nak, dia boleh arrangekan hotel untuk aku bermalam malam tu kat Surat Thani dan esoknya aku boleh ambik ferry ke semula ke sana.

Aku setuju !!

Daripada aku mabuk belahak tengah tengah laut naik bot malam malam buta tu lama lama baik aku tidur hotel. Lagi pun aku bukan ada apa nak kejar pun. Janji sampai Koh Phangan sudah lah. Memang aku dah booking hotel malam ni kat Koh Phangan tapi dah tak de rezeki, aku redha je lah.

Mamat Air Asia tu mintak passport aku dah buat copy apa semua. 

Pastu aku cakap kat dia aku nak kena beli tiket ferry untuk esok ke Koh Phangan tu. Might as well aku beli kat kaunter tadi je. Dan mamat Air Asia ni baik hati teman aku  ke kiosk tadi semula.

Tapi malangnya kiosk tadi tu dah tutup !!

Cis !!!!!!

Last sekali mamat tu kata nanti dia mintak hotel yang aku stay malam nanti carikan tiket ferry esoknya ke Koh Phangan.

Hah. Lega.

Ada drama pulak lepas tu kat situ.

Rupa rupanya selain daripada aku, ada sorang lagi minah salleh ni nak ke Koh Phangan. Dan dia nampak mamat Air Asia tu uruskan hotel aku apa semua baru la dia nak menempel. Dan dia sendiri dengan pantasnya dah buat arrangement sendiri cari hotel malam tu di Surat Thani ni.

So dia tak puas hati, dia nak mintak Air Asia reimburse dia tapi mamat Air Asia tu kata tak boleh lah sebab hotel yang dia booking tu bukan diuruskan oleh pihak Air Asia.

Minah tu tak puas hati.

"Your airline is very bad. Very very bad"

Hahahaha. Bengkek je minah tu. Muka tak puas hati. Dah tau Air Asia tu very bad sapa suruh kau naik? Kadang kadang menyampah gak tengok peragai manusia yang tak leh nak redha ni. Tengok macam aku ni, ada kala aku kutuk Air Asia kaw kaw, tapi ada masanya jugak aku cemolot tanda kasih sayang tak berbelah bahagi pada Air Asia ni. Hahaha.

Minah Salleh tengah bertelagah dengan mamat Air Asia ( t shirt hitam )

Minah tu pun satu. Gopoh sangat. Padahal orang Air Asia kat KLIA 2 dah cakap, apa apa urusan sila berhubung dengan orang Air Asia Thai ni, dia yang tak sabar sabar. 

Sudahnya... sendiri makan pengat !

Aku tak tau apa nasib minah tu lepas tu tapi aku dipaksa naik van dengan pekerja pekerja Air Asia. Ada van khas yang hantar dia orang balik so dia sumbat aku sorang kat dalam tu untuk di hantar ke hotel penginapan.

Van pekerja Air Asia

Dalam van. Ada ramai pekerja pekerja Air Asia dalam van yang sama. Aku syak dia orang gossip gossipan riang pasal aku. Overthinking tak aku? Tapi kadang kadang kalau duduk in a bunch of strangers pastu dia orang borak dan gelak gelak mesti kita fikir bukan bukan kan?

Perjalanan dari airport ke bandar Surat Thani ada lah dalam setengah jam. Cuaca mendung dan berawan. Tak de sunset hari tu

Dan drebar van tu drop aku kat sini. Bun Hotel. Tempat penginapan aku yang di iuruskan oleh pihak Air Asia ni.

Sampai kat hotel tu, dia orang suruh tunggu mamat Air Asia tadi tu sampai. Mamat tu muncul tak lama lepas tu dan dia yang uruskan semua benda dengan hotel.

So aku tunggu je lah.

Tup tup ketibaan aku di sambut oleh rakan kembar.

"Hey Saing. Mung wak gapo sini wey????? Eh Eh Eh Eh..... Nok tanya Bun Hotel tu, Bun tu gapo? Buntot?"

Aku tak tau apa motip patung Superman tu kat situ. Lupa pulak aku nak tanya.

Sementara tunggu mamat tu sampai aku pun snappy snappy lobby hotel ni.

Ada meja pool

Lobby

Lobby

\
Lobby

Siap ada SPA room. Boleh masad masad !!!!

Dan ada karaoke room.. * nak nyanyi lagu Sepai Sepai

Memang semuanya mamat tu yang uruskan. Bagus betul dia. Sedaya upaya dia selesaikan semuanya. Dia uruskan hotel, cari contact untuk beli tiket ferry aku ke Koh Phangan esok dan dia siap merangka mana aku boleh melawat di area sekitar hotel dan Surat Thani ni since aku memang terkandas kat sini satu malam ni.

Bersungguh sungguh dia nak memastikan aku OK.

Aku OK jer..

Mamat Air Asia tu sedang berurusan

Selesai semuanya mamat tu pun blah. Terima kasih pada dia. Nama dia Palak Panar. Macam Palak Paneer yang makanan India tu je kan bunyi dia? Hahahaha

Tapi mamat ni memamg baik.

Lepas dia blah baru la aku check in bilik.  

Anyway, hotel ni je Air Asia bayar, tiket ferry aku kena bayar sendiri tapi orang hotel ni yang uruskan. 

Dah sampai bilik penginapan untuk malam ni, ayuh kita tengok suasana dan keadaan bilik di Bun Hotel, Surat Thani ni.

 Tilam dia keras ya ampun. Macam tidur atas papan kayu jer. Bantal pun tak best, 

Ada TV ada fridge

Macam biasa, air masak je FOC yang lain berbayar

Bilik air OK lah. Bersih

Toiletries

Tingkap dan view tempat parking

Ada sebuah hotel nampak dari bilik aku

Bilik di Bun Hotel ni biasa biasa je. Dan aku rasa rate dia pun dalam RM 80 per night. Lagi murah daripada hotel yang aku dah booking kat Koh Phangan malam tu.

Tapi apa guna la aku nak complain lebih lebih.

Aku bayangkan kalau aku terpaksa nak bot malam ni dengan perjalanan 7 jam. Pastu cuaca pulak tak elok. Silap silap ribut melanda.? Silap silap kapal rosak dan terumbang ambing? Silap silap kapal tu karam dan aku hanyut tengah tengah laut dalam pekat malam ? Pastu silap silap tengah aku berenang nak selamatkan diri tiba tiba muncul seekor naga dari dasar laut ! Silap silap naga tu pun ngap aku?

Sadaqallahul 'azim.

So aku redha je lah tidur atas tilam walaupun keras semacam daripada tak keruan duduk dalam bot malam malam dan dilanda badai !



Haruskah...
Aku terus merayu padamu
Haruskah...
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun... aku hanya penanti

Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara

Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta

Test power dulu tilam tu, petang petang mata agak layu. Tapi baru nak lelap,telefon berdering !

Telefon berdering ring ring ring. Ku angkat, ku tanya..... siapa?

"Hello?"

bersambung................

24 comments :

  1. Alhamdullilah .... berkat sabar dan cool ...

    Alhamdullilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.... semuanya OK cuma tu la terkilan sebab tak dpt ke Koh Phangan lebih awal

      Delete
  2. best jugak ye..hotel yg ada superman tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa biasa je Ren... tapi misteri patung tu sampai skrg tak terjawab apa sebab dia kat situ

      Delete
  3. igtkan abg meng naik juagk night boat tu..

    baru la thrill sikit cita.. hahahha

    sekali pi tido hotel lak... ciskek betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah nak thrill sangat.

      kang elok elok dapat pegi terdampar aku hanyut ntah ke mana mana....

      Delete
  4. wahhh.. rezeki dapat tido otel free.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel x best mana... buleh la setakat nak tumpang lelapkan mata

      Delete
  5. alhamdulillah ditemukan dengan palak panar yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. kalau dpt makan palak paneer pun sedap gak kan?

      Delete
  6. Suka baca cara supermeng tulis blog. Macam tengah baca buju cerita zaman sekolah rindu dulu. Pastu rasa cam tak sabar nk tunggu next entry bila ada sambungan ni. Jengjengjengggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. buju? baju?

      tak pe sabar. slow slow... insya allah cerita akan muncul sampai abis episodemya. kang bagi sekali gus tak larat nak abiskan baca

      Delete
  7. Replies
    1. tu mesti !!!

      kena selalu fikir yang bukan bukan. heheheh

      Delete
  8. hahaha bila part ending hello tuh terus i terbayang adele dgn lagu hello dia hahaha.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...ada supermeng juga berdiri.....superman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.... ( tak reti nak jawab komen tu sebenarnya )

      Delete
  10. Berdrama sungguh perjalanan uncle meng ni... Tapi best kan disambut oleh SUPERMAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama tu penting.....

      ahaks superman tu mcm tau tau je kembar dia nak dtg

      Delete
  11. dok boring2 kat office ni bukak blogs supermeng. dapatlah bergelak ketawa jap... kihkihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelak tak per. ketawa jangan. nanti org fikir bukan bukan...

      Delete
  12. imaginasi atas bos tu xleh blah..hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...